2022-08-23
Setiap perubahan mengambil masa.
Semua orang yang nak berhijrah (tutup aurat) akan alami perasaan “Apa orang cakap nanti kalau tiba-tiba pakai tudung?”
Kalau semasa zaman free hair-nya tak daring, dia takkan ada masalah besar bila decide untuk berhijrah.
Tetapi, untuk somone yang terlalu 'berani' di zaman free hair-nya, rasa insecure ini akan timbul sebab perubahan golongan ini selalunya dilihat seakan-akan drastik.
Just imagine, someone yang kat ofis pakai tube nampak cleavage with skirt pendek paras peha tiba-tiba bertudung.
Padahal bertudung je, bukan berniqab.
Tapi masih kelihatan sangat drastik dan 'menakutkan'.
Walaupun hanya pakai tudung, tetap kelihatan seperti "What's wrong with you???"
Kalau tak betul-betul kuat, mesti rasa nak buka tudung balik.
Tu belum lagi dengan majikan yang tak berapa nak terima penampilan baru.
Sebab tu jangan menyindir sangat orang bertudung kalau dia masih tak boleh tinggalkan seluar ketat.
Kita tak tau struggle dia.
Mungkin dia sedang struggle untuk menjadi muslimah yang baik, at the same time belum cukup kuat untuk hilang kepercayaan majikan dan kawan-kawan.
Tak semua manusia memiliki kekuatan dan keyakinan yang sama.
Jadi, bagilah orang-orang ni ruang untuk perbaiki diri.
Setiap perubahan mengambil masa. Jangan terlalu cepat menghukum.
Tapi tu lah, orang-orang kita ada yang sangat 'perihatin'.
Bila Hamba Allah tu tak bertudung, macam-macam dia kata.
Tapi bila Hamba Allah tu dah bertudung, masih lagi ada yang tak kena.
Ada je benda yang dia nak korek nak bagi nampak salah.
Tudung singkatlah, baju ketat lah, jeans nampak bontot besarlah, tak pakai stokinlah.
Hoi makcik! Orang tu baru nak bertatih.
Bagi dia biasakan dulu.
Dia nak menyarung selendang tu pun dah besar kekuatan dia cari.
Ini kau nak dia terus jadi ninja tutup habis atas sampai bawah.
Macamanalah Hamba Allah tu nak istiqomah?
Kalau aku pun terasa macam bawak beban.
Ye lah, kita baru nak mencuba, sekali kena kondem.
Sebab tu la orang-orang yang nak berhijrah ni bertangguh-tangguh nak berhijrah.
Kerana nak menunggu boleh jadi perfect.
Aku suka masa Dato CT muka belajar bertudung.
Dia biasakan diri dengan selendang. Walau terkeluar jambul.
Takpe, dia bertatiih ikut keselesaan dia.
Masa tu ramai juga yang kondem.
Kata dia icon. Kalau dia pakai tudung cara tu nanti ramai yang mengikut.
Nasib baik Dato CT tu jenis tak melayan cakap-cakap negatif ni.
Elok sampai waktunya, dia bertudung sempurna.
Ya, aku tahu memanglah kalau boleh perkara baik jangan ditangguh-tangguh.
Kalau boleh push sampai sehabis baik, push.
Tapi percayalah cakap aku, istiqomah tu BERAT.
Jadi, kalau kita boleh membantu orang jadi istiqomah, bantulah.
Tak payah paksa dia menjadi perfect, cukuplah bagi sokongan supaya dia bertahan dengan tudung lilit kat tengkuk tak cover dada tu.
To me yang jahil ni, itu jauh lebih baik dari dia tanggal terus dek kerana stress dengan orang tekan sana sini.
Kita tidak menyokong dia pakai tudung nampak jambul, tetapi kita menyokong dia mahu mula bertudung.
Semoga Allah nilaikan sokongan kita sebagai ibadah. Tak susah, kan?
Bila environment terlalu menjudge, sudahnya Hamba Allah tu jadi takut dengan kemungkinan-kemungkinan yang bakal dihadapi especially persepsi manusia, akhirnya terus kensel nak bertudung.
Some people memang ada disease of criticising all the time.
Yang dia nampak hanyalah kesilapan orang lain dan tak mahu nampak lansung kebaikkan orang tu.
