2021-02-18


Gambar di atas adalah gambar orang 'berani'.
Berani warnakan rambut kaler mahogany, purple, orange.
Berani pakai short keluar makan.
Berani pakai skirt pendek paras peha walau tengah mengandung. 
Berani pakai swimming suit, tepek pulak kat blog!
Itulah dia keberanian menayang kejahilan.

Antara soalan yang boleh dikatakan 'soalan sepanjang hayat', yang selalu aku dapat adalah "Macamana Kak Di istiqomah bertudung?".
Aku rasa faktor terbesar soalan ni selalu diajukan pada aku adalah maybe orang tak jangka aku akan kekal bertudung.
Melihatkan aku dulu yang 'berani', aku tahu ada yang betting mengira hari berapa lama aku boleh bertahan.
Aku tahu ya, jangan ingat aku tak tahu.
Tapi itu biasalah.
Bila orang 'berani' nak buat benda baik, mesti ada yang tak konfiden.
So, I am writing this article for those of you who have doubts about wearing tudung.

On the day aku decided untuk bertudung, that was year 2011, alhamdulillah Allah beri kekuatan untuk aku istiqomah.
Aku bertudung dengan mendadak. Takde planning yang khusus.
Niat ada, tapi usaha ke arah tu takde yang sungguh-sungguh.
Pada hari aku bertudung sebenarnya aku tidak ada plan pun untuk bertudung hari tu.
Ia datang dengan tiba-tiba.
Pagi tu aku masih free hair.
Tengahari tu aku pi jemputan akikah ofismate En Wan, bertudung.
Dan terus aku bertudung sampai sekarang.
Disebabkan perubahan tu mendadak, tak dinafikan ada terbit kekesalan sikit bila terpandangkan blouse-blouse see-thru dan skirt pendek dalam almari. Ini kekangan pertama.

Boleh dikatakan aku tak ada baju yang sesuai nak dipakai dengan imej baru.
Masa tu dah terasa berbelah bagi - nak teruskan bertudung ke tak.
Sebab esok nak gi kerja tapi takde baju yang sesuai nak pakai, melainkan baju kurung.
Dalam masa yang sama terasa malu pulak nak keluar bertudung jumpa customer.
Customer aku jarang nampak aku berseluar, let alone berbaju kurung.
Dulu aku berbaju kurung hari Jumaat je, itupun duduk ofis.
Jarang sangat aku keluar jumpa customer berbaju kurung.
Customer and ofis mate aku tahu aku synonim dengan skirt pendek.
Pendek I mean PENDEK, ya. Atas lutut.
Tak cukup atas lutut, ada belah pulak sampai pangkal paha.
Tak cukup dengan tu, pairkan pulak dengan blouse see-thru [tapi aku pakai tube kat dalam].

Diana dan skirt pendek dan blouse see-thru adalah SEPAKEJ.
Jadi bila aku bertudung, terasa canggung.
Like kau semalam jumpa customer dengan skirt pendek, tiba-tiba hari bertudung.
Tak ke pelik?
Lainlah kalau a few weeks sebelum bertudung aku dah start dengan pakai seluar panjang atau maxi dress.

Aku nekad buang semua skirt and baju-baju see-thru.
Lagi lama baju-baju ni ada dalam almari, takut aku tak kuat. Nanti terpakai balik.
Tinggalkan mana yang boleh pakai kat rumah je.
Selama beberapa hari selepas bertudung, aku masih belum pakai stokin setiap kali keluar rumah.
Masih sayang dengan high heels aku yang bertali-tali tu.
Kalau pakai dengan stokin tak cantik.
Tapi rasa pelik pulak tengok diri kat cermin, bertudung dan pass, berseluar and blouse lengan panjang dah pass, tup tup nampak kulit kaki.
Takde siapa yang pengaruh aku untuk berstokin, aku yang nak pakai.
Lalu aku beli, dan sampai sekarang aku takde selipar.
Walau ke mamak Anwar Maju aku tetap berkasut sebab nak pakai stokin.
Pakai stokin dengan selipar nampak buruk kat aku [no offense].

Tapi ada yang jauh lebih penting dari bertudung, berstokin dan berhand-socks, iaitu ilmu.
Ini kekangan kedua.
Nak join kelas mencari ilmu - berat.
Rasa malu, rasa rendah diri, nampak macam salah masuk tempat pun ada gak.
Bila dah join kelas barulah nampak ternyata hijrah penampilan bukanlah satu pengakhiran hijrah seorang manusia tetapi permulaan.
Takkan jadi apa kalau setakat berubah penampilan.
Salah satu sebab susah nak istiqomah adalah kurangnya ilmu.
Ilmu yang benar akan membantu istiqomah dalam hijrah.
Aku join kelas agama selain untuk belajar, aku nak letakkan diri di persekitaran yang boleh membantu istiqomah.
Sebab istiqomah ni sangat berat especially untuk orang yang pernah 'berani'.
Kalau tak betul-betul kuat, boleh patah balik ke zaman jahiliah.

Hari pertama aku join, ayat yang aku ingat sampai sekarang "Jangan tinggal solat. Sejahat mana pun kita, kalau solat terjaga, solat itulah yang akan bawa kita kepada kebaikan".
Itu formulanya.
Jadi, peganglah itu.
Solat ni asas disiplin.
Dia ajar kita berdisplin dengan masa [solat tepat waktu].
Dia ajar kita displin dengan pemimpin [jangan mendahului imam].
Dia ajar kita displin dengan tertib.
Jadi tak hairanlah bila ustaz kata kalau solat betul, maka betullah kehidupan keseluruhannya.

Berada dalam lingkungan yang betul memudahkan istoqomah.
Tengok orang kiri kanan lebih menjaga aurat, secara tak lansung terasa nak ikut sama menjaga aurat.
Tengok orang lain duduk saja-saja pun berzikir, kita pun terfollow.
Tengok orang kiri kanan mengaji, takkan kita nak duduk saja. Follow mengaji sama.
Lama-lama jadi kebiasaan.
Ada satu lagi statement ustaz yang aku ingat "Bila berhijrah, yang mesti ditambah adalah ilmunya, bukan tutorial tudungnya".
Pedih gila. Tapi benar.
One of the reason kenapa style lilitan tudung aku sama je dari awal bertudung hingga sekarang adalah sebab statement ustaz tadi.
Aku tak nak pakai tudung bulat, atau tudung labuh.
Apa yang aku boleh usahakan, melabuhkan tudung tutup dada.
Harapnya boleh terus istiqomah.
Kalau dapat buat lebih baik, lebih bagus.

Kekangan seterusnya, pergaulan.
Bila dah berhijrah, kita akan hilang lingkungan yang lama, dan datang lingkungan baru.
Perubahan aku tak besar mana pun, cuma bertudung.
Tapi disebabkan dulu aku 'berani', the moment aku bertudung orang nampak perubahan tu sangat extreme.
Ramai yang menjauhkan diri.
Maybe dorang tak selesa aku berada dalam kelompok tu.
Tapi takpe, sebab aku dapat kelompok yang baru, yang lebih aku perlukan dalam perjalanan hijrah.
Bila perubahan kita 'extreme', cakap-cakap belakang tu biasalah.
Tapi, buat dek je.
Kalau kita nekad berubah, cakap-cakap belakang tu semua umpama anjing menyalak.
Anjing menyalak pada sesuatu yang ia belum biasa.
Once dah biasa nanti senyaplah.

Nak buat benda baik memang ada kekangan.
Syaitan kalau tak dapat jadikan kita jahat, dia akan buatkan kita malas nak buat benda baik.
Terjemahan ayat terakhir surah An-Nas "(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia".
Maksudnya, dari kalangan manusia pun ada yang syaitan.
Di-judge oleh orang adalah perkara biasa.
Siapa je lah yang suka kita jadi baik, atau jadi lebih baik dari dia.
Bila seseorang yang selama ni jahat di matanya nak berubah jadi lebih baik, dah tentu ada yang tak suka.
Dia mahu kita kekal jahat supaya dia sentiasa ada modal untuk bercakap tentang kita.
Masa jadi jahat pun dia bercakap tentang jahat kita, dan berubah menjadi lebih baik pun dia tetap mencari-cari buruk dalam diri kita.
Tak payahlah kisah sangat dengan cakap-cakap orang.
Fokus pada membaiki diri sendiri je sudah.
Niat nak berubah kerana Allah, insyallah Allah akan kuatkan kita untuk istiqomah dan cekalkan hati.

For those who still have doubts untuk bertudung kerana malu dengan masa lalu, Allah tak pernah tidur.
Setiap orang ada sejarah lalu yang harus berlalu.
You have the right to be anything for your future.
Tak perlu nak tunggu "hijabkan hati" terlebih dulu.
Once dah berhijab, otomatik hati terhijab sama.
Dan kepada yang dah istiqomah bertudung dan menjaga aurat, jadilah inspirasi kepada yang belum.