2021-02-03
Kau lepaskan tak puas hati kat budak-budak, masalah kau takkan settle.
Dah 2-3 hari TV and media sosial bercerita tentang arwah adik Amir.
Sejujurnya aku tak tahu-menahu lansung rupanya budak ni dah famous sejak tahun lepas.
Rupanya rakyat Malaysia dah kenal budak ni tahun lepas lagi since video perpisahan dengan keluarga angkat.
Tak pasti gua mana aku pegi tahun lepas yang sampai boleh tak tahu cerita ni.
Alih-alih viral kes dia dibunuh/didera (masih dalam siasatan, belum pasti lagi).
Itupun, masih tak tahu hujung pangkal cerita sampailah masuk berita.
Sebenarnya, aku tak berapa minat layan cerita-cerita macam ni.
Sesiapa yang follow blog ni dari dulu mesti tahu aku pernah bagitau, kalau ada kes melibatkan budak kena dera, dibunuh, terbunuh, mati terbakar - aku elakkan untuk ambil tahu.
Benda tu trigger aku punya chilhood trauma.
Trauma bukan senang nak hilang.
Dah umur 40 series ni pun masih jelas terbayang-bayang lagi semua tu.
That's why payahlah orang nak nampak aku update di FB atau share isu-isu macam ni.
Masa tengah kecoh-kecoh kes tahfiz terbakar dulu, aku tak berapa nak bercakap pasal ni.
Ada sorang follower PM mintak aku blog about the case. Aku tak mahu.
Then dia tanya, kenapa, rumah aku pernah terbakar ke?
Tak. Tak pernah terbakar. Selisih.
Aku just tak berapa suka nak bincang any kekejaman atau tragedi yang menimpa budak-budak especially kes dera, kes buang anak, kes anak kena seksa tak bagi makan sampai kurus kering (pernah ada kes ni dulu kan, dah arwah dah pun budaknya).
Selalunya kes-kes macam ni jarang aku nak baca isi cerita. Baca tajuk je. Itupun dah ngeri.
Orang dewasa yang lampiaskan marah pada budak-budak, adalah manusia yang patutnya mati dalam perut mak dia lagi.
Tolonglah! Budak-budak jangan dibiarkan hidup dalam troma.
You have no idea apa kesannya. Membawak sampai ke tua, ok!
Aku ni living proof.
Memang aku sejenis singa jadian kat rumah, tapi membantai anak sampai lebam, sampai terkoyak kulit - tak pernah terjadi.
Suara aku je high pitch, tapi tangan tak laju mana.
Tak boleh imagine ada mak bapak yang tergamak nak dera anak umur 5-6 tahun.
5-6 tahun kot. Akal kau tersumbat dalam lubang jubo ke, setan!
Lagi satu, aku amat-amat alergik orang tua yang membeza-bezakan budak-budak hanya kerana taraf hidup mak bapak. Sakit hati wei!
Sebab aku dah lalui dah dulu.
Tak faham apesal kau nak bezakan anak-anak jagaan kau hanya kerana anak si A kaya, anak si B miskin.
Budak-budak kot, apalah yang dorang tau tentang kaya-miskin.
Kalau kau tak puas hati mak bapak lambat bayar duit nursery ke, mak bapak ambik anak lambat ke, mak bapak bayar duit nuresery sikit ke, mak bapak tak bagi kau buah tangan ke, kau settlelah dengan mak bapaknya.
Yang kau haruk kat anak dah kenapa.
Aku pernah duduk rumah jagaan.
Mak Aji hantar aku dengan Ima duduk situ.
Umur baru 5-6 tahun, tapi dah aku boleh rasa kami dibeza-bezakan dengan anak-anak orang kaya yang sama-sama dijaga kat situ.
Tapi aku sejenis cool.
Walaupun aku sedar ada double standard tapi memikirkan aku ada adik yang perlu dijaga, aku buat-buat cool je. Tapi hati sedih.
Sampai sekarang terbayang-bayang kitorang dua beradik makan nasik atas lantai beralas suratkhabar, pakai pinggan plastik.
Bibik aku pun makan kat meja, pakai pinggan yang sama aku pakai, makan lauk yang sama aku makan tau.
Tak tergamak aku nak beza-bezakan orang.
Ismail Bangla yang potong rumput secotet kat rumah aku ni pun kitorang hidang air oren, dari gelas yang sama kitorang pakai.
Takde de aku hidang dengan cawan plastik.
Lagipun rumah aku takde cawan pinggan plastik.
Pelik aku bila ada orang yang tergamak nak membeza-bezakan budak-budak.
Anak orang kaya makan atas meja.
Oklah maybe meja tak cukup besar.
Tapi sepanjang duduk sana, tak pernah sekali pun kitorang dua beradik dipelawa makan kat meja.
Dan budak-budak kaya tu tak pernah sekalipun duduk bersila makan dengan kitorang.
Oh by the way, kitorang makan kat dapur, atas lantai.
Yang budak-budak kaya makan kat meja depan tapi meja makan tu depan kitorang je.
Sedih rasanya, sambil makan sambil tengok budak-budak kaya makan kat meja.
Apa dia ingat rumah anak orang kaya je ada meja makan, rumah aku takde meja makan?
Tapi masa tu diam je, janji dapat makan. Asal tak lapar.
Cuma hati tu terasa jugak la, apesal dorang makan atas meja.
Aku tak rasa pun kitorang makan bersepah sebab Mak Aji jenis naga juga.
Kalau kitorang makan bersepah memang dia melaharkan apinya kat kitorang.
Jadi dari kecik kami dah tau adab makan jangan bersepah.
Time tido (nap) pun macam sama.
Anak orang kaya tido atas katil dalam bilik.
Aku ngan adik aku tido kat hall beralas kain batik.
Tapi masa tu seronok berlari-lari lepas makan nak cop kain batik.
Seronok sangat kalau dapat tido alas kain batik yang cantik.
Esok tukar pilih kain batik lain pulak.
Budak-budak memang tak tau apa.
Kau beza-bezakan dia pun dia ok je, tapi dia tak lupa, ya.
Sampai ke tua dia ingat.
Aku letih dah hadap benda-benda macam ni.
Cukup menyampah orang yang suka beza-bezakan orang lain (especially budak-budak), based on material.
Kau pernah tak tumpang kereta orang, tapi sepanjang jalan orang tu bawak kereta macam pelesit sengaja langgar bumper sana, langgar lubang sini sebab nak tunjuk betapa dia bengang kau menumpang kereta dia. Pernah?
Sedangkan masa tu aku kecik lagi.
Walaupun masih kecik, aku tak bodoh.
Aku tahu mak bapak aku tak boleh offer apa-apa in return.
Setakat ucap tima kasih sebab sudi tumpangkan anak dia.
Lain la kalau mak bapak aku hulurkan duit, kan.
Tapi mak bapak aku pun tak bodoh.
Alangkan aku yang kecik pun boleh rasa, apetah lagi dorang.
Dorang pun tahu orang tak suka kita menumpang harta dia.
Jadi, itu je la sekali aku naik.
Itupun Mak Aji dah pesan "Jangan makan minum dalam kereta. Jangan minta apa-apa".
Walaupun tekak aku kering, aku tahan je sampailah ke destinasi.
Pernah tak rasa kau takde baju cantik untuk attend satu majlis.
Disebabkan baju kau tak cantik di mata dorang, dia suruh kau salin pakai baju dia.
Tapi sepanjang majlis dia dok highlite, yang tu baju anak dia. Baju anak dia. Baju anak dia.
Majlis belum sempat dia berkali-kali ingatkan jaga baik-baik sebab baju tu kain mahal, kain mahal, kain mahal.
Dah tahu mahal, yang kau bagi aku pakai kenapa.
Macam aku hadap sangat nak pakai.
Tapi semua yang terjadi ni memberi wake up call.
Kalau kita takde anything to offer, at least improve diri kita.
Learn to make ourself a better person.
Become a better version of ourself.
Tak payah buktikan pada sesiapa.
Once kau jadi better, kau tengoklah, yang pandang kau sebelah mata dulu eh tau-tau je mengaku "Saya kenal mak budak ni, dulu berjiran".
Eh? Padahal sepanjang aku duduk dengan mak aku, takde pulak nampak kau datang rumah ke apa.
Dendam? Tak.
Kalau dendam, lama dah aku buat taik kat orang-orang ni.
Cuma tak boleh lupa, dan juga menyampah dengan orang-orang macam ni.
Kesan dari apa yang aku terima tu lama untuk aku buang.
Berpuluh tahun aku hidup dengan 'merendahkan diri sendiri'.
Dapat nombor 1 pun aku malu nak mengaku.
Rasa macam tak layak.
Bagi aku, muka macam aku ni layak tempat ketiga je, barulah lojik.
Dapat pegang watak utama dalam stage drama "Ms Muffet", pun nangis.
Orang lain kalau dapat watak utama nangis kegembiraan, yang aku nangis stress dapat watak utama.
Terasa tak layak duduk atas pentas, nak duduk belakang pentas tolong tarik langsir je.
Kesan troma ni kadang-kadang membuatkan orang salah faham kat aku.
Contoh, aku tak minat nak berjalan-jalan tido rumah sedara-mara.
Aku nak tido hotel.
Bukan berlagak, tapi nak elakkan apa yang boleh aku elak.
Pedih rasanya pegang title 'menumpang' ni.
Pleaselah orang-orang tua, jangan jadikan budak-budak mangsa tak puas hati kau.
Tolong jadi dewasa.
Kalau tak puas hati dengan mak, settelkan dengan mak.
Tak puas hati ngan bapak, setelkan dengan bapak.
Tak puas hati dengan laki kau, settle dengan laki kau.
Tak puas hati dengan boifren, settle dengan boifren.
Kau lepaskan tak puas hati kat budak-budak, masalah kau takkan settle.
Budak-budak teraniaya.
Jangan ingat budak-budak tak faham.
Dorang cuma act as if dorang tak faham, tapi sebenarnya hati dorang terluka.
Ada yang jadi pendendam, ada yang jadi rendah diri, ada yang jadi too sensitif.
Kesannya berpanjangan.