2019-01-29

Denda atau Penjara



Semalam keluar kat paper, front page lagi - amaran tentang kewajiban anak-anak mendapat pendidikan formal.
Kalau anak-anak tak dapat (atau dinafikan hak) mendapat pendidikan formal, ibubapa akan didenda.

By the way, home-school adalah sejenis pendidikan formal juga provided ia mengikut syarat khusus yang mesti dilengkapi dan student mesti ambil test.
Maksudnya, taknak pegi skolah tetapi belajar di rumah mengikut silibus pendidikan formal dan time exam, kena ambik juga exam.
Ini namanya pendidikan formal.

Home-school yang tak mengikut syarat khusus, yang mana student tak dididik ikut ujian tertentu, tak ada kurikulum tertentu dijalankan, proses pendidikan pula tak mengikut waktu (sukati nak start pukul berapa, sukati nak blaja ke tak), dan tak ada management yang jelas dalam proses pembelajaran tersebut - yang ini tak dikira sebagai pendidikan formal.
Kalaupun hantar anak belajar agama saja, tapi kalau sistemnya formal, silibusnya diiktiraf, anak-anak diberikan ujian - ini masih lagi dinamakan pendidikan formal.

Ada orang konfius bila bercakap tentang ilmu dunia dan akhirat.
Ditolaknya mentah-mentah ilmu dunia, tak penting katanya.

Siapa kata ilmu dunia tak penting?
Kalau nak dibandingkan dengan ilmu akhirat memang ilmu akhirat yang kita kena lebihkan tetapi tak bermakna ilmu dunia tak perlu sentuh lansung.

"Carilah negeri akhirat pada nikmat yang diberikan Allah kepadamu, tapi jangan kamu lupakan bahagianmu dari dunia". (Al-Qasas, 77).

Dah terang lagi bersuluh dalam Quran pesan, jangan lupa bahagian dunia.
Bila Quran cakap macam tu mestilah ada kebaikannya (urusan dunia) cuma jangan berlebih-lebihan sampai hal akhirat kita ambil mudah.

Ilmu akhirat tu umpama padi.
Ilmu dunia tu umpama rumput.
Kalau kita tanam padi, rumput mesti akan tumbuh sekali.
Tapi kalau kita tanam rumput, tak mungkin akan tumbuh padi.
Maknanya, kalau kita tumpu pada ilmu akhirat, suka atau tak, ilmu dunia akan datang juga dalam satu pakej.

Ustaz aku pernah cerita.
Dulu ada seorang lelaki tanya pada Rasulullah kalau-kalau ada ibadah yang simple-simple yang dia boleh buat dan kerana amalam itu dia boleh masuk syurga.
Rasulullah saw kata "Ada. Buatlah yang fardu sahaja, tak perlu buat yang sunat dengan syarat tinggalkan maksiat".

Maknanya boleh je kalau nak masuk syurga dengan hanya buat amalan fardu tapi jangan buat jahat lansung.
Cakap hanya yang baik-baik, jangan mengumpat, jangan marah-marah, jangan buat jahat, jangan buat perkara yang sia-sia, jangan derhaka, jaga aurat dengan tepat, jaga pandangan, jaga pendengaran, jaga silaturrahim, etc.
Pendek kata semuanya buat yang baik saja.
Kalau boleh laksanakan itu, maka buatlah ibadah fardu saja, Rasulullah kata.

The question, boleh ke?

Sedangkan hati kita kalau berkata-kata sendiri tanpa menyebutnya pun boleh megundang dosa.
Masih perlu beristighfar.

The thing is, kita takkan boleh mengharap yang fardu saja untuk ke syurga kerana dosa kita terlalu banyak.
Sebab tu kita kena banyak top up amalan sunah dan kebaikan-kebaikan lain.
Asalkan namanya ibadah kerana Allah, maka insyallah berpahala.

Di sinilah gunanya ilmu dunia.
Mempelajari ilmu dunia bukannya perbuatan sia-sia.
Kalau ia mendatangkan kebaikan untuk umat Islam, hukum mempelajari ilmu dunia dah jadi fardu kifayah.

Ilmu kedokteran, ilmu kejuruteraan, ilmu bisnes - memang ini tak termasuk dalam ilmu agama kerana dalam subjek tu tak diajarkan Al-Quran dan As-Sunah.
Tetapi, ilmu tu termasuk dalam ilmu yang diperlukan oleh manusia.
That's why mempelajari ilmu-ilmu ini dikira sebagai fardu kifayah kerana ia mampu menyelesaikan masalah manusia jika digunakan dengan betul.

Ni karang ada orang kata "Ilmu agama pun boleh ubatkan orang sakit, tak perlu blaja sampai jadi dokter".

Ya, betul.
Tapi the issue here bukanlah method apa yang lebih bagus untuk bagi sembuh penyakit.
Kau nak baca Quran saja pun silakan, tapi kalau orang lain nak seek for dokter's opinion pun tak salah, kan?

The point is ilmu itu mesti digunakan dengan betul tak kira ilmu akhirat atau dunia.
Apa-apa ilmu pun kalau digunakan untuk menyelesaikan masalah dan memberi manfaat, adalah baik di sisi Allah.

Ilmu akhirat semua betul tapi kalau disalahguna boleh jadi huru-hara umat.
Ramai je yang guna ilmu akhirat untuk tujuan yang salah.
Kan banyak penonggeng agama yang menonggeng-nonggeng zaman skarang ni?
Asal bercakap syurga neraka tak lepas dari bibir tapi dia sendiri tak memahami dan mempraktikkan agama.
Taunya memanipulasikan fakta agama bikin konfius ramai orang.
Tu lah jadinya bila tak menggunakan ilmu dengan betul.

Janganlah sombong sangat kata ilmu dunia tu tak guna kalau kita sendiri 24 jam henfon tak lepas dari tangan.
Keluar rumah tertinggal henfon pun dah menggelupur, lagi mau kata ilmu dunia tak penting.
Tak baca Quran sehari tak pulak menggelupur.
Henfon tu salah satu bukti kepandaian orang-orang yang blaja ilmu dunia, diterjemahkan dalam bentuk henfon.
Allah takkan jadikan henfon buta-buta gitu jatuh depan mata tanpa Dia ciptakan ilmu untuk manusia cari, kemudian belajar menghasilkannya.

Siapa pernah tengok cerita Swades (lakonan Shah Rukh Khan)?

Dalam cerita tu dia ni seorang engineer yang bekerja kat US, kembali ke India untuk cari pengasuh yang asuh dia masa kecil.
Kampung pengasuh tu ada masalah sumber eletrik.
Dia gunakan kepakaran dan ilmu dia sebagai engineer untuk alirkan elektrik ke kawasan tu sehingga satu kampung dapat manfaat.

Swades adalah satu contoh untuk kita memahami kewajiban menuntut ilmu dunia.
Kerana dalam Islam pun dah kata kalau dalam kelompok tu tak ada orang yang boleh menyelesaikan masalah tersebut (dalam cerita Swades ini isu eletrik), maka hukum mempelajari ilmu letrik dah jadi fardu kifayah.
Kalau tak ada sorang pun yang nak melaksanakan kewajipan mempelajarinya sedangkan ada kemampuan untuk belajar, maka berdosa.

Jadi, jangan mudah kita kata ilmu dunia tak penting.
Hukum mempelajari ilmu dunia (contohnya sains) sangat dependant on tujuan.
Apa tujuan kita blaja?
Adakah untuk kebaikan atau keburukan.
Samalah dengan blaja mengaji.
Kalau tujuannya untuk ibadah, maka bermanfaatlah.
Tapi kalau tujuan sekadar nak khatam macam orang lain, besar harapan itulah punca kenapa kita liat nak mengaji kerana niat asal kita belajar cumalah nak khatam.
Lepas khatam, done.

Oleh sebab itu, ketika ilmu dunia dituntut kerana nak menegakkan kewajiban dalam agama, maka hukum mempelajari ilmu tersebut juga wajib.
Dan ketika tujuannya untuk menegakkan perkara yang hukumnya sunah dalam agama, maka hukum mempelajarinya juga sunah.

Ramai orang anggap kalau nama zuhud tu maknanya segala apa yang bersifat keduniaan kena jauhkan.
TV buang.
Radio buang.
Kereta buang.
Mesin basuh buang.
Peti sejuk buang.
Skolah takyah hantar.

Salah faham tu.

Tak semua perkara dan benda tentang dunia ni kena kena jauhkan demi nak mencapai zuhud.
Kalau perkara dunia tu bersifat tercela, yes, jauhkan.
Tapi kalau perkara tu boleh memberi kepentingan untuk akhirat, nak buang untuk apa?

Lalu muncullah satu pemahaman bahawa seseorang itu tak akan selamat akhiratnya kecuali dia meninggalkan dunia dan seisinya.
Kalau perlu duduk kat tempat terceruk, terasing dan terpencil khusus untuk buat ibadah 24 jam lebih bagus.
Kebanyakkan dari kita anggap inilah zuhud yang hakiki.

Persepsi macam ni dangkal namanya.

Zuhud tak semata-mata tak nak memiliki harta dan tak fikirkan urusan dunia.
Zuhud dalam erti yang sebenarnya adalah mental yang tak terpengaruh oleh harta dan benda walaupun dia ada segalanya.
Harta benda adalah sekadar tujuan bukan satu kepentingan.

Gunakan internet untuk mencari dan menyebarkan kebaikan.
Gunakan TV untuk menonton program-program ilmu.
Pasang aircond dalam bilik supaya lebih selesa nak beribadat.
Maksudnya, menggunakan dunia dan kekayaan atas tujuan untuk mengabdikan diri kepada Allah, dan menggunakan harta tersebut untuk mendekatkan diri dan beribadah kepada Allah - ini namanya zuhud.
Bukannya buang TV, buang aircond, buang emas, buang kereta.

Zuhud itu bukan pada memiliki atau tak memiliki harta, tetapi zuhud itu dalam hati.

Selalu membelanjakan harta di jalan Allah - ini zuhud.

Tak bermewah-mewahan secara berlebihan - ini zuhud.

Selalu berusaha untuk berpenampilan sederhana, dan tidak sombong serta membanggakan diri - ini zuhud.

Lebih mencintai Allah daripada kehidupan dunia - ini zuhud.

Tapi kalau kita dah decide memang taknak hidup macam orang lain - taknak ada rumah, taknak ada harta, taknak ada duit, taknak ada pendidikan formal, terpulanglah.
Mungkin itu cara kita.
Cuma janganlah sampai zuhud yang kita cari akhirnya menjadi penganiyaan pada anak-anak pula.
Berpatut-padanlah.
Allah sendiri tak suruh kita pikirkan akhirat saja, tetapi dunia juga harus kita raih dengan sebaik-baiknya.
Yang Allah suruh adalah jangan sampai hal dunia mengelabui mata kita sehingga menjadikan urusan akhirat kita huru-hara.