walk on wings, tread in air: Mengigau <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Mengigau
2013-05-30
Semalam En Wan lagi sekali mengigau.
Dia memang macam tu la kan sejak dari malam pertama kawen sampai la umur nak masuk 40 ni dia punya tebiat mengigau tak penah hilang. Aku rasa sape yang follow blog aku memang sedia maklum En WAn ni kaki ngigau. And sape follow FB aku mesti tau apa yang En Wan ngigaukan semalam. Cuma lately ni aku rasa dia takde la buat keje tetiba bangkit dari tido terus berdiri, melompat dari katil tepuk dinding, bangun terus menjerit, bla bla bla. Dah takde dah ngigau macam tu.

Dulu rajin gak dia melompat dari katil. Tetiba je berlari tarik langsir. Tak pun berlari bukak almari. Kadang-kadang merepek cakap pasal file la, pasal komputer la. Stress keje gamaknya. Aku suka gak melayan. Kalau time dia tanya pasal file tu aku tanya balik file apa, eh jawab pulak tu.

Slowly dia berubah ke ngigau lite-lite. Nanti tetiba malam dia bangun usap-usap kepala aku. Tak pun tetiba bangun urut kaki aku. Mungkin dia punya mengigau skarang tema kasih-sayang kot. Ada satu kali tu tetiba je tengah-tengah sedap membuta tetiba dia kejut 'Di..Di..nak air?'
Kejadahnya tetiba offer aku air ni?
Tapi aku bangkit la jugak dalam keadaan blur-blur tu aku pun terpikir gak aku ni haus ke? Bila masa aku mintak air?
Disebabkan aku blur, so aku syak aku tak sedar aku mintak dia air. So aku pun iyekan je lah.

Aku : Ha'ah. Nak air.

En Wan : Pergilah turun. Abang tak haus.

Hoih!!!
Aku tengah sedap membuta kau kejut tanya aku nak air ke tak, aku ingatkan kau dah pegang air. Bila aku cakap nak, kau suruh aku ambik sendiri. Lawak apekah tengah-tengah malam buta macam ni?? Sumpah tak selera nak gelak. Kalau katil ni ringan dah lama aku terbalikkan.

Tapi pengigauan dia malam tadi aku rasa dah masuk fasa mengigau tema keinsafan kot. Ada ke kul 4 pagi kejut aku 'Di..Di..bangun. Buka. Buka'

Aku : Buka apa?

En Wan : Buka puasa.

Aku : Bukak puasa hapenya puasa pun tak!!

Hah! Kannnnnn.
Kan aku dah terpekik tengah-tengah malam.
Hangin betul aku. Kot ye pun nak berjenaka tak boleh tunggu esok siang ke yang tengah-tengah malam buta ni jugak dia nak bergurau-senda ngan aku. Lepas kena sergah tu dia elok je tarik selimut sambung tido. Siap berdengkur bagai. Yang kita ni sampai ke subuh dok terkebil-kebil tak boleh tido balik.

Ada orang cakap orang yang kuat mengigau ni ada sangkut-paut dengan saka. Wallahualam. Mak cakap En Wan ni dari kecik lagi dah mengigau so dorang satu famili dah tak heran. Dulu masa skolah rendah mak kata lagi teruk, sampai sleep walking. Rumah dia 2 tingkat. Dia mengigau siap boleh turun tangga jalan sampai ke hall. Takut aku dengar. Aku rasa aku lagi takut tengok orang sleep walking dari tengok hantu. Hantu tu kita memang dah tau la sedia pelik. Tapi bila manusia tido sambil berjalan macam ngeri je aku rasa. Macam dia kena rasuk hantu.

Actually masa aku bercouple dengan En Wan, mas dia balik untuk bertunang, dia lepak rumah Mak Aji. Tido baring situ. Ada satu malam tu aku, En Wan ngan Ibal tengah tengok tv kat hall. Dia tetido. Tengah-tengah syok aku ngan Ibal layan tv tetiba dia meggelupur. Tanjat ai. Mau tak. Dah la ko tido betul-betul tepi aku pastu tak tau ujung pangkal menggelupur. Seb baik aku tak melatah. Kalau tak memang dia dah makan siku malam tu. Tapi pastu aku cover line la malu dengan Ibal kan bakal suami tido ngigau so aku cakap 'Agaknya abang wan penat sangat ni. Dia kat Jepun selalu keje sampai 1-2 pagi'.

Aku ingatkan habis kat situ je.
First nite pun ngigau!
Dah la ko terpekik kan. Konfius sedara-mara aku awat pengantin laki pulak yang menjerit ni. Tebal je muka aku turun breakfast pagi tu. Puiii.

Rupanya sampai la skarang dia mengigau. Kira mengigau ni dah macam acara wajib tiap-tiap hari. Cuma sejak dah tua ni dah kurang la sikit. Dulu time muda aku terpaksa bukak silat kunci kekuda bagai. Now takde dah. Kalau dia menggelupur aku dah malas nak nak lock silat dia, aku pekik je terus diam tido balik. Settle.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

posted by aveo757 @ 11:25 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER