2025-05-22

Yang tak faham akan tetap marah walaupun dah kuyup.

Baru-baru ni viral kat Thread post seorang agen takaful. Agen ni tulis tentang salah seorang anggota FRU yang meninggal tu bakal dapat pampasan RM700K. Tapi post tu dikecam netizen. Katanya menunggang isu kematian orang lain dengan tujuan nak jual hibah.

This is the reason kenapa aku suka berblogging berbanding menulis post sikit-sikit di IG, FB atau Thread. Sebab kita tak dapat explain dengan panjang, menjadikan post tu senang nak disalahertikan. Padahal apa yang post tu maksudkan adalah fakta. Jumlah pampasan RM700K tu pun kita tahu itu adalah pampasan berganda akibat meninggal accident. Nilai sebenar hibah yang dia ambil adalah MINIMUM, iaitu RM350K. Nilai RM350K ni maybe caruman bulanan tak sampai RM200 pun.

Dalam perjanjian hibah, sekiranya meninggal, waris akan dapat nilai hibah yang dibeli, iaitu RM350K (kalau dia beli RM350K). Sekiranya meninggal due to accident, nilai hibah akan digandakan, menjadi RM700K. Aku tak nampak apa yang menunggangnya kat sini. Because ini adalah fakta. Yang kata agen tu takde empati sebab menggunakan kesempatan ni untuk promote hibah, I was like...kau dah kenapa? Apa yang takde empatinya?

Kalau kita fikir logik, apa salahnya highlight benda yang memang relevant dengan situasi semasa? Bukan dia reka cerita. Dia cuma gunakan contoh real-life untuk educate orang tentang pentingnya hibah, especially untuk frontliners, polis, tentera, bomba, atau sesiapa yang kerja high-risk. Kalau bukan waktu macam ni, bila lagi orang nak tersedar yang benda ni penting? 

Sama lah macam kes paip meletup kat Putra Heights hari tu. Bila dah terjadi ramai pulak yang tanya:

"Ada ambil insurans tak?"

"Boleh claim insurans"

"Nasib baik ada ambil medical card, at least tak payah keluarkan cash waktu-waktu kritikal macam ni"


Ah pandai pulak masa ni kau nak sembang pasal insuran, pasal medical card segala. Bila dah jadi dekat orang sekeliling baru semua nak kalut cari info, baru nak ambil tahu.

Aku rasa netizen ni ramai yang triggered dulu, baca separuh, lepas tu buat andaian sendiri. Benda fakta pun nak disalahkan. Sedangkan kalau agen tu cakap benda sama dalam seminar atau blog, takde siapa pun nak kecam. Tapi bila di-post kat platform yang limit ruang dan tak cukup penjelasan, terus jadi bahan kecaman. 

That’s why aku memang rasa blogging still relevant. Kita boleh cerita penuh, explain dengan baik, dan bagi konteks. Kadang bukan isu empati pun, tapi isu orang malas membaca sampai habis.

Ramai orang suka kecam isu hibah bila agen takaful mula guna contoh kematian untuk beri kesedaran. Kononnya tak sensitif. Tapi dari sudut underwriting dan logik, sebenarnya apa yang agen tu buat adalah satu bentuk pembelajaran yang sangat penting. Sebab dalam industri takaful, hibah bukan sekadar produk untuk dijual, tapi ia adalah lifeline untuk keluarga yang ditinggalkan. Jadi, kalau masih ada yang triggered bila dengar isu hibah, maybe kau sebenarnya insecure sebab kau tak buat hibah. Kau rasa akward bila kau tersedar kau takde plan apa-apa untuk tinggalkan pada waris, that's why kau merentan.

Aku tak nak explain dari perspektif agen. Aku explain dari sudut underwriting. 

Dari sudut underwriting, hibah yang kau ambil akan go thru proses penilaian risiko. Contohnya, umur, status kesihatan, PEKERJAAN, dan gaya hidup. Kalau kau smoker, umur 40-an, kerja offshore atau polis FRU misalnya, risiko kematian kau lebih tinggi berbanding kerani sihat umur 25 tahun. Jadi, caruman bulanan pun berbeza. TETAPI, ada satu konsep penting iaitu nilai pampasan yang kau terima nanti tetap jauh lebih besar dari apa yang kau bayar setiap bulan.

Contoh. Kau ambil hibah RM350K dan caruman hanya RM150/bulan. Lepas 1 tahun, kau meninggal. Waris kau tetap akan terima RM350K padahal kau baru bayar RM1800 je. Adil tak? Adil sangatlah kalau duit tu dapat kat waris. Tapi bila kau dengar orang lain meninggalkan waris duit hibah, kau tak, tu pasal kau kona lipat kata menungganglah, menonggenglah. Yang benaunya kau insecure sebab kau tak plan apa-apa untuk keluarga kau. 

Kalau kita tengok dari sudut praktikal dan tanggungjawab, agen tu cuma buat kerja dia. Dia educate masyarakat tentang pentingnya perlindungan. Salah ke? Kau ingat kerja agen ni cuma jual polisi dan diam lepas tu? Tak. Dorang bertanggungjawab untuk pastikan client faham kenapa plan tu penting. Bayangkan keluarga hilang ketua keluarga tanpa apa-apa pampasan. Tinggal anak kecil, rumah belum habis bayar, simpanan tak banyak. Siapa nak tanggung? Kau?

Jadi bila ada contoh real, contohnya anggota FRU yang meninggal dan waris dapat pampasan hibah RM700K, itu bukan menunggang. Itu bukti yang hibah BERFUNGSI.

Kita suka bandingkan orang dulu dengan orang sekarang. 

"Eh, mak ayah kita dulu takde pun hibah, ok je semua." 

Yes, sebab dulu, kos hidup tak tinggi macam sekarang. Takde komitmen hutang macam sekarang. Rumah boleh beli RM90K dapat double storey (rumah mak aku). In fact hibah takaful pun belum wujud. Sekarang? Kau ada hutang PTPTN, kereta, rumah, insurans kereta, yuran anak sekolah, bil internet. Kalau kau mati, semua tu tak hilang. So logically, kalau kau hidup, kau bayar semua tu dengan gaji. Kalau kau mati, siapa nak teruskan bayar? Jiran?

Jawapannya, HIBAH.

Hibah bukan ganti nyawa. Tapi alat untuk kurangkan beban keluarga bila kau dah tak ada. Kau yang dah mati tu tinggal tunggu jawab soalan kubur je. Yang tinggal atas dunia ni nak menjawab hutang bank, hutang pelajaran, yuran sekolah, yuran uni, belanja dapur. 

Analoginya mudahnya. Masa panas, kau tak rasa perlu payung. Tapi bila hujan, baru kau tahu betapa pentingnya payung. Yang ada hibah, boleh berteduh. Yang tak ada, basah kuyup. Atau dalam kes ni, keluarga bakal hidup susah. Tapi peliknya, bila ada orang bercerita pasal hujan dan promote payung, ramai melenting.

"Kenapa promote payung masa saya dah basah kuyup gini. Sensitif la sikit!"

Padahal masa tulah kita patut bagitahu kenapa payung penting! Bila hujan turun dan orang tengah kuyup, kita datang dan bagitau “Ramai basah sebab tak bawa payung. Kalau bawa, tak susah macam ni.” - tujuannya bukan nak “tunggang hujan” tapi supaya orang sedar next time, bersedia. Kalau kita hanya nak cerita pasal payung masa panas terik, orang takkan faham kenapa benda tu penting. Sama juga dengan hibah. Kalau kita hanya promote masa semua tengah gembira, ramai takkan ambil serius.

Bila ada kematian, especially kes high-profile, itu waktu terbaik untuk educate masyarakat. Kalau bukan waktu tu, bila lagi? Kalau kau triggered sebab tak faham, itu biasa. Tapi kalau kau kecam tanpa cuba faham, itu BODOH namanya. Sebab agen tu tak paksa sesiapa beli. Fakta yang dia kongsikan tu betul. Tak ada unsur fitnah, tipu atau manipulasi. Jadi apa yang salah? Emosi kau tu yang tak stabil. Bila orang cerita benda logik, kau rasa "Eh, dia ambil kesempatan". Padahal kau yang failed membezakan antara education dan exploitation.

Hibah bukan isu sensasi. Ia isu tanggungjawab. Dan dari sudut underwriting, semua plan hibah dibina atas asas statistik dan risiko. Lagi tinggi risiko, lagi tinggi potensi pampasan. So bila kau nampak agen guna contoh real-life kematian, jangan cepat triggered. Baca, hadam, dan fikir. Kalau kau tak ready ambil hibah pun takpe. Tapi jangan sesekali hina orang yang cuba buat orang lain sedar. Sebab bila tiba giliran kau nanti dan keluarga kau langsung tak dapat apa-apa, baru kau tahu, hibah tu bukan "jual insurans", tapi satu bentuk kasih sayang yang tak ternilai. 

Tak semua yang bercakap masa musibah tu menunggang. Kadang dia cuma pegang payung dan nak tolong cover kau daripada basah. Tapi biasalah, yang tak faham akan tetap marah walaupun dah kuyup.

Sekian.