walk on wings, tread in air: Star Cruise Superstar Libra - Part 1 <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Star Cruise Superstar Libra - Part 1
2017-11-24


Entry cruise ship holiday dimulakan dengan gambar si jendul kat IOI Mall Ahad lepas.
Kitorang gerak ke Port Klang hari Ahad yang sama, tapi pagi tu lah baru aku nak cari seluar track, barulah nak tukar duit baht, masa tu la yang sorang nak beli ni yang sorang nak beli tu. Pagi tu pulak En Wan terasa nak makan nasik dagang bagai.

Ok, macamana aku boleh terjebak naik kapal ni?

Kisahnya bermula beberapa bulan lepas.
Aku rasa yang follow IG aku je tau kisah camana En Wan sentap taknak bercakap-cakap dengan aku 2 hari sebab aku taknak gi Mata Fair.
Aku dah kata aku taknak bercuti yang naik kapal terbang. Aku penat la nak berdebar-debar sampai 3-4 jam kat atas tu. Aku nak bercuti dengan tenang. Pegi Melaka pun boleh apa. Yang nak pi jauh-jauh kenapa?

Rupanya, hari yang dia sentap dengan aku tu, aku ingatkan dia masuk opis, rupanya dia pi Mata Fair.
Awal bulan ni baru dia bagitau dia dah book naik cruise. Masa tu aku bertempik sikit lagi nak jadi king kong. Sakit hati sangat-sangat. Aku cakap pegi la anak-beranak, aku taknak pegi. Tapi last-last kena paksa pegi jugak.
Hari yang kitorang nak gerak tu, pagi tu baru aku pack baju aku. Baju dorang semua dah pack 2 hari lebih awal. Masing-masing excited gamaknya.
Aku punya jahat nak tunjuk protes, baju anak-anak pun aku tak siapkan. Lantak. Dah aku taknak pegi kau paksa kan, jadi kau je lah yang pack baju anak.
Pulak tu dia tak kasik aku pakai jubah, jadi aku campak-campak je baju yang ada. Tak tau muat pakai lagi ke tak, aku sumbatkan je dalam beg.



Balik dari shopping dia buatkan aku teh halia "Ni minum ni. Buat kurangkan mabuk".
Rupanya lengkap barang-barang dia belikan untuk bini dia.
Perisai tahan mabuk la ceritanya ni.
Boleh tahan sedap pulak teh halia tu.



2 beg je, cukup.
Ok let's go!



En Wan kata kapal check in 2.30pm. Takyah rush sangat. Pukul 12.30 just nice gerak dari rumah.
Sekali kat sana tengok dah berjujuk orang beratur.
Rupanya pukul 12 orang dah masuk dalam kapal dah pun.
Umat punyalah ramai yang naik cruise hari tu. Tapi kebanyakkannya chinese.

Kitorang punya angka giliran 800+.
Masa kitorang sampai angka yang dah start masuk untuk check imegresen baru nombor 300.
Boleh imagine berapa panjang nak tunggu?
Tapi tak lama, dalam sejam je.
Nasib baik aku tergerak nak buat roti bakar siap-siap.
En Wan kata buat apa nak bawak bekal segala macam orang kampung padahal nak masuk kapal dalam tu makan 5 kali sehari.
Eh mujur la aku bawak tau. Anak-anak aku kebulur.
Mak-mak always macam ni kan? Apa yang dia siapkan mesti diperlekehkan tapi ujung-ujung yang mengondem tu capai seketul jugak. Nak je aku lepuk. Pakkal suami.



Engineer mode di mana-mana.
Dalam ruangan menunggu ni ada banyak kipas tapi takde satu pun yang on.
En Wan boleh gigih cari plug siap angkut kipas letak betul-betul depan muka aku pastu pasang.
Taknak kasik bini panas. Maklumlah bini dah mendidih luar dalam dari pagi jadi kena sejukkan sikit.



Kitorang antara 400 yang terakhir naik kapal.
Orang yang naik awal dah siap lunch bagai kat dalam tu. Kitorang tak sempat sebab waktu lunch habis pukul 2pm.
Tapi takpe, kenyang mencekik roti bakar dah.

Imegresen checking memang ketat, sama ketat macam naik flight.
Semua benda dia check.
Orang depan aku Indian (from India) boleh la pulak beli gunting kitchen simpan dalam henbeg. Agaknya baru beli pagi tu terlupa nak bawak masuk beg baju.
Sia-sia je, terpaksa kena rampas.

Dalam kapal ni dia dah highlite - cooked food macam mee goreng, kueytiaw, MekDi, KFC semua tu tak boleh bawak. 
Pastu 4 jenis buah - durian, rambutan, manggis and longan tak boleh bawak masuk.
Makanan yang kering macam jajan je boleh.
Bawak jajan beria, penyudahnya tak bersentuh pun sebab kat dalam tu makan tak benti-benti. Kejap-kejap waktu makan, kejap-kejap makan lagi. Kitorang sampai skip waktu makan sebab tak larat dah nak makan.



Yeayyyyy dah masuk dalam kapal.
Setting macam nak menyambut Krismas, maka tercapailah impian Rayyan nak jumpa Santa Claus.
Jadiklahhh. Nasib baik dia tak request snow bagai.
Lobby kapal luas dan cantik macam dalam hotel ada front office, ada lounge, ada bar.
Lepas bergambar kejap, kitorang turun ke Deck 3 untuk masuk bilik.
Beg-beg baju semua dah sampai depan pintu bilik by the time kitorang sampai.

Oh lupa nak bagitau. Inilah percutian pertama kitorang yang ditaja sepenuhnya oleh En Wan. Hahaha.
Dah dia yang memandai-mandai buat decision nak pegi kan, so memang dia la support semua.
Selama ni setiap percutian ada persetujuan bersama jadi duit pun tong-tong. Ni kali, guwe betul-betul macam Queen lah. Main tunjuk je, King bayor.

Tapiiiiiiiiiiiii, disebabkan dia yang bayar semua, ada kekurangannya jugak.
Biasa la kan, engineer.
Engineer ada perangai "as long as it works". As long as benda tu praktikal.
Sebab itulah aku duduk kat Deck 3.
Aku ni dok imagine bilik aku besar ada queen bed bagai.
Rupanya dia bagi aku duduk kat bilik yang ada katil double decker.
Aku cakap "Apesal tak book deck atas-atas sikit? Ni apa ni tido katil double decker".
Dia cakap "Eh, awak patut bangga tau. Ini lah deck Jack Dawson tinggal. Katil double decker".

Eh kau ni. Kau rasa kau klaka??



Sebenarnya bilik dia not bad.
Deck yang paling happening deck ni la sebab bilik paling banyak.
Deck bawah ni semuanya katil double decker. So kalau korang datang dalam family yang ramai, sesuai bilik macam ni. Melainkan kau honeymoon nak beromen lama sikit eloklah ambik bilik yang besar and cantik sikit sebab korang lagi banyak duduk dalam bilik dari luar bilik.

Bilik ni pun ada type jugak.
Kalau ada tingkap, harga lain.
Kalau tengah-tengah, takde tingkap, harga lain.
Walaupun duduk deck atas, tapi kalau tingkap kau dihadang oleh tiang kapal, harga pun lain. Bilik macam tu namanya obstructed view room.
Bilik aku ni harga RM1500/katil.
Dia tak kira orang. Dia kira harga katil.
Jadi, kiranya bila Jack Dawson aku ni harganya RM6000 untuk ompek orang selama ompek hari.

Bilik aku ni sebenarnya not bad pun. Yang penting tingkap tu besar and takde halang oleh apa pun.
Pastu aircond dia just nice je.
Aku masuk bilik terus check toilet dulu.
Takde hose kat jamban tapi sebab bilik air dia kecik jadi hose shower elok je sampai ke bontot aku. So kira lulus lah percutian ni. Janji ada hose, ada katil, settle.



Ni aku ambik gamba masa En Wan solat. Just nice ada ruang untuk bersolat.
Oh sejadah tu aku bawak sendiri. Korang kalau nak pergi sejadah bawak siap-siap ya. Dia takde provide table runner kat dalam ni untuk dijadikan sejadah.

Dalam bilik ni ada Astro Ceria and HBO.
Selebihnya channel sport, katun and TV kapal.
Takyah tengok TV la, baik lepak kat luar lagi best.



Lepas dah settle down, dorang announced untuk semua guest berkumpul kat assembly point.
Dorang nak ajar cara nak abandon ship kalau emergency berlaku.
Masa ni aku dah cuak gila.
Siap ada bunyi siren 7 kali bagai. 



Lepas berkumpul kat assembly point, dah pakai life jacket semua, dorang bawak kitorang naik ke Deck 6. Ini akan jadi tempat berkumpul untuk naik bot in case jadi apa-apa tengah laut.
Masa naik atas ni, the moment aku nampak bot-bot kecik bergantung terus teringat Titanic scene Rose Dawson tanya apa guna bot-bot ni semua. 

Dalam gambar ni aku tengah berdiri bawah bot kecik tu la.
Kejap-kejap aku menjeling ke atas. Ini karang kalau terhempas bot ni atas kepala aku, mati jugak aku tak sempat kapal jalan.
Kat sini dorang bagitau apa perlu buat kalau ship ada masalah.
Yang aku cuak tu bila dia kata "Each boat is equipped with food and drinks enough for 4 days. You'll be safe".
Aku dalam hati "Eh kimek, apesal la kau celupar nau ni. Aku dah la kontrol sawan nak naik kapal ni, kau boleh lak nak bikin konfiden akan selamat 4 hari terapung atas laut."
Ya ampunnnn aku nak imagine tak sanggup. Nangis dah aku masa ni.

Pastu bila orang tu bukak ruang untuk pertanyaan "Any questions?", si Rayyan ni goncang-goncang tangan aku suruh aku angkat tangan tanya question.
Kau nak mak kau tanya apa ni?

"Mama tanya la, ada tak life jacket for kids? Adik nak kaler green".

Astagaaa.
Aku ni naik rimas pakai life jacket, dia boleh pulak pikir nak kaler lain.
Karang dengan kau-kau sekali aku masukkan dalam bot tu.

Lepas habis latihan emergency, terus masuk bilik, dan aku bertapa kat dalam tu baca Quran u ollsss.
Beriman kan aku?
Makin aku takut, makin galak pulak aku dapat peluang naik flight and kapal.
Agaknya Tuhan suka tengok aku takut. Sebab bila takut, ketakwaan aku meningkat. Hahaha.

Masa ni kapal dah bergerak.
Tak rasa apa pun, aku sampai tak perasan kapal dah gerak. Tau-tau nampak apesal cahaya matahari kat sejadah ni gerak laju sangat? Rupanya kapal dah jalan.



Nampak tak bot kecik atas tu?
Bot tu la yang dia kata equipped dengan makanan and minuman untuk 4 hari tu.




Masa aku dalam bilik, En Wan wasap gambar ni. Rupanya dorang anak-beranak dah ada kat deck atas sekali. Dah ramai rupanya orang mandi kat pool. And chef-chef semua tengah setting untuk dinner.
Tak lama pastu dorang masuk bilik sebab budak-budak ni nak salin baju nak berendam.
Aku masih stay dalam bilik. Tak kuasa nak ikut.



Setengah jam pastu En Wan wasap jemput aku untuk naik makan.

Dalam kapal ni ada 5 restoran kalau tak salah aku. 2 antaranya certified halal.
Deck atas sekali ni apa ntah nama dia, lupa.
Petang Ahad tu kat tepi pool ada BBQ.
Cakap je la apa - sotong, ketam, udang, oyster, lala, kambing, ayam, corn, potato - semua benda-benda biasa orang buat BBQ semua ada.
Semua besar-besar and sedap gila weh! Makanan aku bagi 10 bintang.
Makanan punyalah melambak-lambak umpama kau toleh kiri, makanan. Toleh kanan, makanan.
Keliling kau semua benda makan. Dari nasi, mee, spageti, pasta, BBQ, sup sampai 4 macam, sushi berlambak-lambak, bak kata En Wan "Makan sampai menggila dah macam setan pulak".

Serious, mewahnya percutian cruise ni adalah makan.
Ada sudut untuk vegetarian.
'Sudut' bukan setakat 3-4 macam lauk je ya, tapi satu table panjang bersusun makanan untuk vegetarian.
Aku pun balun sekali.
Nasi macam-macam jenis - beriyani kambing, beriyani ikan, nasi goreng seafood, nasi putih.
Eh jenuh la aku nak cerita pasal makan ni.



Petang tu, bendalah ni je aku bedal sampai 7. Ni besar tapak tangan aku tau tak.
Dah dibakar dengan cheese, aku gi tabur lagi cheese atas. Pehhhh!!! Berlipat perut.



Dah kenyang kat dalam, En Wan ajak lepak tepi kolam tengok budak-budak ni mandi.
Sekali terpandang pulak sushi.
Aku bedal 8 bijik. Tak tau la celah mana aku sumbatkan makanan ni semua. Tapi alhamdulillah butang jeans masih utuh. Belum tercampak lagi. 



Ni kawan baru En Wan jumpa atas kapal.

One thing yang best kat kapal ni, semuanya perangai senonoh.
Aku imagine gak kalaulah ramai-ramai macam ni mesti jumpa set-set beruk terlepas kandang, jenis yang menggelupur jumpa makanan nak rebut-rebut.
Selalu set-set macam ni berlambak kat theme park resort macam A Famosa, Gold Coast Sepang and Melaka, Bayou Melaka pun ada perangai cenggini.
Kalau hotel gempak-gempak kau takkan jumpa spesis macam tu.
Kat kapal ni semua ambik makan dengan tertib, beratur, tak menggelupur. Dan orangnya semua jenis polite, berbahasa dan tertib.
Chinese and Malay and Indian can berkongsi satu meja, siap invite lagi duduk sama kalau nampak orang tu tercangak-bangak cari seat. Harmoni sangat.





Rayyan la paling happy sekali dapat berendam tanpa batasan.
Kolam ada 2, satu for kids - 1 meter je.
Yang lagi satu for adults - 2 meter. Tinggi gila. Boleh terbenam aku.



Lagu-lagu kat pool petang tu memang best-best. 
Mentang-mentang kat tengah laut tak dengar azan, kemain kuat dia melalak kat atas.
Tapi suara Filipino ni memang power! Dia bawak lagu Adele selamba.



Aku dah jadi jurugambar tetap dorang kat atas tu.




Pukul 9pm, ada show kat Star Dust Lounge.
Biasa la performance macam ni atas kapal. Joget-joget.
Aku tahan 15 minit je pastu aku keluar berdua ngan Rayyan. En Wan ngan Redza je yang tengok. Dorang kata best gak show dalam ni.



Aku lepak sini le apa lagi.
Lepak main lobby layan oldies okeh. Memang layan.



Lepas layan 4-5 lagu, Rayyan ajak balik bilik. 
Mengantuk la tu dah penat berketimpal dalam kolam petang tadi. 
Belakang Rayyan tu salon.
Pukul berapa En Wan balik aku tak sedar. Aku dah tido.
Depan Rayyan (tak nampak) ada kedai jual cokelat.
Kat dalam kapal ni kalau nak shopping takyah guna duit dulu. Kau pakai je access card bilik.
Nanti sebelum keluar dari kapal esok kau buat settlement.



Rupanya dia bawak anak dia makan kat another restaurant kat dalam tu.
Tak mahal sangat nasik goreng macam ni dalam RM16 En Wan kata. 
Standard harga kat hotel jugak la.
Takde la makna kata makan atas laut sampai RM40 sepiring.


Ini video aku ambik petang hari Ahad, lepas budak-budak settle mandi.
Redza kena buat bucketlist untuk projek skolah dia.
Antara list tu kena ambik gambar sunset. 
Sedang elok la kau atas kapal, memang cun la gamba sunset jadiknya.
Alhamdulillah, Day 1 dilalui tanpa mabuk :)
Ada 3 hari lagi, esok aku sambung.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Offer ni ada 6 hari lagi sebelum tamat 30 Nov.
BASIC VALUE PACK.
Whatsapp sini untuk beli.
posted by aveo757 @ 6:42 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER