walk on wings, tread in air: Inverter <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Inverter
2011-12-16
Semalam aku baca artikel pasal device yang kurangkan bil letrik tu, apa ntah nama dia tapi hari tu bersepah orang promote kat Mydin. Hampir terjebak jugak nak beli, tapi tak konfiden pulak. Dulu bil letrik aku macam tak lojik je (kau dah bantai aircond sehari suntuk pastu nak kata tak lojik??), that's why aku macam rasa nak beli je alat tu tapi En Wan telah mendapat satu akal!

Aircond bertukarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!!! (suara Doraemon)

Dah setahun aku tukar aircond bilik aku ke inverter aircond dan inilah hasilnya :

Previous month


This month (penggunaan kurang sikit dari last month but itu bukan penyebab utama)


Tak nampak banyak beza pun kan?
Sebab aku tak jumpa bil-bil tahun lepas. Kalau aku jumpa, memang aku letak kat sini so that korang leh nampak perbezaannya.

Dari sejak aku masuk rumah ni 3 tahun lepas, until last year, bil letrik rumah aku tak pernah bawah dari RM500. Sebabnya adelah bilik aku yang paling banyak contribute kepada tingginya bil letrik tetiap bulan.
Muka-mula aku suggest En Wan beli yang device apa ntah tu yang boleh rendahkan bil letrik tu, tapi En Wan taknak. Dia nak identify jugak kat mana yang menyebabkan bil letrik ni tinggi.

Aircond kat rumah ni yang diguna cuma 3 bijik je. Lagi 4 bijik tu hanyalah perhiasan. Bilik aku ni dari 24jam sehari, 21jam aircond terpasang. Sebab kadang-adang aku malas masuk ofis, aku akan work from home. Nak pulak skarang cuti, Redza memang akan tengok tv kat bilik aku sebab TV bawah mak mertua aku layan.
So bilik aku ni dah macam freezer.

Tapi sejak tukar kepada inverter aircond (aku cuma tukar kat bilik aku je due to high usage), memang bil letrik cut kepada 50%! Bayangkan dulu tetiap bulan bayar RM500-600, lepas tukar ke inverter, bil aku cuma around RM200-300 je.

Details :

1. Aircond 2hp.
2. Penggunaan sehari : 18-21 hours EVERYDAY.
3. Penggunaan sebulan : 30-31 hari (tetiap hari pasang)
4. Temperature setting : 22-23C
5. Hasilnya : *smile*

Sesape yang nak tukar ke inverter, amat dialu-alukan.
Belasah la apa brand sekalipun, takde hal.
Cuma yang penting, kena sesuaikan aircond dengan keluasan tempat. Syarat utama :

Aircond (hp) terlampau besar tapi bilik kecik hasilnya kau akan kejung kesejukkan dan bil kau mencanak-canak hujung bulan. Dapat bil, terus kejang.

Aircond (hp) terlampau kecik tapi bilik besar hasilnya aircond kau terpaksa kerahan tenaga pastu cepat mampus.


Lagi satu kan, orang yang asal masuk bilik bukak aircond, pastu kuar bilik tutup aircond, pastu kang masuk balik bukak aircond lagi. Kalau bilik kau panas, pastu kau bukak aircond, of cos ko akan set kepada yang paking rendah (16C), jadi dia guna banyak tenaga. Lagi elok kalau kau leave the aircond on (provided memang kau akan duduk sepanjang hari, kuar kejap-kejap tu takyah la tutup), but set the temperature to 25-26C. Konfem lagiiiiii penjimatan berganda.

Cerita pasal aircond ni aku teringat satu mamat poyo kat ofis lama aku dulu. Mamat ni memang perasan hensem padahal sumpah tak hensem pun. Takde la buruk, cuma memang sah-sah tak hensem! Tapi suka jaja cerita awek lama dia yang tu, awek lama dia yang ni, nak tunjuk diri hot la tu ramai awek padahal semua tinggalkan dia.

Menambahkan poyo adelah bila dia ada bilik sendiri.
Lagi la berlagak bos kan padahal kau dapat bilik sendiri sebab kau buat marketing, jadi kau kena ada printer sendiri, copier sendiri, meja tambahan, bla bla bla supaya tak share dengan orang lain.
Kang kalau aku gelak kata kuang ajar lak tapi memang patut pun.
Aircond kat bilik dia tu sah-sah ada remote, ko naikkan la temperature dia kalau dah sejuk.
Ni tak, bilik dah sejuk tapi taknak slowkan aircond pastu komplen 'Mak oii sejuknyaaaaaaaa!' pastu sarung coat. Aku tau la kau bajet hensem pakai coat tapi hensem je ada otak tak jalan buat apa. Pakai coat beria-ia tapi temperature tetap set 16C. Bangang.
Pastu kejap-kejap eluar dari bilik round-round workstation orang lain tanya 'Eh, korang tak sjeuk ke? Tak sejuk ke?'

Gila.
posted by aveo757 @ 6:39 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER