2014-06-11

Status. Frens. Fareeda.



Aku dah penah 3-4 kali buat keje menebas kat FB, sampai tertebas reader sekali. Selalunya lelaki la yang kena tebas. Agak-agak macam tak penah nampak kat newsfeed pun, aku removekan. Tapi lepas beberapa kali tertebas reader, aku pun stop aktiviti clearance ni. Pastu ada reader suggest open to followers, aku pun buat setting untuk followers.



Sebenarnya aku pun tak paham konsep FB ni camne kira dia.
Sebab kalau nak ikutkan total frens aku belum cecah 5000 pun, menjak aku buat aktiviti mencantas, aku tak add new frens pun. Aku biarkan je macam tu. Patutnya kalau nak add fren boleh je kan sebab less than 5000. Adekah sebab jumlah followers + frens dah exceed 5000 maka aku dah takleh accept new frens? Kalau boleh memang aku pun nak add new frens, tapi dah takleh. Bukan aku sengaja taknak accept frens request.

Ada yang suggest aku buat Insta. 
Aku ni sebetulnya malas nak bukak banyak-banyak benda. FB ni pun tak abis blaja lagi.
Memang ada plan nak bukak Insta, tapi bukan untuk aku. Insyallah for Fleur Closet. Strictly business. Yang bakal handle pun team Fleur sendiri. Kalau nak menyembang ke apa ke, kita buat kat FB je la ya. Mesej je la FB aku, tak pun email. Insyallah aku respond, cuma mungkin tak laju mereply.



Reader ni ada bagi screenshot status member dia.
Tapi aku taknak letak, kang panjang lak cerita dia.
Ringkasnya, member dia up-kan status "takyah la nak upload gamba pi bercuti, beli barang-barang, or cerita kita makan kat mana, bla bla bla". Member dia kata jatuh hukum berdosa sebab mungkin orang yang membaca/nampak gambar-gambar kita makan/cuti/shopping rasa terganggu. Kiranya kita kena consider orang lain mungkin tak berkemampuan macam kita. So takyah la canang kita beli apa.

Aku rasa benda ni bergantung pada penerimaan masing-masing jugak.
Kat newsfeed bersepah je aku tengok orang scan result exam anak sekolah tadika, gamba beskal baru anak, gamba husband hadiahkan Pandora, bergamba depan butik Prada, bla bla bla...

Ntah.
Aku tak kisah pun.
Life kau, bukan life aku. Aku pedulik apa.

Sometimes, kita je yang emotional.
Kita rasa macam orang tu nak menunjuk.
Yes, mungkin betul orang tu nak menunjuk.
Tapi bukan kat kita.
Entah-entah orang tu sebenarnya nak show off kat stalker dia. Takkan dia nak tag stalker dia kot. Nampak nauuuu. Nanti stalker dia baca kana terasa lah beliau.
Tapi kita yang takde kena-mengena dan tak makan cili ni pulak yang sentap. Eh, ke kita stalker tu? Hahahah.

Dah la, takyah kita nak susah-susah tolong pikirkan emosi orang yang tak berkemampuan tu.
Orang yang tak berkemampuan lebih tau apa yang dia perlukan dan perlu diutamakan.
Kau ingat orang yang tak cukup makan, yang takde duit tu kesah ke kau tayang beg kau harga 30K?
Dia tak heran dowh. Yang dia kisahkan, apa nak sumbat ke dalam perut malam kang.

Aku penah hidup cukup-cukup makan.
Pernah rasa 'nikmat' sesak nak tunggu hujung bulan tu.
Takde aku kisah pun iklan sale kat tv ngan sokabar.
Takde aku heran nak makan buffet Ramadhan RM100/pax,
Takde aku terliur nak beli baju kat butik Rizalman.
Yang aku kisah waktu tu, ada ke tak duit nak pegi pasar next week, ada ke tak duit nak renew roadtax hujung bulan, ada ke tak duit nak gi servis kereta hujung minggu.
That is how orang yang tak berkemampuan berfikir.
Dia lebih tau apa yang dia perlu.

Jujurlah dengan diri sendiri.
Jangan sebab kita ada rasa tak puas hati dengan kelebihan kawan, maka kita "perjuangkan" nasib orang susah untuk puaskan hati kita.



Rasanya semua dah tengok gamba yang went viral last week kan, pasal gamba customer Fareeda tido kat kaki lima kedai tu. Aku sebenarnya malas dah nak ulas pasal Fareeda ni. Aku tengok gambar tu, kalau tak salah aku nampak macam Fareeda Bangi. Betul la kot. Aku rasa yang jadi sampai berumahbertangga depan kedai tu sebab stok tudung Fareeda ni limited. Mawar pernah bagitau kat rancangan Romantika, tudung dorang ni setiap design cuma 1000 je.
Fareeda ada berapa cawangan?
Tganu ada 2. KB ada 1. Bangi 1. Tempat mana lagi ada?
Tak banyak kot cawangan dia.
Katakanlah 4 bijik tu je cawangan dia, so boleh kira tak setiap cawangan ada berapa helai untuk satu-satu design? Dalam 100-200 je.
Yang pakai Fareeda ni beribu. Sebab tu la jadi macam tu. Orang pakat serbu sebab nak dapatkan tudung yang limited tu.

Lagi satu Mawar pernah cakap jugak tudung dorang tak mahal.
Aku rasa standard Ariani jugak harga dia. Yang jadik mahal tu bila reseller naikkan harga. Aku syak yang tido baring depan kedai tu kebanyakkannya reseller. Sebab tak lojik bila nampak lelaki pun beratur sama. Kau nak pakai tudung celah mana bangggggg??? 
Lelaki-lelaki yang sama naik bersusun depan kedai ni beratur sebab nak tolong bini dia.
Mawar bagitau setiap orang takleh beli lebih dari 2 kot.
Sebab tu dorang pakat bawak laki ngan anak-beranak sekali. Sebab boleh grab banyak sikit. Pastu jual balik. Jual balik double the buying price. Tak kaya kau???

Tang tudung aku taknak sentuh. Sebab balik-balik kang aku akan ulang benda yang sama.
Aku takde masalah dengan tudung Fareeda walaupun sehelai brand dia pun belum ada dalam koleksi aku. Sebab aku tau apa yang aku perlu. Buat masa sekarang, belum perlu lagi. Jadi, aku takde hal ngan peminat Fareeda. Tang tido baring depan kedai pun aku takde masalah. Sebab dia tak menganggu laluan aku pun. Dia tido pun tak mintak tilam aku. Aku yakin, yang tido baring kat depan tu kebanyakkannya reseller. Cuma harapnya, jangan lah sampai menganggu laluan orang nak keluar masuk. Kalau dah sampai mendatangkan gangguan kat masyarakat setempat, yang tu pihak Fareeda kena pikirkan balik.

Kita yang tak berminat ngan tudung Fareeda ni (katanya!), patut takyah nak kisah sangat.
Kata tak minat kan, dah tu buat apa nak kisah.

Aku tak sokong dorang nak tido baring kat depan tu.
Tapi aku paham sangat orang berbisnes macamana.
Aku pun pernah buat keje gila drive dari KL - Penang hanya untuk jumpa customer yang belum tentu nak jumpa aku.
Susah betul nak buat appointment ngan Prof tu tapi memikirkan that Prof adelah decision maker untuk tender yang aku nak bid, aku gi gak. Bila PA dia kata "Prof akan masuk ofis kejap petang ni", aku tak tunggu dah. Baju pun tak pack, terus aku start enjin zassssssss. Takpe, baju boleh beli kat mana-mana, but this Prof aku kena kejar. Aku tunggu dari kul 1130am sampai 4pm, sanggup tahan lapar dari pagi tak makan sebab nak pastikan aku grab that Prof walaupun kejap. Akhirnya dapat jugak jumpa walau setengah jam.

Possibility nak dapat jumpa tu rendah.
Yang penting usaha.
Aku yakin itulah konsep those yang tido baring depan Fareeda ni.
Esok pagi bila pintu kedai bukak, mungkin dorang dapat atau mungkin tak dapat apa yang dorang hajatkan. Tapi yang penting, usaha. Itu lebih baik dari tak usaha lansung.
Mana-mana orang berbisnes pun pakai konsep yang sama je. Tinggal lagi orang lain tak nampak.
Entah-entah PA Prof tu pun ngumpat aku cakap aku gila tunggu berjam-jam sampai tak makan. Dia sedap je kunyah jeruk depan aku.

Kita semua pakai konsep yang sama.
Perlaksanaan je lain-lain.