2019-09-12

Mother tounge


Last week aku up FB status tentang isu Bahasa Inggeris vs Bahasa Melayu.
Boleh refer sini sebelum baca kesinambungan entry di bawah : KLIK SINI.

Kadang-kadang ada yang tertanya-tanya kenapa ada orang melayu lebih lancar berbahasa Inggeris berbanding bahasa melayu [BM].
Kerana secara lojiknya dah nama pun melayu, duduk pun kat Malaysia, kenapa mesti tergagap-gagap cakap melayu, betul tak?

Pada pandangan aku, lebih fasih berbahasa Inggeris tak salah, but not entirely correct.
Dan tak wajib melayu mesti fasih berbahasa melayu tetapi perlu kerana mempelajari bahasa sedikit banyak mempelajari budayanya juga.
Bukan bermakna bahasa Inggeris tak sopan, sebab bahasa melayu pun ada versi tidak sopannya.

Kalau according to Oxford dictionary, mother tongue bermaksud "The language which a person has grown up speaking from early childhood".

Cambridge dictionary pula defines mother tongue as "The first language that you learn when you are a baby, rather than a language learned at school or as an adult".

Ini bermaksud, mother tounge tak semestinya bahasa melayu walaupun orang itu adalah melayu.

Sesetengah orang kaitkan bahasa dengan jenis bahasa yang mak guna sehari-hari.
Kerana secara lojiknya, baby pertama kali terdedah dengan bahasa adalah dari mak, sebelum dia belajar bahasa dengan orang lain kat sekolah.
Jadi apa pun bahasa yang mak guna, itulah bahasa yang anak akan guna semasa bercakap and usually becomes better naturally before masuk skolah.
That's why it might be called 'Mother tongue' tapi tak semestinya merujuk kepada bahasa asal emak.
Kalau mak melayu tetapi mak tak cakap melayu dengan anak dan tak ajar anak cakap melayu dari kecik, so anak tu punya mother tounge bukanlah bahasa melayu.
So kita tak boleh kata "Muka melayu totok tapi cakap melayu tak pandai". No.
Dia tak diajar cakap melayu atau dia lebih banyak bercakap in english menyebabkan some of the melayu words tu dah lupa.

Dan kita pun tak sepatutnya gunakan comparison "Si A duduk London 20 tahun tapi boleh cakap melayu, kau duduk Malaysia tak reti cakap melayu".

Well, duduk di London tapi kelompok yang dia habiskan masa bersama lebih banyak bercakap melayu dari Inggeris sedangkan yang si melayu kat Malaysia ni di rumah pun cakap english, di ofis pun cakap english, kan tak sama tu?

Dulu pernah ada satu artikel aku baca [many years ago], tentang laporan some students di luar negara yang bila balik tak fasih berbahasa inggeris seperti yang diharapkan sebab di sana dorang banyak habiskan dengan kelompok melayu dan berbahasa melayu.

Macam En Wan, baru 2-3 tahun kebelakangan ni je dia recover balik words-words Tganu.
Dulu kalau balik Tganu, kena bahan dengan orang kampung sebab dia cakap KayEll [cakap KayEll tapi bunyik ganu. Hahahahaha].
Memang banyak sangat perkataan Tganu yang dia dah tak ingat.
Sejak dia campur balik dengan geng-geng skolah dia dulu, barulah bahasa Tganu dia improve.
Kalau tak, dulu one of the reason dia malas bercampur orang bersembang sebab itulah, sebab takut kena bahan cakap KayEll.

Perkara macam ni memang boleh berlaku.
Jadi, kalau orang melayu tak reti cakap melayu, itu adalah perkara bukan baru.

"Boleh ke orang melayu cakap melayu tetapi ada english accent?"

Tetiba terbayang King Coco.
Tapi aku rasa dak Coco ni bukan english accent, lidah dia pendek kot sebab sebutan dia tak jelas.
Macam pendek-pendek je word tak keluar habis.

Anyways, yes that is possible.

Bila terdedah dengan bahasa inggeris most of the time, seseorang tu secara tak sedar akan substitute physical sound of their own language dengan sound english.
Dia will substitute melayu punya 'r' for English 'r' and substitute malay punya 't' for English 't'.
Bukan sengaja, tapi tak sengaja.

That is the powerful part of languange.
Bahasa yang berbeza menggunakan bahagian mulut yang berbeza.
Jadi bila dah terbiasa guna bahagian-bahagian mulut tertentu for a long period of time, bila kau sesekali nak patah balik ke native language akan kedengaran seperti mengada-ngada dan dibuat-buat.
Give some time to yourself, lama-lama nanti oklah balik.
Bak kata omputih "practice makes perfect".

Aku boleh tahan lagi orang melayu yang fluent english bercakap melayu dengan hawa-hawa omputih.
Tapi aku tak boleh tahan orang melayu yang tak fluent pun cakap english tapi dia punya accent cakap melayu macamkan english tu their first languange.
Rasa nak bagi penampa kokedai je.

Video bawah ni kebetulan lalu-lalang pulak kat newsfeed aku semalam.
Cuba perhatikan some of the words melayu lawyer ni sebut, ada hawa-hawa mat saleh especially bila dia sebut MalayZIA, dikahabaRkan, dibicaRakan, peRtuduhan.....the 'r', the 's'...ada a accent mat saleh sikit here and there.
Tak banyaklah, tapi ada.
Inilah yang aku katakan sometimes bila kau berbahasa inggeris, kau tak sedar sebutan melayu kau pun ada accent english.
Don't worry, that is normal.