2021-04-29

Nuzul Quran 2021


Salam Nuzul Quran untuk semua.

Aku belajar mengaji seawal umur before tadika.
Pak Aji yang ajar kat rumah.
Kiranya Alif sampai Ya tu dah kenal dah sebelum belajar mengaji dengan ustazah.
Tapi biasalah, bila belajar dengan bapak, tak boleh nak konsisten.
Pak Aji balik ofis penat agaknya, mengajar aku pun skip-skip.

Tahun 1987, Darjah 1, kitorang pindah rumah.
Sebelum tu tinggal menyewa.
Pak Aji dapat tahu anak-anak di area rumah baru tu belajar mengaji dengan sorang ustazah ni.
Dia suruh aku ikut geng-geng budak pi mengaji and mendaftar sendiri, boleh?
Mak bapak aku ni aku tak tau level berapa dia punya tawakal.
Anak masuk sekolah Darjah 1 pun register sendiri, nak blaja mengaji pun pandai-pandai anak register sendiri.

Petang tu aku ikut geng budak-budak pergi mengaji.
Sampai je kat rumah ustazah tu, ramaiiiii budak.
Ustazah tu nampak aku dia tanya "Nak mengaji jugak ke ni? Alaaa...dah ramai sangat ni. Ustazah tak larat nak ambik orang baru".
Aku terdiam kejap.
Tak tau nak respond apa sebab aku ingatkan bapak aku dah jumpa ustazah ni bagitau nak hantar anak. Rupanya tak.
Aku dikira memandai-memandai datang nak blaja tak tahu ujung pangkal.

Ye lah, aku faham.
Kalau yang datang tu semuanya basic pun takde, jenuh juga.
At least kalau dah kenal huruf senang sikit nak ngajor.
Yang datang tu pun ramainya memekak je lebih. Main galah panjang kat depan.
Agaknya Allah gerakkan hati ustazah tu untuk test aku.
Alhamdulillah, buku Muqaddam tu, aku boleh start dari page 3-4.
Jadi, ustazah pun terima aku belajar.
Ustazah ni aku panggil Cik Mah (arwah).

Khatam Muqaddam pada tahun tu juga.
Umur 8 tahun, aku dah khatam Quran.
Masa naik Quran, Cik Mah ajar aku bertarannum sekali.
Hanya aku saja dia ajar waktu tu.
Part mana nak tarik suara, part mana nak jatuhkan suara.
Lagu Cik Mah semua sedap-sedap.

Walaupun aku khatam umur 8 tahun, tak ada majlis khatam pun dibuat sampailah aku umur 11 tahun.
Itupun atok aku yang suruh buat.
Mak Aji kena sound dengan bapak dia apesal tak buatkan majlis khatam.
Aku and Ima cucu yang dia bela, berani-berani taknak buatkan majlis? Haaa gitew.
Mak Aji cakap atok ugut kalau taknak buat majlis, dia nak buatkan kat kampung.
Nak berarak dari rumah ke masjid.
Mak Aji surrender, buatkan jugak majlis untuk kitorang.

Gamba kitorang adik-beradik masa majlis khatam Quran.
Arwah atok punya excited dengan majlis ni, habis anak-anak dia kat Singapore dia suruh turun Bangi.
Dah macam majlis nikah.
Makcik-makcik aku pun sama excited, tempahkan baju, tempah tudung, mini pelamin bunga pahar kiri kanan, mekapkan bagai.
Naik lebam muka aku dengan mekap ala-ala Sheena Easton. Kahkahkah.

Rombongan Cik Mah and kawan-kawan mengaji datang dengan disambut penuh meriah.
Dulu ustazah mengaji ni orang-orang kita cukup hormat.
Sambut dengan penuh tertib.
Cik Mah duduk depan sekali dekat dengan mini pelamin supaya boleh dengar bacaan terakhir kitorang dan betulkan kalau salah.
Bermula dengan surah Ad-Dhuha, aku bergilir-gilir dengan Ima mengaji sampai habis.
Seram weh masa tu. Ye lah, ustazah depan-depan kita.
Macam resent thesis dia punya debar.
Nak menghabiskan dari Ad-Dhuha sampai 3 Qul, berpeluh misai aku.
Alhamdulillah, takde correction dari Cik Mah.

Part paling syahdu sekali bila dah habis ayat akhir, geng-geng mengaji semua berselawat ramai-ramai, aku and Ima salam ahli keluarga.
Makcik-makcik aku emosi tau, masing-masing nangis peluk-peluk kitorang sebab anak sedara pertama yang khatam Quran.
Arwah atok duduk kat depan menghadap pelamin.
Kiranya atok dapat spot yang nice tengok cucu-cucu dia berkhatam.
Tak lama lepas tu atok meninggal, bulan Mac 1988.
Lega Mak Aji akhirnya atok dapat tengok cucu-cucu yang dia bela khatam Quran.

Lepas majlis khatam Cik Mah invite aku join kelas berzanji dia. Aku join.
Sedap lagu berzanji Cik Mah.
Bila ustazah kau dah equipped kau dengan Quran and berzanji, aku jadi cenderung dengan subjek agama kat skolah.
Time skolah rendah and menengah, subjek agama paling mudah aku nak score.
Umpama A dalam tangan.
Pernah wakil skolah untuk kuiz agama peringkat negeri Selangor.
Satu-satunya wakil yang tak pakai tudung.
Terpaksa pinjam tudung member nak masuk bertanding.
Tapi ustazah tak kecam aku walau tak bertudung.

Tapi tu lah kan, perjalanan seorang Diana yang bermula dengan agak baik umpama anak solehah.
Terang hati. Khatam awal.
Berzanji pass. Subjek agama score sokmo. Wakil sekolah lagi.
Pernah diterima belajar di Maahad Hamidiah, tapi...satu ketika tergelincir.
Kalau arwah atok and Cik Mah hidup masa aku tergelincir, dorang sangat kecewa aku pasti.

Aku sendiri tak pernah jangka dalam hidup aku ada satu chapter aku tergelincir teruk.
Bukan setakat free hair, tapi bertukar-tukar kaler rambut.
Baju tak cukup kain dah jadi trademark.
Hari yang aku tak keluar buat sales, aku tanggalkan jaket dan hanya bertube and skirt sepanjang hari dalam ofis.
Pakai skirt pendek belum cukup daring kalau tak belah sampai pangkal paha.
Blouse wajib low cut.
Pegi dinner dengan ofismate yang non-Muslim, seluar aku lagi pendek dari dorang. Hanyutttt.

Mesti ada yang tertanya kenapa Pak Aji and Mak Aji tak sound.
Yang pertama, aku pakai macam tu selepas kahwin.
Aku dah jadi tanggungjawab En Wan jadi Pak Aji and Mak Aji tak campur.
Ada juga dorang hint-hint tapi aku buat pekak je time tu sebab En Wan tak melarang.
Yag kedua, aku tak realize itu satu kesalahan yang orang lain perlu masuk campur sebab aku tak buat jahat dengan orang.
Kalaupun pakai macam tu dikira jahat, aku jahat sendiri-sendiri tak kacau orang.
Itu pemahaman aku waktu tu.

Yang sebenarnya, ketika itu aku dah tak sentuh Quran sekerap dulu.
Mengaji masih mengaji tapi tak kerap.
Actually waktu tu terlintas juga kat fikiran aku apesal aku daring sangat.
Tapi dalam masa yang sama aku cakap aku masih solat, aku puasa, kadang-kadang mengaji, cukuplah.

Ternyata sebagai manusia kita tak boleh cepat puas dengan amalan-amalan baik yang kita kerjakan.
Sebab setan tak pernah putus asa untuk menyesatkan manusia.
Setan pun ada rankingnya.
Barisan 1 tak lut, dia hantar barisan ke-2 untuk sesatkan manusia.

Tergelincirnya seseorang ke dalam dosa setelah dapat hidayah pun bukan hal yang mustahil terjadi.
Bal'am bin Ba'ura salah sorang.
Dia alim yang doanya mustajab. Apa dia minta dalam doa, Allah kabulkan.
Tapi akhirnya tergelincir dan meninggal dalam suul khatimah.

Al-Quran ni umpama hidangan dan jamuan Allah.
Al-Quran pengikat hubungan dengan Allah dan sebagai cahaya penerang.
Al-Quran juga ubat yang menyembuhkan dan menjaga manusia yang berpegang dengannya.
Dalam kata lain, siapa yang ikhlas dengan Al-Quran akan tegak lurus tidak tersesat.
Kalau ada yang lama tak pegang Quran, Nuzul Quran ni jadi waktu paling tepat untuk kembali membaca dan menjadikan Al-Quran sebagai teman sehari-hari.
Walaupun tak dapat one day one juz, setidaknya start baca lebih kerap berbanding update status media sosial.
Semoga kita dapat melalui puasa Ramadhan yang hampir masuk 10 hari terakhir dan tetap istiqamah dalam membaca, menghafal dan mengamalkan Al-Quran dalam sehari-hari.