Aku faham ada yang frust bila medical card tak dapat digunakan pada saat diperlukan, especially bila anak sakit. Tapi penting untuk kita faham cara medical card berfungsi, sebab sistem ni memang berdasarkan prinsip perlindungan risiko, bukan “bayar terus boleh claim apa saja”. Aku explain dalam bahasa paling mudah, supaya kita semua faham tanpa perlu jadi agen takaful.
Ini dari sudut underwriting. Kenapa kes anak medical card-nya tak lulus untuk diguna, padahal dah ada?
Dari screenshot tu ada dua situasi berlaku:
1. Kes demam dan warded: Medical card baru aktif 3 bulan.
2. Kes surgery hernia: Medical card ditolak sebab dianggap pre-existing disease.
Now aku explain satu-satu.
Medical card ada waiting period. Biasanya 30 hari untuk penyakit biasa, dan 120 hari (lebih kurang 4 bulan) untuk penyakit tertentu macam tonsil, batu karang, hernia, buasir, dan lain-lain. Dalam kes Puan ni, medical card baru 3 bulan, dan anak nak warded sebab demam. Kalau demam tu bukan kecemasan atau bukan penyakit yang boleh dilindungi dari hari pertama (contohnya accident), memang TAK LEPAS sebab tempoh menunggu belum habis.
Dia sama macam kau baru beli insurans kereta hari ni. Lusa, kereta kau terbakar. Syarikat insurans akan siasat dulu sebab baru sangat beli. Risiko penipuan tinggi. Medical card pun sama. Ia lindung risiko yang berlaku selepas TEMPOH TERTENTU, bukan serta-merta.
Yang seterusnya, pre-existing condition (penyakit sedia ada). Ini isu besar dalam mana-mana takaful. Kalau penyakit atau gejala dah wujud SEBELUM medical card diambil atau SEBELUM habis tempoh menunggu, ia dikira “pre-existing” dan TAK DILINDUNGI. Dalam kes ni, anak dia ada hernia masa medical card baru 5 bulan. Tapi bila hernia tu mula wujud? Kalau ada simptom, diagnosis, atau treatment yang menunjukkan hernia dah ada sebelum medical card aktif sepenuhnya (sebelum habis waiting period 4 bulan), maka automatik ia dikira penyakit sedia ada.
Selalunya hernia dah wujud lebih awal daripada waktu simptom keluar. Cuma tak perasan je. Sesetengah orang dah ada hernia sejak lahir, tapi tak nampak atau tak bersimptom sampailah besar. Ada juga hernia yang muncul slowly disebabkan kerap angkat barang berat, sembelit kronik (asal berak je kena meneran), batuk kronik atau overweight. At first maybe tak nampak atau tak sakit langsung, tapi bila saiz makin besar atau pressure makin tinggi, baru rasa sakit, benjol, atau tak selesa. Ramai hanya mula sedar masa hernia dah terkeluar.
Secara logiknya, syarikat takaful tak boleh ambil risiko penyakit yang dah bermula. Ini bukan sebab tak kesian, tapi dari segi perniagaan, ia mestilah adil kepada semua. Kalau semua orang beli medical card lepas dapat sakit, nanti kau juga yang rugi sebab caruman naik melambung, dan sistem akan bankrap.
Ya aku tahu “Bukan kita minta baby jadi sakit”. Betul. Tapi ini bukan isu salah siapa. Takde siapa minta sakit. Tapi takaful bukan sistem “kalau kau bayar, kau mesti dapat”. Tak. Ini adalah sistem perlindungan risiko masa depan. Kalau sakit tu belum berlaku dan kita dah ada perlindungan, barulah sistem boleh berfungsi dengan adil. Kau beli rumah dan nak ambil insurans kebakaran. Tapi sebelum insurans activate, rumah kau dah terbakar. Logik ke nak claim insurans tu? Mestilah tak, sebab perlindungan belum bermula. Sama juga dengan takaful.
"Kenapa ejen takaful suka komen bila isu begini timbul?"
Sebab dorang tahu ramai orang tak faham sistem ni. Dan bila orang kecewa, selalunya akan salahkan produk atau sistem, tapi taknak fahamkan flow sistem tu. Agen kadang hanya nak betulkan kefahaman. Tapi yelah, ada juga agen yang tak pandai nak explain, asyik nak menjual je.
So, adakah medical card satu scam?
Tak. Medical card bukan scam, tapi sistemnya perlu difahamkan betul-betul. Macam mana polisi berfungsi, apa yang dilindungi, bila mula aktif, dan apa yang terkecuali. Semua ni kena jelas dari awal. Sama macam kita langgan plan internet. Kalau tak faham had data, fair usage policy, dan speed cap, nanti kita marah bila internet slow. Padahal benda tu dah tertulis.
That's why waktu terbaik untuk apply medical card adalah ketika masih sihat. Jangan bila dah ada sakit baru nak apply. Bukan tak boleh apply, cuma maybe caruman tinggi sikit sebab dah ada penyakit sedia ada (pre-existing condition). Penyakit sedia ada tak semestinya sakit yang kau dah start makan ubat. Kalau kau sendiri dah tahu atau dah perasan, walaupun belum jumpa doktor, atau dah pernah dapat nasihat kesihatan untuk sakit tu, ini semua dikira as pre-existing condition. Tak akan dilindungi.
Contoh, dah tahu ada darah tinggi tapi belum makan ubat. Pernah kena gastrik teruk dan masuk hospital tahun lepas. Pernah buat check-up dan nampak fatty liver. Ada simptom kerap sakit dada, walaupun belum tahu puncanya. Semua tu dikira penyakit sedia ada.
"Tapi saya tak pernah buat check-up, maknanya tak tahulah ada penyakit"
Jangan silap. Kalau ada simptom tapi tak pernah periksa, itu tetap dikira pre-existing kalau kau perasan simptom tu. Dah 2 tahun asyik pening, tapi tak pernah check darah tinggi. Atau perut kerap kembung dan muntah, tapi tak pernah buat endoskopi. Kalau simptom tu dah berlaku sebelum apply, tapi kau sengaja tak declare, itu namanya NON-DISCLOSURE dan claim boleh ditolak bila kau masuk hospital nanti.
Medical card bukan skim ubat penyakit. Ia pelindung kos rawatan untuk penyakit yang TAK dijangka. Katakan kau pernah patah kaki, masuk besi. Now nak apply medical card. Medical card boleh diluluskan TETAPI ia takkan cover segala rawatan berkaitan kaki yang patah tu. Itu dikira sakit yang dah wujud sebelum apply medical card. However, medical card tu boleh digunakan sekiranya dapat sakit lain. Dalam erti kata lain, jangan disebabkan kau dah ada penyakit, kau taknak apply medical card. Sebab penyakit bukan satu je dalam dunia ni. Banyak.
Apa jadi kalau apply medical card setelah ada penyakit?
Boleh je apply. Tapi syarikat akan buat salah satu dari 3 ni:
1. Samada dikenakan loading (caruman lebih tinggi)
2. Atau dikenakan exclusion (medical card sah, tapi penyakit tu tak dilindungi)
3. Worst case scenarion, permohonan medical card decline (permohonan ditolak terus)
Sekiranya, korang dapat (1), nasihat aku, AMBIL! Jangan drop the offer. Sebab bila dikenakan caruman tinggi bermakna syarikat berani tanggung risiko penyakit sedia ada. AMBIL!
Apply medical card masa tengah sihat, masa rekod kesihatan bersih. Insyallah kejap je lulus. Dan semua penyakit akan dilindungi selepas waiting period.
Situasi 1:
Ali umur 30, sihat, ambil medical card hari ni. Tahun depan dia dapat batu karang. Ali DILINDUNGI. Sebab masa ambil medical card dulu dia sihat.
Situasi 2:
Siti umur 32, dah tahu ada cyst tapi belum operate. Tiba-tiba nak ambil medical card sebab takut cyst makin besar. Kemungkinan cyst tu tak cover, walaupun medical card lulus.
Boleh faham, kan?
Kemarahan dan rasa kecewa tu wajar. Bila anak sakit, kita cuma nak dia dirawat secepat mungkin. Tapi sistem takaful tak boleh guna emosi untuk menentukan kelayakan. Ia berdasarkan fakta dan garis masa kesihatan. Kalau semua orang hanya beli medical card selepas sakit, atau guna medical card untuk penyakit yang dah wujud, bayangkan macam mana sistem ni nak bertahan? Syarikat akan rugi, dan akhirnya orang lain yang bayar awal-awal pun tak dapat perlindungan, sebab dana habis.
Kita boleh rasa marah, tapi kita juga kena ambil tanggungjawab untuk faham sistem yang kita apply ni. Macam kita beli ubat. Kalau tak baca cara guna, salah kita ke salah ubat bila kesan tak jadi? Sama juga dengan takaful. Faham dulu, baru guna dengan betul. Dan kalau ada pengalaman buruk, jangan simpan. Jangan juga terus label semua agen takaful penipu. Mungkin kita cuma dapat agen yang tak pandai explain. Ada ramai agen yang trusted dan aktif di luar sana. Tapi kalau rasa tertipu, boleh buat aduan ke Bank Negara, atau terus ke syarikat takaful. Tapi sebelum tu, pastikan kita betul-betul faham kenapa medical card kita ditolak.
Semoga penjelasan ni dapat bantu orang faham. Jangan tunggu sakit. Masa sihat, masa itulah kita kena bersedia. Nak tahu pelan sesuai dengan budget, contact En Wan 012-4407757.