2021-01-13
Minat yang tak mendatangkan hasil
2006 aku start blogging dengan pure intention - bukan nak jadi famous, apetah lagi nak ber-business.
Sekadar nak menulis sebab aku kan suka bercerita [read : menceceh].
Aku alkways ada benda nak cerita.
That’s why aku berblogging.
Tahun 2006, mostly bloggers adalah pure.
Zaman tu belum wujud istilah nak influencer.
Kebanyakkannya menulis sebab suka menulis.
Rasanya tak terfikir pun untuk jadi famous sebab BLOG je kot.
Kena baca. Siapa je lah yang rajin membaca.
Tak ramai, tapi yang jadi follower aku insyallah semuanya rajin membaca.
Sebab blog post aku panjang-panjang, jarang pendek.
Yang penting blog post aku dulu banyak gambar.
Queen of Camwhore katanya!
Rajin aku update blog dulu, walaupun kerja, at least satu post setiap hari mesti update.
Entah siapa je lah nak baca pun.
Post biasa-biasa je. Cerita merepek-repek.
Tu pasal boleh update hari-hari.
Bahan tulisan yang ringan orang kata.
En Wan selalu tanya apa tujuan aku blogging.
Macam buang masa. Tak mendatangkan pekdah.
“Ada ke orang baca?”.
Tak, dia tak faham.
Aku blogging bukan nak orang baca. Ini memang minat.
Minat menulis ni dari zaman skolah rendah lagi.
Kalau bab karangan, payahlah karangan aku nak stop at 300pp.
Always lebih, tapi cikgu jarang sound aku suruh pendekkan penulisan sebab karangan aku best. [matilanakkkkk puji diri sendiri].
Kat sekolah menengah, subjek BM and Sejarah kadang-kadang kena buat short play kat depan kelas.
Akulah penulis skripnya.
Nak jadi pelakon macam takde harapan sebab wajah tak Pan Asian, kita jadi penulis skrip jadiklahhh.
Jadi jangan hairan kenapa until now, aku masih lagi berblogging, walau tak sekerap dulu.
Kerana aku memang suka menulis.
Uni days, aku ada diary.
Orang lain tulis diary nak meluahkan perasaan, aku punya diary macam planner.
Dari celik mata sampai pejam ma apunya aktiviti aku tulis dalam tu.
Lepas tu sendiri baca balik.
Bila dah ada boifren, diary aku dah start tempat meluahkan perasaan.
Rindu pun tulis dalam diary. Ntah hape hape, bodoh.
Patutnya kalau rindu pi la bagitau boifren, kan. Bodohnya la hai.
Berbalik pada blogging tadi, slowly blogging jadi trend.
Lama-kelamaan bloggers jadi perhatian brand sebagai lubuk marketing.
Time ni blog aku dah ramai crowd.
Disebabkan blog aku can pull crowd, banyak juga advertisement yang aku dapat.
Tak sangka pulak one day blogging akan jadi satu kerjaya.
To some bloggers, blogging adalah kerjaya tetap.
Tapi aku tetap berblogging kerana minat dan untuk isi masa lapang saja.
Aku sayangkan kerjaya hakiki aku, banyak kali aku tak dapat nak meet requirements dari brands yang nak guna khidmat aku promote barang.
Waktu tu aku sendiri guna blog aku untuk promote kerjaya aku as biotech salesperson, INDIRECTY.
Melalui penulisan and penceritaan, readers tahu apa kerja aku, apa background of studies aku, etc.
Masa aku organize biotech workshop, half of the participant adalah pembaca blog.
Then aku realized, ramai di kalangan customer biotech adalah pembaca blog aku juga.
Maybe dorang gugel-gugel pasal biotech, atau genetic analysis, atau halal detection, lalu bump into blog aku. Maybe.
Then aku sedar, aku ada crowd yang niche and genuine.
Disebabkan crowd yang niche ni lah people ackowledge skill aku.
And with that, aku start GreenAard, and the rest is history.
Nak cakap bahawa jangan stop our passion semata-mata orang lain anggap apa yang kita buat tak mendatang faedah dan hasil.
HASIL tak selalu diukur dengan wang ringgit. Kalau minat, buat je.
Minat pada sesuatu perkara, walau tak menambahkan pendapatan, manfaatnya boleh datang dalam bentuk yang berbeza.
KESAYANGAN.
Pen berwarna - kegilaan dan kesayangan aku.
Pantang jumpa color pen, beli.
Pakai tak pakai belakang cerita, janji beli.
Tapi selalunya aku pakai, jarang aku tak pakai pen yang dibeli sebab aku always update planner.
Aku suka planner atau notebook aku berwarna-warni dengan tulisan and sketch.
Ecxept kalau pen tu color putih atau silver memang jarang pakai, tapi beli tetap beli. Koleksi gitu.
Just like blogging, aku tak tahu ke mana minat mengumpul color pen ni akan bawa aku.
Yang aku tahu pen color ni bantu aku untuk disiplin and konsisten.
Disebabkan aku suka color, aku gunakan ini untuk track habit and urusan harian.
Tak perlu pun nak track sebenarnya, tapi saja suka-suka.
Di samping jumpa alasan untuk mewarna, dapat tengok konsistensi and achievement diri.
Bila buat visual tracker gini [gambar], nampaklah aku culas kat mana.
Tu kan nampak lompong-lompong kosong tak berwarna.
Dapatlah kaji balik time management dan muhasabah diri 😊.
Contohnya 1-2 Jan tu aku bercuti (balik Tganu).
Kat situ banyak lompong.
Dari situ tahu dah manusia ni kalau tengah bersenang berseronok senang lupa diri, rutin pun entah ke mana-mana.
Sometimes bila aku tengok balik pada tracker-tracker, ohh rupanya boleh pun buat benda-benda ni semua.
Sempat rupanya. Ada pulak masa membaca. Jumpa pulak time nak study.
Aku anggap minat aku ‘buat benda tak mendatangkan pekdah’ ni at least menjadikan aku lebih berdisiplin, walau tak mendatangkan duit.
Diri lebih termotivasi untuk penuhkan tracker dengan warna, kalau boleh taknak lompong.
En Wan tak kondem minat aku yang ni, dia dah faham lama dah bini dia suka pen color.
Siap belikan lagi tanda sokongan.
Aku rasa dia dah givap nak kondem aku.