Kalau ye pun orang tu masih lagi berpakaian sendat-mendat selepas bertudung, jadilah private advisor, bukan public jury.
Aku kagum dengan artis-artis yang mahu bertudung.
Tak kisahlah dia pakai tudung lilit ke, masih dengan dress sendat ke.
Entahlah, kalau aku, aku tak kisah.
Field of work mereka dan kita berbeza.
Field of work kita tak memerlukan kita jadi public figure.
Nak pi ofis dengan tudung sarung, kain senteng and tudung sarung pun takde siapa nak tengok kau.
Tapi bagi public-public figure ni, orang memerhati. Penampilan kena dijaga.
At the same time kerjanya memaksa dia berpakaian itu dan ini yang mungkin dia tak dapat menolak especially bila jadi endorser.
Maybe dalam hati dorang pun rasa bersalah kena pakai baju sendat.
Tapi takpelah, janji tudung masih pakai.
Bagilah dorang ni pelan-pelan belajar.
Jangan sesuka hati “Carilah kerja lain”.
Kalau kita sendiri tak boleh buat macam tu, jangan suruh orang.
Kita takkan dapat mengubah seseorang dengan teguran yang mengaibkan apetah lagi menghina dan mengutuk.
Insulting others is never a way of correcting them.
Umar Al-Khattab r.a. pernah berkata, "Ubahlah orang lain dengan akhlak kita".
Kalau kita sendiri tak boleh menjaga mulut di badan sendiri, jangan berangan nak ubah sesuatu di badan orang lain.
Nak ubah seseorang tak semestinya dengan teguran tetapi boleh dengan teladan.
Blog reader yang aku jumpa dulu. Dia kat USM.
Bila terbaca kat FB status aku on the way ke USM, dia bagitau nak jumpa.
Masa aku fetch dia dari ofis, aku bersandar depan kereta aku.
Dari balkoni dia jerit “Di!!”
Beria-ia dia lambai aku sambil berlari-lari.
Aku cuak. First time jumpa. Sebab dia pakai tudung labuh bulat!
Yang aku pakai skirt pendek, blouse yang low cut.
Kelam-kabut aku adjust baju aku.
Padahal takde apa yang boleh diadjust pun. Dah memang pendek, kan.
Tapi dia ok je. Salam-salam, laga-laga pipi, peluk-peluk.
Avid reader sangat katanya.
Aku muka dah kelat-kelat sebab segan dengan penampilan dia. Tapi dia ok je.
Seolah-olah kepala aku je dia nampak, badan aku halimunan 😆.
Itulah yang aku kata - teladan.
Dia tak pernah pun nasihat aku secara direct. Tak pernah.
Tapi akhlak dia buatkan aku yang terpanggil nak tanya dia macam-macam.
Jangan tanya siapa ya, aku nak menjaga nama dia.
Dah Prof Madya dah dia sekarang.
Sebelum kita jatuhkan hukum sesuka hati, harus belajar untuk lihat dari pelbagai sisi dulu.
Cuba fikir, ingat senang ke orang-orang nak berhijrah?
Nak lagi yang dah biasa daring?
Someone yang dah begitu lama dan terbiasa pakai baju sendat, singkat, terdedah lurah sana sini.
Bukan sesuatu yang mudah untuk dorang mengubah penampilan.
Dorang decide nak bertudung pun dah satu pencapaian yang besar sebab kita tak tau berapa banyak kekuatan yang dorang dah bina untuk dapatkan keberanian berhijrah.
Aku kagum dengan wanita-wanita (public figure) yang selama ni dipuji-puji bentuk badan paling cantik, rambut paling menawan, kaki paling panjang, pinggang paling ramping - tiba-tiba berhijab.
Jangan ingat keputusan dorang untuk berubah tu adalah satu keputusan yang senang nak dibuat.
Someone yang dipuji-puji rambutnya, bukan mudah untuk dia ambil keputusan berhijab.
Someone yang dipuji-puji ramping pinggangnya, bukan mudah untuk dia menyarung pakaian longgar.
Someone yang dipuji-puji suaranya merdu, bukan mudah untuk dia ambil keputusan untuk berhenti menyanyi.
Manusia suka pada pengiktirafan.
Apabila pengiktirafan dah jadi kebiasaan, adalah menjadi beban apabila nak berhijrah. Berbelah-bagi hatinya.
Jadi, bila dia tergerak hati untuk memperbaiki penampilan, jangan torture dia melampau-lampau.
Biarlah dia ubah perlahan-lahan.
Mereka ni kuat sebenarnya.
Kuat untuk buat keputusan berhijab walaupun mereka tahu periuk nasi mungkin terjejas.
Orang yang baru nak start berbisnes pun bermula dengan modal kecik.
Start dari rumah, kerja sendiri.
Lepas tu baru berani sewa kedai, ambil 2-3 orang pekerja.
Dah maju sikit, beli kedai 3 tingkat, hire lagi 15 pekerja.
Dah maju lagi, bukak cawangan.
In business, itu proses yang normal.
Begitu juga dengan proses mengubah penampilan diri.
Perlahan-lahanlah. Beri wanita-wanita ini ruang dan peluang untuk belajar.
Kita tak boleh nak expect dia buang semua baju-baju lama and start pakai baju longgar on the spot.
Alangkan kita yang konon bajet menutup aurat sejak sekolah pun harap kat aurat je tutup tapi mulut macam puaka juga tak berubah.
Be fair to them.
Masing-masing ada kekurangan.
Insyallah ada ruang untuk memperbaiki.
Jangan pandang orang lain teruk macamkan kita ni baik sangat.
Hentikanlah perangai suka kira dosa orang pastu bandingkan dengan pahala diri sendiri.
Syok sendiri namanya ni.
Dalam surah Al-Mulk ada kata "Yang menjadikan mati dan hidup, supaya DIA menguji kamu, siapa di antara kamu yang LEBIH BAIK amalnya..."
Yang LEBIH BAIK amalnya.
Allah tak kata 'yang LEBIH BANYAK amalnya'.
Malangnya, ramai di kalangan kita yang suka menghitung dosa pahala.
Jangan ingat cara Tuhan menghisab sama macam manusia punya konsep menghisab, ada merit bagai.
Tuhan Maha Halus dalam menilai.
Kerana DIA mengetahui kebaikkan seseorang itu tidak hanya secara lahiriah.
Sebab tu DIA kata SEBAIK-BAIK AMAL, supaya kita sentiasa berbuat baik kerana kita tak tau amalan baik mana satu yang Allah paling suka.
Mana tau, in spite of banyak halangan, tetapi dengan kekuatan dan kesungguhan untuk berubah itulah yang menjadi asbab Allah redha.
Dan jangan buat jahat lansung kerana kita tak tau perbuatan jahat yang mana satu yang Allah paling benci.
Silap-silap perangai kita yang dok suka cari kesilapan orang ni la yang bawak kita ke neraka.
Sia-sia je solat puasa.
Allah dah ciptakan manusia sebaik-baik bentuk.
Kalaupun ada yang lahir tak sempurna anggota, ini dah sebaik-baik bentuk menurut ilmu Allah.
Tak ada yang buruk dari DIA kalau dilihat dari sisi manapun.
Kalaupun kita merasa ada yang buruk, maka keburukan itu sebenarnya datang dari kita.
Boleh jadi kerana kita bersangka buruk, buruk hati, atau buruk fikiran.
Jadi kalau ada perkara yang menjadikan hidup kita tak tenang melihat orang senang, itu adalah kerana diri kita sendiri yang buruk.
Dia macam ni tau.
Perasan tak masa kita suka someone, segala yang ada pada dia nampak helokkk je.
Muka dia nampak good looking, perangai dia nampak elok, dia berdehem pun kau rasa dia tengah buat kelakar.
Beria kau gelak dek kerana kelakar sangat 🙄.
Lama-kelamaan dia tidak lagi special di mata kita.
Dia berubah jadi biasa-biasa je.
Muka dia biasa-biasa, gaya dia biasa-biasa.
Kau tak nampak dah yang special pada dia. Semuanya biasa.
Yang sebenarnya, dia special di mata kita kerana KITA yang special.
Dan ketika seseorang nampak buruk di mata kita, apa yang dia buat kita tak suka - boleh jadi yang buruk tu adalah kita, bukan dia.
Fikir-fikirkanlah, ya.
Jadi, kalau tak boleh bantu mengubah orang jadi lebih baik, memadai bantu perbaiki diri sendiri.