2020-02-19

Mengingati mati


Semalam mood aku lari satu hari, since dapat tahu berita kematian Asyraf Sinclair.
Tak boleh concentrate kat kerja, last-last aku half day.
Abam meninggal aku ok lagi, takdelah sampai lari mood.
Maybe sebab aku tak berapa follow sangat program TV now, jadi tak berapa kenal.
Tapi Asyraf Sinclair ni baya-baya aku. Zaman dia remaja, aku pun sama remaja.
Bila berada dalam zaman yang sama, the feeling tu berbeza.
Walaupun bukan peminat tegar but the "bond" tu ada kerana membesar dalam zaman yang sama.

Cerita-cerita tentang kematian buatkan aku teringat kisah yang ustaz cerita tentang mati.
Katanya, orang yang mati pada awalnya tak sedar yang dirinya dah mati.
Dia rasa macam tengah bermimpi.
Dalam mimpi tu dia nampak ramai orang datang ziarah, keluarga menangis, pasangan menangis, anak-anak menangis, kemudian dirinya dimandikan, dikafankan, disolatkan dan akhirnya dimasukkan ke liang lahad.
In fact semasa tanah dikambus, dia masih tak sedar dia dah mati.
Dia menjerit-jerit panggil orang kenapa kambus dia, kenapa tinggalkan dia sedangkan dia hanya tertidur tapi takde sorang pun dengar jeritannya.

Bila semua orang dah balik, barulah Allah sedarkan dia dari "mimpi" dan ketika itu dia mula nampak malaikat depan mata.
Dan ketika malaikat berada di situ, hanya satu benda saja yang menjadi temannya.
Bukan solat, bukan puasa, bukan umrah, bukan haji, bukan sedekah, tetapi Al-Quran.
In fact untuk orang yang sentiasa membaca Quran, ketika dia dimandi dan dikafankan pun Quran sudah berada dekat dengannya [aku lupa bahagian mana. Samada kat bahagian kepala atau dada].

Rasulullah saw bersabda, "Tiada penolong yang lebih utama darjatnya di sisi Allah pada hari kiamat daripada Al-Quran. Bukan nabi, bukan malaikat dan bukan pula yang lainnya." [Abdul Malik bin Habib-Syarah Ihya].

Bila teringat mati, rasa tak cukup 24 jam sehari nak meng-cover banyak amalan yang tertinggal.
Semakin belajar agama semakin rasa ketinggalan sebab terlampau banyak benda yang aku tak tahu dan terlampau banyak amalan yang aku baru tahu.
Ya Allah, ruginya, padahal hidup dah 42 tahun.

Kalau ditanya takut mati tak?
Ya, aku takut mati.

Orang kata manusia yang takut mati adalah orang yang tak menerima keberadaan Allah dan tak rindukan Allah.
Sedangkan manusia tak boleh takut dengan kematian kerana mati adalah tuntutan agama.
Takutkan mati adalah tanda menentang hukum Tuhan.

I agree with that.
Kematian adalah sunnatullah.
Kematian adalah pemutus kenikmatan dunia.

Aku takut mati bukan kerana menolak hukum Allah tetapi mengenangkan dosa yang banyak.
Mati tu satu cerita lain.
Apa yang nak di bawa setelah mati tu lebih penting untuk difikirkan.
Kerana mati bukan batas akhir dari kehidupan manusia.
Mati menjadi batas akhir persentuhan antara manusia dengan alam dunia sahaja.
Tetapi mati menjadi titik awal bermulanya kehidupan yang sebenar, iaitu alam akhirat.
Walaupun kematian itu menakutkan, ia adalah hal yang pasti berlaku.
Mudah-mudahan rasa takut ni buatkan aku lebih bersungguh memperbaiki diri, kembali kepada jalan Allah dan jalani hidup sesuai dengan aturanNya.

Dulu, masa awal-awal aku mendalami agama, aku jadi keliru dengan urusan dunia aku.
Aku rasa macam "Apesal aku nak beria-ia dengan urusan dunia? Nanti mati, semua ni pun tinggal juga".

Dunia mengiktiraf sukses dengan nilai nombor.
Kau banyak duit, sukses.
Kau banyak harta, sukses.
Kau banyak ilmu, sukses.
Kau ramai follower, sukses.
Segalanya adalah ANGKA. That's why aku terasa what's the point berusaha bila akhirnya semua tinggal?

Sedangkan di akhirat nanti, semua yang diusahakan, ada ganjaran.
Walaupun hanya tolong alihkan batu di tengah jalan.
Walaupun hanya memberi salam.

Ilmu yang dikongsikan, akan diambil kira.
Walaupun hanya ajar anak baca doa makan.
Walaupun hanya share posting bermanfaat orang lain.

Ilmu yang diamalkan, ada bahagian pahalanya.
Walaupun hanya membaca 3 Qul sebelum tidur.
Walaupun hanya membaca Bismillah sebelum pakai kasut.

Kematian bukanlah penamat success story seseorang.
Kalau kita mengaitkan kematian dengan harta benda yang ditinggalkan, memang terasa rugi.
Tapi Islam tak memandang begitu kerana setiap USAHA adalah IBADAH.

Fatimah anak Rasulullah saw hidup dengan kerja keras sampai melepuh dua tapak tangan.
Rela tak mintak tolong sesiapa walau ayah sendiri kerana dia tahu kerja adalah ibadah.
Walau kerja sampai melepuh tangan dan tak pernah kaya-kaya, tetap dijalani dengan ringan hati.

Kalau tengok sejarah Rasulullah saw, sebelum jadi Nabi, baginda dikatakan banyak harta hasil berdagang.
Setelah jadi Nabi, semua kekayaan itu habis untuk perjuangan agama.
Dari sudut materialisme, Rasulullah tidak sukses kerana miskin.
Tetapi dalam pandangan Islam, miskin kerana harta dihabiskan berjuang ke jalan Allah adalah kemuliaan yang mesti diperjuangkan untuk mendapat sukses yang abadi.
Maknanya, antara strategi supaya kita dapat terus fokus pada urusan dunia adalah dengan mengingat mati.
Semakin mengingati mati semakin bersemangat untuk berusaha kerana faham usaha yang diniatkan ibadah ada nilai di sisi Allah.
Itulah motivasi mengingati kematian yang terbaik.

Kesimpulannya tak ada istilah rugi berusaha atas dunia ni kerana semuanya Allah kira.
Maka tujuan kita berusaha mestilah mendahulukan ibadah berbanding habuan dunia.
Habuan dunia adalah bonus. Ada, ambil. Tak ada, tak apa.
Jangan sampai kekayaan dan sukses menjadi penghalang kita mengingati mati.