2022-03-11

Lelaki jahat untuk perempuan jahat.


Terima kasih sebab perhatikan 'evolusi' seorang Diana 😊.
Banyak betul DM aku dapat dari post semalam.
Sorrylah tak dapat nak reply panjang-panjang.
Terima kasih atas doa-doa.
Doa yang sama aku harap kembali kepada korang pula.

[aku ada tulis post di IGS, tapi tak letak di blog. Sebab aku tak save apa aku tulis, malas nak type balik 😁. Jadi yang baca IGS je tahu apa benda yang aku ceritakan pasal evolusi tu]

Tapi sebenarnya, dalam kisah aku, En Wan sebenarnya yang lebih banyak berubah.
Aku ni lebih kepada "terkehel".
Bukan hijrah, tetapi pulang ke pangkal jalan.
Macam En Wan, dia hijrah.
Berubah dari NO kepada KNOW.

Masa aku kenal En Wan, aku bertudung tetapi on-off.
Pakai tudung kat U je, balik rumah tak pakai pun.
Di U pun aku bertudung semasa keluar dari hostel/rumah.
Tapi di persekitaran rumah, semasa sidai baju, menyapu balkoni ataupun bersidai depan balkoni, tak pakai tudung pun.
Siap pakai short lagi. Padahal ramai students lalu-lalang kat depan.
Dorang pun agaknya konfius tengok.
Apehal dia ni kat kelas pakai tudung tapi kat sini separuh bogel?
Agaknya gitulah dorang cakap.

Masa aku tukar-tukar gambar dengan En Wan aku bagi gambar free hair sebab aku tidak bercadang untuk pakai tudung forever (ketika itu).
Kerana aku tahu aku pakai tudung tak sepenuh hati.
Pakai tudung tapi masih mahu pakai baju ketat.
Pakai tudung tapi taknak nak cover dada sebab design baju cantik.
Pakai tudung pun ke kelas saja.
Kadang outing bertudung, sampai town aku tanggal, before balik pakai tudung semula.
Dajal nau perangai.

Pernah satu masa tu ada field work.
Aku tak pakai tudung sebab takut nanti berlengas panas.
Aku sarung cap konon nak cover rambut je ponytail terjuntai. Konfius kan?

En Wan bagitau dia tak suka perempuan bertudung biar perempuan tu cantik macamana pun.
Dia kata kalau perempuan bertudung lalu depan, dia tunduk atau pandang tempat lain.
Sebab katanya perempuan bertudung ni orang baik-baik, tak layak dengan dia.
Lagipun tak manis mengorat perempuan bertudung.
Jangan ajar budak perempuan tu jadi jahat katanya.
Sebenarnya tinggi juga pandangan En Wan kat perempuan bertudung sampaikan pandang pun tak mau 😆.

Disebabkan dia rasa diri jahil, maka dia fokus pada memancing pompuan yang jahil jugak (agaknya la).
Terus terang dia kata dia memang suka kat perempuan yang sexy tapi janganlah terlalu liar.
Kalau liar sangat dia takut nak bawak balik kampung katanya.

Aku pernah cakap “Perempuan bertudung pun ada yang bergaya la".

Dia kata "Memang, tapi tak kena".

Aku tak berapa faham apa maksud "tak berapa kena" tu.
Maybe dia maksudkan kalau dah bertudung tu pakailah sopan, jangan pakai ketat-metat ni semua. Agaknyalah.
Kerana itulah dulu aku tak berapa ambik port sangat apa orang cakap pasal penampilan aku.
Aku pakai singkat ke, nampak cleavage ke, kaler rambut silih berganti ke - semua aku buat pekak.
Bukan buat kepala batu, tapi kerana yang bising-bising ni strangers saja.
Aku tak kenal dorang pun.
They were like random people yang berselisih dengan aku kat tepi jalan, dan berlalu pergi.
Sedangkan yang benar-benar kenal aku in and out terima aku seadanya.
Jadi, aku tak nampak kenapa aku nak ambik pusing sangat dengan komen dorang.
Itu satu.

Yang keduanya, apa yang aku pakai ketika itu, En Wan approved dan dia suka.
Malah, baju-baju yang aku nak beli, mesti dapatkan persetujuan dia dulu.
Kalau di mata dia ok, baru aku beli.
Maka, apa yang aku pakai ketika itu (dan sekarang) adalah apa yang En Wan suka.
Masa tu aku punya konsep "Kalau suami suka, Allah suka". Gitulah pemahaman aku.
Statement tu betul dah tapi cara tu salah.

Maybe yang kondem-kondem aku tu dia tak perasan yang aku ada suami.
Dorang mungkin terlupa dah tentulah apa yang aku pakai kena lalu approval suami terlebih dulu.
Ketika itu aku belum benar-benar faham (dan tak realize) penampilan aku daring.
Aku tak nampak aku diri sendiri daring pun masa tu.
Nampak macam baju biasa-biasa, penampilan biasa-biasa.
Maybe lingkungan aku dulu pun macam tu, tu pasal aku tak sedar.

Tadi masa dalam kereta perjalanan balik dari Tganu, ada satu kereta tu tetiba-tetiba je nak memotong sedangkan kitorang dah rapat sangat dah di lane laju.
Tau-tau dia bagi signal terus masuk kanan.
En Wan terpaksa brek mengejut.
Yang En Wan ni pulak tak reti guna hon.
Aku terus tekan hon.
Panjang gila hon aku bagi.
Lepas tu masa kitorang potong kereta dia aku turunkan tingkap aku and pandanggggg je driver tu.

Aku cakap dengan En Wan, “Ni kalau dulu, saya bukan setakat turunkan tingkap and pandang je. Bagi middle finger sekali”.

Pastu aku terpikir kejap.
Ya ampun, perangai sangat dulu.
Nasib Allah tak tarik nyawa masa naikkan middle finger tu 😔.

En Wan ni walau dia dulu kelihatan 'jahil' tak pandai bimbing isteri orang kata, tapi kalau balik Tganu, dia tak kasi aku pakai dedah-dedah.
No skirts and shorts.
Sleeveless pun jangan bawak.
Kalau pi kenduri dia pastikan aku sarung selendang kalau taknak pakai tudung.
Dia ajar aku macam tu.

Nampak macam “Alah, benda basic je tu”.
Betul, basic je tu.
Tetapi jangan lupa, En Wan ada isteri yang ‘wild’ ketika itu.
Dan dia juga tidak pernah mahu isterinya bertudung, jadi bukan senang untuk dia tegur “benda basic” macam tu.
Basic pada orang lain, tetapi susah untuk kami buat ketika tu.

Masa aku tergerak hati nak bertudung, En Wan setuju tapi dia bagi syarat - Tutup hanya kat luar, dalam rumah mesti pakai pakaian yang sama macam dulu. Itulah yang aku buat.
Aku spent kat tudung Ariani beribu untuk pastikan En Wan 'selera' tengok bini bertudung.
Ariani kan moden and cantik-cantik design tudung dia.
Berhabis betul aku dengan Ariani.
Now En Wan lah yang approve baju-baju aku.
Kalau ketat, dia suruh cari baju lain.
Kalau tudung tak cover dada, dia akan tegur.
Bayangkan dari someone yang totally reject perempuan bertudung, now dia lah yang paling concern cara aku berpakaian.

Kelmarin balik Tganu, aku plan nak pakai jubah hitam je.
Malas nak gosok baju sebenarnya.
Dan malas nak matchingkan baju and seluar.
Jubah hitam senang. Sarung dan jalan.
Tapi dia tak approved.
Dia suruh aku pakai blouse and jeans.
Basically apa yang aku pakai hari-hari aku membiasakan tanya dia dulu.
Because ada hari-harinya dia nak aku pakai warna yang matching dengan warna baju dia.

Kalau ada lelaki datang rumah, dia akan cari aku dulu - "Ada orang kat luar, pakai tudung".
Kadang tu kalau aku kebetulan kat dapur and ada orang kat depan, dia akan berlari naik atas capai tudung untuk hulur kat aku "Kawan abang datang, pakai ni".
Kalau kat Tganu tetiba ada orang lelaki datang, dia akan masuk bilik "Takyah keluar lah, kawan abang kat luar".
Selamatttt aku takyah buatkan air. Kahkahkah.

Aku tak berminat nak pandang slack kat orang yang free hair atau yang pakai sexy kerana aku pernah berada di tempat tu satu masa dulu.
Aku pernah rasa macamana dikutuk atas sebab yang aku tak pasti.
Aku pernah rasa macamana orang awal-awal hukum aku masuk neraka.
Aku sampai sekarang konfius macamana orang yang kita tak kenal sangat beria-ia judge our life sedangkan dia kenal kita pun melalui apa yang kita tunjuk di media sosial saja.

Mungkin ada yang sedang lalui situasi macam aku dulu, iaitu suami tak suka isteri bertudung.
Aku tak pasti apa cara yang paling baik untuk seimbangkan situasi ni.
Macam aku dulu, apa yang aku terdaya buat was ikut selera suami dan dalam pada yang sama apa yang aku boleh kontrol, aku kontrol.
Contohnya, solat and mengaji tu jangan pulak kau tinggal hanya kerana kau pakai sexy.
Teruskan buat.
Biarlah orang nak kata apa pun.
Sebab, aku sangat percaya solat yang betul akan membawa kita kepada jalan hidup yang betul.
Kalau tak sekarang, eventually solat tu akan buat perubahan pada diri kita.
Maka, kalau orang tu sexy tapi bersolat, tak perlulah kecam dia “Solat, tapi pakai dedah jugak!”

Look, dia sedang berusaha untuk jadi taat.
Jika solatnya benar, dia akan berubah.
Kita ni penampilan bukan main baik, tapi hati kita penuh dengan buruk sangka.
Maybe ada yang tak betul dalam solat kita.
Maka sebelum kita judge orang, tengok diri sendiri dulu.

Hidayah tu kan milik Allah.
Ada orang cara berpakaian bagus tetapi hidayah pada hatinya belum sampai, sebab tu ada buruk sangka kat orang lain.
Ada orang penampilan belum syari’ tapi hati nya Allah jaga supaya tak berprasangka terhadap orang lain.
Orang-orang sebegini bila dia terima hidayah untuk berubah, perubahannya selalunya memeranjatkan.

Tengok Noor Kumalasari.
Model runway dan model calendar tau dulu.
Sexy. Tapi mulut dia tak jahat ya.
Tak pernah dengar dia cakap buruk pasal orang (aku tahulah sebab aku membesar semasa dia masih jadi artis).
Orang-orang macam tu kita kata “jahat sendiri-sendiri”. Tapi tak pernah kutuk orang. Tak pernah keji orang.

Kalau orang kata “lelaki baik untuk perempuan baik, lelaki jahat untuk perempuan jahat”, mungkin aku and En Wan adalah couple yang nombor 2 tu.
Kami adalah pasangan yang pada masa mudanya “nakal” tetapi saling menerima kelebihan dan kekurangan masing-masing.