Ok, ini jawapan general, tidak ditujukan pada penghantar DM (atas).
Selalunya, kita akan judge people bila kita tak rasa seronok dengan diri sendiri.
Dalam keadaan kita tertekan, sedih, sunyi atau kecewa, kita cenderung untuk judge other people.
Hanya bila kita dalam keadaan tak seronok dengan diri sendiri, perasaan ni akan muncul.
Cuba tengok. dalam keadaan kita tengah happy-happy - hari raya contohnya - jarang kita nak tengok orang memaki hamun, perli-memerli dan sibuk nak judge orang lain.
Why?
Kerana ketika itu kita tengah seronok dan sibuk.
Masing-masing happy dengan situasi pada waktu tu menyebabkan kita rasa tenang dan takde nak sakit hati apetah lagi nak sibuk-sibuk dengan urusan orang lain.
Sebab itulah pada hari raya orang suka minta maaf dan memaafkan, kerana the aura tu cukup positif.
Tapi dalam keadaan tertekan, you need to be negative about someone's clothes or behavior, just to make yourself feel good.
However, perasan tak walau banyak mana pun kita judge orang dan sedaya upaya meyakinkan orang lain dan diri sendiri bahawa orang yang kita judge tu memang teruk dan buruk, it never works.
It actually makes you feel worse.
Sebab itulah kita sentiasa ada rasa nak judge orang lain non-stop kerana judging others without understanding it will not make us feel better.
Bila kita judge seseorang, sebenarnya kita cuba letakkan dia rendah dari level kita.
Kita mencari-cari reason kenapa dia tak layak dapat apa yang dia dapat.
At the same time kita argue (argue dengan Tuhan maybe) sepatutnya kita lebih layak kerana kita jauh lebih baik dari dia.
The question is, apesal kita buat macam tu?
It is because we are feeling insecure.
Kita kecewa dengan diri sendiri dan untuk mengubat kekecewaan itu, kita jadi negatif tentang orang lain in order to feel better about ourself.
So, adakah judging others ni suatu perkara yang biasa dan normal?
Of course ini perkara biasa.
But this is such a negative way of making yourself feel better.
Hakikatnya takde apa yang better pun.
Judging others membuatkan kita semakin penat, lemah dan tak bertenaga kerana banyak tenaga diperlukan untuk meransang minda yang negatif.
That's why orang yang selalu judge orang lain, yang selalu sakit hati dengan orang lain, yang selalu hate orang lain - dia tak akan jadi lebih baik dari orang yang dia judge tu.
Kerana tenaga dia banyak digunakan untuk meransang minda yang negatif sehingga akhirnya dia dah takde tenaga dan semangat untuk perbaiki diri sendiri.
Ini bukan aku cakap ya, tapi ini kajian saintifik.
Memang banyak tenaga diperlukan untuk meransang otak yang negatif.
Sama macam otot muka, untuk meransang muka yang masam kita perlukan banyak otot berkerja dalam satu masa, tapi untuk meransang muka yang ceria, hanya beberapa otot je diperlukan.
That's why those yang suka gelak, suka senyum, tak busuk hati - lebih awet muda.
We judge because we are afraid.
Kita takut kita ketinggalan, kita takut berada di bawah, kita takut orang lain lebih dikenali, kita takut tak dibanggakan.
Contoh, kita nampak someone yang sangat outstanding dengan henbeg mahal, baju mahal, dan hair cut yang sangat cantik.
Dia ada semua kualiti yang bagus cuma satu je - dia tak bertudung.
Yang satu tu lah kita dok gossipkan.
"Buat apa pencapaian outstanding kalau tak reti pakai tudung!"
Kita sebenarnya sedang jealous of her good looks and her courage to dress as she pleases.
Itulah yang sebenarnya.
Kita judge working mom for not staying at home with kids bila kita dah kepenatan uruskan rumah dan anak-anak seharian.
Kita judge parents yang spend a week honeymoon overseas tak bawak anak-anak bersama sedangkan kita nak pi pasar malam berdua tanpa anak pun takde peluang.
Selalunya kita akan judge orang yang berada di atas level kita atau yang dapat apa yang kita tak dapat.
Jarang kita nak ambik kisah orang yang berada di bawah level kita.
Bila orang yang berada lebih tinggi dari kita tak taat, contohnya tak solat, pasti kita mula judge.
Bila kita judge orang yang tak bersolat, apa sebenarnya yang kita harapkan dari situ?
Kita sebenarnya sedang mengharapkan orang nampak diri kita jauh lebih baik.
Contohnya, bila kita kata dia tak layak jadi kaya kerana dia tak nampak seperti orang yang taat pada perintah Allah.
Itu sebenarnya kita sedang tunjuk bahawa kita kecewa dengan rezeki kita yang sikit dan kita mahu berputus asa menjadi taat.
Dalam erti kata lain, kita nak kata orang tu istidraj - dia tak taat tapi harta melimpah-ruah.
Ada yang salah dalam konsep menuduh orang istidraj.
Maksud istidraj tu memang betul - dilimpahi kesenangan hidup, kesihatan yang baik, keturunan yang banyak, kemudahan dalam setiap urusan walaupun tak taat dan membuat sesuatu yang jelas bertentangan dengan hukum contohnya tak menutup aurat, suka mabuk, suka maksiat, tak solat, etc.
Tetapi yang salahnya adalah bila kita gunakan istilah istidraj untuk judge orang lain.
Sedangkan istidraj itu untuk peringatan dan penanda aras buat diri sendiri supaya kita tahu sekiranya kita ada semua kemudahan dan kesenangan sedangkan kita tak taat malah rajin buat dosa - itu jadi petunjuk buat diri boleh jadi kita sedang istidraj.
Bukannya kita judge orang lain dan hukum dia sebagai istidraj. Itu salah.
Bila kita tak dapat apa yang kita nak, apa last resort?
Membawanglah apa lagi.
Kita share judgments dengan orang lain untuk dapatkan support.
Kita cari geng yang sama negative thoughts dengan kita to create a feeling of "rupanya apa yang aku anggap pasal dia tu betul, kan?".
Sedangkan setiap kali kita berkongsi perasaan negatif, beban emosi semakin meningkat.
Dengan berkongsi perasaan negatif, kapasiti perasaan negatif akan semakin bertambah.
You will never truly feel good about yourself by being negative about someone else kerana negativity attracts negativity.
Kalau kita perasan, setiap kali kita negatif macam-macam benda negatif jadi.
Masa tu la kita tertumpahkan kopi kat baju, masa tu lah sambal tertumpah kat tudung, masa tu lah tersadung kat pintu, masa tulah printer tak working, masa tulah pen hilang, etc.
Tapi dalam keadaan positif, ada je kebetulan-kebetulan yang positif datang.
Masa tu lah member belanja makan, masa tu lah segalanya datang dalam keadaan yang tak kita sangka.
Itulah law of attraction.
Kalau kita dalam keadaan baik, yang baik-baik akan datang pada kita.
Kadang-kadang life kita tak nampak apa perubahan yang ketara sangat, tapi hati kita sentiasa tenang dan jauh dari buruk sangka pada orang lain.
So, apa nak buat bila kita mula perasan kita mudah judge orang lain?
Pertama sekali, kenalpasti judgement kita.
Evaluate apa sebenarnya yang mendorong kita untuk judge others.
Yang kedua, tanya diri sendiri kenapa perlu kita judge dia.
Adakah kita dah kenalpasti kenapa dia bertindak begitu?
Yang ketiga, sebelum judge, adakah kita dah cuba menasihati/menegur dengan hikmah?
Kalau semuanya kita tak buat, hanya simply judge and assume, then tanya diri sendiri apa kualiti and capability yang ada pada orang yang kita judge tu sampaikan kita insecure sangat?
Adakah dia hebat dan kerana itu kita sakit hati pada dia?
Instead of judging others, cubalah ada respect pada diri sendiri.
Malulah kat diri sendiri, diri kita ni dah buat banyak dah tapi masih lagi kita tak sayangkan diri sendiri.
Cuba imagine ada orang lain judge kita and assume macam-macam tanpa ada effort nak kenal kita lebih dekat, rasa-rasa nak tak kita berkawan dengan orang macam ni?
Secara general, judgment tu adalah gabungan emosi dan andaian saja, tak lebih dari itu.
Dan itu bergantung pada diri kita.
Kalau kita busuk, dah tentu emosi dan andaian kita pun yang busuk-busuk je.
Mana mungkin hati yang busuk akan hasilkan pemikiran yang positif.
2 hari terakhir Y.E.S.
Esok last day.