2025-03-27

Salah ke kalau cakap terus terang apa yang kita rasa?

Someone ada masalah dengan kawan baik. Puncanya dia tegur sikap kawan dia. Maka berlakukan scene sentap-menyentap yang membawa kepada perli-memerli online. Dia tanya salah ke kalau cakap terus terang apa yang kita rasa?

Ok. Jujur tu penting. Dalam berkawan, honesty adalah asas of a strong relationship. Kalau ada masalah, kita jujur. Kalau terasa hati, kita jujur. Kalau overthinking, kita jujur. Tapi, kadang-kadang bila terlalu jujur, kawan sendiri pun rasa tak selesa, apetah lagi yang bukan kawan. Or worse, friendship becomes strained. Sebenarnya, jujur tu bagus, but not everyone can face the truth raw. Ada yang boleh terima. Ada yang rasa kita ni terlampau "direct" sampai menyakitkan hati.

Salah ke kalau kita cakap terus terang apa yang kita rasa?

Tak salah, tapi kena tengok situasi dan dengan siapa kita berterus-terang. Serapat mana pun kawan, masih ada batasan yang kena jaga. Tak boleh mentang-mentang dah berkawan 40 tahun, bertepuk-tampar, huhahuha, maka boleh cakap lepas tak tentu hala. Aku dengan kawan-kawan aku pun walau kitorang jenis direct, ada certain situasi kitorang letakkan had, atau tak nak bangkitkan sama sekali.

Paling mudah, kita kena be ourself. Kalau dari awal kita menjadi diri sendiri, kita akan dapat lingkungan yang boleh terima cara kita. Yang tak boleh terima akan menjauh dengan sendirinya. Kawan-kawan aku, semua kepala sepesen. Yang tak sepesen tak masuk. Bukan kita tak pelawa, tapi dorang sendiri tahu dorang tak boleh dengan cara kitorang. Setakat sesekali jumpa nak bersembang tu boleh, takde masalah. Tapi kalau nak include them sekali dapat aktiviti kebiasaan, atau masuk dalam whatsapp group - maybe not. Dorang pun tak nak.

Tengok group orang have-have. Dorang sekufu betul. Makan tempat berkelas, baju branded, fashionista - semuanya sekufu. Cara bercakap dan hal yang disembangkan pun selari dengan taste masing-masing. Kalau ada orang yang bukan dari jenis ni acah-acah macam gitu semata-mata nak masuk dalam group, konfem takkan bertahan. Sama ada dia bitter dengan semua orang, atau semua orang menyampah dengan dia.

Betul, we have to be honest in relationships, especially with good friends. Takkanlah nak purak-purak happy bila kita tak ok, kan? Tapi, ada beza antara jujur dan "blurt out" without thinking about the consequences.

Contoh:

1. Kau terasa hati dengan kawan sebab dia jarang reply WhatsApp. Kau cakap, "Weh, aku terasa gila dengan kau, kau buat chat aku macam sampah"
2. Kau ada always ada cerita negatif untuk digossipkan sampai takde tapis langsung.
3. Kau terus-terang cakap tak suka si anu depan orang lain sebab konon kau tak nak hypocrite.

Salah ke?

Tak salah, tapi cara tu boleh bawak masalah.

Kadang-kadang, kawan bukan tak nak dengar, cuma dia tak tahu macam mana nak respon. Tak semua orang ada kapasiti mental nak tanggung emosi orang lain sepanjang masa. Sometimes kalau chat kita dalam group dipandang sepi, maybe kita yang ada masalah. Some people kadang tak perasan chat-chat dia tak relevan, pastu random sangat, tak worth untuk disembangkan pun. Tu yang orang malas nak respon. This is normal. Kadang-kadang bukan kawan-kawan tu tak peduli, tapi kita yang selalu semakkan dia dengan information yang tak penting. Malas Hamba Allah tu nak layan kita.

Contohnya ucapan selamat pagi dan quote-quote motivasi dalam whatsapp group kelas anak. Ya ampunnn, malasnya aku nak respond. Terus aku archivekan biar tak berbunyi lansung. Ada masa karang baru aku check.

Kita selalu dengar orang kata, "Aku suka orang yang honest. Aku tak suka fake". Tapi hakikatnya, bila kita kena dengan painful truth, kita pun akan terasa. Contohnya, kau tanya, "Weh, kau rasa aku gemuk ke?"

Kalau dia jawab jujur "A'ah, nampak naik sikit", agak-agak kau boleh terima?

Kadang-kadang kita nakkan kejujuran, tapi hakikatnya kita nak dengar apa yang kita mahu dengar. So, sebelum kita terlalu jujur dengan orang lain, kena fikir sama kalau orang lain pun terlalu jujur dengan kita, boleh ke kita terima?

"Filter" bukan bermaksud kita menipu, tapi tapis dulu sebelum cakap. Bukan semua benda yang kita rasa, kita kena luahkan. Ada benda yang lebih baik simpan je. Kalau perlu cakap juga, carilah sehalus mungkin supaya tak mengecilkan hati. K

Kalau aku, aku elakkan. Sebab walau sesopan mana pun kita menyusun ayat, yang ditegur tetap rasa pedih. Kalau orang tu sangat annoying, paling halus aku buat adalah meng-unfriend dia. Tak block, just unfriend. Dan aku elakkan sehabis boleh dari berinteraksi. Sebab takut mulut aku lazer kat dia. Lagipun muka aku ni kalau menyampah kat orang memang tak cover punya. Memang terpancar sungguh kemenyampahan aku tu. Jadi, cukuplah aku diam-diam jauhkan diri dan tak ambil tahu.

Kalau berkumpul dengan member-member pastu dorang bercakap pasal orang yang aku jauhkan diri tu, memang akulah terpaling blur. Semua benda yang dorang sembangkan pasal orang tu, aku macam "Oh ye ke?" "Laa ye ke tak tahu pun". Memanglah tak tahu sebab kalau aku dah menyampah, aku takkan stalk, aku takkan tanya khabar, aku takkan ambil tahu lansung. Orang tu macam dah tak wujud. 

To me ini kira baguslah daripada aku membawang pasal dia 24/7. Jadi dalam kebanyakan situasi, aku takde ruang untuk sound direct dengan orang yang aku tak suka, sebab aku dah senyap-senyap "buang" dia. Aman.