2019-01-28
Tak ada burung balik malam.
Rezeki, berbeza dengan gaji.
Gaji ni semacam upah.
Kena buat kerja dulu baru boleh dapat gaji.
Tak kerja, takde gaji.
Tapi rezeki tak macam gaji.
Rezeki datang dalam bentuk yang kita tak sangka.
Tak ada kaitan dengan kerja atau tak.
Takde kaitan dengan usaha atau tak.
Dan takde kaitan dengan beriman atau tak.
Maksudnya kat sini, gaji dijemput dengan usaha.
Tapi rezeki dijemput dengan takwa.
Bila Allah kata "Barangsiapa yang bertakwa pada Allah, Allah akan berikan jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tak diduga" (Al-Talaq, 2-3), maka percayalah yang Dia akan mencukupkan kita.
Mustahil Allah bagi perintah untuk manusia patuh pada perintah itu kalau Dia tak berikan sekali jalan untuk mendapatkannya.
Kalau Allah dah perintahkan hutang wajib dibayar, mesti Dia akan permudahkan kalau kita benar-benar ada usaha untuk membayar.
Tapi kalau memang takde ikhtiar untuk membayar, of course lah akan rasa berat dan susah sampai bila-bila.
Dah kalau tak dicuba, mana nak tau susah ke tak, betul tak?
Begitu juga dengan nafkah.
Kalau Allah dah perintahkan seorang suami wajib bagi nafkah pada isteri (semampunya), dah tentu Allah akan mudahkan jalan rezeki itu sampai supaya kewajipan itu dapat suami laksanakan.
Kalau kita memahami ayat 2-3 Al-Talaq tu, tak mungkin terkeluar dari mulut kita "Gaji saya sikit, saya tak mampu bagi isteri saya nafkah bulanan".
Sengaja aku boldkan perkataan takwa dan rezeki (dalam surah di atas).
Kalau kita fahamkan terjemahan surah tu, kita boleh faham yang rezeki tak kaitan dengan kerja-keras.
Rezeki adalah takwa.
Allah dah perintahkan kita beri nafkah.
Kalau kita orang yang bertakwa, kita pasti patuh kerana orang yang bertakwa yakin rezekinya dijamin Allah.
Tapi kalau kita tak patuh, bermakna kita tak yakin dan kita bukanlah orang yang bertakwa.
"Jika kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benarnya tawakal, nescaya Allah akan memberikan rezeki kepada kamu seperti Allah memberikan rezeki kepada seekor burung. Ia pergi (dari sarangnya) di pagi hari dalam keadaan perut kosong (lapar), dan kembali (ke sarangnya) di petang hari dalam keadaan perut yang penuh (kenyang)". (Tirmidzi)
Hadis kata atas ni, Rasulullah saw cakap burung keluar pagi dan balik petang.
Dia tak cakap burung balik malam.
Memang tak pernah nampak kot burung balik sarang pukul 12 malam.
Burung balik petang.
Dan dia balik dalam keadaan kenyang serta bawa pulak makanan untuk anak-anaknya.
Maksudnya, rezeki takde kaitan dengan kuantiti usaha.
Berapa jam kita bekerja tak menentukan berapa banyak rezeki yang akan kita dapat.
Burung steady je keluar pagi, balik rumah petang.
Kita?
Balik rumah, sambung buat kerja sampai 1 pagi.
Kadang-kadang stayback kat opis sampai 10 malam.
Sekali bonus tak banyak, terus kecewa.
Sebab apa?
Sebab kita letakkan rezeki tu pada kuantiti usaha.
Sedangkan rezeki takde kaitan pun dengan usaha.
Tapi kita disuruh untuk usaha kerana usaha adalah ibadah.
Pahala diberi kerana ikhtiar kita dalam mencari rezeki, bukan atas berapa banyak rezeki kita dapat.
Hadis di atas tak kata pun kita kena pasrah berserah atas sejadah tunggu rezeki sampai.
Usaha tetap kena usaha tapi jangan sampai hilang rasa takwa.
Kadang-kadang bila kita kerja terlampau aim imbuhan, ketakwaan boleh hilang tanpa kita sedar.
Dalam tak sedar kita jadi percaya bahawa hanya dengan kerja keras maka rezeki dapat lebih.
Pada hakikatnya, gaji je bertambah, tapi rezeki tak bertambah pun kerana ketakwaan itu dah hilang apabila kita meletakkan keyakinan pada usaha dan slowly lupa bahawa rezeki takde sangkut-paut dengan usaha.
Benda-benda macam ni kita boleh terlupa dengan cara tak sengaja.
Aku pun tak terkecuali.
Kadang-kadang terlupa.
Sebab itulah hari-hari kena buat solat taubat.
Ye lah, bila dah sibuk cari duit, lama-lama kita jadi yakin bahawa hanya dengan kerja keras maka rezeki akan bertambah.
Hakikatnya, berapa ramai orang yang semakin gaji bertambah semakin susah pula nak keluarkan sedekah, semakin susah nak bagi isteri nafkah, dan semakin bertangguh nak menabung ke Mekah.
*iklan*
Ustaz aku pernah perli kitorang.
Dia kata "Sempat atau tak sempat ke Mekah itu bukan urusan kita. Tapi kalau menabung pun tak, maknanya memang kita tak taknak pegi la tu..."
*iklan tamat*
Itulah bezanya gaji dan rezeki.
Ia ada sangkut-paut dengan takwa.
Usaha maksimum tak bermakna harus bekerja sampai larut malam, sampai takde masa untuk keluarga, sampai takde masa rehat hujung minggu sehingga kita lupa ibadah, lupa menambah amal.
Ini tak barokah namanya.
Kalau kita bertakwa, jangan risau menafkahi isteri dan keluarga.
Kalau Allah dah suruh, pasti ada jalan keluar.
Cubalah dulu walaupun terpaksa.
Sememangnya ibadah itu harus dipaksa dulu.
Sama macam puasa.
Selagi tak cuba, selagi tu kita kata tak mampu nak buat.
Tapi paksakan diri untuk buat, lama-lama jadi terbiasa malah jadi sangat mudah.
Dan bila kenikmatan berpuasa tu sudah terasa, bila tak berpuasa rasa tak sedap pulak.
Macam tu lah juga dengan nafkah.
Tak biasa buat, memang rasa berat sangat.
Rasa tak cukup je.
Tapi percayalah, cukup.
Cubalah buat.
"Tak ada makhluk melata di muka bumi kecuali Allah yang menjamin rezekinya." (Hud, 6).
Kalau kita tergolong dalam golongan orang yang risaukan masalah rezeki, itu sebetulnya kita dah jauh dari Allah.
Keyakinan pada Allah menjadi kurang dan keyakinan kita pada dunia bertambah.
Di antara tanda kelalaian dan pendeknya akal ialah ketika kita merasa risau dengan sesuatu yang belum pasti, serta takut jatuh miskin sebelum kemiskinan itu tiba.
Sedangkan mati yang dah pasti tiba kita tak takut padahal sah-sah itu pasti.
Kita takut duit tak cukup kalau bagi nafkah kat isteri.
Padahal kita tak bagi lagi tu tapi dah imagine yang bukan-bukan.
Padahal menafjahi isteri tu wajib.
Tak pulak kita takut esok dalam kubur ditanya tentang tanggungjawab menafkahi isteri yang kita sengaja tinggalkan.
Padahal soal jawab kubur tu pasti berlaku.
Kita takut duit tak cukup kalau bayar hutang.
Padahal kita tak cuba untuk membayar pun tapi dah imagine bukan-bukan.
Padahal membayar hutang tu wajib.
Tak pulak kita takut esok dalam kubur ditanya pasal hutang yang tertunggak.
Padahal dah tau dah seksanya meninggalkan hutang.
Bodohnya la hai bila panik dengan hal yang kecik dan melupakan hal yang lebih besar.
Bila kita bercakap tentang urusan akhirat, ia bukanlah semata-mata solat, puasa, mengaji dan sedekah.
Tapi nafkah dan hutang juga adalah urusan akhirat kita.
Jangan takut sangat nak bayar nafkah.
Jangan takut sangat nak bayar hutang ansur-ansur RM50 sebulan.
Orang yang risau dengan urusan dunia dan lalai terhadap urusan akhirat (nafkah/hutang) adalah umpama orang yang di depannya ada singa dah ready nak terkam tapi dia sibuk halau-halau lalat yang lalu depan muka.
Kan bodoh namanya tu?
Ada benda yang lebih seram menanti depan kau tapi kau sibuk kisahkan lalat yang tak menggigit tu.
Faham ke tak ni?