2021-12-29

Ramai tapau A di UPKK 2021. Alhamdulillah.


Ini versi panjang post aku di FB tadi.

OMG, tak sangka ada juga yang bitter bila ramai students tapau straight As UPKK semalam.
Risau aku dengan karenah orang-orang dewasa zaman ni.
Dah kenapa ramai straight As pun nak bitter?
As if nak cakap A tu tak laku sebab cikgu skolah sendiri yang tanda.
Apa kau ingat cikgu sekolah ni takde marking guidelines nak kena follow ke?
Dorang pun ada marking guidelines oleh JAKIM, tetapi bak kata JAKIM awal-awal dulu, sebelum exam MPKAFA (UPKK) dijalankan, "Terpulang kepada sekolah bagaimana nak menjalankan ujian tersebut".

Kita kena akui, mana-mana exam yang ditanda oleh pihak sekolah, sehabis boleh pihak sekolah akan bantu studentnya untuk capai markah terbaik.
PT3 pun cikgu sendiri yang mark.
Soalan saja dari Kementerian.
Tak pulak aku dengar parents bitter ramai dapat straight As (atau maybe aku yang tak nampak komplen-komplen sedemikian, if any).

Kena bersyukur bila anak-anak tapau banyak A di UPKK kali ni.
Itu rezeki mereka.
Anggaplah itu hadiah buat mereka yang terpaksa belajar secara online selama hampir 2 tahun. Simple.
Buat apa nak pening-pening kepala.
Tapi aku akui untuk parents yang dah plan nak enroll anak ke skolah-sekolah berasrama background agama macam MRSM Ulul Albab, sijil UPKK mungkin membantu as supporting dokumen.
Boleh jadi inilah kebimbangan bila terlampau ramai yang straight As, peluang jadi semakin tipis.

Look. Sistem pendidikan sekarang tak sampai macam 30 tahun lepas.
30 tahun lepas memang pemilihan berdasarkan akademik semata-mata.
Kita tak payah memohon pun untuk masuk boarding school, Kementerian yang akan pilih.
Ok, cerita pasal straight As ni aku nak cerita sikit pasal kisah sendiri.

1989, aku ambil UPSR.
Aku bukan student yang naik pentas tiap-tiap tahun. Average student sahaja.
Masa darjah 6, kedudukan meja dalam kelas aku berubah-ubah setiap kali selepas exam.
Yang pertama duduk di meja 1, dan paling last duduk hujung sekali.
Macam tu ya, 'kejam'nya susunan bilik darjah. Tapi we all ok je.
Kedudukan aku awal hingga akhir tahun konsisten di meja nombor 10.
Bermakna aku bukanlah paling pandai.
The best 10 je (nak jugakkk mention 'best').

Result UPSR aku straight As.
Kalau aku yang sepanjang tahun nombor 10 pun boleh straight As, dah tentu yang tempat 1-9 dapat straight As juga.
Memang betul pun, semua 1-10 dapat straight As.
Ada juga yang selalu dapat nombor belas-belas pun dapat straight As.

Masa dulu pemilihan ke sekolah berasrama hanya Kementerian Pendidikan yang pilih, tidak boleh memohon.
Tapi ramai terperanjat bila aku dapat TKC.
Ya lah, kalau dapat sekolah berasrama yang lain maybe tak terperanjat, tapi bila aku dapat premier school, orang tertanya-tanya.
Yang dapat nombor 2-3 pun tak dapat offer ke mana-mana, macamana aku boleh dapat offer ke sekolah premier pulak tu?

Inilah yang ramai orang terlepas pandang.
Walaupun report card aku sepanjang tahun tak pernah dapat A untuk semua subjek, tapi perlu difahami UPSR hanya ada 5 sahaja subjek berbanding 10 subjek di skolah.
Dan sepanjang aku Darjah 6, 5 subjek UPSR ni aku maintain A.
UPSR zaman dulu, BM, Maths and English soalan objektif.
Masa semak semula jawapan dengan cikgu kelas, aku dapat 100 markah bagi tiga-tiga paper.
BM ada 2 lagi paper iaitu karangan dan lisan.
Hanya 2 ni saja yang aku tak tahu markah.
Boleh jadi markah inilah yang membantu aku dapat masuk asrama sebab soalan objektif ramai score. Agaknya lah.

Aku sendiri segan bila kawan-kawan yang selalu naik pentas tanya aku "Macamana kau boleh dapat TKC?".
Aku tak ada jawapan. Aku tahu ramai pelik.
Jangankan dorang, aku sendiri tak percaya aku dapat.
Tapi boleh jadi 5 subjek UPSR aku pegang baik-baik.

Itu hanya pandangan surface, hakikatnya itulah rezeki.
Selama ini ada yang lebih pandai, tapi yang tak dipandang ini akhirnya terpilih ke sekolah berasrama.
Bila aku dapat offer tu, teringatkan Cikgu Khadijah, cikgu tusyen.
Cikgu ni cikgu skolah aku juga tapi dia tak mengajar kelas aku.
Di tusyen, dia mengajar semua subjek UPSR.
Dia pernah bagitahu aku "Diana kenapa nak tusyen, Diana dah pandai".
Masa tu aku senyum je sebab aku tahu aku tak pandai sebab aku tak dapat nombor 1 pun kat skolah.
Rupanya cikgu lebih tahu, kerana dia tahu UPSR hanya 5 subjek.
Boleh jadi dia dah nampak aku menguasai 5 subjek ni.

Belajar memang penting.
Score straight As kalau dapat, lebih bagus.
Tetapi jangan tinggalkan konsep rezeki.
Kadang, result semua dah cantik, tapi tak dapat offer ke boarding school.
Redza, UPKK 8A. UPSR 3A 3B, tapi rezeki dia tahun tu dapat masuk MRSM.
Ada yang sama-sama macam Redza dapat 5A, tapi tak dapat ke mana-mana SBP mahupun MRSM.

Rezeki masing-masing.
Bukan nak kata straight As tak menjamin apa-apa. No.
Aku orang yang sangat percaya pada keputusan exam yang bagus sebab macamana orang kata A tak penting, hakikatnya nak masuk ke mana-mana yang banyak A tu la yang akan shortlisted dulu.
Tetapi, bukan sampai di situ saja.
Akan ada tapisan lain seperti exam tambahan dan interview.
Supporting sijil macam ko-kurikulum juga membantu.
Kawan aku, anak dia tahun lepas dapat masuk SBP boys school.
Tahun lepas kan takde UPSR, tapi ada penilaian, kan.
Dia cakap, anak dia dalam kelas bukan yang terbaik tapi anak dia aktif main rugby di sekolah.
Boleh jadi itu kelebihan terpilih.

Ya, aku tak nafikan boleh jadi itu antara sebab terpilih.
Sekarang ni budak-budak ramai yang bijak.
Nak masukkan semua yang bijak-bijak ni dalam skolah asrama tak muat, dik.
Mesti ada satu tapisan untuk pilih.
Tak tahulah apa tapisannya, tapi tak semestinya akademik.
Pasti ada kuota untuk aktiviti-aktiviti lain juga.

Daripada Aisyah RA bahawa Rasullah SAW bersabda: “Orang yang mahir membaca al-Quran, dia akan bersama dengan malaikat safarah (pembawa wahyu) yang mulia dan taat/ berbuat kebaikan. Manakala seorang yang membaca al-Quran dalam keadaan tergagap-gagap (yakni tidak lancar) di mana ia menghadapi kesukaran dan kepayahan membacanya, maka dia akan memperoleh dua ganjaran. (Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Ibnu Majah).

Hadis atas tu jelas tunjuk kat kita konsep rezeki dan usaha.
Nampak macam orang tu tak lancar membaca, susah dapat 'A'.
Tapi dari penilaian Allah, orang tu dapat extra marks kerana usahanya membaca walau tergagap.

Biarlah walaupun ramai orang tapau straight As dalam apa juga peperiksaan.
Kita sama-sama clap untuk mereka.
Syukur rezeki anak-anak ni hebat.
Kita tak perlu overthinking sangat, enjoy the present moment.
Celebrate apa yang ada. Usaha sehabis baik kerana usaha dari kita, tetapi rezeki dari Allah.
Hargai setiap rezeki yang kita dapat, hargai setiap usaha yang kita dah jalankan.