2020-10-26

Jangan buat-buat busy

Isnin-Sabtu lepas aku mengharungi satu lagi moment-moment 'hazab' dalam hidup.
Aku dah sampai ke tahap burn out.
Everyday bangkit at 4.30am, dan tido selewat 1-2am.
Sabtu paling peak, bangun 4.30am, tido at 3.30am.
Zombie kalau terserempak dengan aku pun dia gostan balik.
Konfius dia siapa yang zombie sekarang ni.
Tapi bak kata En Wan "This is your choice, jadi jangan komplen".
Inilah yang dikatakan mahu mencabar diri, akhirnya tercabar. Kahkahkah.
Alhamdulillah, minggu hazabedah itu sudah berakhir.
Dan harapnya itu menjawab sikit pertanyaan-pertanyaan "Kenapa Kak Di tak update blog?"

Bila bercakap pasal busy, manusia mudah mengaitkan BUSY dengan PRODUKTIF.
Just like masa di sekolah kita ambil exam, siapa yang banyak kali mintak extra writing pad maknanya dia tahu jawab soalan.
Kita yang tak pernah minta extra writing pad ni gelabah beruk dah.
"Apesal dia tulis panjang-panjang, aku tak? Aku tak menjawab soalan ke? Ada point yang aku tertinggal ke?". Betul tak?
At least itulah aku dulu.
Menggelabah betul tengok member kiri kanan kejap-kejap mintak extra paper, yang aku rilek je.
Lepas tu mulalah aku merepek-repek menambahkan jawapan yang tak perlu.
Hujung-hujung masa suntuk, soalan lain banyak lagi tak jawab.
Penyudahnya, soalan lain jawab ringkas-ringkas je asalkan tak kosong. Tak ke bangang namanya tu?
Padahal jawapan untuk soalan yang atas-atas tu semua dah perfect mengikut skema jawapan.
Tapi disebabkan gelabah tengok orang lain jawab panjang berjela, aku dah habiskan masa kat soalan-soalan tu untuk menambahkan jawapan yang tak perlu pun.

Gitulah juga kita sekarang.
Asal sebut BUSY je, kita sangka kita sedang produktif. Ntah ye ntah tak.
Many of us are good at being busy but not productive pun.
Masa kerja sales dulu, ramai colleague aku yang 'busy'.
Of course sebagai sales executive, kita semua tak sepatutnya berada dalam ofis.
Nama pun SALES, tempat kau sepatutnya di luar ofis mencari sales, bukan duduk dalam ofis.
Maka berdedailah semua sales exec lepas breakfast terus keluar jumpa customer.
Tapi hujung bulan tetap kena tibai dek boss sebab keluar bukan main rancak tapi takde Purchase Order masuk pun.
Ada yang 'bijak', pi issue quotation demi quotation nak membuktikan yang dia ada jumpa customer.
Sekali bila boss contact customer-customer tu untuk follow up quotation, customer kata takde request pun.
Hah, padan muka. Lagi teruk kena tibai dalam meeting sekali pakej warning letter.

Ada juga colleague yang kejap-kejap outstation.
Jenis yang suka outstation padahal tak perlu pun.
Contohnya, hari ni ke Melaka, lusa karang pegi lagi Melaka.
Minggu depan ke Penang. Balik dari Penang 2 hari, pegi Kedah pulak.
Aku sampai pelik, apesal kau kejap-kejap nak pi negeri yang sama?
Kau tak reti nak susun jadual ke apa.
Kalau aku dulu, bila dah plan next week akan ke USM, aku akan call semua customer belah utara, start dari customer kat UPSI, VRI, MKAI, USM, IPP Batu Maung, NaFISH, AIMST dan UniMAP.
Dari customer di Perak sampai Perlis, aku call bagitau aku akan ke sana next week, kalau dorang free aku nak jumpa.
Kadang tu aku create purpose supaya boleh jumpa dorang.
Barulah berbaloi duit minyak, duit tol, dengan penat men-drive sekali harung jumpa semua customer.
Orang yang work hard memang always busy, tapi those yang work smart adalah produktif.

Aku tak katalah aku produktif, tapi aku believe aku work smart.
At least itulah yang ex-bosses pernah bagitau aku dulu "You work smart".
Semua pengalaman tu memang membantu aku sekarang bila aku run own company.
Tak, ini bukan bragging tapi aku geram sebenarnya dengan orang yang katanya BUSY tapi tak nampak apa hasilnya.
Ujung-ujung kerja dia nanti kita kena buat.
Kita dah buat 2-3 task, dia tak habis-habis dengan dia punya busy yang tak nampak progress.

To be fair, orang yang sibuk ada great work ethics, that's why dorang always busy.
Masalahnya dorang kerja keras, tapi tak berkerja dengan bijak.
The way dorang bekerja hanya satu arah tanpa mempertimbangkan samada ada cara yang lebih baik untuk buat kerja tu atau tak.
Berbeza dengan orang yang produktif, dorang bagi tumpuan untuk jadi efektif terlebih dahulu, baru efficient.
Dorang always cari jalan terbaik untuk dapatkan hasil yang sama.
Bila kita cekap tetapi tak efficient, somehow kecekapan kita tak memberi makna apa-apa.
Contoh, kita ada idea untuk buat marketing.
In order nak menterjemahkan idea tu, kita perlu buat satu design/flyer/poster.
Bukan kita tak boleh buat design, boleh.
Banyak apps yang boleh siapkan design dalam masa 30 minit.
Tapi kalau upah orang untuk buatkan part design, maknanya kita ada extra 30 minit untuk create another marketing plan.
By the time design dah siap, kita dah ada one more marketing idea untuk diterjemahkan ke dalam bentuk design yang lain.

Itu maybe contoh untuk orang yang ada bisnes with pekerja yang berkemahiran.
Aku bagi contoh lain.

Masa aku sales exec dulu, aku upah student di universiti untuk jadi 'dropshipper' aku.
Mana-mana lab yang dah beli produk aku, aku appoint sorang student di situ untuk promotekan barang aku kepada student lain.
Itu lebih mudah dari aku yang kena promote and demo barang.
Biasalah, kalau kita nampak kawan kita guna satu barang dan barang tu nampak berkesan pada dia, dah tentu kita akan percaya bukti depan mata, betul tak?
Jadi, aku hire them. Aku bagi komisyen.
Tak ada paksaan, tak ada sales target.
Motivation yang aku bagi adalah money.
Kalau ada orang beli, you get komisyen.
Lagipun barang tu kau memang guna, dah alang-alang kau guna, buatlah demo sekali kat member-member dalam lab tu.

"Mana Kak Di dapat duit nak bagi komisyen sedangkan masa tu akak makan gaji?"

Aku bagi dari duit gaji aku.
Nanti hujung bulan aku depat gak komisyen dari company sebab hit sales.
That's why aku always hit monthly sales, sebab aku guna cara ni.
Dalam masa yang sama aku dapat siapkan paperwork aku di ofis sebab ada orang lain tolong jualkan barang untuk aku.
Masa yang lapang tu aku gunakan untuk cari new customer atau create new marketing plan pulak.
Jadi, most of the time kerja aku adalah mencari new customer.
Maybe sebulan 3-4 kali aku akan follow up customer-customer lama just to keep the friendship warm, up date dorang apa produk terbaru, sembang-sembang kosong, etc.

Ceritanya, ada banyak cara untuk kita bekerja.
Tidak terhad pada kaki dan tangan, otak kena jalan sama.
Bukanlah kata yang work hard ni tak guna otak, cuma kalau ada cara senang untuk siapkan kerja, kenapa nak guna cara hard.

Berbalik pada buat appointment dengan customer tadi, jangan main angguk je bila customer suruh datang esok, kau pun datang.
Kalau ofis kau kat Subang Jaya, customer kat UPM, takpe lagi.
Ini kau kat Subang Jaya, customer kat UMT.

"Saya nak beli gel documentation system, boleh tak datang esok untuk buat demo?"

Kebanyakkan colleague aku dulu akan jump terus "BOLEH!"
Sebab masing-masing excited customer tu berminat dengan gel documentation system yang berharga RM60K.
Hello...? Dia baru BERMINAT, belum tentu lagi beli, so kau boleh tak bertenang?

Busy people never say no - they say yes to everything.
Dan akibatnya, jadual dorang padat dengan perkara-perkara yang buatkan dorang sibuk tetapi kesibukan don't change their life.
Itulah yang terjadi pada some of colleague aku dulu.
Jadual dia memang padat. Hari ni dia pi USMKK, pastu balik tak sampai 4 hari nak pi UIA Kuantan pulak.
Aku cakap kejadahnya dah alang-alang kau naik Kelantan, apesal tak buat appointment ke UIA Kuantan sekali, satu kali jalan.
Dia kata yang customer UIA tu tak available hari yang dia nak datang.

Kalau customer tak available, FIND WAYS SUPAYA DIA MAKE HIMSELF AVAILABLE.
Come on lah, customer takkan kejam, dia tau kau dari KL.
Dia tau kau bersusah payah drive jauh-jauh. 
Kalau kau bagitau kebetulan kau akan ke east coast that week, selalunya customer akan susun jadual.
Ataupun kau kena cari jalan untuk jumpa customer-customer lain di east coast sepanjang 4 hari tu hinggalah hari kau ke UIA.

Aku pernah ke Sabah Sarawak 5 hari, dari Kuching-Bintulu-Labuan-KK-Tawau.
Padahal yang kat Bintulu tu takde apa appointment pun (UPM Bintulu), tapi aku create free talk mengajar budak-budak topik Biochemistry.
Aku bagitau Ketua Program yang aku ada KPI kena meet, salah satunya adalah teaching,.
Jadi, aku nak bagi free teaching. Padahal takde pun syarat tu dalam KPI aku.
Aku cuma nak cari reason supaya ada something yang berbaloi untuk aku and customer, ada pengalaman untuk aku dan ada benefit untuk customer.
Dari situ jugalah nanti customer akan nampak kelebihan company aku (company majikan) berbanding company lain.

It works okeh! Start dari situ banyak sales aku dapat dari UPM Bintulu.
Ada sorang lecturer tu berpindah ke UPM Serdang, masih cari aku untuk supply barang-barang lab projek dia.
Kalau ada simple-simple topik yang dia nak explain pada student masters dia, dia akan minta aku create satu slot untuk mengajar sebab dia tau aku boleh buat.
Aku bagi free service je bab ni sebab aku rasa ini peluang untuk aku buktikan pada them aku bukanlah sales person yang sekadar menjual barang but ada knowledge dalam bidang tu.

Jadi, jangan konfius antara BUSY dengan PRODUKTIF.
Benda ni hanya kita saja yang boleh nilai.
Tak boleh tipu diri sendiri bab ni.
Kalau terasa busy, penat, cuba check balik, kepenatan dan kebizian kita tu kerana apa.
Kadang kita banyak ke hulu hilir tapi hakikatnya tak jadi apa pun. Jadi penat je.

Nanti aku sambung lagi cakap pasal ni.
Take care everyone!

By the way, PAY DAY OFFER bulan ni kita pilih tarikh today. SATU HARI SAJA. Whatsapp sini.