2010-11-09

Torture

Gambar-gambar di sini adalah sebelum saya bertudung


Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya menjejakkan kaki ke rumah sendiri semula Ahad lepas. Sempatlah berpantang kat rumah Mak Aji selama sehari.
Itupun dah macam-macam dia sumbat kat mulut aku.
Seb baik aku takleh pakai barut lagi, kalau tak, mesti sekarang aku dah macam hantu bungkus dengan badan berbarut, dengan muka bertempek bedak sejuk, dahi berpilis, bau badan aku dah macam bau rempah sup bunjut Adabi okkk.

Tapi yang best tu sebab aku ni hitam, so bila pakai bedak sejuk tu macam berseri-seri je kulit. En Wan pun cakap 'Di nampak cantik pulak pakai bedak sejuk' (read : alangkah baiknya jika Di putih begini).

Yeah riteee!!!

Sabtu lepas, aku a bit stress sebab susu badan belum keluar banyak sangat.
Siap En Wan belikan breast pump sampai 2 kali sebab aku cakap pump tu rosak. Padahal tetek aku yang bermasalah nak keluarkan susu. Perah sejam baru dapat 10ml. Mana tak hangin kan? Dah la manual pump, nak memerah tu satu hal lenguh sampai naik urat-urat lengan aku segala. Alih-alih dapat 10ml je. Tapi aku pump jugak la dalam keadaan bengang-bengang pun. Mak Aji kata macamana la tetek kau nak keluar susu kalau asik stress. Jadi, aku memerah susu sambil melayan Batu Belah Batu Bertangkup.

Makin stress dowhhhhh aku tengok citer ni. Nak je aku lempang mak si Pekan. Dengan anak sendiri pun nak berebut telor. Pasal telor sebijik pun nak bunuh-bunuh diri. Lagi mental okkk orang zaman dulu.

Aku sampai terpikir camne nak buat polis report :

"Bagaimanakah mangsa ini mati?"

"Bunuh diri, Inspektor"

"Motif bunuh diri?"

"Berebut telor".

Bodo.


Mak Aji suruh aku sikat tetek biar kasik susu keluar. Tapi tak keluar-keluar jugak. Dia suruh aku picit-picit tetek kasik hilangkan bengkak biar susu turun, punnnnnnnnn tak turun-turun gak susu. Tetek dah makin besar macam buah binjai. Sampai demam-demam sebab bengkak. Nak je aku upah orang ramaskan tetek aku biar susu keluar.

Sampaikan malam Sabtu tu aku bentan.
Mak Aji kata bentan sebab bengkak susu.
Malam tu aku menggigil-gigil, pastu berpeluh sampai basah baju tido.
En Wan selimutkan aku 2 kali siap peluk aku kuat-kuat pun aku still menggigil lagi.
Aku memang ingat dah habis nyawa dah malam tu sebab aku sesak nafas segala.

Malam kelmarin pun sama.
Nak ke toilet kena En Wan papah. Dah macam orang tua terbongkok-bongkok nak berjalan.
Dia punya sakit tu sampai tangkap kat pinggang, tulang belakang. Ko nak duduk kat toilet tu pun kena susun bontot dulu, takleh duduk main henyak macam tu je. Memang azab betul.


Esoknya bermulalah torture dari Mak Aji.
Ini adelah jus lobak putih + green apple.

Sape penah makan lobak putih?
Yang penah makan tu tau la rasa dia 'sedap' macamana kan?
But tu yang dah dimasak okkk.
Yang Mak Aji sumbat kat aku ni adelah FRESH LOBAK PUTIH.
Dia punya rasa gila maung!!
Aku tak tau nak describe how rasa maung tu. Tapi pedih gila kat tekak.
Tu cara-cara dah blend dengan green apple.

Tapiiiiiii lepas tu air susu kau jadik macam air terjun.
Ko boleh rasa susu tu turun mendadak-dadak. Cepat-cepat aku pump.
Now kan, dalam masa setengah jam aku leh dapat 2oz = 60ml.

Jadi pada ibu-ibu di luar sana yang ada masalah kurang susu, sila la dapatkan lobak putih di pasaraya berdekatan. Boleh campur dengan epal or orange untuk kurangkan rasa maung dia.

Memang segelas tu je la aku minum.
Tak berani nak minum lagi. Cara-cara segelas pun tetek aku dah membuak dengan susu, kalau minum lagi segelas, terus tumbuh lagi satu tetek agaknya.



Ini torture ihsan dari makcik aku.
Wah wah wahhhh..mereka-mereka ini sangat bersatu hati kalau part mentorture orang yang sedang berpantang.

Yang ni namanya bubur nasik + quacker oat + daging + rempah ratus yang aku tak tau apa nama dia.

Walaupun ianya sedap, tapi aku sebenarnya adelah payah nak menelan oat. Macam benyek-benyek sket rasa dia like bluekkkkkkkk. Tapi, disebabkan nak sihat, aku telan jugak. Pastu makcik aku suruh aku telan satu sudu makan minyak zaitun everyday. Ni untuk pulihkan hati. Sebab aku kan dapat pre-eclampsia that day kan, so dokter kata ada kemungkinan dia akan effect kat liver and kidney aku. Jadi aku akan CUBA (tak janji okkkk) makan minyak zaitun ni. *sigh*


Ini takdela torture, sebab yang ni sedap.
Carrot + orange.

Mak Aji siap bawak nasik atas pastu berdiri kat sebelah tunggu aku habiskan air ciptaan dia ni. Sister hospital pun tak buat aku macam ni okkkkk. Sebab tu aku cakap Mak Aji ni kalau jadi nurse, memang lapang ward. Takde sape nak tinggal lama-lama. Mesti semua patient ambik force discharge. Wakakkakaka.

Minuman ni Mak Aji kata dia akan hidangkan kat aku every morning supaya lawas penyahtinjaan. Dia cakap biar senang aku nak buang air takyah meneran-neran nanti jahitan aku terbukak pulak.

Ekzejeret okkk. Ada ke meneran sampai terbukak jahitan bagai?



Ok, sape yang nak bersalin kat UMRA Medical Centre, ni contoh bilik dia.
Ni actually single room tapi ada dua katil untuk laki korang temankan.
Haruslah dua katil okkk, takkan nak sediakan katil kelamin pulak.
Kang lain jadiknya.

UMRA stands for UMMUL and RAFI.
Ni jugak lah dokter yang lahirkan Redza (click Redza utk link) 6 tahun lepas. Tapi masa tu both of them still kat SALAM Medical Centre. The best gynae yang aku pernah jumpa so far.

Ahad lepas, aku kena buat blood pressure checkup.
Sekali blood pressure 180/120 perginya. Hambikkkkkkk.
Dokter tanya aku pikir apa yang sampai stress macam ni sekali?
Laaaa, nak pikir amendenya. Takde pikir apa pun. Cuma ada la pikir pasal Rayyan tinggal kat NICU tapi takde la sampai stress sangat.
So, dokter suruh aku rehat kat ward dalam 5 jam, every half an hour dia check BP.
Mula-mula bagi Labetelol (entah betul ke tak aku eja ni). Tak turun gak.
Bagi lagi sebijik.
Pun tak turun gak.
Last-last dia bagi ubat HPT yang kuat sikit, ntah apa nama dia. Baru la turun.

Aku dah macam tak kuasa nak pikir apesal darah aku turun naik.
Banyak lagi benda aku nak buat.




Semalam, gi hantar susu Rayyan.
Masuk je pintu NICU, aku check status Rayyan.
Alhamdulillah, Rayyan dah beralih ke INTERMEDIATE care.

Aku berpeluang salinkan pampers dia.
Menggigil jugak la tangan nak tukarkan pampers walaupun sangat excited.

Pertamanya sebab dah lama tak pegang baby.
Second, baby 'comel' sangat, so takut terpeleot pulak tangan dia aku keje kan.
Satu pengalaman baru untuk aku, dapat salinkan pampers pre-mature baby.

Nurse cakap Rayyan semakin ok, cuma kuning sikit so kena berjemur.
Sian jugak tengok kulit dia makin kering sebab duduk bawah lampu, but kalau itu yang terbaik untuk dia aku accept.
Kalau nak cakap airmata ni, anytime je mencurah-curah. Tapi aku tahan je, sebab kalau aku menangis, En Wan akan jadik lagi fragile. Dia ni sensitif sikit bab anak. Aku tengok screen HP dia pun dah tukar ke gamba Rayyan so aku tau dia sangat sayang and risaukan Rayyan, jadi aku terpaksa tahan sedih.

Alhamdulillah, Rayyan nampak strong. Masa aku salinkan pampers dia, berkuntau jugak la aku nak tepis kaki tangan dia semua. Sebab dia macam mak dia jugak la, menggeletis sikit. Kejap-kejap berpusing, kejap-kejap menyepak....tapi itu petanda dia sihat kan?





Takleh snap pic sebenarnya kat dalam ni.
Tapi aku kan mana blaja undang-undang. Kalau blaja pun errrrr......apa-apa je lah.

Ini aku snap khas untuk semua yang telah mendoakan Rayyan tengok perkembangan dia sekarang.
Aku harap Rayyan cepat sihat.

Oh yes.
To those yang sms and email tanyakan address rumah sebab nak bagi present for Rayyan, aku ucapkan terima kasih atas niat korang. Tapi buat masa ni, aku and En Wan cuma harapkan doa dari semua supaya Rayyan sihat and dapat balik rumah cepat.
Insyallah, kalau semuanya berlalu dengan selamat and sempurna, aku buat kenduri nanti, aku tepek address aku kat sini untuk korang datang tengok Rayyan.
Buat masa ni, aku mintak maaf sangat-sangat, aku belum nak terima visitor. Aku harap semua faham. Bukan aku taknak reply email/sms korang.




Tadi, aku buat blood pressure check-up sekali lagi kat UMRA.
Satu news yang memeranjatkan tapi tak tau mana datang kekuatan tu, aku macam boleh terima and act macam biasa.

Dr Ummu cakap blood pressure aku yang naik mendadak plus protein dalam urine yang tak hilang-hilang MUNGKIN petanda yang menunjukkan kidney aku dah mula damage akibat penyakit yang aku dapat tu. Tapi dia akan monitor aku dalam masa sebulan ni, before refer aku kat pakar buah pinggang. Memang dokter ada bagitau kesan dari pre-eclampsia ada kebarangkalian aku akan dapat kerosakkan hati and buah pinggang. Ada KEMUNGKINAN ia hilang selepas delivery. KEMUNGKINAN aje. Apa-apa pun dokter cakap dalam masa 6 minggu mungkin protein tu still ada and blood pressure turun naik. Tapi, kalau aku antara yang dipilih untuk terus dapat kidney failure ni, insyallah, aku redha. Yang penting Rayyan sihat and selamat.

Mak Aji ngan Pak Aji semua dah risau dengan news tu as if aku nak mati esok.
Last-last aku cakap 'Mati tu pasti, Ma.'

Terus semua kembali ke tugasan masing-masing.
Kalau tak, Mak Aji takde mood nak masak la, apa la. Aku ni dah la lapar okkkk.

Ok, takleh tulis panjang-panjang.
Mak Aji dah standby nak tepekkan pilis.