walk on wings, tread in air: 07/2011 <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\07532934260\46blogName\75walk+on+wings,+tread+in+air\46publishMode\75PUBLISH_MODE_HOSTED\46navbarType\75BLUE\46layoutType\75CLASSIC\46searchRoot\75http://www.dianaishak.com/search\46blogLocale\75en\46v\0752\46homepageUrl\75http://www.dianaishak.com/\46blogFollowUrl\75https://plus.google.com/108023594649590263359\46vt\758062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

walk on wings, tread in air

HIGHLIGHTS

FLEUR by MRS HIM

EPHYRA, TIMELESS BEAUTY


To purchase, kindly contact : aveo757@yahoo.com


TESTIMONI EPHYRA

FOOD

BEAUTY AND HEALTHCARE
FASHION
 

OOHMYBAGS
OTHERS

OOMORI
Help!
July 31, 2011



Ok, nak mintak tolong ni.

Dulu, aku ada buat back up blog kat wordpress. Aku pun tak paham mana datang idea nak buat backup kat workdpress. Dah lama dah ni, 2-3 tahun lepas.

Ok now aku nak delete this blog tapiiiiiiiiiiiii aku tak tau celah mana aku nak delete. Page dia macam ni :



Cuba ajar kat mana aku nak masuk dashboard?

posted by aveo757 @ 10:55 PM  
Newer›  ‹Older
Cepat!! Aku takde masa dah ni!
July 29, 2011

Advertorial for 48hrs, for latest updates pls scroll.


Perhatian orang-orang kampung!

Ingat tak lagi dulu aku ada buat contest and mintak korang kirim gamba?
Itu bukan contest main-main ye.
Great prizes menanti anda.

Sebenarnya macam ni.
Aku telah dipilih oleh Olay untuk join "Olay Skin Breakthrough Challenge"!!!! (kata seruan harus banyak barulah happy dan excited namanya)
Dan syaratnya, aku kena invite SORANG dari loyal readers aku untuk join aku dalam program ni.
Atas sebab itulah hari tu aku buat contest tu. Sebab frankly aku tak sure mana satu reader aku yang loyal, so aku buatlah contest hampas. Motifnya, siapa yang jawab betul, orang tu yang akan aku invite untuk join challenge ni. That's why aku mintak gamba sekali.

Jadi, inilah peluang anda!

Maybe last time aku tak bagitau kenapa aku buat contest and mintak gamba so that ramai yang tak interested. Takut aku mandrem-mandremkan gamba.
Ok, kali ni korang dah tau kenapa aku nak gamba korang kan?

So, now lagi sekali peluang dibuka. Aku perlukan more pictures untuk dihantar ke Olay.
SEMUA boleh join........dengan syarat!!! (apa ko ingat free??), korang mestilah berada dalam lingkungan umur 31-37 (range umur aku).
Kenapa 31-37?
Sebab ini adalah cabaran Olay Regenerist.

Hantarkan gamba terkini beserta personal details (umur, pekerjaan, contact no) dan tulis "Why I deserve to be part of Olay Skin Breakthrough Challenge", tidak lebih dari 20 patah perkataan (bahasa melayu and english diterima)

Sesiapa yang berjaya, akan bersama-sama aku untuk join the 6 weeks challenge mengubah wajah menjadi lebihhhhhhh jelita. Auwww!
Korang akan dapat barang penjagaan Olay secara percuma untuk digunakan dan kita akan sama-sama update the progress sepanjang 6 minggu penggunaan tu di sini.

Dannnnnn.......Kita akan masuk TV!!!!

So ladies, ambik kamera now and pose macam nak rak.
Tapi jangan lindungi muka anda. Sebab ini project Olay ye, muka harus jelas.
Hantarkan kepada aku at : aveo757@yahoo.com.

Jangan lupa mesti berserta jawapan untuk soklan di atas.

Together we check out if Olay Regenerist helps firms skin without a facelift!!*
*results not equal to cosmetic procedure

posted by aveo757 @ 1:34 PM  
Newer›  ‹Older
Let's groooooooooooooooove!

Advertorial for 48hrs, pls scroll down for latest updates


Siapa pernah datang XPlay Party 2010?

Siapa yang pernah datang mesti tau how schorching hot-nya last year’s XPlay.
Gila gempak dia punya beat. Boleh mencungap kau.

Tak caya?
Ini buktinya :




Tahun lepas XPlay ada battle of the DJs. Diorang cari which DJ yang boleh bagi groove lagi kaw. Aku tak pergi, aku just baca je. Tapi aku tau la how hot-nya last year’s XPlay. Ko imagine la apa terjadi kalau a few DJs berkumpul untuk lawan siapa boleh bagi lebih groove. Of cos makin lewat makin rancak the beat!

Pulak tu yang perform last year semua artis-artis yang terkenal dengan move-nya like Mizz Nina, DJ Monkey, DJ Fuzz, Lap Sap, and a few more yang aku pun tak berapa nak kenal.



Ha kauuuu.
Bukan takat dance on the floor je. Lantai-lantai dah tak main dah time ni.
Main lompat and terjun-terjun pulak.

Gambar tak banyak la, korang boleh view kat sini :

VIDEO 1
VIDEO 2
VIDEO 3

So amacam?
Ada rasa nak join?

Mauuuuu??????

Ok, now the XPlay 2011 is back!!

Date : 30 July 2011
Time : 7pm till late night
(dtg lepas 9pm pun boleh)
Venue : Opera, Sunway Pyramid


Of cos this year akan lagi hot dari tahun lepas kan.
DJ pun lagi dasyat. Tak dasyat bukan XPlay namanya.

But this time, banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkk band akan perform.
Antaranya :

Funky Kopral (Indonesia)

One of the hottest band kat Indonesia skarang. Muda ganteng deh cowok-cowoknya!! Band popular pilihan remaja Indon ni.


Estranged

Siapa tak kenal Estranged sila minum klorox.


Project Pistol

Frankly, kalau aku pergi Xplay 2011 ni, my aim is to watch Project Pistol perform. Abang Edrie, nanti jelimg-jeling kat i hokeyyy?


Korang mesti penah dengar lagu dia yang ni :



Ok, start hafal lirik mulai skarang!
Mana la tau kot-kot tetiba dia hulurkan mic kat aku suruh sambung nyanyi kan..*poyo*


Wicked Aura (Singapore)

Terdiri dari balak-balak seramai 12 orang! Aku belum dapat respond lagi dari cousin-cousin aku kat Singapore pasal band ni best ke tak. Tapi kalau dah sampai di-invite ke XPlay, lagi mau wonder kah??

Watch this :




Pehhhhhhhhh!!
Aku tak tau la apekah aku mampu maintain berdiri tegak bila tengok Wicked Aura ni perform esok. Cara-cara tengok skarang pun dah bergendang tangan atas meja.

Other than that, Matt Alfords & MC Vibe will also be rockin’ the party!

