2022-05-15
Up anak sendiri.
Masih lagi post berkisarkan raya.
Tapi bukan kisah raya aku. Aku belum start beraya lagi ni.
Ini antara-antara luahan-luahan perasaan dari followers tentang hari raya masing-masing.
Nak pulak tahun ni raya selepas 2 tahun terperap, lagilah macam-macam kisahnya.
Ada sorang ni cakap rimas betul bila berkumpul dengan makcik-makcik yang asyik meng-up anak sendiri padahal anak orang lain jauh lebih best.
Ya, aku faham perasaan tu.
Mesti sebal je duduk mengadap orang yang anak dia je paling best, anak orang lain tak 😆.
Kalau yang bercakap tu orang tua-tua, anggap je lah itu perkara biasa.
Orang tua tak macam kita ada media sosial.
Everyday kita up status hal sehari-hari.
Kita buat apa pun, kita share kat media sosial.
Dalam tak sedar kita pun sebenarnya bersembang hal kita juga.
Orang kat kampung ni jumpa kita sesekali je.
Masa tu lah dia ada peluang nak bercerita hal dia kat kita.
Orang tua, apa ajelah yang dia ada untuk disembangkan?
Nak sembang pasal kerja, masing-masing dah tak berkerja.
Nak sembang pasal shopping, dah bukan zaman dorang bershopping-shopping ni semua.
Karang dia sembang pasal ladang kelapa sawit dia karang, kita terpinga-pinga pulak.
Paling mudah, sembanglah pasal anak-anak.
Orang-orang tua ni ada yang pesen kalau bersembang selalunya anak dia je yang paling best.
Kadang anak dia tak best mana pun tapi dek kerana orang-orang ni jarang bercampur orang ramai, jadi dia nampak keluarga dia je.
Maksud aku, dorang kat kampung balik-balik berjumpa kelompok yang sama.
Habis kuat pun orang sekampung.
Network mereka tak besar.
Dah tentu anak sendiri saja yang ada untuk diceritakan.
Aku kalau orang-orang tua bercerita pasal anak-anak, aku layankan je.
Sebab faham dah, memang style orang tua-tua kalau bersembang hal anak-anak suka up anak sendiri.
But come to think of it, apa lagi yang dia nak cerita, betul tak?
Nak cerita pasal kebun belakang rumah nampak macam tak kena.
Kalau cerita pasal anak-anak tu sedaplah sikit.
Nak pulak kalau sorang anak jadi dokter, sorang lawyer, sorang jadi akauntan.
Pehhh. Baru sedap bersembang.
Jangan cakap oranglah, anak kita Darjah 1 dapat Bahasa Melayu terbaik pun kita update kat FB sampai 3 hari 😆.
Kasi chan la kat deme-deme nak up pasal anak dorang pulak.
Aku pernah baca dalam satu buku, dia tulis, manusia suka bercerita tentang perkara yang dia proud of.
Kalau dia bersungguh cerita tentang satu-satu perkara, maksudnya itulah perkara paling hebat yang dia ada.
Ada some parents yang aku kenal pada satu ketika, always cerita pasal anak dia yang satu tu.
Balik-balik up status pasal anak tu je.
Sampaikan aku ingat itu anak tunggal.
Padahal dia ada anak-anak lain tapi dia tak pernah cerita sangat tentang anak lain.
Rupanya anak yang dia cerita tu anak yang paling bijak.
Anak lain tak berapa menjadi.
Mesti ada yang boleh relate situasi tu, kan?
Bila mak prefer bercakap pasal abang pada orang.
Kita ni jarang diceritakan.
Itulah fitrah manusia, sukakan sesuatu yang boleh dibanggakan.
Bila aku perati kenalan aku tu, dan aku kaitkan dengan buku yang aku baca, ada betulnya.
Manusia hanya akan bercerita tentang sesuatu perkara dengan kerap kalau perkara itu adalah perkara terbaik yang dia ada.
Jadi, kalau orang tua-tua bersembang nampak macam bragging pasal anak-anak, kau layankan ajelah.
Mungkin itulah perkara terbaik yang dia ada.
Nak cerita pasal kereta, kereta kau lagi best.
Nak cerita pasal rumah, rumah kau kau lagi cantik.
Nak cerita pasal kerja, dia sendiri tak berkerja.
Kebetulan anak-anak semua success, sebab itulah balik-balik dia sembang pasal anak.
Ada juga orang tua yang suka bersembang hal kerja dia 50 tahun dulu.
Boleh jadi itu perkara yang paling dia proud dalam hidup.
Aku takde masalah melayan orang sembang pasal anak-anak.
Layan je lah. Jadi tukang dengar.
Kadang-kadang dorang ni bercerita sebab nak ada orang dengar je.
Jadi, dengarkan je lah.
Kalau bagus, komen. Kalau tak bagus, diamkan.
Yang jadi masalah pada aku adalah bila orang tu mengkondem anak orang lain demi nak menampakkan anak dia hebat.
Nak cerita hebat anak kau, cerita je.
Tak payah nak kata anak orang tu bodoh, anak orang tu kerja biasa-biasa je, anak orang tu pakai kereta buruk. Tak payah.
Kalau anak kita benar hebat, kehebatan tu akan berdiri dengan sendirinya.
Tak perlu sampai kena merendahkan orang lain.
Tapi sejujurnya aku tak berapa suka sangat join bersembang pasal achievement anak-anak.
Bukan menyampah, tapi takut aku yang akan dipengaruhi oleh cerita dia.
Ada mak bapak suka bagi contoh anak orang lain dengan harapan anak dia boleh buat yang sama atau lebih lagi.
“Cuba tengok anak orang tu, pandai belajar”.
Kan?
Anak orang tu exam dapat nombor 1, anak dia pun kena jadi macam tu.
Anak orang tu khatam umur 7 tahun, anak dia pun kena jadi macam tu.
Anak orang tu wakil skolah untuk mana-mana competition, anak dia pun jadi macam tu.
Aku takde masalah kat pencerita, tapi aku takut aku yang bermasalah bilamana aku nanti terpengaruh untuk membandingkan anak aku dengan anak dia.
Padahal anak aku dah ok dah, tapi lepas dengar cerita dia, terus aku rasa anak aku banyak kekurangan.
Betul, kadangkala apa yang orang ceritakan tentang anak-anak boleh dijadikan rujukan.
Tapi sebaiknya, biarlah kita ambik contoh dari anak/orang yang dah terbukti berjaya, bukan dari orang/anak yang masih sedang proses nak berjaya.
Dulu mak bapak aku pun suka cakap “Anak kawan mama tu bagus tau..”
Tapi lepas sorang, sorang, contoh yang mak aku bagi dulu hmm...malas cakap lah.
Some of them memang pandai masa skolah, tapi kehidupan dorang sekarang sangat berbeza dengan apa yang dipredict masa kecil dulu.
Elakkanlah suruh anak kita jadi macam orang lain.
Anak-anak yang dipaksa untuk 'jadi orang lain' semasa kecil, bila besar nanti akan jadi manusia yang sangat competitive.
Actually competition bukanlah masalah kerana competition sangat penting supaya manusia ada keinginan untuk memperbaiki diri.
Tetapi mental yang diasuh untuk menjadi competitive akan membebankan.
Anak-anak ni nanti akan hidup dalam suasana persaingan, bukan persahabatan.
Sebab itulah ada situasi dengki-mendengki pada orang yang tak pernah bersua muka.
Kenal kat internet je pun. Tapi bila orang tu lebih dari dia, mulalah dia bitter.
Sebab apa? Sebab dah terbiasa dengan being competitive tak tentu arah.
Sampaikan benda yang tak perlu dipersaingkan pun jadi satu persaingan untuk dia.
Boleh jadi orang yang suka kondem kelebihan orang lain, semasa kecilnya mereka dibesarkan dengan cara begitu tanpa sedar.
Diajar untuk sentiasa jadi seperti orang lain.
Bila tak boleh jadi seperti orang tu, dia akan deny hak orang lain dengan cara mengkondem orang tu.
Itu sebenarnya salah satu cara memberontak yang dorang tak dapat luahkan depan mak bapak dulu.