2012-11-04
Gantung gambar famili dalam rumah
Jawapan (pendapat)
Asalamu'alaikum,
1) Tentang gambar keluarga atau benda hidup dalam rumah:
Terbahagi kepada 2: Satu yang jenis 3D, yang jenis bertongkol, yang jenis ini semua pendapat mengesahkan haram dan berdosa dimana rumah tidak akan dimasuki oleh Malaikat seperti hadith Nabi SAW. Wallahu'alam. Ini termasuk patung2 hiasan (bukan jenis mainan) yang diberi hormat dengan cara mempamerkan, tidak dimain. Termasuk objek hidup yang bertongkol (awet) seperti kuda, ayam, burung, manusia, objek hidup. Serangga (awet) seperti kala jengking, lipas, lalat saya tidak pasti. Oleh kerana tidak pasti lebih baik keluar ke dalam kepastian (keluar drp syubhah) yakni jangan dibuat.
Jenis yang ke dua ialah 2D berupa gambar.
Pertama, gambar objek hidup lain tetapi BUKAN manusia tidak dibenarkan. Seperti gambar kuda, ikan, burung, dsb. Serangga saya juga tidak pasti. Bila tak pasti buat mcm yang tadi - jangan dibuat.
Kedua gambar manusia. Yang ini ada 2 pendapat. Ada yg kata boleh ada yang tidak.
Yang boleh, menasihatkan gambar yg digantung jgn lebih tinggi drp kepala kita utk elakkan kehormatan yg melampau. Ada juga yg menyebut tidak apa selagi tidak menyerupai pemujaan dlm agama lain.
Dalam hal ini, ambillah pendapat yg sederhana. Boleh, jgn terlalu tinggi, jgn menyerupai amalan agama lain dan cuma letakkan gambar2 keluarga sendiri. Jangan pulak letak gambar idola kita walaupun ianya Rashidi Ishak, Remi Ishak mahupun Diana Ishak
Dlm masa sama jgn kondem pendapat yg lain.
2) Tentang gambar cadar dan mainan.
Mainan patung seperti barbie doll, buzz lightyear, woody, ben10, upin ipin, kamen raider, ultraman, resaksa ultraman, satria baja hitam dsb berbentuk patung mahupun gambar adalah dibenarkan dengan syarat dimainkan, dibaling, disepak terajang, direndam air (cadar termasuk dalam ini) dsb. Maksudnya, kena main sama ada oleh budak2 tu atau oleh bapak2 budak tu, bukan disimpan dan dipamer sahaja. Simpan dan pamer boleh dtgkan ketaksuban dan berbentuk kemuliaan.
Jadi. Boleh insyaallah.
Sekian.
Wallahu'alam, wassalam.
p/s : ni email dari kawan aku tu ye, bukan aku yang tulis.