Bukan takat performance band-band yang kat atas ni je ye.
Malam esok akan ada performance from top 5 bands untuk rebut grand prize UOX Battle ’11 Finale. Menang kalu, dapat cash and recording contract. Soooooooooo…korang leh imagine siapa lagi yang akan ada kat XPlay 2011 ni? Konfem la recording company, composer-komposer and celebrities yang lain. Bawak marker and T Shirt kosong siap-siap ok? Banyak keje sok ni nak mintak sign.

Aku cerita sikit je ni, kalau nak more details, masuk sini : www.xpax.com.my!

Oh btw, jangan risau beb, entry adelah FREE!!
All you have to do is go to the XPAX FB Page, “Like” the page, and register your details to get FREE passes!

Kekdahnya :

1. LIKE Xpax Facebook Fan Page @ www.facebook.com/xpaxfb
2. Check out XPLAY application kat page tu.
3. Register untuk apatkan 2 FREE pass
4. Print & dan tunjukkan pass tu kat abang body time masuk nanti.

ATAUUUUUUU…

Reload RM50 untuk dapatkan 2 VIP passes (tujuannya supaya korang boleh redeem free flow drinks during the event). Korang jugak boleh stand a chance to win a VIP table untuk 6 orang (termasuk kau)! (Valid from 22-28 July 2011)

Kekdahnya :

1. Send XPLAY to 28881
2. You will get a Successful Registration SMS.
3. After that, reload min RM50 to get your mobile voucher within 24hours after reloading.
4. Flash the mobile voucher at XPLAY entrance on the event day to redeem 2 VIP passes (while stocks last, first come first serve)

Cukup exciting???

Tak cukup??

Aku up lagi!

Also stand a chance to win a Blackberry Curve 8520 smartphone! And also be the 1st 100 Kolony members at the door untuk dapat free drink voucher.
Haus okkkk kat dalam tu. Kau dah terkinja-kinja kat situ ko ingat ta haus? Tu pasal dia bagi kau air free. Taknak takpeeeeeee. Beli la sendiri. Jangan terpisat-pisat tengok resit air nanti ye. Hehe.

To join KOLONY (Malaysia’s largest mobile social network), hantar KOLONY to 25333.

So guys, jumpa di sana Sabtu ni ok???

posted by aveo757 @ 11:01 AM  
Newer›  ‹Older
Macam dah takde nama lain



Apesal manusia ni suka benda yang merepek-repek?
Like nama anak yang macam jadah.
Padahal bukan takde nama yang senonoh tapi masing-masing attention seeker. Yang mangsanya anak tu tadi.

Just like anak dara si Beckham. Apa benda ntah Harper Harper. Ntah hapa hapa.
Pastu anak si Gwyneth. Apple???? So nama singkatan kau apa? "APE"? (Planet of the Apes).

Yang ni aku dapat dari email. Ada this Swedish couple yang letakkan nama anak dia Brfxxccxxmnpcccclllmmnprxvclmnckssqlbb11116 tapi pronounced as "albin".

Rasa nak hantukkan kepala sendiri kat dinding.
Konon artistik la tapi bangkai.
Last-last bila law Sweden tak approve nama tu, dia protes and letak nama anak dia "A" saje. But still pronounced as Albin.

Kau dah kenapa dowhhh???
Apa masalah kau nak letak nama anak kau serupa Davinci Code?
Takde ke ko terfikir susahnya anak ko sok nak eja nama sendiri. Tu belum lagi nak ingat no passport,no akaun bank, no IC. Baik kau letak je nama anak ko ABCDEFUCK.
Nak panggil pun senang.

Nama anak aku yang boleh dieja ni pun aku dah rasa serba salah now.
Agak panjang gak la. Tapi at least boleh dieja, dibaca, dipanggil, disebut. Yang penting ada makna.

Lagi satu kan, orang yang suka menama-namakan orang lain (name calling).
Padahal nama orang tu dah cukup cantik, cukup mudah tapi dia nak jugakkkkkkk panggil anma gelaran.

Contohnya kat kampung Mak Aji dulu ada panggilan untuk sorang brader - Kambing.
Boleh?

And being a orang Nogori-Melaka, name calling ni dah macam jadi kebiasaan.
Slambe badak je panggil depan mak orang tu 'Assalamualaikum Tijah, dak Kambing ado rumah ko?'

Depan-depan mak orang tu kau panggil anak dia Kambing.
Gila legend.

Tapi surprisingly dorang tak marah.
Macam name calling tu takde apa je bagi dorang.

Tak caya kau perati kat kampung sok time balik raya.
Nama-nama like Tijah Itam, Malek Boroi, Hashim Botak mesti ada.
Sometimes gelaran-gelaran ni disebabkan ada dua nama kat kawasan yang sama, so diorang kena letak gelaran supaya tak keliru. Ok fine. That is another story. Acceptable.

Tapi yang sah-sah nama tu satu je kat kawasan tu tapi tetappppp kau nak gelarkan jugak.

Contohnya aku dulu.
Padahal kat skolah tu aku sorang je nama Diana but still ada yang bangkai lahanat nak panggil aku Diana Itam. Series babi.

Pika Gemuk.
Padahal budak tu memang obviously gemuk. And nama dia sorang je Pika. Perlu ke ko tambah 'gemuk' kat blakang?

Masa aku kat Maahad ada satu akak senior tu nama apa aku dah lupa. Tapi memang nama dia aku yakin takde orang lain sama macam dia. But since dia macam kerek sikit, kawan-kawan dia panggil dia Aida Buntang (nama Aida bukan nama sebenar sebab aku lupa nama dia). Mula-mula aku tak tau buntang tu apa. Kes dia macam ni. Biasa la week one selalunya orientation, so ada la sikit terlebih ragging. Senior-senior ni kadang-kadang excited sangat jadi 'senior', so meragging tu kenkadang terlajak sikit. Jadi, aku menangis balik ke dorm (aku ni pun lembik je, sikit2 nangis). So, kakak kat dorm tu tanya kenapa. Aku cakap la akak Aida ni buat itu ini. Agaknya kakak Aida ni memang sedia maklum kerek, so aku dengar kakak-kakak dalam dorm tu cakap 'Sian budak tu. Si Aida Buntang tu berlagak terer!'.

Aku macam, buntang???

So aku tanya la kawan aku kat situ buntang tu apa.
Kawan aku cakap buntang tu sebab mata dia besar terjojol. Macam jenis mata terbeliak. Terus aku boleh berenti nangis. Rasa kesian kat akak tu. Aku baru kena ragging sehrai dah nangis. Akak tu agaknya dah 5 tahun orang panggil dia macam tu, rilek je. Tapi kesian.

Tapi aku wonder gak apesal makin ramai yang suka letak nama anak dia pelik?
Aku ada kawan masa kat UNIMAS nama dia Simantarkar Umbiratini. Masa aku dengar for the first time aku tak tau aku nak panggil apa.
Simen?
Umbi?
Birah?
Eh.

Tapi dia faham agaknya kitorang macam buat muka pelik bila dengar nama dia so dia suruh panggil dia Sim je.

Anak angkat nenek aku lagi la.
Mak Aji cakap masa arwah atuk aku dulu ambik the baby, kat surat beranak budak tu tulis nama 'Nasib bin Tiada'.

Aku tak tau nak gelak ke nak cekik orang yang daftar nama baby tu.
Kemon la, kot ye pun kau tak tau asal-usul budak tu tak boleh ke kau bubuh nama yang senonoh sikit?

Ada lagi satu pangkat nenek sedara aku kat Tampin, lagi cool.
Nama dia Buruk. Mak Aji panggil dia Makcik Buruk.
Mak Aji penah bagitau aku ada salasilah keluarga dia yang bernama Mentol.
Ok la, walaupun aku nak gelak dengar tapi be fair to them la jugak. Orang dulu-dulu pakai lampu minyak tanah dowh, mana paham mentol tu apa.

Masa aku gi jadi Duta Kecil ke Japan dulu, ada delegasi dari Indon nama dia Alif Yamim. Aku terbayangkan alif ya and mim = ayam.

Be wau re nge.
Buaya!

posted by aveo757 @ 11:00 AM  
Newer›  ‹Older
Gedik itu normal
July 25, 2011


Last week balik Bangi, aku jumpa the last batch of gamba-balik-dari-trip-PBSM dalam laci Ima. Tak sangka ko simpan lagi gamba yang penuh kemelekitan ni, Ima.


Bila aku tengok gamba ni rasa kesian lak kat Ibal.
Aku dulu ejek-ejek dia itam itam itam padahal aku lagi itam.

Betul la cakap orang kan.
Kalau orang tu rasa diri dia ada kekurangan, mesti dia akan tutup kekurangan diri dia dengan mengalihkan perhatian orang pada mangsa yang lain.
Dalam kes ni, Ibal jadi mangsa. Kesian kau kan?
Tapi aku adelah contoh pemangsa yang berjaya!
Sebab sampai skarang orang masih lagi anggap kau yang itam padahal semua pun itam (lagi sekali cubaan nak menidakkan diri sendiri sorang yang itam).

Aku bawak balik gamba ni sebab nak scan.
Gamba-gamba macam ni kalau tak di-scan konfem hilang.
Baik aku simpan se-copy.

Redza nampak gamba ni lantas 'Eiiiiiiii!'.

Eiii okkk.
Eiiiii!!!!

'Kenapa orang ni berkilat, Ma?'

Pastu En Wan 'Mana mana?? Mana??'

Cepat-cepat aku rampas gamba ni and sorok.
Aku tak rela En Wan tengok gamba ni.
Cara-cara tak tengok lagi pun aku dah boleh bajet apa dia nak kutuk.

Hmmm....berkilat.

Aku tak faham apesal aku je yang nampak berkilat dalam gamba ni.
Padahal Ima pun join sekali trip tu, tapi dia macam suci je.
Aku macam mandi minyak.

Bila tengok gamba ni aku rasa macam nak tikam diri sendiri bertubi-tubi bila teringat satu cerita.

Aku ada sorang kawan yang cun gila time skolah dulu.
Kira dulu dia ni kategori wanita dambaan la.
Lelaki yang tak berkote je tak syok kat dia.

Ada satu kali tu dia join Kelab Rakan Dewan Pelajar.
Ha kauuuuuu. Surat yang datang nak berkenalan sampai satu bakul okkkkkkkkk.
Posmen hantar surat sampai ikat surat-surat tu tak muat nak masuk lam mailbox.

Memandangkan dia gi skolah dengan aku sebab rumah dia blakang rumah aku je, maka akulah orang yang dia akan bagitau dulu. Sampai ada satu hari tu dia bawak extra beg ke sekolah buat isi surat-surat yang sampai ke rumah pada hari tu sahaja! Gila hot kan?

Tak larat nak tengok surat, maka dia suruh kitorang kawan-kawan dia tolong baca and tapiskan.

Of cos la ktorang bukan tapis isi surat.
But tapis gambanya!

Bukak sampul, check gamba dulu.
Kalau hensem, letak tepi. Surat baca kendian.
Yang tak hensem, buang terus. Menyemak.

Lepas dah filter semua surat, kumpul and bagi kat empunya diri.
Nanti turn dia pulak buat dua kali pemeringkatan.
Mana yang gila bapak hensem, dia reply.
Yang kategori muka boleh carik makan, dia pass kat kengkawan tolong balaskan.

Gedik kan kitorang?
Gedik ni dah menjadi satu fasa kemestian dalam hidup.
Semuorang perlu merasa apa itu gedik.
Tapi kalau nak gedik tolong jangan mengedik depan aku. Makan tumit nanti.

Tapi member-member yang tolong balas tu bukannya balas on behalf of kawan kitorang tu.
Tapi balas sambil mempromosikan diri masing-masing...termasuklah aku.

Bila tengok gamba aku kat atas ni aku rasa kejam pulak pi mengayat budak laki tu.
Tetiba aku terasa statement kawan aku yang paling babi time skolah dulu sangat benar. Dia cakap 'Diana ni kalau jadi kuali aku tak tau mana satu depan mana satu blakang'.

Babi kan?

Tapi macam betul je apa dia cakap. Haishhhh.

Berbalik kat cerita balas surat tadi, aku dengan beraninya (read = tak sedar diri) perkenalkan diri as kawan kepada kawan aku tu. Aku cakap aku tolong replykan sebab pompuan yang kau minat tu terlampau busy mereply surat-surat lain.

Guess what?

Aku berjaya dapat balik balasan surat dari dia kauuuuu.

Tapi of cos la aku tak hantar gamba aku.
Aku takkan biarkan budak tu dihantui dengan mimpi-mimpi ngeri tetiap malam.
So aku just balas-balas surat macam tu je la. Baik jugak budaknya. Walaupun sebenarnya dia berminat nak kenal kawan aku tu but dia tak kisah aku yang akhirnya berkawan dengan dia. Mungkin dia bajet aku pun cun macam kawan aku tu kot, tu pasal dia layan. Hahahha.

Pastu budak ni ajak jumpa!!
Gelupur sialllllll.

Terus aku tak balas-balas dah surat budak tu sampai ke sudah.

Masa tu aku dah rasa stress.
Alangkan nak bersurat-surat ni pun aku dah cuak takut surat sampai kat tangan Mak Aji, inikan nak ajak jumpa???
Terbayang-bayang badan aku berbirat dengan hanger.

No. No. No!!!!



Tapi gamba atas tu tak boleh lawan gamba yang ni.

Gamba kat depan ni sebenarnya gamba Mak Aji.

Aku ingat lagi time aku tulis "Mama, kaulah yang sering ku ingati (cam sial ayat aku kan? Gila bapak puitis). Mama, Diana nak balik!!. Please.." ni, aku kat TKC, dalam exam hall. Hall lah sangattt.

Kau mampu bawak masuk album klorga time exam?

Sebenarnya memang tak boleh bawak apa-apa selain dari stationary, tu standard protocol. Tapi guru kaunseling masa tu sedia maklum aku dalam situasi tak siuman, so dia benarkan aku bawak masuk album. Aku cakap kalau nak suruh aku ambik exam, bagi aku bawak masuk album klorga. Kalau tak, aku taknak buat exam lansung.

Ewahhh. Cantek muka kau kan?
Ada orang kisah kau nak ambik exam ke tak?

Tapi aku rasa dorang mesti kisah.
Mau dia taknak kisah?
Tak pasal-pasal pecah rekod masuk paper buat pertama kalinya dalam sejarah ada budak TKC fail exam. Kan?? Walapun peksa pertengahan tahun.
Nanti skolah dapat malu. Aku dapat penampar.

Eh tiba-tiba aku rasa aku keji gila pulak dulu-dulu (skarang pun keji jugak). Siap ugut taknak buat exam. Padahal bapak keje bahagian Disiplin dan Kaunseling. Anak macam ........!!

But seriesly masa ni aku sangat-sangat homesick.
Apa-apa hal mesti aku rindu Mak Aji dulu.
Padahal kalau kat rumah aku ni asik kena bahan ngan dia je. Ada aje la yang tak betul kat pandangan mata dia. Tapi dia jugak yang aku carik kalau aku nak apa-apa.
Aku rasa semorang pun macam tu kan?
Walaupun mak tu siang malam membebel, bantai kau dengan hanger, batang mop, tali pinggang segala tapi ujung-ujung kau carik dia jugak. Jarang yang carik bapak. Yang mak pulak, belasah tetap belasah. Tapi malam-malam sapukan minyak gamat kat lebam. Kan?

posted by aveo757 @ 8:58 PM  
Newer›  ‹Older
Kalau yang ni pun terlepas jugak, jawabnya lap air mata
July 21, 2011
48hrs advertorial. For latest updates, sila scroll bawah.


Siapa ntah hari tu bagitau aku dia pergi kedai Proton test drive tapi takde pun voucher untuk spa tu.

Anak-anak, ni sini acik nak bagitau.

Yang acik pergi tu namanya Exora VIP Test Drive.
Yang ko pegi tu walk-in test drive saje. Of cos takde voucher sebab dia tak expect ko nak datang.

Yang VIP Test Drive tu, kau dah bagi nama siap-siap untuk datang, sebab tu dorang dah sediakan program khas untuk kau participate. Bukan saje ko leh test drive Exora but dapat hadiah and also spa.

Jangan lupa ini adelah VIP Test Drive. Nama pun program untuk VIP, haruslah tempat pun ala-ala eksklusif. Dah nama pun tempat gah, konfem lah makanan yang disediakan untuk para VIP-VIP ni bukan tahap mamak-mamak.

So, kalau nak merasa VIP treatment di samping mendapat peluang memenangi hadiah berupa wang tunai, pergilah ke Exora VIP Test Drive July 30th and 31st ni kat Philea Resort & Spa Ayer Keroh, Melaka.

Jadi, kepada orang-orang Melaka and yang dekat dengan Ayer Keroh, ni peluang untuk korang grab. Yang duduk takat kek Tampin, Gomonceh, Gadek, jangan jadik pomaleh yo? Ayer Keroh tu dokek jo. Bukan suruh ang jalan kaki. Tokan minyak bedosup sampai.

Best ok program dia. Pada yang pergi, aku berani cakap talk yang dia bagi especially pasal hubungan suami isteri and gaya penampilan diri adelah sangat best! Kau mesti rasa macam tak cukup nak dengar sebab macam banyak sangat yang kita perlu tau.

Kalau berminat, tinggalkan nama and contact number kat ruangan komen entry ni.
Nanti ada orang contact kau.

posted by aveo757 @ 10:00 AM  
Newer›  ‹Older
Majmuk





Selimut Chelsea.
Baju tido Harimau Malaya.

Kau mampu?

posted by aveo757 @ 12:02 AM  
Newer›  ‹Older
Kura-kura



First time aku rasa Popeye.
First time aku nampak Popeye ni tahun 2008 kat Singapore Airport.
Masa tu aku macam 'Eh, Popeye?? Apa ada jual sini? Makan spinach kah?'
Tapi tak masuk sebab aku tak jumpa logo Halal.
Lagipun aku buat andaian, kalau ada benda yang best berlaku kat Singapore (termasuk la makanan) mesti cousin and makcik-makcik aku dah sibuk bercerita. Kalau takde, maknanya tak best. Haha.

Pastu aku dah lupa dah pasal Popeye ni.
Alih-alih Sabtu lepas gi cari baju raya budak-budak ni En Wan ajak masuk Popeye, dia cakap best.




Ni la rupa makanan kat Popeye.
Aku ambik set chicken, En Wan set shrimp, Redza fries je.

Fries dia ok.
Ala-ala curly fries AnW. Ok, yang ni pass.

Chicken dia ok, lagi sedap dari ayam McD tapi still takleh lawan KFC. Mungkin KFC ni sedap sebab ayam tu diselet kat tapak kasut dulu kot. Puiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.

Shrimp dia alahaiiii hidup segan mati tak mau je aku tengok.
Lembik melempai-lempai.
Tapi tetap dibedal.

Biskut dia pada pendapat aku sangat lah tak sedap!!!
Berderai sangat (nama pun biskut kan).


Kau tengok muka Redza.
Muka dia macam 'Eiii, apa benda ni?'

Aku nak tergelak pun ada tengok muka dia masa ni. Kalau Mak Aji ada sekali mesti dia kata 'Sebijik perangai kau!'
Sebab aku kalau first time rasa makanan mesti macam tu gak.
Aku pandang and check keliling-keliling makanan tu pastu cium dulu, konfiden kalu, baru makan.
Tapi muka aku lagi kejam la dari Redza ni.
Redza ni muka dia macam muka 'Eh, apa ni?'.
Aku punya muka macam 'Euwwwwwww, kejadah apekah menatang ni???'
Tu pasal kalau aku tengah kelebet-kelebet makanan, tapak tangan Mak Aji mesti smpai kat belakang kepala aku. Stress kot tengok muka aku camtu.



Sebenarnya agenda nak cari baju raya Redza ngan bapak si Redza ni.
Tapi sebab kau dah bawak aku melintas depan Transformers, haruslah kena cukai.
Alasan dia kali ni 'Penat dah Redza berlari dapat no. 2. Papa tak beli hadiah pun'.

Cantekkkkkkkkkkkkkkk muka kau??

Tiap-tiap kali dapat result exam dah tentu-tentu aku kena bagi kau hadiah.
Kau bersukan pun aku nak kena bagi???

Tak paham la aku anak-anak zaman sekarang ni.
Segalanya nak kena bgai hadiah.
Bila aku cerita kat Mak Aji dia cakap 'Kau dengan anak takat seratus dua pun nak berkira'.

Halo Mak Aji.
Aku bukan berkira pasal duit.
Tapi yang aku berkira tu apekehalnya kejap-kejap aku kena bagi hadiah ni?
Setahin 3 kali exam.
Setakat ni baru 2 kali. Dua-dua aku kena bagi hadiah.
Ok la takpe, motivasi katanya.

Bersukan pun nama aku terbabit sekali?
Padahal lari dalam guni je pun.
Aku time skolah dulu dapat nombor satu lari dalam guni pun tak berani nak bagitau Mak Aji.

'Lari dalam guni? Tu je ke yang kau boleh buat??'

Ha kauuuu. Rasa nak cakar muka sendiri je dengar dia cakap macam tu.
Tu pasal lepas bersukan aku malas nak beratur ambik medal. Baik aku beratur ambik nasik lemak.

Masa keluar hari tu aku try pakai tudung cara baru. Tudung penyek kat dahi.
Asalnya gini..

Baru-baru ni aku ada shooting (ni aku cerita kendian-kendian).
So produksi nak bagi muka aku nampak clear, taknak awning-awning ni menggangu muka aku. Jadi dorang ikatkan tudung aku style pakai anak tudung yang biasa tu.
Aku dah bajet mati la muka aku nampak cam pompuan Nepal pasni.
Sebab dahi aku ni keluasan dia kecik. Jarak antara kening dengan anak rambut cuma 2 jari je. Sebab tu aku pakai tudung awning nak bagi nampak dahi tu lebar. Kalau pakai anak tudung leper tu memang nampak muka aku penyek dan kemek (skarang pun kemek gak. Muka Jawa la katakan. Tapi kalau pakai tudung leper lagi menambahkan kekemekkan).

Ok ke tak aku pakai anak tudung leper ni? Ke lagi ok tudung awning?


Dah la muka kau tembam kan, pakai macam ni pulak. Macam muka kura-kura je kan?
Ini pun aku dah naikkan anak tudung tu sampai habis. Kalau tengok betul-betul, nampak anak rambut dah tu. Tak aci betul pakai tudung nampak anak rambut.
Tapi kalau aku turunkan, lagi nampak pelik. Penyek.
Tapi sebenarnya lagi best pakai anak tudung penyek ni. Selesa and luas je pemandangan kau. Suka. Suka. Suka.

Tapi kura-kura.

posted by aveo757 @ 12:01 AM  
Newer›  ‹Older
Apa lagi aku buat kat KT
July 19, 2011

48hrs advertorial. For latest updates, sila scroll bawah.


Kan hari tu aku buat entry pasal keta aku sempit nak balik KT kan?
Lagi sekali ia terjadi last week.

Kali ni mak mertua aku bawak balik 30 meter kain langsir hasil rembatan kat Nilai, so ko boleh imagine tak celah mana aku nak sumbatkan si langsir ni?

Penyudahnya aku, En Wan and Redza share satu beg. Beg Redza lak tu. Kecik. Rayyan pulak share beg dengan bibik. Disebabkan mak akan ikut balik sini semula, so orang tua tu tak bawak balik beg baju lansung. Lagipun kat kampung baju dia melambak lagi.

Bunyi macam tak lojik sangat kereta aku sampai tak muat 2-3 biji beg kan?

Muat memang a muat, tapi bergumpal macam sardin la hasilnya. Sebab kali ni balik bukan takat bawak barang-barang yang standard, tapi bawak satu beg plastik besar isi kain nak buat langsir, pastu barang-barang pesanan dari orang kampung.

Dan disebabkan aku dah plan nak bawak balik banyak barang dari Pasar Payang, jadi kereta perlu ada space ye. Kang ada yang aku sorang je balik KL naik keta, yang lain aku pos naik bas.

Fuh, aku bercerita ni pun rasa mengah.
Kalau korang tengok keadaan boot kereta aku that day.....semputttttt haaaaaaaaaaaaaa.

Ok, hari tu aku cakap aku nak gi VIP Test Drive kat KT kan?
Memang aku pergi cuma aku pergi kejap je. Aku dah bagitau siap-siap kat Ms Devi (orang Proton) yang aku datang KT atas sebab kerja, so aku tak janji boleh join the program dari pagi. Lepas habis kerja at 2pm++, aku terus rush ke Ri Yaz Heritage (tempat VIP Test Drive Exora).

Kesimpulannya, memang rugi aku tak join dari pagi!!!
Program dia best!

Sebelum aku join session kat KT ni, aku ada tengok blog bloggers yang di-invite untuk earlier session kat KL. Ada talk, ada free spa and massage, mervelles meal nd not only boleh test drive tapi ada contest lagi. Dah nama ada contest of course la ada hadiah kan.


Sessi uji pandu.

Test ni nak tunjukkan how senangnya bawak this MPV, space yang kecik pun ko boleh cilok-cilok. Exora ni dia punya turning radius sangat minimal so takde hal la kalau takat nak park kat parking lot yang sempit. Konfem dapat park dengan jayanya!


Sessi siapa pandai susun barang dalam boot dengan kemas dan cepat.


Kau nampak tu, golf set okkk, golf set! Kalau golf set ni bawak masuk dalam keta aku, mau kayu golf tu terjulur keluar kot tingkap.
Barang-barang yang dia sediakan untuk this game tak agak-agak ok. Golf set, beg yang gedabak-gedabak, stroller semua cukup. Aku rasa kalau dia suruh aku masukkan semua barang-barang ni dalam kereta aku sekarang, aku tak pikir lama. Aku masukkan diri aku pastu aku jalan. Takyah pikir celah mana nak letak. Memang tak muat!


Sessi parking kereta sambil tutup mata.

Aku tau aktiviti ni fun. Sorang drive, sorang lagi bagi instruction.

*lap air mata tak dapat join*

Kalau aku ada time ni, aku tak tau aku nak ambik part mana. Kalau aku yang drive kereta ni mesti jahanam aku kejekan. Kalau aku yang bagi instruction pun silap-silap dengan laki aku sekali jahanam aku buat.


Taklimat Perbelanjaan Berhemat dari Pakar Perunding Kewangan Al Jazzura Khan


Kenal ini siapa??? Datin okkk.


Disebabkan prior to that aku dah set dengan Ms Devi untuk attend VIP Test Drive kat KT, walaupun tak sempat datang morning session, aku gagahkan jugak datang petang. Aku tau aku dah terlepas sessi test drive, tapi takpela. Dapat join the talk pun dah ok. Cuma kalau dapat join from morning mesti lagi best.



VIP Test Drive ni limited untuk 20 pasangan je. Kan hari tu aku ada cakap those in KT kalau nak attend, leave comments kat blog aku nanti orang Proton akan contact korang. Aku harap korang yang bagi details tu dapat join the session.

Programme ni berlansung kat Ri Yaz Heritage kat Pulau Duyung tempat Monsoon Cup tu. En Wan dengan Redza ada sekali masa ni tapi aku perambat diorang duduk tepi pool.

Rupanya dorang ni dibawak ke Dataran Shah Bandar untuk test drive. Best tuuuuuuuuu. Kalau aku bawak mesti aku mintak dia stop kejap kat gerai jual sotong. Yum Yum.


Ini aturcara event yang aku join masa kat KT Sabtu lepas.


Actually event ni 2 hari (8-9th July) tapi aku cuma dapat join on 9th je.

Sama macam program Exora VIP Test Drive kat Penang and KL, kat KT pun diorang ada bagi taklimat Pra-uji Pandu, sesi Pandu Uji and Pandu Uji Litar. Masa aku dapat aturcara tu, aku tak paham apesal ada Taklimat Menyerlahkan Ketrampilan Diri and Taklimat Jalinan Hubungan Suami Isteri segala?? Apa kaitan?

Bila dah dengar taklimat tu especially part Menyerlahkan Ketrampilan Diri by Ms Cherrise Tan, baru aku dapat relate-kan dengan Exora ni. Tips-tips and panduan ni semua adalah perkara asas dalam membina keluarga yang harmoni so, dia macam ciri-ciri penting yang seharusnya ada dalam sebuah kereta yang sempurna and Exora ada ciri-ciri ni - selesa, bergaya, tahap prestasi, well protected dan yang paling penting, jimat. 1L = 13km beb.


Ms Cherrise Tan sedang menukar penampilan salah seorang participant.


Kak cik ni asalnya simple je. Baju hitam, suar jeans and tudung. So Ms Cherrise ni ajar dia how to look slimmer, how to look better dari sebelumnya dengan hanya pakai accesorries yang tak mahal. Memang nampak berbeza la akak ni before and after.

(gamba adelah gelap sebab aku malu nak on flash. Orang lain semua busy dengar taklimat, aku tetiba sibuk snap sana snap sini. Kau press ke?)


Same goes to this cik abang. Ms Cherrise Tan ajar dia how to look taller and less-buncit.

Dalam bahasa kiasnya, taklimat ni nak tunjuk kat kita, kita tak perlu berhabis untuk nampak bergaya. Dan barang yang murah tak semestinya tak bagus. You got what I mean?


Taklimat Jalinan Hubungan Suami Isteri by Ms Charis Wong


The talk sangat best. Dia bincangkan tentang 5 bahasa kasih sayang antara suami and isteri.

Antaranya adelah quality time.

Kiranya those couples yang attend this VIP Test Drive secara tak lansung diorang dah spent quality time together having fun try Exora, dapat makan-makan kat Ri Yaz Heritage, dapat free spa and massage lagi.

Exora ni kan aku tengok ada ciri-ciri keselesaan yang perlu ada dalam sebuah kereta untuk keluarga yang besar. Dia punya air conditioning vents tu ada kat every row. Seat banyak (of cos la banyak kan, nama pun MPV) maknanya kau tak perlu beriba-riba. Ambik tu sorang satu seat. Ada GPS and DVD player (overhead system). Memang la semua ciri-ciri ni ada kat MPV lain, but the point is apa bezanya Exora dengan MPV lain kan? Exora pun ada features that all MPV should have.

Kalau yang dah pernah try Exora, cuba ko check balik if yang korang try tu yang baru ke yang lama sebab yang new Exora ni dia punya rim lain sikit, pastu fog lamps ada chrome finishing and ada body skirting sikit.

Eventhi aku tak dapat join the whole program but still aku rasa program ni best.
Sebab dia bukan tumpukan kau dengan hal-hal kereta semata-mata. Programme yang dia anjurkan tu sangat eksklusif, sangat fun, bercirikan kekeluargaan, melambangkan the Exora itself - eksklusif and selesa.

Ada yang nak beli???

Yang aku tau Exora BLINE (Manual) OTR cuma RM58K++. Downpayment ZERO baiiiii.
Nak lagi gempak angkat terus Exora HLINE (Auto), tu pun baru RM76K++.

Beb, RM76K++ tu untuk HLINE okkk. HLINE tau apa? Pi check sendiri.

Dengan RM76K++ tu, kereta kau dah lengkap dah.

For your information, GPS kat Exora cuma ada dalam HLINE je. MLINE tak dapek GPS, let alone BLINE.
Aircond vents at every row tu pun cuma ada kat HLINE and MLINE je.
Jadinya, RM76K++ tu kira affordable la untuk segala macam features yang kau perlu ada pada sebuah kereta.
Lain-lain features ko check sendiri la dengan dealer ye, takkan aku nak list semua kottt.

Apa lagi ko nak. Dah habis lengkap dah tu.

Jom!

posted by aveo757 @ 10:00 AM  
Newer›  ‹Older
Peratikan anak sendiri dulu
July 18, 2011



Lama gila aku tak merempan kat blog kan?
Ok, malam ni aku kena keluarkan habis keberempanan ni, kalau tak aku stress sampai esok pagi.

Tadi kan 'kawan baik' aku singgah. Nama pun singgah, so takde la lama. Alhamdulillah, syukur.
Asalnya dia tak keluar, duduk dalam kereta je sebab laki dia nak pass barang.
Sekali dia nampak aku kat lawn tolak stroller Rayyan, so dia pun keluar.

'Dah besar dah anak bujang u ni. Apesal dia putih eh?'

Dah bapak dia putih of cos la anak dia dapat tempias putih.
Takpayah la nak jaki anak aku putih anak kau hitam walaupun kau lagi cerah banding ngan aku tapi hakikatnya kau pun kategori hitam jugak. Aku hitam sikit je dari kau. Mungkin jugak Tuhan berkehendakkan anak-anak kau hitam supaya kau tak lebih berlagak.

Tapi rupanya kau bangsa tak sedar diri.
Tetap nak berlagak jugak.
Dah berlagak tu satu hal, berdengki dengan orang lak tu.

Kejap-kejap dia cuit pipi Rayyan 'Alaaa...putihnya dia niiiiii', cuit peha Rayyan 'Putih betul la anak you ni'.

Kau nak cakap apa sebenarnya?
Kalau nak cakap aku hitam, silakan.
Sikit aku tak heran. Bukan kau sorang cakap aku hitam. Tak jadi kudis pun.
Yang aku heran tu, tukang cakap tu putih sangat ke pun.
Nak aje aku letak gamba dia yang 'putih melekit' tu kat sini.

Pastu Rayyan letak kaki atas palang depan stroller tu (aku pu tak tau apa nak panggil bendalah ni). Dia cakap 'Eh Diana, you kena perati-peratikan anak you ni esok'.

Aku macam blur jap, 'Apesal?'.

'Ni anak you ni kecik-kecik duduk dalam stroller letak kaki kat atas palang, ni petanda orang sombong esok besar ni! You kena ajar dia turunkan kaki. Esok dia terbiasa buat kat rumah orang letak kaki kat atas'.

Gila ke apa dia ni?
Anak aku tu baru 8 bulan la bangang.
Apa sangat budak 8 bulan tau?
Tu anak kau yang umur 8 tahun tu ko tengokkkan sikit. Dah macam pelesit je bertempik-tempik dalam kereta.

Kalau ye pun 'kata orang tua-tua' macam tu, perlu ke ko beria-ia warned aku macamkan anak aku besar esok bawak masalah besar?
Habis yang anak kau bersilat atas sofa, atas katil bilik aku tu semua esok besar jadi apa? Penyangak?

Dalam pada dia mintak aku 'perati-peratikan' anak aku tu, dia sikit tak sedar yang anak-anak dia tengah bertempik dalam kereta, hiruk-pikuk tengah-tengah Maghrib. Sikit dia tak suruh anak-anak dia senyap. Sibuk lak nak nasihatkan aku.

Aku dah serba salah apesal si mak bapak ni tak suruh anak dia senyap sikit. Kau pekak ke apa. Aku ni ada jiran. Malu la aku dengan jiran tetangga senja-senja macam ni ada batak datang rumah aku kan. Last-last tak tahan aku sound anak dia tapi dengan nada yang menasihati la. I mean 'menasihati'.

'Jangan cakap kuat-kuat. Senja-senja ni tak boleh bising-bising, nanti jadi setan'.

Berubah kejap muka pompuan ni. Sentap kau kan.
Ada aku kesah?

Kau cakap orang pandai kan?
Kau ingat kau sorang je tau bercakap?

posted by aveo757 @ 1:00 AM  
Newer›  ‹Older
Ada problem tak rumah busuk sebab bela kucing?
July 16, 2011




Kak Di,

Kinda mintak pertolongan kak Di. Bole post tak kat blog kak Di if kak Di free.

Benda ni sgt bagus utk parents yg stress, migrain, umah busuk sbb bela kucing and ekceli sy gunakan ni utk anak sy sbb dia ada bronchitis. Now, lima bln pakai..dh 4bln dia dh takde kena serang semput dh. If ada tanda2 nak demam n selsema, sy akan pasangkan the whole night time tdo n psg kejab time kemas2 umah. Alhamdulillah,tak melarat spt sblm ni
jd sy nak share benda best ni ngan parents lain. Maybe ramai biasa tgk kat JJ benda alah ni tp JJ jual mesin sj if x silap Rm150 gitu.

Tp yg bt elok bkn mesin ni alone tp dgn minyak terapi dia.

Sy jual mesin dia + 250ml mnyak terapi dia Rm160 shj.

If kak Di bole tlg advertise, terima kasih byk2.may Allah bless u kak Di :)

posted by aveo757 @ 12:36 AM  
Newer›  ‹Older
Top up barang untuk raya
July 14, 2011



Siapa perasan ada satu iklan baru kat sidebar aku ruangan accessories?

Iklan paling atas sekali tu adelah iklan untuk branded items (mostly). Kebanyakkannya adelah handbags, tapi ada jugak kasut, watch, and other accessories.

Buku cerita pun ada.

Antara barang-barang yang diiklankan.....





Akak-akak nak raya ni boleh la top up apa-apa yang patut dalam lemari tu.
Abang-abang pun boleh la buat kebajikan tolong top up kan barang-barang cik kak.

Aku dah window-window shopping kat blog budak ni sejak semalam. Hari ni pun window lagi. Kalau esok aku masuk lagi, haaaaaaaaa itu petanda la tu.

p/s : hmmm..camana ye aku nak buat En Wan terbukak website budak ni.

posted by aveo757 @ 10:50 PM  
Newer›  ‹Older
'Pelancong' kauuuu



Macam biasa, kalau dah nama balik Tganu tak sah klau tak pekena 'ganja' - sotong goreng celup-celup.

Keenakkan sotong celup kat KT ni umpama nasi ganja Ipoh.
Boleh menyebabkan ketagih.
Dan apabila sotong itu masuk ke dalam mulut, kepuasan tak terhingga.



Objek yang nak difokuskan sebenarnya laut kat blakang tu.

Air kelapa yang isinya disagat halus. Ala-ala Peel Fresh gitu.


Aku tengah kepoh cerita kat Twitter aku tengah makan sotong.

(Ada orang kesah kau makan apa pun?)


Menu hari tu cuma sotong and kepok lekor saje.


Tak cukup heaven????

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sila telan air liur.



Nama je kawen dengan orang Tganu tapi banyak tempat pelancongan kat Tganu yang aku tak pegi lagi. Toksah citer yang jauh-jauh like Pulau Redang la, Tamadun Islam tu pun aku tak jejak. Padahal everytime balik KT mesti lalu Jambatan Sultan Mahmud tu. Dok pandang Masjid Kristal tu dari atas jambatan je la keje aku.

Balik KT kali ni, En Wan bawak kitorang masuk Tamadung Islam tanpa planning pun.
Tau-tau je dah sampai.

Kebodohan paling nyata adelah bila sampai Tamadun Islam aku tanya En Wan 'Masuk sini kena pakai tudung ke?'

'Awak bukan dah pakai tudung ke?'

Oh, lupa pulak.


Ni passport untuk masuk ke Taman Tamadun Islam.
Dia macam booklet yang bagi brief info tentang every single building kat dalam tu.

First visit ko kena bayar RM25. Tapi untuk warganegara Malaysia, tunjukkan My kad untuk dapat RM10 off. Budak-budak age 6 and below FREE, senior citizen dapat half price tak salah aku, tapi kena tunjuk IC/Passport la kan.

Itu first visit tau.
Kalau 2nd visit, ko dapat free tram ride or bicycle ride.

Kalau 3rd visit lak, ko dapat sama macam 2nd trip tapi on top of that ko dapat another 30% off untuk buggy rental.

Hari tu aku datang dengan bawak Redza, Rayyan and bibik, takkan nak berbasikal kot. So kitorang rent buggy. Senang sikit nak benti sesuka hati. Kalau bawak anak-anak yang tak makan saman macam anak aku ni, elok la ko rent buggy je. Kang kejap-kejap dia nak terkucil la, nak tertiarap la, so kalau rent buggy lagi senang. Senang jugak untuk aku cubit-cubit dia, takde orang nampak.


Sangat selesa sebab driver buggy tu perempuan.
Sebab yang banyak bercakap selalunya aku, so kalau lelaki yang drive aku segan sikit nak tanya (sejak bila kau pandai segan ni??).

Beg aku kembung semacam kan?

Punah harapan aku nak feeling-feeling diva pakai beg ni.
Dalam tu cuma ada purse ngan BB aku je, yang lain semua bukan aku punya : pampers, babywipes, botol Rayyan, botol Redza, air mineral bapak dia, kamera, cap, makanan Rayyan. Sampai aku macam...ye la, memang aku beli beg ni semata-mata nak angkut barang-barang korang.


Xian Mosque, China

Masa melintas masjid ni, aku tak terfikir pun ni salah satu monumen kat situ. Bila driver tu stop and terangkan ni masjid Laksamana Cheng Ho, aku macam laaa ye ke. Masjid ni memang nampak macam kuil Buddha, tapi kedudukan dia mengadap kiblat (I mean the real masjid Xian kat sana la, kat sini main letak je).


Masjid Kudus Mina, Indonesia

Aku memang nak sangattttt masuk masjid ni.
Bila aku nampak monument ni, buggy tu belum stop lagi aku dah keluarkan kaki aku nak turun.
Macam Chandi kan?

Of cos bibik aku la yang paling suka.
Macam balik kampung je dia rasa.


Masjid Sultan, Singapore

Ni monumen yang paling latest diorang dirikan dalam TTI ni.
Kubah masjid ni (yang real punya) dibuat dari emas!
Kalau aku bawak nenek aku masuk TTI ni mesti dan-dan tu jugak dia rasa nak balik Singapore.


Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Brunei Darussalam

Ok masjid ni aku pernah pegi a few years back.
Masa tu aku ada keje kat Brunei. Lepas habis keje, driver tu bawak aku ngan bos aku ronda town. Masa tu aku heran apesal building kat Brunei ni renek-renek je. Rupanya baru aku tau kat Brunei, tak ada sebarang bangunan yang boleh dibuat lagi tinggi dari kubah masjid. Sangat kagum aku dengan Sultan Brinei!
So, secara lojiknya, kalau kita berdiri atas kubah tu, kita boleh nampak seluruh Brunei.
And of cos, the kubah adelah emas.


Great Mosque of Samarra, Iraq

Struktur masjid ni cuma batu-bata and tanah liat je.

Pelik kan masjid ni?
Tapi unik.
Unik sebab dulu, everytime masuk waktu solat, Khalifah Abasiyyah Al-Mutawakkil (founder) akan naik ke puncak masjid ni dengan kuda. So, the kuda akan naik ikut tepi-tepi bangunan ni.

Iskk..meremang bulu roma aku kejap.
Rasa macam terbayang-bayang suasana zaman tu macamana.


Taj Mahal, India

Tu diaaaaaaa aku dah sampai Taj Mahal.
Dari jauh lagi aku dah spot this building.
Rasa nak posing guling-guling. Baru la pegi India namanya.

Kat TTI ni kan, tak salah aku ada 7 monument utama. Salah satunya Taj Mahal.
Monumen utama ni maksudnya, ada siap 'muzium' kat dalam untuk korang tengok culture negara tu. And ada tayangan dokumentari sejarah bangunan tu. Untuk Taj Mahal ni of cos semua tau kisah Shah Jehan and Mumtaz but selama ni aku tak tau rupanya ada black Taj Mahal.

Nak tau kalu, pergi google, atau pergi TTI :)


Kubbah As-Sakhrah, Baitul Muqaddis, Palestin.


OMG!!
Ini lah tempat yang paling buat aku sebak.

The third holiest place for muslims!

Tak tau kenapa, terasa macam jejakkan kaki kat Baitul Muqaddis je bila nampak building ni. Aku sendiri tak percaya aku boleh menangis masuk building ni.
Tak tau la aku emo ke, syok sendiri ke, tapi terasa macam dah jejak Palestin.
Nak pulak bila tengok dokumentari Baltul Muqaddis. Baru aku tau Saidina Umar Al-Khattab tu adelah tokoh Palestin. Memang sebak.

Nak pulak bila dia tunjukkan video bilik solat yang dibina di bawah batu tergantung tu, tak boleh nak luah dengan kata-kata how I felt.

Dalam 'masjid' ni, korang leh tengok macamana batu tu dia kepung. Itupun aku dah takut. Kalaulah ianya tak dikepung, aku tak tau la macamana perasaannya bila nampak batu terapung. Yang terapung tu bukan stone ok, but rock!

Too bad kat dalam tu dia tak bagi kita snap gamba.
I wish boleh snap and share kan kat sini.

By the way, kat tepi-tepi tu memang pokok kurma ye.

Salah satu pintu masuk ke dalam 'masjid'.


Tayangan dokumentari


Ok yang ni camwhore namanya...
Orang tak kasik snap, aku snap jugak.



'Al-Haram', Mekah.


The holliest place in the world for all Muslims.

Takde siapa pun akan silap bila nampak bangunan ni kan?
And takde sape pun yang takde angan-angan untuk sampai kat sini.
Semua tau ini Masjid Al-Haram.

Pada yang dah sampai mesti bila nampak masjid ni akan mengimbau kenangan.
Untuk yang belum sampai macam aku, ni sebenarnya semangat untuk cepat-cepat sampai.
Ambik berkata kata orang...biar laju sikit menyimpan ye Diana.

Yang tak bestnya, masa aku datang hari tu, diorang tutup the 'muzium' utk Al-Haram. Sebab driver tu kata, ini adelah the 2nd monumen yang paling ramai and paling lama orang singgah. So kerajaan nak ubah suai jadikan suasana kat dalam tu bentuk 3D.

Konfem dah siap sok aku ajak En Wan pegi lagi!!!!



Aleppo, Syria.

Ni sebenarnya kubu yang dibina atas Bukit Syria.
Tapi kat dalam tu ada masjid.


Masjid Suleyman, Turki

Masjid ni bukan macam masjid-masjid biasa.
Dalam ni ada pepustakaan, hospital, kedai, penjara pun ada.
Kira masjid ni macam one-stop solution la. Semua ada. Takde sebab untuk kau tak gi solat.


Ni tram yang disediakan untuk group yang ramai.

Great Mosque of Agadez, Niger


Masjid ni pun unik gak.
Masjid ni dari tanah je. Cerucuk kayu tu hanya untuk kukuhkan binaan.

Bila tengok masjid-masjid yang bermacam-macam bentuk ni especially yang berabad-abad dulu, membuktikan hebat dan gemilangnya Tamadun Islam. Masjid-masjid dulu kita nampak sangat simple and pelik tapi semua yang dibuat tu ada purposenya. Bukan masjid semata-mata, tapi jugak kubu pertahanan dan pusat pengembangan Islam. Lebih kurang masjid dulu-dulu tu macam kota.


Nampaknya penyakit camwhore sudah merebak....


Banyak lagi masjid-masjid kat dalam tu, ada 21 buah masjid dari 22 buah negara. Masjid Nabawi pun ada, tapi ujung-ujung tu dah tengahari, kesian Rayyan panas. So kitorang melintas je Masjid Nabawi *sedih*

Tapi tu mungkin isyarat untuk aku pergi je la direct to the real Masjid Nabawi. Insyallah.


Lepas gi ronda masjid, En Wan ajak naik bot pulak pusing-pusing bandar KT.
Feeling-feeling pelancong kan aku? Padahallll.

Kat dalam bot tu bila tourist guide tu tanya 'Pertama kali datang Tganu??'

Aku diam tak tau nak jawab apa.
En Wan lak lelebih sahut 'Yeeeee'.

Aku pandang je laki aku ni.
Tebiat ke apa.

Cintai sungai kita.


Posing dulu apa-apa hal..


First time Rayyan naik bot


Seb baik Rayyan tak buat perangai lansung. Diam je, paling hebat pun melompat-lompat. Mujur tak nangis ke apa. Aku la pulak yang nak nangis naik bot.


'Pelancong'


View Masjid Kristal dari atas bot.

Personal opinion, aku rasa TTI ni sangat best.
Aku tak nampak apa yang membazirnya TTI ni sepertimana yang diheboh-hebohkan dulu.
Sekurang-kurangnya kita 'sampai' jugak ke tempat-tempat yang kita tak mampu sampai buat masa sekarang. Setidak-tidaknya kita ada semangat sikit nak menyimpan untuk ke Al-Haram (ini aku la...orang lain dah lama sampai).

Pada yang belum jejak TTI, aku cadangkan pergi.
Tak rugi.
Kalau nak lagi best, maybe korang boleh pergi bila 3D Al-Haram siap.


posted by aveo757 @ 12:54 PM  
Newer›  ‹Older


MY FACEBOOK
GET UPDATES

ADS
MY PROFILE

Name: aveo757
Home:
About Me: Yes, I am Diana Ishak.
Yes, you are right, I am also known as Green Apple.


See my complete profile
TRAFFIC
POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST (dropdown menu)
MY TRAVEL DIARY
MY READING
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER