2024-12-11

Kalian kalau diberi kesempatan dari Tuhan untuk kembali ke masa lalu.


Tadi kat Thread aku nampak post ni:

"Kalian kalau diberi kesempatan dari Tuhan untuk kembali ke masa lalu, apakah kalian akan menikahi orang yang sama?"

Aku jawab "YES!". Tak cukup dengan YES, aku bubuh exclamation mark. Punyalah nak tunjuk betapa excitednya aku nak kawen dengan orang yang sama. Orang yang annoying sebelah aku ni.

But seriously, aku akan menikah orang yang sama, berkali-kali, walaupun Leslie nak kat aku *tiberrr*

En Wan LANSUNG takde apa yang sama dengan aku. Berkali-kali aku bagitau dia, kalaulah dulu sebelum berkahwin aku ada peluang untuk bercinta dengan dia secara normal, macam aku bercinta dengan ex aku dulu, mungkin aku takkan pilih dia (En Wan) as suami. Tapi kerana relationship kitorang express, maka aku takde peluang nak memilih. Apa yang ada depan mata, sauk! 

Lepas kawen baru aku kenal dia ni macamana orangnya. Dengan tegasnya, dengan telitinya, dengan suka meng-kondem aku je kerjanya, dengan asyik nak menang dengan aku, etc. Dulu masa berkenalan, banyak kenal thru surat. Tak banyak kenal depan-depan. Lepas kawen baru nak menyesal memang lambatlah. Redah je jawabnya.

Tapi, kalau diberi peluang kembali ke umur 23 tahun, aku tetap pilih dia. Aku realized cara aku berjumpa En Wan diaturkan begitu dengan cara yang express dan kalut supaya aku tak sempat kenal diri dia yang sebenar. Agaknya itu je cara untuk aku realized, mamat annoying inilah sebenarnya yang aku perlu. 

Dulu, aku punya berangan nak pakwe tu yang hensem, yang tinggi, yang broad shoulder, yang romantik nak matey, yang loving, yang macho, yang pandai, yang bergaya, yang kaya. Eh semua yang terpalinglah ceritanya. Biarlah orang kata tak sedar diri pun, janji kita aim paling tinggi. Kalau tak capai pun, at least tak jatuh banyak.

Dari kecil aku berada dalam environment yang tegas dan memaksa aku untuk bertahan. Mak Aji tegas. Dan teliti. Jenis yang balik kerja kesat-kesat kaki depan pintu nak test lantai berabuk ke tak. kalau berabuk maknanya aku tak sapu rumah. Pastu calit-calit jari kat meja, berabuk ke tak. Pastu pegang belakang TV, panas ke tak. Kalau panas maknanya aku tak study, banyak tengok TV. Pastu masuk dapur check lantai berminyak ke tak. Eh, semua benda kena siap. Itu daily basis tau, bukan kerja hujung minggu. Silap sikit, siap kau. Mungkin itulah persediaan sebelum aku 'dianugerahkan' suami yang teliti dan tegas juga.

Environment aku biasa-biasa. B40. Banyak yang takde dari ada. Tapi disebabkan dah biasa dengan tak ada, aku pun jadi tak biasa meminta. Sampaikan bila En Wan sesekali tanya nak apa, aku tak reti nak mintak apa sebab segalanya dah biasa beli sendiri. Habis kuat pun aku mintak makanan. Bila En Wan belikan something, aku jadi mudah appreaciate, Dalam erti kata lain, "tak kesahhhh". Apa bagi, ambik. Tak bagi, takde hal. On top of that, aku anak sulung. Apa-apa kena mengalah. Apa-apa adik dulu. Lagilah buat aku "tak kesahhhh". Kalau ada, ada. Kalau dapat, dapat. Kalau tak dapat, aku cari sendiri.

Dari tadika, aku dah biasa dengan orang ejek-ejek. Hitam, baju buruk, basikal buruk, kasut Ronald McDonald, kulit Milo. Bila dapat laki kaki kondem, aku dah takde rasa apa. Siang kena kondem, malam tido sebantal. No problem. Maybe aku sebenarnya perlu environment macam ni untuk grow. Aku perlu environment yang press aku untuk buat aku resilience and grow stronger. 

Dulu, disebabkan aku berada dalam environment yang 'keras', aku nak merasa keluar dari environment ni. Nak boifren yang jaga aku, yang sayang aku, yang manjakan aku. Sebab aku dah penat jaga orang, penat jadi strong, penat bertahan. Aku nak sesekali bergantung pada orang lain pulak. Tapi rupanya environment tu tak jadikan aku lebih baik. Aku jadi tak reti nak buat keputusan, terlalu menjaga hati orang, terlalu pikirkan nasib orang, aku lemah, lembik, dan bangang. Konon nak jadi awek yang taat, yang berlembut dengan boifren, yang saling memanjakan, hujung-hujung penampo yang aku dapat. Lepas tu barulah tersedar, environment aku yang dulu mungkin harsh, tapi aku grow dalam environment tu. Sebab everytime aku diejek, dihina, aku dapat buktikan yang aku became a better person. Every time En Wan kondem aku, aku jadi bersemangat nak tunjuk aku boleh buat.

Jadi, walaupun dia annoying, tapi itulah sebenarnya yang aku perlu. Yang aku nak romantik, lembut, penyayang - tu semua kehendak. Tak perlu pun. Buktinya, nak masuk 24 tahun kawen, aku boleh layan his annoyingness. Best juga sesekali bertekak dengan orang annoying ni. Sebab dia biasa mengkondem aku, so bila aku gaduh habis semua tempik maki keluar, he is ok. Dia layan je aku maki dia. Sebab dia tahu dialah punca aku maki dia balik. Bila dah settle bertempik, "Bang, laparlah. Jom, mamak?"

Ok jom. 
Kahkahkahkahkah.
Kadang-kadang aku pun konfius apa benda aku dengan En Wan ni?