2013-01-16

Listen! Ni aku pulak nak cakap.


Sorry pada yang mesej and email mintak aku komen pasal issue Listen!
Bersepah komen-komen kat newsfeed, muak pulak baca. Takyah la kot aku nak komen dah.

Actually baru semalam aku tau pasal issue ni. Nampak dah orang dok bagi feedback pasal Listen! tapi malas nak ambik tau sebab sangat menakutkan bila baca komen-komen manusia. Aku jenis malas nak semakkan tubuh badan dengan aura negative, jadi takde rasa nak ambik tau. Bila some readers bagi link mintak aku tengok and komen, hmmm....apa nak komen eh?
Tak tau apa benda yang perlu dikomen.

Cuma aku nak cakap pasal RESPECT.

Masa final year dulu, that was year 1999 kot, ke 2000.
Masa tu ada program Sesi Berdialog Bersama Perdana Menteri kat Mint Hotel.
Semua IPTA hantar wakil pelajar.
Aku salah sorang yang wakil UNIMAS.
Masa tu memang tengah kecoh pasal isu DSAI. Kalau nak ikutkan masa tu isu DSAI tengah hot, so masing-masing menjangka TPM akan di-bombard dengan soalan-soalan sangkut-paut dengan tu. Memang ada, tapi segalanya berlaku dengan sangat beradab. Dan Pak Lah menjawab dengan sangat baik.

Macam-macam soalan ada.
Pasal PPRT la, pasal politik, pasal pengajian tinggi, bla bla bla.
Semua soalan tu memang kita dah jangka.

Tapi yang aku respek mahasiswa/wakil pelajar yang datang masa tu tak terpekik-pekik membentangkan hujah. Walaupun ada yang bernada-nada sinis, tapi masih beradab. Dan semua soalan dijawab dengan baik. Kalau ada yang tak berpuas hati dengan jawapan, or nak tanya lebih lanjut (sebab masa tak cukup), lepas sesi dialog tu, dorang datang jumpa sendiri. Tak salah aku suami Normala Samsuddin apa nama dia? Ha, dia bagus. Dia melayan je mahasiswa-mahasiswa ni nak tanya soalan walaupun sesi dialog dah habis.

Memang ada antara kami kat hall tu yang tak sependapat, biasa la tu kan. Sebab tu nama pun Sesi Berdialog. Tapi disebabkan masing-masing respect each other, semua benda jadi baik.

Berlainan pendapat tu adelah normal.
Tapi cara kita menjawab, kita mempertahankan pendapat dan kepercayaan kita, cara kita menolak pendapat orang, semua dilakukan dengan respect sampai akhirnya salah sorang mahasiswa yang tak sependapat tu boleh bergelak ketawa dengan menteri. Mahasiswa UiTM tu kebetulan esoknya makan semeja dengan aku, so aku tanya la apa yang ko sembang dengan menteri. Dia cakap dia tanya pasal isu PPRT. Ada la point-point yang dia tanya and dia bagitau apa menteri tu explain kat dia. Ujung-ujung dia cakap "Some of the points I agree, ada some yang I rasa perlukan further explantion tapi dia bagus, dia dengar point-point I".

See?
Bercanggah pendapat is allowed.
Tapi respect yang akan menyelamatkan situasi.

Sangat beradab. Apa yang dia cerita kat aku pun ada yang aku tak setuju tapi kita respect each other. We discussed, masing-masing bagitau point-point, at the same time masih boleh gelak-gelak makan semeja. Harmoni sangat.

Sekarang aku rasa, baik mahasiswa, baik yang berpelajaran, baik budak skolah, baik orang tua, baik yang berjawatan dan bertittle, ada antara kita yang lack of respect.
Yang berkerja perlekehkan yang tak bekerja.
Yang blaja tinggi perlekehkan yang tak blaja tinggi.
Yang berjawatan perlekehkan orang bawahan.
Bila kita tak respect orang, so akan jadilah benda-benda merepek.
Nak suarakan pendapat tak salah tapi bak kata pepatah cakap siang pandang-pandang......(sila sambung, aku dah lupa). Test dulu intonasi kita apa-apa hal. Bercanggah pendapat tu ok. Tapi how kita suarakan pendapat dan how kita respon terhadap pendapat orang lain tu yang selalunya akan meleret-meleret yang akhirnya berbangkit isu-isu yang lari dari tajuk asal.

Just like budak-budak bergaduh.


A : Awak pijak kasut sekolah saya!!!!

B : Sape suruh letak kaki kat tepi saya??

A : Awak jalan tak pandang orang ke?

B : Yang awak jalan rapat dengan saya nape?

A : Dulu awak jalan dekat dengan saya, saya tak pijak pun kasut awak!

B : Eleh, Amin kata dulu awak pun penah pijak kasut sekolah dia. Dia jalan jauh dari awak pun, awak pijak jugak kasut dia.

A : Ye la, sebab Amin dulu pernah tumpahkan watercolor kat seluar saya. Alah, Amin tu dah la takde basikal. Pegi skolah jalan kaki!


....tetiba dah merepek meraban kan?
Yelah, nama pun budak-budak. What do you expect.

Tapi yang dah tua ni, tak puas-puas lagi jadi budak-budak ke...