2019-08-26

Stop comparing


Membandingkan diri sendiri dengan orang lain adalah cara paling cepat to make your blood go upstairs.
Selalunya, bila kita jealous dengan life orang lain, atau bila kita nak apa yang orang lain ada yang kita tak ada, kat situlah rasa sedih muncul.

Membandingkan diri dengan orang lain samalah seperti menyakitkan diri sendiri.
It is a never ending war and you cannot win.

Bukan tak boleh jadikan orang lain sebagai inspirasi dan motivasi tapi janganlah sampai membanding-bandingkan hidup.
Sampai bila-bila pun kita takkan rasa menang kerana dalam banyak keadaan, yang 'original' tetap the best.

Perlu sedar yang setiap orang ada cerita hidup yang berbeza.
Cerita kita untuk kita, cerita dia untuk dia.
Test kita tak sama questions.
Fokuslah jadi versi terbaik diri sendiri.
Move on dan teruskan kehidupan semaksimum yang boleh with whatever we have.
Itu lebih senang dan menenangkan.

Pernah tengok circus kan?
Kalau korang perasan dalam mana-mana circus, gajah akan diikat pada tiang atau stool menggunakan tali yang halus.
I mean tali tu tak besar mana pun.

Kalau ikut lojik, patutnya dorang kena guna tali yang tebal and kukuh sikit sebab yang kau nak ikat tu adalah gajah, bukannya semut api.
Kalau guna tali halus, sekali gajah tu rentap mahu tali dengan stool-stool tu sekali barai.
Tapi yang peliknya, semua circus guna tali halus untuk tambat gajah kat tiang/stool.
Mula-mula aku ingatkan sebab gajah tu dah jinak.
Actually bukan sebab jinak tau.
Rupanya, tali yang dorang guna untuk ikat gajah tu adalah tali yang sama dorang guna untuk ikat gajah masa gajah tu masih kecik.
Masa gajah tu kecik, tali tu cukup kuat untuk tahan dorang.
Bila gajah-gajah ni besar, the gajahs dah dikondisikan untuk percaya they cannot break away.
Gajah masih percaya tali tu still hold them so they never try to break free.

Serupalah macam kita-kita ni.

Masa kita kecik-kecik dulu, kita diajar untuk score better marks dari kawan-kawan yang lain.
Kita diberikan penghargaan dan pujian kalau kita jadi the best.
Kalau gagal atau kurang excellent, kena denda atau kena marah.

Kita dah jadi macam gajah tu jugak when we are gradually conditioned by our parents, teachers and the society to be better than others to get their approval and appreciation.
Lama-lama fikiran kita cenderung untuk percaya yang getting more marks is better than getting low marks, dapat banyak award lagi bagus dari dapat sikit award, dapat 10A lagi hebat dari dapat 8A, dapat 4.0 lagi cemerlang dari 3.90.
Bukan nak kata tak payah jadi the best, tapi kita dah jadi macam tak pernah puas dengan apa yang kita dapat walaupun sebenarnya kita tahu apa yang kita ada ni dah cukup baik but selagi ada orang lain yang lebih best dari kita, kita tak puas.

Bila dah habis belajar, penyakit ni masih berterusan.

Dapat bonus RM1000 baru best, setakat bonus RM200 buat apa katanya.
Bila dapat bonus RM1000, dengar orang lain dapat bonus 8 bulan, terus rasa RM1000 tak berbaloi.

Duduk landed house baru best, duduk apartment buat apa, dinding pun berkongsi.
Dah berjaya beli landed house pun masih tak puas lagi sebab teres je, bukannya banglo katanya.

Dah berjaya beli rumah, dengar orang lain tambah rumah, terus rasa down.
Mampu beli 1 rumah hanya biasa-biasa je, kalau ada 2 rumah baru luar biasa.

Ada kereta besar is better than kereta kecil.
Bila dah berjaya beli kereta besar, ohhh ada 2 kereta is better than ada 2 kereta.
Nampak orang sebelah tambah kereta, terus rasa 2 kereta is common, kalau ada 3 kereta baru outstanding.

Ada driver is better than drive sendiri katanya.
Esok-esok apa pulak?
Ada 4 driver lagi better dari ada 3 driver ke??

Ini semua sebab insecurity.

Kita adalah generasi yang highly insecure dan constantly kecewa bila dapat sikit.
Kadang-kadang dapat terlampau banyak pun kecewa juga.
Tapi itulah hakikat generasi kita ni.

Being the best is the only thing that matters to us.
Dan akhirnya kehidupan media sosial orang lain pun kita anggap their normal everyday reality.
Lepas tu sedih mikir apesal life kita tak macam orang tu.
Hoih! Sape aje gila nak upload gambar tengah bercangkung makan cendol mamak tepi longkang?
Takde de.
Kalau boleh nak tunjuk gamba makan kat hotel je.

Lama-kelamaan perangai suka membanding-bandingkan ni jadi suatu habit dan kita jadi percaya bahawa this is normal dan kita merelakan diri untuk follow this trend.
We don't even challenge atau try to break it.
Dan akhirnya kita pass this habit to the next generation.

That's why nowadays, manusia seakan-akan tak puas.
We always want to be the best sampaikan hidup jadi stress dan terlupa nak enjoy the journey.

Kita membandingkan diri kita dengan orang yang dah berjaya.
Kita compare our beginnings to someone else's middle.
Kita compare our first chapter to somebody else's chapter 50.

Menjadikan orang lain sebagai motivasi tak salah.
Tetapi bila kita membandingkan diri kita dengan orang yang sudah berjaya, kita tak nampak our progess.
Padahal kita ada peningkatan tapi kita tak sedar itu berlaku kerana terlalu fokus membandingkan hasil, bukan proses.

Menjadi successful person bukan terhad kepada apa yang kita dah capai dan bukan juga tentang results/numbers tetapi apa yang telah kita lalui, apa rintangannya dan apa yang kita buat untuk atasi that rintangan.
Lecturer bio aku dulu always pesan, "Negative results is also a result".
Pesanan ni aku pegang sampai sekarang kerana yang mahal adalah pengalaman, bukan apa yang kita achieved.

Umpama kita drive tak pakai waze, ada kebarangkalian akan sesat atau lambat sampai ke tempat tujuan dek kerana tersalah pilih jalan.
Tetapi sampai tetap sampai.
Boleh jadi dalam sesat-barat tu kita jadi tahu rupanya ada jalan lain untuk sampai ke destinasi.
Rupanya ikut jalan tu baru kita boleh nampak ada air terjun yang sangat cantik.
Lalu jalan tu baru kita jumpa warung cendol yang sangat sedap.
Pengalaman berbeza-beza itulah yang mahal.
Sebab itulah ada quote "Experience is the best teacher and the worst experiences teach the best lesson".

Hidup ini adil.
Hidup ini tak pernah tak adil.
Hidup hanya jadi tak adil kalau kita tak dapat apa yang kita nak, betul tak?
Kalau kita dapat apa yang kita nak, mesti kita kata hidup kita adil.
"I'm blessed" katanya kat Facebook.

Terimalah hakikat bahawa selalu ada orang yang lebih baik, lebih kaya, lebih berjaya, lebih popular, lebih bijaksana, lebih disegani, lebih cantik dan lebih segalanya dari kita.

Macam langit.
Atas langit selalu ada langit yang lebih tinggi.
Membandingkan hidup kita dengan orang lain is a never-ending mind games and the bad news is you will always lose.

Why not kita sama-sama stop kejap, kosongkan fikiran and fokus pada nikmat yang dah diterima.
Kadang-kadang kita lupa nak enjoy "kejayaan" yang dah kita miliki sebab terlalu fokus dengki dengan kehidupan orang lain.
Kau dapat baca blogpost aku ni pun is a blessing sebab itu menunjukkan kau ada unlimited internet access.

Apapun kekurangan kita, macamana buruk pun situasi kita, keinginan dan keberanian to move forward and moving forward are the most important things.
So stop comparing yourself to others.
You don't have to be super successful atau harta melimpah-ruah atau popular atau ramai orang sayang baru boleh dikatakan berjaya.
You just have to be grateful for what you are doing now, live your life to the best of what you have, and make your life better.
Tak ada kewajipan untuk jadi the best.
Wajib jangan jadi malas je. Cukup.



p/s : Ada free gift untuk setiap pembelian GreenAard. Whatsapp sini.