2020-12-25
Tahun paling lega.
“Ma, tak bestlah Krismas this year. Sebab kita tak pegi oversea”.
Wahh, bukan main si Rayyan.
Dia ingat acara wajib agaknya tetiap tahun pi oversea.
Aku suruh dia tengok Home Alone je today.
Tu yang sehari suntuk ber-sweater tu. Ambik mood.
Ini tahun ke-5/6 En Wan tanya “Bila kita nak pi Europe Di?”
Inilah juga soalan yang aku malas nak jawab.
Aku punyalah lega tahun ni tak ke bercuti ke mana-mana.
Kalau tak, asal ujung tahun macam ni aku dah stress memikir masalah nak hadap berejam dalam flight, nak berjalan ke sana sini.
Seriously aku bukan orang yang appreciate berjalan-jalan.
Aku suka bercuti tapi stay in the hotel - berehat. Itu istilah bercuti untuk aku.
Kalau bercuti gaya En Wan, aku jadi penat.
Sebab dia enjoy berjalan-jalan (literally). Penyudahnya aku jadi penat.
Seingat aku, setiap kali balik dari berjalan-jalan, malam tu mesti aku bersolat duduk.
Kan ke melampau namanya tu sampai solat pun tak larat berdiri dek kerana banyak berjalan?
Ini tahun 2010, Gold Coast. Masa ni aku mengandung Rayyan 3 bulan. Redza 6 tahun.
Tiket dah booked awal, jadi terpaksa redah walau mengandung.
Cuak juga time ni sebab kandungan masih awal, kalau jadi apa-apa memang payah.
Masa ni pula aku dah start mabuk-mabuk.
Kalau ditanya mana tempat yang aku nak visit lagi, Gold Coast aku taknak pegi lagi.
Maybe sebab sepanjang kat sana keadaan aku tak sihat sangat, jadi pengalaman di sana segalanya tak menyeronokkan bagi aku.
Dah la 8 jam flight! Sepanjang perjalanan tido-tido ayam.
Dia punya turbulence boleh tahan.
Sampai aku naik fedap nak menggelabah kat atas tu sebab lama nau dalam flight.
Setiap kali aku ke luar negara, aku menghitung hari nak balik, dari dalam flight lagi.
Aku tak sure ini sejenis penyakit atau tak, tapi aku selesa berada di dalam rumah sendiri.
In fact di rumah pun, aku habiskan masa dalam bilik.
Turun untuk masak, makan and sembang-sembang lebih kurang dengan mok.
Sampai En Wan pelik macamana aku boleh tahan melepak dalam rumah tak nak keluar.
Maybe salah satu sebabnya, aku tak biasa bercuti berjalan dari kecil.
Mana ada kitorang pergi bercuti zaman sekolah dulu.
Cuti sekolah adalah balik kampung. Balik kampung adalah sejenis percutian.
Kalau nenek aku pi Singapore, dia bawak aku sekali.
Itupun aku tak rasa pi Singapore adalah bercuti sebab makcik pakcik aku ramai kat sana.
Nenek aku orang Singapore, setiap 3 bulan memang dia balik “kampung” untuk cop passport, jadi aku tak anggap itu adalah percutian.
Merasalah juga pi tengok negeri orang, tumpang Pak Aji outstation.
Tahun 1987 (Darjah 4), Pak Aji bertugas ke Pantai Timur.
Merasalah duduk Hotel Samudera (Kuantan), and Hotel Warisan (Kuala Terengganu).
Bapak aku dapat bilik satu, jadi kitorang dapatlah tumpang bilik tu.
Itulah kali pertama jejak Pantai Timur dari Pahang ke Kelantan.
Di Kelantan duduk rumah nenek sedara.
Adik kepada nenek aku tinggal di Kelantan. Kira makcik kepada Mak Aji lah.
Kat Hotel Samudera Kuantan tu lah pengalaman pertama aku duduk hotel.
Rasa macam orang have-have dapat duduk hotel walaupun tido atas karpet bentang toto. Kahkahkah. Jadiklahhh.
Kat situ jugaklah first time aku nampak paip ada dua warna - biru and merah.
Biru dah selalu nampak. Rumah aku pun paipnya ada blue dot. Yang merah ni apa pulak?
Lalu aku pun putar pili ke warna merah.
Baru lepas kencing pulak tu. Pi tala paip tu ke pepek. Hah kauuu. Meloncat.
Terus malam tu tido tak pakai spender.
Tahun 1988 (Darjah 5), lagi sekali dapat tumpang Pak Aji outstation.
Kali ni ke utara - Perak, Penang, Kedah.
Ada satu hari free, Pak Aji bawak kitorang ke Langkawi.
Dapatlah stay 1 malam kat Langkawi.
Duduk motel murah-murah je, RM30/malam.
Kat Perak duduk Tambun Inn, kat Penang duduk USM and Kedah tumpang rumah kawan Pak Aji.
Itu je lah percutian aku sepanjang aku bersekolah.
Tak pernah really bercuti.
Hanya tumpang rezeki Pak Aji outstation.
Maybe sebab dah biasa tak bercuti, jadi pergi bercuti bukan satu benda yang penting untuk aku fikirkan.
Aku kenal “kewajipan” bercuti sejak kawen dengan En Wan.
Kalau takde pengaruh dia, maybe aku kekal macam aku yang dulu - lepak rumah.
Kalau nak ikutkan, aku dulu bukan orang senang.
Rumah mak bapak aku dulu takde apa pun.
Nak makan sedap-sedap sangat pun jarang.
Tapi aku seronok berada dalam rumah.
Tak pernah mintak Pak Aji bawak pergi bercuti.
Asal cuti sekolah je dah happy, sebab tak payah gi skolah.
Kebiasaan tu kekal sampai ke tua ni.
Kalau terpaksa bercuti, aku prefer duduk dalam hotel - tengok TV, baca buku, tido atau makan.
Ah tapi bab makan aku suka.
Kalau pi mana-mana aku suka bab makan.
Makan mesti kena dengan tekak aku.
Tak kisahlah kalau duduk hotel tapi makan KFC, sedap tu.
Tahun ni memang lega tak ke mana-mana.
En Wan always tanya “Awak tak teringin ke bergambar kat Eiffel Tower, London Bridge...”
“Tak”
Kalau aku teringin lama dah aku ajak pi.
Masalahnya aku taknak.
Sebab tu aku ‘takde perasaan’ bila tengok orang share gambar-gambar percutian.
Happy tengok gambar-gambar orang lain.
Dapat kenal tempat orang melalui gamba pun ok.
Tapi tu lah, tahun ni aku lepas.
Tahun depan belum tahu.
Kalau Covid19 clear, aku tak tau apa alasan aku nak bagi.
Kalaulah ke London tu naik kereta, maybe aku boleh consider. Tapi itu kerja gila.
Dia kalau nak tengok aku redha ke tak berjalan tu, boleh tengok dari penampilan aku.
Contoh macam dalam gambar atas ni - dengan tak bermekap, dengan tudung sarung - ini petanda protes.
Protes kena paksa berjalan, lalu aku bersiap nak tak nak.
Kau rasa laki kau kesah muka kau berselipat, Diana?
Takkkk. Dia pedulik apa, janji kau ikut konsepnya ðŸ˜ðŸ˜.
En Wan cakap aku ni banyak menolak kesempatan dan peluang besar.
Contohnya, dulu dapat bersekolah di TKC, aku quit.
Dipilih wakil negara untuk bagi speech kat Fukuoka, aku tolak.
Diajak pergi bercuti luar negara, aku muncung.
En Wan kata aku pelik.
Aku rasa aku ada childhood trauma yang masih belum settle.
Maybe orang kata aku exaggerate, tetapi berat bahu yang memikul tak sama dengan yang mendengar.
You have no idea how double standard treatment aku dapat hanya kerana mak bapak aku bukan orang senang.
Dibagi makan duduk atas lantai padahal kat tepi ada meja makan.
Dibagai makan pakai pinggan plastik, budak lain makan atas meja, pakai pinggan kaca.
Budak lain tido dalam bilik, atas katil, aku disuruh pilih kain batik buat alas tido atas karpet.
Kulit aku yang hitam jadi masalah kat ramai orang.
Baju aku buruk pun jadi masalah kat orang.
Sampaikan aku block mental aku tak layak berada di sekolah terbaik (TKC) walaupun aku dah terpilih ke sekolah tu.
Dapat nombor 1 dalam kelas pun aku malu, tak patut dapat nombor 1.
Kalau nombor 3 maybe lojik.
Sampai ke tahap tu aku block mental aku.
Penyakit ni berlanjutan sampai sekarang sebenarnya.
Orang nak interview, aku tolak.
Orang invite bagi talk, aku tolak.
Orang nak aku coach business, aku tolak.
In fact, orang mintak review business pun, aku bagi banyakkkk alasan.
Macam rasa tak layak je nak buat semua tu.
I feel I don't belong di situ.
Everytime buat open house jemput blog readers, aku yang menggelabah.
Nak menjemput pun segan. Penyakit sungguh, kan?
Sudahnya, jemput orang-orang yang sama je.
Tapi peluang untuk jadi Program Consultant di Mega Jati Academy aku grab terus sebab apa yang aku perlu buat adalah memang bidang aku and passion aku - to educate people, to share ilmu and experience. Just like blogging, my passion.
Tak tau lah ‘penyakit’ ni boleh hilang atau aku akan bawa sampai mati.
Cuma aku harap anak-anak aku tak lalui trauma yang sama.
Because percayalah, ia sangat bagi impak sampai ke tua.