2019-10-23

Your biggest supporter and your biggest hater



Selalunya macam tu lah.
Kita sangka orang yang tikam belakang adalah orang yang kita tak kenal, tapi selalunya ia datang dari kalangan yang kita kenal, sometimes from someone yang kita panggil 'kawan'.

Ramai kata seronok bila ada ramai kawan.
Selalunya kita lebih terbuka berkongsi rahsia dengan kawan berbanding dengan keluarga sendiri.
Kawan dah macam "tong sampah" untuk dengar dan simpan semua cerita sedih and happy kita.
Tetapi selalunya dalam ramai-ramai yang baik tu, mesti ada salah sorang yang benci kita dalam diam.
Nak-nak lagi kalau Hamba Allah tu lebih sukses dari dia, makin menjadi-jadi dia punya sakit hati.
That's why kebanyakkan orang yang popular, success and selalu jadi titik tumpuan kita boleh tengok kawan-kawannya tak ramai.
Some of them macam takde kawan zaman belajar/skolah lansung!
Balik-balik kita nampak dia samada bersendiri atau dengan kawan-kawan tempat kerja.
Dia antara 2 lah : samada dia buang kawan, atau kawan buang dia.

But now aku nak cakap tentang jenis manusia yang Heath Ledger cakap tu - haters di kalangan orang yang kita kenal.
Orang-orang macam ni takkan berani buat apa-apa pun depan kita.
Depan kita dia seolah-olah big supporter, tapi dalam masa yang sama dia cari peluang untuk sebarkan aib kita, mereka-reka cerita dan mencari jalan supaya lebih ramai tak suka kita.
One of the reason kenapa orang-orang macam ni berpurak-purak adalah sebab dia sebenarnya suka apa yang kita ada, dia suka popular, dia suka success, dia suka jadi perhatian.
Cuma, dia tak suka semua tu kita dapat.
Kalau dia dapat, takpe.

Orang yang betul-betul tak sukakan kita, tak akan buang masa untuk ambil tau hal kita lagi.
I know sebab aku kalau dah tak suka, memang aku jalan terus, tak toleh-toleh dah.
Orang bercerita pasal dia pun aku malas nak menyampuk, tak kuasa dah.

Tapi, orang yang tak suka tapi masih lagi ambil tahu tentang kita - this is the type yang dia tak ada alasan yang kukuh kenapa dia tak sukakan kita.
Even kalaulah boleh ditanya "Apesal kau tak suka aku?" - CONFIRM dia takkan boleh bagi satu jawapan yang masuk akal.
Kerana hakikatnya, reason dia membenci adalah kerana there is a part of themselves yang dia sendiri tak dapat terima.
Maybe tak boleh terima kekurangan diri, tak boleh terima ada orang lebih hebat dari dia, or maybe fear of the future, low self-esteem, and so on.
Bila dia membenci, itu akan buatkan dia rasa lebih selamat because they feel that there are people who are inferior to them.
Sebab itulah orang-orang macam ni suka cari kelompok yang sama-sama membenci kita supaya dia rasa kuat sikit dan yakin diri.
Dia takkan berani sergah kita sorang-sorang, sebab tu dalam banyak keadaan mana ada dengar haters serang depan-depan.
Takde maknanya berani because dia tahu dia takde sebab kukuh untuk membenci.
They are actually JEALOUS.

Membandingkan diri dengan orang lain boleh meningkatkan harga diri, tapi kadang-kadang boleh memakan diri.
Kalau tak terkawal, boleh jadi tekanan perasaan.
Secara emosi, bila terlalu lama menyimpan rasa benci, akan mengikis nilai-nilai dalam diri.
Payah nak jumpa bahagia, emo tak berkesudahan, too sensitif, asyik nak marah-marah.
Semalam aku tengok Legally Blonde buat yang ke 56790 kali, ada satu statement yang secara saintifiknya betul, iaitu "Happy people don't kill. Because when they are happy, the body releases endorphin. Endorphin makes them happy, so they don't kill".

Scientifically right!

Jadi, secara sains, kita boleh anggap orang yang always ada masalah dengan orang lain, orang yang selalu merasa orang lain bawa masalah pada dia - mereka adalah orang yang tidak bahagia.
Orang yang bahagia takde masa nak benci orang.

Memang, menghalau perasaan tak suka pada seseorang tu tak mudah.
Kalau namanya dah benci, jangankan muka dia, suara dia pun kita tak nak dengar.
Tu kalau betul benci lah.
Tapi kalau benci tapi semua perkara tentang orang tu kita tahu, rasanya yang ada masalah bukan orang tu tapi kita

Pakar psikologi kata media sosial buatkan ramai manusia saling membenci dalam senyap.
Senyap-senyap mengumpat pasal member kat orang lain.
Senyap-senyap cari peluang nak aniaya member sendiri.
Senyap-senyap sebarkan aib member guna login anonymous [eh].

Aku setuju juga dengan kajian pakar psikologi ni.
Memang ada betulnya.

Dulu, bertahun-tahun dahulu, zaman aku baru-baru pakai tudung.
Aku tergerak nak check orang-orang yang hantar request nak jadi kawan.
Masa tu space nak accept pun dah tak banyak.
Dia letak mesej "Please accept me".
Aku pun accept.
Tak lama lepas tu [rasanya 1-2 hari selepas tu], mesej dia "Tak payah pakai tudunglah, tak habis tunjuk lagi tu".

Eh?
Aku macam...dah kenapa dia ni.

Faktanya, aku tak kenal orang tu.
Orang tu kenal aku kot in person, melalui blog maybe.
Macamana someone yang tak kenal kita secara dekat boleh cakap macam tu seolah-olah dia kenal kita in and out?
Entah, aku tak boleh buat benda tu, mungkin itu sejenis penyakit dan aku takde penyakit tu.
Yang pelik tu, dia sanggup tunggu lama untuk aku approve semata-mata nak cakap itu?
Clearly sebenarnya ada benda lain yang dia tak puas hati tapi dia sendiri tak jumpa apa puncanya.

Dalam istilah teknologi komunikasi, aku dan orang tu connected, but are actually not connected.
We are connected by gadgets, quota, credit, network, but not connected to each other.
So aku nak respond pun tak reti, sebab aku macam "Dia ni salah orang ke? Dia ni sakit ke? Dia ni prank aku ke?"......last-last aku reply "Already eaten?"

Pastu dia reply aku "Bitch".

Kahkahkah.
Apa benda laaaaa.
Tanya dah makan ke blom pun tak jawab.
Oh maybe tak paham cakap omputih. Ok takpe.

Sebenarnya compare diri kita dengan orang lain, ada kebaikkannya KALAU kita mahukan kebaikan untuk diri sendiri.
Bila tengok orang lain ada apa yang kita takde, carilah di mana kekuatan kita dan gunakan kekuatan itu untuk multiply our own strength.
Bukannya bandingkan apa yang dia ada dengan kelemahan kita, memang foreverlah kau tak win.

Last week aku bagi personal coaching kat someone.
Dia tak nak sembang kosong dia kata, dia nak bayar aku punya rate.
Aku pun letak RM200/hour.
Eh dia bayar!! Pastu aku pulak yang dah gabra.
Sebab aku tak expect dia memang serius sampai macam tu.
But I like her, dia sebenarnya ajar aku untuk hargai masa orang and ilmu yang dia nak korek.
This person mulanya minta nasihat aku kat LinkedIn.
Aku open pro bono advice untuk sesiapa yang nak discuss apa-apa dengan aku di sana.
Ada lah beberapa kali kita berbalas-balas mesej kat dalam tu, and finally she mintak jumpa.



Dia macam ni haa.
Ni pro-bono advice.
Bila orang mintak advice aku bagi je la sikit sebanyak yang boleh tolong.
Little that I know, ia membuka pada lebih banyak peluang, antaranya, tak memasal orang bayar aku RM200/jam. Hehe.

Bila aku ingat-ingat balik, that lady is the type of person yang tahu strength and kelemahan diri kat mana.
Kelemahan dia mungkin dari segi pengalaman kurang, tapi kelebihan dia adalah dia pandai ambik peluang untuk tap pada orang yang dia rasa boleh bagi guidance.
Dia find the right approach to get inspired.
That 2 hours, dia kata dia banyak belajar dari aku.
Aku pun ingat aku yang mengajar dia rupanya aku yang belajar dari attitude dia.

Berbalik pada topik asal entry ni, yang sebenarnya, kita kena selesaikan dengan diri sendiri apa-apa hal pun.
Identify apa yang tak settle pada diri kita ni sebelum kita cari pasal dengan orang lain.
Ketika kita benci orang lain, kita cenderung nampak kesalahan orang tu rather than their virtues.
Instead, cari apa yang salah dalam diri kita dulu.
Sometimes, kita bukannya jahat mana pun, cuma kita tidak bahagia. Itu saja.