walk on wings, tread in air: 11/2007 <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\07532934260\46blogName\75walk+on+wings,+tread+in+air\46publishMode\75PUBLISH_MODE_HOSTED\46navbarType\75BLUE\46layoutType\75CLASSIC\46searchRoot\75http://www.dianaishak.com/search\46blogLocale\75en\46v\0752\46homepageUrl\75http://www.dianaishak.com/\46vt\758062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

walk on wings, tread in air

HIGHLIGHTS

EPHYRA, TIMELESS BEAUTY


To purchase, kindly contact : aveo757@yahoo.com


TESTIMONI EPHYRA

FOOD

CLICK HERE

BEAUTY AND HEALTHCARE

CLICK HERE

FASHION
 

OOHMYBAGS
OTHERS

OOMORI
Mari beli lipstik baru. Guardian ada sale. ("Ko beli lipstik kat Guardian, Diana?? Hek elehhhh", kata kawan saya.
November 30, 2007

edit la pofil kt edit pofil..
ikut arahan dberi..awk name pe wak?
alla combunk la..da kwin ke? adehh
owg br nk cri armmmmm...



----------------- Original Message -----------------
From: green apple
Date: Nov 29, 2007 6:22 PM


hai hai hai!!
camana nak edit profile huh? tak penah guna la benda ni.
nak change my status from single to married!

:D


----------------- Original Message -----------------
From: *************
Date: Nov 29, 2007 4:55 AM

so beauty..
we fren right now ples..,,uwahh i love u hihi
do reply this plesS k



Ini namanya malapetaka.
Kawan aku invite join myspace.com. Aku pun buat la. Padahal aku sendiri tak tau apa fungsinya benda ni bila aku dah ada Frenster. Frenster pun layan tak layan je. Jarang nau aku check Frenster aku.

Bila dah sign up myspace tu aku pun takde la nak check ke, proofread ke apa. Pagi ni aku tengok ada 29 request dan semuanya dari lelaki.

Ok.
Something wrong somewhere.

Aku bukak balik myspace.
Patut la.
Status aku : SINGLE.

Aku pun tak perasan kat mana option marital status ni tau-tau aku jadik single.
Puas la pulak aku menggodek sana sini tapi cam tak jumpa lak mana punatnya nak menukar status ni.

Seblom En Wan tau keje gatal aku, mari kita DELETE myspace teros.

Semalam aku beli Cosmopolitan.
So dalam tu dia kata skang trend lipstik merah.
Tadi nak lunch date ngan En Wan aku try la tenyeh lipstik merah.
Urghhhhhhhhhhhh!!!
Gaya cam GRO.
Hahaha.



*Kepada adik zh-Ena, sila klik kat gambo len kali. Baru jelas dan nyata*

Pastu dalam mags tu ada quiz untuk test level seks apa ntah.
So aku tanya En Wan 'Dari skala 1 hingga 10, di manakah anda berada dalam konteks tengok cerita blue. 10 adalah paling suka tengok.'

En Wan dengan muka still fokus kat paperwork dia replied 'Duaploh'.

Dia ni memang suka menyakitkan ati aku.

posted by green apple @ 2:24 PM  
Newer›  ‹Older
Kau kurus cam gambi Azie, jangan jalan sebelah aku lagi okk
November 28, 2007


Mangkuk ayun punya Ann.
Dia yang yo yo an ajak jumpa kat PWTC, kuar 12.30 la bagai, alih-alih aku ngan Azie tersadai kat Kenny Roger's tunggu dia tak timbul-timbul. Ni la dia kalau orang tengah mabuk merendek. Ann, kalau ko tak kawen ngan Mat Nor tu aku sula dua-dua!!!!!
Aku dah siap bawak kamera dah nak ambik gambo. Mana nak tau bulan depan Azie dah jadik bini orang, kot dah tak buleh nak lepak sesama. Lain la cam aku, aku tak berapa nak macam bini orang. Jenis tak sedar diri.

Kali ni aku gi BioMalaysia paling kejap. Just nak tengok booth ABI je pastu blah. Ada la pulak kat satu booth tu satu mamat dalam percubaan nak perkosa aku. Aku tak perasan lak dia dari kompeni apa, tapi macam produce krim and facial stuff from herbs. Memula kitorang takde la nak singgah kat booth dia sebab agenda aku memang nak pi ABI je. So, before booth diorang tu aku singgah la satu booth ni jumpa customer. Aku nampak la jugak ada dua mamat ni dok depan booth sambil pandang-pandang. Takde la pikir apa, biasa la, time-time camni la nak tengok muka lain sket dari yang kat opis.

Elok je aku lintas depan booth dia, mamat tu approach 'Hi, nak try tak our mosturiser. Dari herba'.

Aku nak cepat ni. So aku cakap 'No, thank you. Saya nak jumpa customer. Nak cepat. Next time ye'. So aku pusing badan aku, nak jalan ke depan dah ni. Dia boleh sepantas kilat calitkan krim tu atas tangan aku, pastu siap gosok-gosok lagi. WTF kau?????

'Eh, apa ni raba-raba?'

Selamba la aku sound mamat tu. Tapi takde la kuat sangat, cukupla nak bagi satu team dia dengar. Bengang gila aku. Ko nak wat sales ko buat je la, boleh tak ada adab sket? Kang tangan aku naik melekat kat pipi ko, saje je. Waalupun aku tau dia bukan la nak meraba, tapi cara dia tu buat aku geli. Kalau produk ko tak laku pun memang patut. Ada ke camtu nak promote barang.

Pastu terus aku ngan Azie blah. Lepak Kenny Rogers. Memang itupun plannya sejak lam keta lagi. Sempat la pulak singgah beli earrings, aku pun join sekaki. Masa Azie tengah dok pakai earrings dia ni, baru la dia perasan hoops dia corak ba alif ba ya. Memang tak perasan lansung. Tukang jual tu pun tak perasan. Tapi memang corak dia cun gila. Seb baik bleh tukar.

Apa-apa pun Ann, kalau ko baca entry aku ni memang kitorang agak bengang la jugak ko tak muncul-muncul. Tapi memandangkan aku paham sangat orang kalau tengah hot bercengkerama gaya dia cam gedik-gedik sket (wakakaka, hambik kau), so aku ngan Azie maafkan. Time berchenta jangan lupa member beb, kang terduduk, aku ngan Azie gak yang ko carik. Tapi soklan aku :

1. Apesal kol 1 lebih ko still ada kat Putrajaya? Orang kerajaan takde de nak jumpa customer waktu lunch. Betul ke ko jumpa customer kol 1??????

2. Apesal ko gi wat sales, tapi Mat Nor ada sekali?
Tettttttttttt!!!!!!

3. Ko kata ko tengah jumpa customer, tapi asal aku ngan Azie sms je ko mesti boleh reply. Sangat muskil. Ke customer ko tu Mat Nor?

4. Kul 3.30pm Azie call ko tu, ko kata ko on the way. Ko on the way gi tempat lain kan?

HAMPEHHH!!!

Ok, tagged by Shasha :

First Name
Dianawathy

Nickname
Diana, ada yang panggil aku Di, yang agak gedik cam Cheq panggil aku Dianne.

Name you wish you had
Diana jugak, tapi kat depan tu letak la Dato’ Dr.

What do people normally mistake your name as
Takde pun.

Birthday
14 August 1977 (tu mula la memasing dok mengira umur aku)

Birthplace
HKL, Venice (nak jugakkk tempias oversea)

Time of Birth
Entah. Tapi kalau tengokkan kulit aku, hmmmm…

Parents together or divorced
Masih seiring sejalan

Get along with them
Sangat-sangat close. Aku still leh tido bawak ketiak bapak aku lagi.

Single or taken
I single lagi tauuuuu.

Zodiac sign
Leo

How tall are you
150cm (kot)

Wish you were taller
Tak payah la. Laki aku pun bukannya tinggi sangat.

Eye color
Dark brown.

Eye color you want
Biar la cenggini. Mata kaler biru kalau rabun pun buat hapa.

Natural Hair color
Black. Virgin hair. Gila punya black.

Current Hair color
Cam orange brownish sket. Apa kaler dia bubuh pun aku tak tau. Aku suruh kaler je.

Short or long hair
Bawah sket dari bahu

Ever dye your hair a bizarre color
Kaler apa? Shocking pink????
Gilo apo.

Curly, Straight, Wavy
Natural hair wavy siap ngan rambut gatal bersepah-sepah. Since 2003 rambut aku lurus. Thank you Harrod’s.

Last time you did something dramatic with your hair
Iron je. Dramatic ke tu?

Glasses or contacts
Contacts.

Do you wear make-up
Kalau gi keje wajib. Lain-lain tu ikut mood.

Ever had hair extensions
Rambut aku cepat panjang. No thank you.

Paint your nails
Masa period.

-In the opposite gender-

What color eyes
Bit lighter than mine.

What color hair
Dark brown. Natural okkk.

Shy or Outgoing
Dulu dia cam shy, skang ni berkat kegigihan aku mendidik, dia dah pandai nak berbual ngan orang siap kengkadang sarcastic lagi. Tapi tak dapek nak lawan aku, aku lagi outgoing, outspoken, roger and out.

Looks or personality
First, I go for looks (siapa yang tertarik benda chantek bukan?) then baru check personality dia ok ke tak. Kalau personality tak ok, boleh blah pi mampos kau.

Sexy or Cute
Ada option lain tak?

Serious or Fun
Option yang tak best

Older or Younger than you
Older. A Must!!

A turn on
His eyes

A turn off
Ikut mood aku, kalau aku rasa cam malas nak layan, dia bogel depan aku pun aku OFF jugak.

Flowers or Chocolate
Flowers

Pepsi or Coke
Dua-dua belasah

Rap or Rock
Rock ballad

Relationship or One night stand
Relationship yang tak membosankan

School or Work
School yang tak payah ambik exam.

Love or Money
Money. Money can buy solution. Love pun penting, tapi sorry la, aku dok kat town yang takde tanah nak bercucuk tanam, and takde sungai nak pi carik ikan buat makan hari-hari, so kena carik duit gak untuk hidup.

Movies or Music
Both also can mahhhh.

Country or City
Asal tak sesak dan tak busuk, aku boleh je mana-mana.

Sunny or Rainy days
Mana-mana boleh. Jangan kemarau ngan banjir je udah.

Friends or Family
Family first.

-Have you ever-

Lied
Sudah pasti!!! Aku keje sales maaaaa. Asal barang tak sampai je terpaksa la aku menipu.

Stole something
Duit tabung adik aku, aku curik pastu aku pindahkan lam tabung aku. Bangga gila tabung berat.

Smoked
Penah try rokok daun arwah atuk aku. Tapi sempat sampai kat lidah pastu aku ludah. Pebenda rasa ntah.

Hurt someone close to you
Yup

Broke someones heart
Yup

Had you heart broken
Sangat-sangat yup.

Wondered what was wrong with you
Aku jarang tanya diri sendiri, tapi orang lain selalu tanya ‘Ko pekena Diana?’

Wish you were a prince/princess
Tak kosser

Liked someone
Yup

Liked someone who was taken
Yup..Dr Mus. Muahahahahah.

Shaved your head
Apa ko nak mampossss????

Been in love
Soklan ni bukan untuk aku la

Used chopsticks
Chopstick memang sentiasa ada atas meja makan aku.

Sang in the mirror to yourself
Hari-hari pun nyanyi. Takyah tunggu depan cermin.

-Favorites-

Flower
Lily

Candy
No thank you

Song
Easy listening

Scent
Yang arousing. (Hoh??)

Color
Pink. Bak kata Liz Hurley ‘I have passion for PINK’. Tapi disebabkan aku bukan Liz Hurley so apa2 je pun boleh asal yang kena ngan kulit aku.

Movie
Leslie Cheung movies. P Ramlee pun aku suka gak.

Singer
Nak aku cakap lagi ke?

Word
Apa kejadah

Junk food
Super Ring

Website
Adultfriendfinder. Muehehhe.

Lotion
Lotion apa ni? Kaki tangan? Tak pakai ahhh.

Animal
Pets are not allowed.

Ever cried over someone
Yup

Is there anything you wish you could change about yourself
Jadik budak baik, tak celupar cam skang.

Your biggest fear
Mati dalam keadaan hina.

Do you think you're attractive
Tak penah terfikir pun ada orang akan bagi soklan ni kat aku.

If you had to choose a fairytale as your life what would you choose
The Shoemaker.

Do you play any sports
Aku takleh sports la. Kurang hemoglobin in eritrosit.

posted by green apple @ 9:56 PM  
Newer›  ‹Older
Rambut sudah kontot





Perhatian kepada kengkawan yang dok bertanya aku ada jumpa ke tak pompuan nama Wan Freeda Natasha. Tu dia.

Aku kat Harrod's melepak setengah hari, abis semua magz Her World aku belasah. Tup tup aku cam terperasan gamba minah ni. Ada kat sini rupanya pompuan ni. Dia ni antara fav idol aku la dulu-dulu zaman skool. Pandai nak mampos, 10A SPM. Pastu further kat MIT. Masa skolah rendah dulu aku antara yang tak akan ketinggalan dijemput untuk pi birthday party dia. Sampai birthday party adik dia pun aku belasah datang gak. Bukan aku kenal pun adik dia tu. Tapi kakak dia aku kenal. Dan sangat terkenal. Masa aku kat TKC, asal lepas exam je, kat hall mesti dorang announce saper dapat no. 1, no. 2 and all. Orang yang kena sebut tu harus la datang depan sebab orang nak tengok. Padahal by the time ko form 2 (at least) orang dah kenal dah muka ko. Takyah datang depan, sebut nama pun dah boleh imagine muka. Tapi saje la cikgu cikgi nak kasik diorang glemer depan junior nak lak freshies. Seingat aku la, kakak dia manjang je kena gi depan. Pandai gila. Siap dapat anugerah pelajar terbaik Negeri Sembilan.

Aku pun penah gak kena panggil ke depan. Tapi kena sound la sebab ponteng prep. Pastu tak bangun sahur. Pe benda ntah, tak bangun sahur pun nak canang satu skolah. Pastu kena panggil lagi bulan depannya sebab cubaan nak fly. Bodo gila.

Memang budak ni aku kagum yang hamat. Tu pasal nickname chat aku dulu FREEDA. So, pada yang mencarik terutama dak Alfian, Tasya now kat P&G. Dia masuk mags ni pun sebab Olay dapat anugerah Reader's Digest Competition. Best mosturiser ke apa ntah. Tengok gaya memang macam dah kawen. Betul la kot dia dah kawen, and since semorang tak dijemput ke kawen dia, betul la agaknya dia kawen kat US.



Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!
Aku dah potong rambut okkkkkk. Hahahahha.
Minggu ni dari Isnin sampai la ke Jumaat ni aku cuti. Aktiviti di rumah adelah pelbagai, dari mengemas, membasuh, menghias, melipat, menggosok, memasak dan membongkang. Tapi semuanya aku lom buat dengan full swing sebab Isnin lepas dari kol 10am sampai 6.30pm aku tersadai kat Harrod's buat rambut.

Sabtu lepas lam keta on the way to Midvalley En Wan tanya 'Apa plan cuti? Taknak wat rambut?'

Apa la punya soklan.
Aku ingatkan tahun 2007 ni dah bakal catat sejarah aku tak masuk salun lansung. Rupanya dia nampak jugak rambut aku yang dah cam langsuir mabuk ni. Malas la nak hint rambut aku dah panjang gila, ko ada mata ko nampak la kan. Agaknya dia pun lemas, asal tido rapat sikit je, rambut aku mesti masuk lubang hidung dia.

'Isnin ni pegi la salun, abang dah masukkan duit lam card'.

Sungguh aku tak tolak dah.
Aku sendiri serabut ngan rambut yang dah cecah bontot ni. Nak mandi wajib sangat laaaaaaaaaaaaa seksa!!

Tapi tak nampak la kerer rambut aku lam gambar ni.
Tapi ke'rebonding'annya jelas dan nyata kan?

Ok, ramai nau yang tanya mana satu tungau.
Korang ni, kang aku cakap bahasa Urdu kang, ngan aku aku sekali tak paham pulak.
Aku dah kata kan hari tu, ko teka pun aku takkan bagitau punyaaaaaaaaaaaaaaa.
Cenggini la. Orang yang saiko ni, rupa dia tak macam saiko. So, itu sajalah jawapan dari aku.

Aku dah malas nak baca balik entry pasal tungau ni. Menyakitkan jiwa raga. Tak pasal je hari yang aku galak menulis pasal dia tu, malam tu aku mimpi dia datang beraya rumah aku. Siap bagi salam lagi. Tapi aku tak jawab, aku nyorok tepi tayar keta. Aku pun tak tau apesal aku bleh terselit tepi tayar.

Kira kalau aku terbayangkan balik apa dia wat kat aku, konfem malam tu aku akan mimpi dia. Seriesssssssssss, ngeri!

Ok, takleh hapdet banyak-banyak. Walaupun aku cuti, tapi aku sangat la banyak keje nak wat. dah la Isnin sehari suntuk kat salun, semalam ex boss aku lepak umah aku sampai kol 6pm, mengumpat la apa lagi. Pastu ni aku nak siap-siap nak lepak PWTC pulak, for BioMalaysia. Aku bawak kamera sekali, kot-kot jumpa Dr Mus ke, leh la aku gedik kat dia.

Gatal.

posted by green apple @ 8:27 AM  
Newer›  ‹Older
And the Ocsar goes to .....
November 22, 2007

Macam tak best la pulak kalau tak memperkenalkan mangsa dan juga pemangsa yang terlibat lam Sinetron Trajedi Buah Epal.

The nominees are :

Ayu
Scene : Tukang call mak aji pada hari kejadian dia mengamuk kat umah aku.



Awie
Scene : Watak dia sikit je lam trajedi ni. Malahan, takde skrip lansung. Dia yang nampak tungau ni marathon sambil bawak pisau pastu tumpangkan tungau ni balik umah.
 


Zuki 
Scene : Aku tumpang moto dia masa malam kejadian tungau ni lari bawak pisau konon nak terjun jambatan tapi tido umah Hairi. Gambar ni kat umah Mazlan. Aku ngan Apeng pedajal pakaikan dia baju stewardess bagi mengukur tahap kelansingan badan. Seres lansingggg. Dan menggoda. Argghhhhhhhhhhhhh. Nampak PC tu? Depan PC ni la tungau ni lepak sambil pusingkan kerusi ke arah bilik aku that day. Bilik aku belakang Zuki.


PICTURE REMOVED
Pak Aji ngan Mak Aji
Scene : Pak Aji tak berapa nak masuk scene, ala-ala pelakon tambahan je. Mak Aji jugak yang menguasai jalan cerita.


Mazlan and Yan
Scene : Hampir semua scene dia ada.


Mala
Scene : Orang yang bertanggungjawab larikan aku ngan moto malam yang dak tungau nak sembelih aku


Apeng
Scene : Semua scene dia ada.



Ijad and RozieScene : Dua-dua gila kuasa. Semua scene dia konfem masuk.


Kiri sekali Khairil.Scene : Jadik mangsa jerutan aku masa aku tanya saper tuduh tungau ni mencurik.

Lima dari kiri, Izham.Scene : Orang yang suruh aku jemput tungau kat airport bawak balik umah.

CEPUMAS!!!!!
Sila carik manakah satu pemangsa. Dia ada lam gambar ni. Aku taknak bagitau. Kalau korang teka pun aku taknak jawab ye ke tak. Biar hidup korang diselubungi misteriiiiiiii. Wakakakkaa.
p/s : Aku pun tak tau camne aku leh tak perasan muka dia ada lam gamba ni.


posted by green apple @ 11:19 AM  
Newer›  ‹Older
The End
November 21, 2007

Dulu masa tengah asyik asyik asyik asyiknya bercinta (Amelina pleaseee), aku ngan dia siap tukar-tukar baju tu. Aku pakai baju dia, dia pakai baju aku. Konon seiring sejalan la. Asal baju aku dia pulangkan balik, sure kaler dia jadik kusam. Ko buat kain lap kaki apa baju aku ni? Chenta Nonz, chentaaaa. Aku sempat 2 kali raya ngan dia. Raya tahun pertama tu baju sesama kaler cream, pastu tahun kedua baju sesama kaler blue. Masa tahun kedua ni dah nampak dah tanda-tanda materialistik kat dia. Baju aku dia beli kat India Street je, tapi kain baju melayu dia, dia pilih Pierre Cardin. Buto. Tapi aku belikannnnnn gak. Bodoh gila aku.

Kalau baju-baju ni memang selalu sangat la aku belikan untuk dia. Well, dia ni jenis tak bergaya lansung okkk. Kalau ko tengok gaya dia memang konfem takde orang nak la. Elemen orang berduit tu memang takde kat dia. Tapi sebab cinta itu buta, ditambah lak ngan aku memang buta tuli, dan aku juga sedar diri aku gemuk, itam dan tak lawa, jangan cakap banyak la kan. Couple je la, bising lak. Tapi, aku buruk pun at least aku tak selebet okkkk. Cuma aku tak le sebranded orang lain. Tapi baju aku kira semenggah lagi kalau nak compare ngan dia.

So, konon nak ubah imej dia la. Asal outing je, mesti aku belikan dia sumthing. Selalunya baju. Didikan aku rupanya menyebabkan dia lupa diri. Berlagak. Ada satu time tu, balik raya, dia lepak umah mak aku. So malam tu aku jemput kengkawan Bangi datang beraya. Dengan sengau sendutnya datang kat aku, bagitau takde baju nak pakai malam ni. Hoih bangang, yang tuan rumahnya kita, ape kes pulak ko yang nak risau takde baju ni? Aku yang betul-betul tuan rumah pun tak pikir apa nak pakai.

Petang tu, gi Kajang nak beli sumthing untuk tambah-tambah open house malam kang. Tersinggah la pulak kat area mens wear. Dia boleh selamba sound aku, 'Cantik tak kalau **** pakai kaler ni?'. Sambil tunjuk kemeja Pierre Cardin.

Sibuk la pulak nak test, aku tau kau bukannya ada duit nak beli. Tapi aku dok bayangkan dia akan appear to be sangat selebet maut depan kawan-kawan aku, aku belikan jugak baju tu.

Pehhhh, malam tu, aku tengah huru-hara kat dapur siapkan makanan, dia bleh mengangkang kat hall dah siap pakai baju baru. Jakun yang hamattt. Bila kawan-kawan aku sampai, dia lak berdebar-debar. Aku tanya pesal gabra lak? Ko ingat kawan-kawan aku yang datang ni pompuan??? Kawan-kawan aku semua jantan okkk. Masa tu terdetik la jugak, mesti dia bajet ada pompuan datang, tu yang menggeletis nak carik baju baru.

Actually tungau ni tak abis blaja pun. Dah nak grad, tengah semua sibuk-sibuk wat tesis, dia benti blaja. Benti ke, dibentikan ha? Aku pun konfius. Sukati la, janji ko brambos. Masa dia dah hujung-hujung nyawa kat U tu pun satu hal lagi dia wat.

Exam dia kantoi gila-gila. Ada satu part tu memang hancos la, 1 pointer ke apa dia dapat. Dia boleh fotostat slip result dia and pos kat mak aku cakap 'Makcik kena bertanggungjawab dengan result yang saya dapat. Ni semua sebab saya terlampau pikirkan Diana'.
What the pukimak haram jadah kau???

Kau ingat kalau bukan sebab aku, ko pandai sangat la? Result ko mencanak-canak 4 flat la? Ko memang dah bangang okkk. Apa kena-mengena mak bapak aku pulak yang kau ugut? Mak bapak kau ada, ko pegi la mengadu nasib. Yang ko kacau hidup mak bapak aku awatnya?

Kes yang dia ugut aku ni pun aku tak tau menahu. Lepas grad, aku tengah susun spender bapak aku lam laci, aku nampak surat dia. Bapak aku pun kot ye nak simpan rahsia, jangan la kat laci spender. Aku tukang lipat ngan susun baju lam rumah tu. Tapi aku baca surat ni pastu aku diam je, aku tak tanya makpak aku pun. Memang aku simpan dendam aku ni sensorang. Ni baru aku nak bercerita kat semorang the truth lies behind.
Pehh...boleh wat tajuk sinetron ni.

Masa dia dah quit dari U aku ingat tenteram la dunia aku.
Tak jugakkkkk.

Lepas satu-satu benda timbul, cerita-cerita yang aku tak penah tau semuanya muncul. And aku yang tanggung malu.

Pernah satu masa dulu tetiba je dia ada banyak VCD. Kejap-kejap bagi aku pinjam VCD, CD lagu pun ada gak. And setiap VCD dia dia mesti tulis 'CD', C tu nama samaran dia (C for CIBAI), D tu nama aku la. Chenta la katakan. Bila dia dah brambos baru la kuar cerita yang selama ni asal dia masuk umah orang je, masuk bilik sesaper je, mesti ada barang orang yang hilang. Antaranya VCD.

Satu malam tu aku ngan Rozie gi umah dia. Sebab tungau ni satu rumah ngan Ijad, Awie, Izham, and Shahir. Kelas generic aku, aku pilih teater. Aku and Rozie se-group ngan tungau ni and also Awie. Malam tu kitorang plan nak wat puppet untuk teater show nanti. So, buat la puppet ni kat umah dak jantan ni. Masa kitorang sampai tu, aku nampak atas study tungau ni ada tisu tompok-tompok darah. Dia perasan aku tengah dok perati tisu tu, so dia kata hidung dia panas dalam. Berdarah sket. Pedulik apa aku. So, takde la aku nak tanya lelebih.

Ok, dia kata kat aku hidung dia panas dalam kan?
Masa dia dah blah dari U, baru la Ijad ni pi bagitau Rozie yang sebenarnya malam tu tungau ni kena tumbuk ngan one of the student kat situ sebab budak ni found out VCD-VCD dia yang hilang tu semua tungau ni curik, pastu tulis siap-siap 'CD' biar orang tak perasan. Nak mencurik pun boleh tak letak nama kau je? Yang pi babitkan nama aku sekali atas VCD tu buat apa bahalol?

Malam tu, budak tu serang rumah dia, budak tu tanya pasal VCD dia yang hilang, kena penumbuk satu kali kat hidung, sampai dia berlari ke dalam panggil Ijad. Bacul. Ngan aku kemain sedap lagi ko hentak, baru kena sedas kat hidung dah mencecet lari panggil orang cover.

Elok je lepas budak tu blah, kitorang pun sampai nak wat puppet. Dan dia pun mereka-reka citer la kat aku bagi mengekalkan kemachoan diri. So masa aku tau citer sebenar aku rasa malu gila nak terserempak ngan mamat tu. Saper nama mamat ni lupa lak, tapi balak Anne. Aku harap mamat tu tau la yang aku tak terlibat ngan mencurik ni semua. Aku tumpang tengok VCD je.

Kes seterusnya, jadik masa dia dah blah dari U.
Ijad sedar yang kasut Converse dia hilang. Rozie mintak aku telefon rumah mak aku tanyakan kot-kot kasut Ijad dak tungau ni rembat bawak balik. Tungau ni lepas dah blah dari U, dia melepak umah mak aku macamkan itu mak dia. Selamba bodoh tak tau malu.

Aku call umah, adik pompuan aku cakap, kasut Converse tu ada kat porch. Ok, skang aku tak tau nak bagitau apa kat Rozie. Sah, kasut kawan baik dia pun dia leh angkut. Malam tu Ijad call rumah mak aku, cakap ngan dak tungau ni. Ijad tanya elok-elok tanak mengaku, boleh lak kata 'Jap Ijad, aku check kot-kot kasut ko ada lam beg baju aku'.
Pundek la.

'Ha'ahhh. Sumpah Ijad, aku tak tau camne kasut ko boleh ada lam beg aku.'

Taik. Taik. Taikkkkkkkkkkkkkkkkkkk.

Meluat okkk. Padahal adik aku dah bagitau memang dia selama ni pakai kasut tu kuar rumah. Nak berlakon lagi ngan kitorang. Saiko tak abis-abis.

Dulu masa blaja, dia pinjam moto bapak aku sebab senang nak gerak sana sini.
So lepas dia blah tu dia wat dekkk je ngan moto ni. Bapak aku pos kat sini sampai beratus-ratus, ko tak bayar balik. Ko dah lenjan pastu tinggal camtu je. Ko datang sini, uruskan moto ni hantar balik KL.

Dengar pulak tu arahan aku. Dia datang Sarawak, nak uruskan moto. Malam tu aku balik KL ngan dia, satu flight. Balik untuk forevernya, sebab presentation tesis aku dah habis.

Masa tengah tunggu cab datang, lepak la kat tangga depan. Nampak la pulak budak-budak geng aku Rozie, Apeng, Cheq, Mala tengah sorong cabin sampah yang gedabak tu bagi park depan rumah sebab senang nak buang segala sampah before balik KL. Masa diorang tolak-tolak ni, mulut bising la dengan terpekiknya, gelak terbahak-bahak. Tungau ni boleh pandang ngan muka kereknya, cakap 'Huh, tak matang lansung'.
Berlagak siallllllllll.
Mentang-mentang dia dah keje time tu. Ada la lam 3 bulan kot dia dah keje. Keje pun mak aku yang carikkan. Blah la kau.

Masa dah sampai umah mak aku, esoknya dia terus balik kampung dia. So aku ni cam biasa la, lepak 2 minggu before start keje kat MOSTI. Dalam masa 2 minggu aku menganggur tu sempat la aku kemas rumah, punggah segala apa yang tersembunyi kat bilik bawah. So, aku jumpa satu kotak besar. Lam kotak tu penuh ngan buku-buku tungau ni. Dia kan lepak umah mak aku lepas quit dari U, so still ada barang dia yang dia tak sempat nak angkut balik kampung. Aku pun tak kasik can la, aku geledah barang dia pulak.

Aku jumpa diari.
Diari ni diari zaman dia kat sekolah sampai la kat U. Tapi tak hari-hari dia update. Aku baca pelan-pelan. Ada satu part tu, dia tulis dia keluar ngan ex-gf dia. Masa tu dia dah couple ngan aku. Aku tak kisah la dia nak kuar pun sebab exgf dia sekampung ngan dia. Tapi masalahnya, dia tak penah bagitau aku. Kalau aku tanya pasal exgf, cehh mengutuk saje. Siap la pulak dia tulis dia pi bercuti ngan exgf dia. Mak aiiii, sakannnnn.

Aku baca page lain pulak.
Kali ni dia cakap dia jumpa exgf dia yang kedua. Bla bla bla bla. Aku lupa apa dia tulis tapi lepas aku baca aku terus call exgf dia yang kedua ni, X.

Mamamiaaaaaaaaa.
X ni bagitau dia memang teringin nak jumpa aku. Banyak benda dia nak cerita.
Ok, citer la aku dengar ni.

Dia cakap masa tungau ni kat U lagi, masa tu tgh berkapel ngan aku, almost every week dia still call X. Padahal X ni dah reject dia before SPM lagi. Pastu ada satu sem break tu, tungau ni call X ajak jumpa. Tapi X ni taknak, member dah ada balak baru. Saper nak jumpa kau kan. Alih-alih, X ni cakap tungau ni dah ada depan umah dia, waktu malam. Dia nak jumpa gak. X ni kata, tungau ni nak ajak dia berborak.

Akai ada ke? Dah malam, ko nak ajak anak dara orang berborak kat luar rumah. Mak bapak ada kat dalam. Dia ni ada otak ke tak? X cakap tungau ni tunjuk kat dia gambar aku.

X : You chinese look kan? Putih-putih?

Aku : Errr.. (aku putih??? Putih antara yang hitam kot). Tak la, I kulit gelap.

X : Eh, ye ke? I tengok u macam cina je.

Pastu aku dah dapat agak. Dia tak tunjuk gambar aku, tapi tunjuk gambar orang lain. Apa motif dia ha??????
Patutla manjang takde duit, rupanya duit abis menelifon semua ex-es.
Bingai.

Masa aku dah kawen pun dia still nak enterframe lam hidup aku. Time tu aku baru kawen dalam sebulan lebih kot. Pastu dia datang KL sebab gf dia nak konvo. Gf dia budak Penang yang study kat UiTM. Ok la fine. Ko dah ada awek. Bagus. Tapi yang ko nak tido umah mak aku tu apesal? Eh tolong la. Ko tak tau malu ke? Kau ni adik beradik pun bukan, sedara pun tak. Abang ko ada terpacak kat Subang Jaya, yang ko nak melepak umah aku apa kes?

Tapi mak aku kata takpelahhhh...kesiannnnnn. Aku takleh cakap apa la kan. Tapi masa tu aku tak risau dah sebab aku dah ada En Wan. Cuma aku benci tengok kelibat dia lam rumah ni. Selamba je dia nak makan sekali ngan kitorang. Dah la ko tu orang luar, merempat, kat meja makan dia lak yang kontrol the conversation. Cam kau pulak tuan rumah. En Wan senyap je. Dia kata orang sakit mental cam ni elok bagi silent treatment je. Aku pun malas nak dengar cerita dia yang kalau 100 patah perkataan dia cakap, 120 patah confirm menipu.

Dia cerita dia dah join keje kapal, ALAM kot nama kompeni tu. Habis hebat la nih. Travel overseas. Citer dah beli home theater, tapi park home theater tu kat umah family awek. Nak impresskan family awek la ni.

Siap tanya Ibal, ko taknak ambik lesen kapal ke?
Paler tungkik kau. Agak-agak kalau aku ambik lesen kapal, kapal tu boleh parking depan umah aku tak?
Cakap biar pakai otak la beb, jangan pakai bontot.

Dia nak pi graduation awek dia esok, tapi tak inform sesaper. Even awek dia pun tak tau. Kira surprise la. Nak pi graduation, tapi mintak bapak aku hantar sampai depan pintu gate UiTM. Kau boleh tak kalau hidup tak menyusahkan orang?

Petang tu lepas balik keje, aku masuk lam bilik beromen ngan En Wan.
Wakakaka.
Selingan je tu.

Yang aku ingat, petang tu balik keje, aku cam biasa akan melepak kat bilik ngan En Wan. Elok je aku tengah melepak, dia ketuk pintu bilik aku. Berani dowhhh.
En Wan bukak pintu 'Nak apa?'

'Aku nak cakap dengan Diana jap'
Kuang ajar okk.
Memang dasar takde otak, takde hati, takde perasaan, takde apa semua takde lah.

En Wan pun suruh aku keluar jumpa dia jap. Dia tau tungau ni takkan apa-apa kan aku. Aku masuk bilik Ibal. Tapi pintu aku bukak.
Dia dok depan aku, siap tundukkan kepala, pandang lantai. Ambik mood la tu konon.
Apa lagi yang kau nak menipu ni.

Dia cakap dia kena tipu.
Dia gi graduation tu tadi, dalam buku tetamu takde pun nama awek dia. Tapi awek dia kata dia grad that day. Dia tunggu gak sampai majlis habis. Konfem awek dia takde. Pastu dia call awek dia, tak angkat-angkat. Last-last satu laki angkat nama Nizam ke Nazri, camtu la. Balak kepada awek dia.

Aku senyum je dengar dongeng dia ni. Malas percaya. Kalau betul pun, padan ngan muka kau. Ngan aku dulu ko tipu hidup-hidup, memang ko elok dapat pompuan yang tipu kau pulak. Baru ko rasa.

Pastu dia call makbapak awek dia, nak mengadu la ni. Bapak awek dia ni tau anak dia dah ada balak, tapi dah kau terhegeh-hegeh nak kat anak dia kan, siap tunjuk kekayaan kau lagi, parking home theater kat umah dia saper tak tolak kan? Pastu nak ambik balik segala harta benda. Saper nak bagi. Kau ingat dorang nak bagi? Apa bukti itu barang kau? Padan muka.

Boleh la pulak mak aku tolong call kan awek dia ni tanya kenapa wat dia camtu?
Tak baik tauuuuuuuu.

Ptuihhhhhhhhhhhh!!!!
Dia gunakan mak aku pulak.
Aku heran apasal klorga aku jadik kena-mengena ngan dia ha? Asal dia ada lam ini gambar, satu klorga terlibat.

So, apa musababnya yang ko panggil aku ni? Ko nak bagitau apa lagi?

'**** dah buntu dah. Tak tau nak wat apa. Sebab tu **** nak bercakap ngan awak. Boleh tenang sikit hati ****'.
Sudah la kau.
Aku nak mandi. Terus aku masuk bilik, mandi ngan laki aku.
Habis citer.

Lepas aku bersalin Redza a few months, dia datang umah mak aku.
Time tu kebetulan aku ada sana. So masa dia sampai umah tu aku tengah makan kat dapur. Muka memang cuak gila la nampak aku ada lam rumah tu. Tau dia datang wat apa?
Datang nak kenalkan tunang dia kat makpak aku.
What the hell???

Siap kenalkan 'Ni la mak angkat saya'.
Gampang la.

Taknak kenalkan aku pulak ke???

Aku tak penah tau pun aku ada adik-beradik angkat? Adik-adik aku dah cukup satu laki, satu pompan, and aku pun dah berlaki. Dah ramai dah lam rumah ni, takyah ko susah-susah nak offer diri menyemakkan lagi rumah mak aku.

Pehhhh...tunang dia kerek sialllllllllllll. Agaknya tungau ni cerita benda merepek-repek hingga aku ni boleh diklasifikasikan dalam group underdog. Tunang dia cam tak reti cakap melayu. Skipping london sehhhhhh.

Muka memang kampung la. Mula la aku nak menghina ni.
Dengan serbah serbih pakai baju kurung besar jumpa makpak aku, dengan muka tak berbedak. Kau ngan aku sama hitam ok, boleh tak kau pakai bedak sket sebelum masuk umah aku? Macam sakai terlepas. Pastu suara kuat gila macam pakai hailer. Cakap omputih la katakan, mesti la kena kuat sket. Kang jiran sebelah tak tau pulak lam umah ni ada orang berpelajaran tinggi bertandang.
Pundek.

Apa entah agaknya tungau ni mengumpat pasal aku kat pompuan ni, tunang dia belagak nak mampos ngan aku. Aku rasa tungau ni bagitau, aku ni tak abis blaja, keje kerani kelas paling bawahan ngan kerajaan. Sila baca conversation kami :

Tunang Tungau : You keje goverment kan?

Aku : Dulu la, now I dah join private. Biotech company.

Tunang Tungau : (masa ni muka dia berubah sikit. And tungau ni pandang tempat lain. Aku tau dia gabra sebab apa dia cerita kat tunang dia agak tak tally dengan apa yg aku bagitau)
Oh ye ke, I pun keje private company. Kilang kat Kulim. Tapi I executive.

What the fuck ko nak stresskan kat aku yang ko bukan operator kilang tapi executive??? Laki aku pun keje kilang, tapi takde la nak stresskan kat semua orang yang dia tu engineer. Selama aku kawen ngan En Wan, mana dia pegi, kalau orang tanya 'Keje kat mana?'
'Keje kilang je'. Itula jawapan En Wan.
Takde hal pun. Kalau ko operator sekalipun, takde kena-mengena ngan aku.

Payah kalau orang yang hidupnya asik nak berlagak. Asik rasa insecure sepanjang masa. Kalau boleh nak bagitau satu dunia dia ni siapa.

Masa nak balik, tengah-tengah diorang pakai kasut, mak aku tanya la 'So bila nak kawennya ni? Jangan lupa jemput'.
Tau apa jawapan yang aku dapat??

Tungau ni reply 'Tak tau lagi makcik. Kena tanya Diana'.
Erkk???
Tanya aku?

Sepantas kilat tunang dia toleh kat dia and tinggikan suara 'What? Diana?????'
Hahahahhahha...aku dah bantai gelak kat blakang. En Wan senyum je.
Masa tu aku tengok muka tungau ni gabra gila. Muka orang yang terlepas cakap pastu tak tau nak cover apa dah. Memang cuak gila muka dia. Aku bajet teruk tungau ni kena bambu ngan tunang dia lam keta kang. Mampos ko la. Dulu ngan aku sket punya bengis kau kan. Skang dapat la buku ngan ruas.

Then mak aku tanya 'Eh, mana keta?'
'Tadi saya terlajak ke dapan, so jalan kaki masuk sini'.
Apa la punya jawapan. Sangat rendah IQ kau nak menipu pun fail.
Kalau terlajak sekalipun, keta ko takde gear reverse ke?
Bukan apa. Dia tau En Wan pakai Prelude, so segan la kan nak tunjuk keta dia kat aku. Nampak sangat la loser.
Kan aku dah menghina lagi. Jangan wat aku hangin.

Aku kenal sangat ngan tungau bangang ni. Dia ni takkan tunjuk keloseran dia kat orang apatah lagi kat rival dia. Sebab tu kalau bercerita ngan makpak aku takmo kalahhhh, dia dah pi Seoul, Spain la apa la, konon nak hint yang rugila kau tak ambik aku as menantu. Aku dah keliling dunia okkkk.
Keliling dunia free ikut kapal tak main la beb. Jangan nak belagak ngan aku.

Aku tak tau apa nasib dia skang. Yang aku tau dia dah kawen ngan pompuan tu, and ada anak.
Masa dia kawen, dia hantar kad kat mak aku, tapi biasa la, adik-adik aku semua anti-tungau. Kad dia sampai je, adik aku terus inform aku. And aku pun ambik kad tu humban lam tong sampah. Sekian, terima kasih.

Minggu yang dia nak kawen tu, dia sms aku 'Jemputan ke majlis perkahwinan bla bla bla'.
Pastu aku reply, 'sorry wrong number'.
Aku rasa sampai sini je kot cerita dia. Kalau ada yang lain-lain tu peristiwa tak berapa penting sangat. Aku taknak reveal nama dia kat sini. Mana la tau kot-kot sok anak dia besar terbaca lak blog aku ni, nampak lak nama bapak dia. Apa yang jadik between aku ngan dia, memang aku takkan lupa sampai mati. And aku bajet dia pun tak lupa. Sebab dia yang bersusah payah pikir jalan cerita drama ni semua. Very the drama queen tungau ni.

Ada hikmahnya semua ni jadi. Mungkin kalau benda ni tak terjadik aku tak nampak tanduk setan dia yang selama ni tersembunyi. And frankly sampai skang aku tak sure samada aku kenal dia ke tak. Aku tak sure mana satu personaliti dia.

Rupanya En Wan jodoh aku. Aku tak kata la En Wan terbaik. Sekurang-kurangnya dia terbaik untuk aku and dia takde split personality. Itu dah cukup.

Mungkin kalau benda ni tak terjadi, aku takkan tau rupanya aku ada kawan-kawan yang sanggup susah senang sama-sama. Sanggup bawak aku lari dari kena toreh dek tungau, sanggup ambik risiko signkan attendance aku bila aku tengah sakit otak pikir masalah tungau gila ni, sanggup ponteng kelas sebab nak selamatkan aku dari kena luku dek tungau, and sanggup sedekah pipi untuk ditampar. (pandang Rozie lagi)

Aku berdoa satu je. Jangan la anak aku kawen ngan anak dia.

And thanks for reading this. Aku tak penah cerita benda ni secara terbuka. At least dah tua sok, kalau blog ni masih ada (dah tua pun nak blogging lagi), aku dapat ingat balik semua kekejian yang berlaku zaman muda dulu.

Panjang eh?
Kira aku takyah update dah blog ni sampai tahun depan.

posted by green apple @ 1:21 PM  
Newer›  ‹Older
Sambung story dak tungau
November 20, 2007

Masa aku masuk bilik Hairi tu memang tungau ni tengah tido. So aku pun kejut dia, sebab aku tau Mazlan ada class pagi tu so maknanya dia pun kena la pi class. Dia bangun mata terkebil-kebil nampak aku.

'Surpriseeeee. Cakkk!!!!'

Tengkorak la aku nak wat camtu kat dia. Nak kejutkan dia pun dah seksa dunia aku rasa.

So dia terus pegang tangan aku.

'Thank you Di, Thank you.'
Hok olohhhh, pehal kau??

So, aku cakap siang-siang yang Hairi yang suruh aku datang sini, aku pun tak tau kenapa. Aku ada kelas jap lagi, so aku nak balik. Dan-dan tu sakit otak dia sampai. Benci la aku bodoh-bodohkan aku camni. Aku ni dah memang azali bodoh, ko tak payah nak tambahkan bengap aku lagi.

Aku pun lupa apa jadik dah pastu, tapi yang pastinya malam tu aku balik rumah girls semula.

Ha, lupa lak. Kes yang dia mengadu kat aku orang frame dia mencurik tu kan. Itu adelah bukan sandiwara. Benda tu memang betul jadik. Siapa ntah yang bagitau aku, tapi budak laki geng2 dia jugak la. Cenggini. Budak-budak ni semua memang dah suspect tungau ni suka mencurik duit orang. Aku pun tak paham apa yang dia nak beli ngan duit-duit ni semua.

So, one guy ni saje letakkan wallet dia atas study. Pastu dia nyorok bawah katil. Sengal gak budak ni, boleh lak timbul idea nak menyorok bawah katil. Tolonggggg la.

So masa dia menyorok ni memang dia dah bajet tungau ni akan masuk bilik dia. Nak jadikan citer, tungau ni memang masuk bilik tu. Budak ni nampak memula si tungau ni macam carik orang lam bilik tapi takde orang. Pastu dia benti kat study, pegang-pegang belek-belek wallet ni pastu blah dengan angkut wallet tu sekali. Apa citer la kan??

Kena la kau.

Agaknya dah terkantoi sebab budak-budak laki pakat panggil and sound dia. So, takleh nak lari dah, dah takde saper percayakan dia, dia nak saiko aku pulak. Sebab aku kan bangang. Percaya je kat dia. Tu yang menggagau carik aku malam tu. And malam tu sebelum aku terserempak ngan Kharil, aku nampak dia keluar dari bilik dia bawak blade. Gila la katakan, tak pegang pisau bukan gila namanya. Balik-balik pisau. Balik-balik pisau. Aku sembelih telor ko ngan pisau tu baru tau.

So, dia jumpa aku dengan tangan pegang blade. Tunjuk terer la ngan aku ni. Saya ada pisau okkkkkkk. Blah.

Dia cakap kat aku, dia nak bunuh diri. Pastu dia lari keluar dari kolej. Kosser la aku nak kejar kan, malam-malam buta lak tu. So aku ikut Zuki balik rumah girls malam tu. benda ni jadik yang malam Hairi datang jumpa aku tu.

Eh, tunggang terbalik citer aku ni ek? Lantak la. Pandai-pandaila korang pahamkan.

Malam tu before Hairi jumpa aku, budak-budak pompuan ni buat sessi membrainwash. Apeng paling suka part membasuh aku ni. Aku bagitau yang dak tungau ni nak bunuh diri. Tolong la weiii, kalau dia bunuh diri camne?

'Oi Diana, takde orang yang nak bunuh diri pegi bagitau siang-siang kat orang lain dia nak bunuh diri la.'
Betul gak cakap Apeng.
Tapi aku menjawab balik.

'Dia kata dia nak terjun jambatan Penggg. Camne ni, jadik kes polis kang'

'Dia nak terjun jambatan? Ha, pegi terjun aku nak tengok. Ko jangan percaya la Diana. Dia tu gila tau tak'
Sangat bernas kata-kata Apeng. Tapi aku still takut jugak. Ye la, sekali dia buat gila terjun betul-betul, tak ke ngan aku-aku sekali kena angkut masuk court? Tolong la okkk, aku dah nak final year ni.

And betul!!
Dia memang tak terjun jambatan, tak jugak bunuh diri.
Tapi tumpang tido rumah Hairi.

Bangkai.

Soklan yang ko tanya aku Enonz, betul ke tak tungau ni pernah jalan kaki dari Samarahan ke Stutong, (that was like 25km ada?) dengan bawak pisau tu, memang BENARRRR. Mental siallllll.

Dia bawak pisau tu sebab nak bunuh aku la. Yang malam dia paksa aku mengaku nak balik kat dia tu. Ha, siang tu la dia marathon jalan kaki 25km dengan bawak pisau. Dia cari baton tak jumpa kot. Pisau pun jadik la.

Tapi bukannya dia berjalan sejauh tu punnnn. Tak salah aku Awie kata time dia nak balik ke rumah, on the way tu dia nampak tungau ni dah lembik semacam jalan tengah-tengah hari buta. So dia tumpangkan sampai umah. Hek elehhhh. Nak wat aksi Rambo, tapi lembik. Kosser okkk. Tu yang malam tu dia bertindak cam bagus tuh. Dah cas tenaga la kot, tido dulu kat umah siap-siap. Pastuh baru mengganas. Cam haram.

Aku tak ingat bila, tapi masa tu memang aku dah declare ngan En Wan. Aku balik cuti. Dia tak balik sebab takde duit nak beli tiket, tapi gedik gak nak balik. Ni bukan apa, saje nak perati aku buat apa kat umah, beromen ngan En Wan ke tak. Mampos la yang ko susah hati aku nak beromen ngan saper pun. Bengang la aku nih. Padahal dia sendiri tau yang En Wan takde kat Mesia, tapi saje je la kan, nak bagi puas hati sendiri. Bagi dia, kalau tak dapat aku, semua orang pun takleh dapat. Ko ingat ko bagus?

So, satu hari tu aku dah sampai umah, then kawan aku, Izham call dari Kuching. Dia bagitau, tungau ni dah dapat tiket (mana dapat duit aku tak tau, curik kot) nak balik KL.

Dah tu, apa kena-mengena ngan aku?

'Dia tu dah cam tak betul je aku tengok. Ko bawak la balik umah kau. Sebab dia cuma ada duit beli tiket je. Duit tambang teksi memang takde lansung'.

Babi la.

Aku pulak yang kena usung dia balik rumah? Rumah makpak aku lak tu. Menggelegak dah darah aku time tu. Seb baik Izham tu abang angkat aku, so malas la nak kuang ajar sangat. Aku ye kan je la. Tuhan je yang tau camana aku tahan-tahan diri aku dari asah parang kat bawah lemari ni. Kalau aku tak ingat Tuhan, lama dah aku rodok parang ni kat dia. Mak Aji tersangatttt la concernnya dengan mental dak tungau ni, so dia kata takpe, nanti mama papa fetch, Diana duduk rumah. Aku pun tak hingin nak jemput.

Mak aku kan memang risau sangat budak ni menggila kat umah dia. Disebabkan dia, banyak kali aku bergaduh ngan mak aku. Dek kesian sangat kat si gila ni, dia tak tau anak dia selalu kena bantai ngan tungau tu. Aku memang takde keje la nak cerita benda ni kat makpak aku. Kang aku yang balik-balik kena. Tu la, aku suruh blaja, ko gatal nak berlaki. Mak aku kalau 'azan' panjang gila okkkkk. Bingit telinga aku.

Masa keta bapak aku sampai kat umah, aku dah standby nak sangat tengok muka dia bersalah ke tak mengacau ketenteraman makpak aku nak tengok berita, terpaksa gi ambik dia pulak kat airport. Satu keje!

Cewahhh. Buat muka stresss. Stress la sangat-sangatnya. Mak aku boleh suruh aku siapkan nasik. Sebab tungau ni tak makan lagi. What the hell aku nak siapkan nasik kau? Bapak aku pun cedok nasik sendiri tau. Well, ngan mak aji aku takleh bangkang sangat, dengan mendidihnya darah aku siapkan nasik dia, tapi aku goreng telor je. Pastu aku naik atas. Bengang gilaaaaaaaaaaaaaa.

Esoknya, mak pak aku gi keje. Ahh, sudah. Tinggal aku, dia ngan Ibal je kat rumah ni. Mati aku kang. Tapi memang hampir mati pun.

Dia dok bilik Ibal, bilik Ibal ngan aku attached ngan toilet, so sewenang-wenangnya dia terjah bilik aku. Tapi masa tu aku ada kat bilik mak aku, guna PC. Tau dia wat apa kat bilik aku? Dia pi geledah barang-barang aku. Apa dia nak carik pun aku tak tau. Tapi aku rasa dia nak tengok diari aku kot. Tapi tak jumpa. Dia jumpa pulak surat yang aku baru tulis untuk En Wan. Dia baca surat tu pastu meroyan. Dia masuk bilik mak aku, tarik rambut aku, heret aku masuk bilik aku. Aku lam kepala dah pikir dia ni nak rogol aku ke? Berani kau nak rogol aku kat umah aku sendiri. Nak mati? Rupanya tak.

Perasannya aku.

Dia hempaskan aku kat atas katil, pastu dia koyakkan surat tu depan mata aku konon nak bagitau dia jumpa la surat aku tu. Apehal pun kalau aku nak bagi surat kat En Wan? Ko ada apa sangkut-paut? Pastu dia ambik bantal tekap kat muka aku, sampai aku tendang perot dia sebab takleh bernafas. Tak cukup ngan tu, dia hantukkan paler aku kat dinding. Tapi kali ni aku dah pandai cover ngan tapak tangan. First time paler kena hantuk ngan dia was masa kat bilik hostel aku.

Ooo, aku lom cerita ye? Takpe, tu karang.

Berani okkk, dia wat aku camtu kat, umah aku lagi. Memang gila tungau ni. Aku terjerit-jerit lam bilik tu, adik aku boleh tak dengar. Padahal dia kat bawah je tengok tv. Aku rasa jiran sebelah kalau tak gi keje dah boleh dengar bijik butir apa aku maki kat tungau ni.

Bukan salah apa pun. Dia sakit hati sebab En Wan dapat tackle aku. And dia bengang baca surat tu aku tulis 'I Love You' apa semua kat En Wan. Gila apa dia ni? Dah itu balak aku, pasalla aku nak tulis apa pun. Yang ko baca saper suruh. Pastu petang tu before mak aku balik keje, dia dah bla. Berambos la kau. Pegi mampos pun takpe. Aku dah taknak pikir nasib mak bapak ko dah. Alih-alih esok petang timbul balikkkkk. Dasar muka tak malu. Tapi malam tu jugak dia balik Kuching. Mak bapak aku gakkkk yang hantar ke airport. Sengallll.

Ok, patah balik. Masa aku second year, aku dapat dok hostel. That's why segala apa dia wat kat aku kawan-kawan aku tak tau-menahu sebab diorang tinggal kat luar (Stutong). Sebab aku takde geng kat hostel, dia sesedap la nak sepak terajang aku.

Ada satu hari tu, dia curik surat aku. Dah baca pastu sentap sorang-sorang. Bangang.
Masa tu aku ada class. Dari jauh, aku nampak moto dia park depan hostel aku. Aikk? Dia jumpa saper kat hostel ni? Aku buat tak tau. Aku naik je hostel, aku nampak kasut dia kat depan. Ah, sudah. Gila dia dah sampai. Aku berlari masuk bilik. Aku pegang tombol pintu, tak berkunci. Sah, dia dah kopakkan pintu bilik aku. Aku bukak pintu, elokkkk je dia tengah landing atas katil aku dengan lemari aku terbukak, laci aku terkangkang, barang-barang aku habis bersepah kat lantai.

Mengucap panjang aku okkk. Dia ni kenapa ha?
Aku tutup pintu and sendal ngan kerusi. Aku slow talk ngan dia. Takleh baran-baran kang dia rogol aku kang. Balik-balik rogol je aku terpikir. Dalam pada aku slow talk tu dia leh hentak kepala aku kat dinding. Bergegar otak aku sampai rasa nak termuntah. Tapi aku sabar gak.

Lama gila aku slow talk ngan dia lam tu, ada dekat 3 jam, sampai siang tukar malam la. Alih-alih pintu bilik aku berketuk, aku bukak nampak saper ntah budak pompuan tu tapi aku tau dia budak Perlis. Dia cakap 'Diana, aku tak tau apa jadik between ko ngan ****, tapi baik ko settle cepat-cepat, kalau tak aku panggil warden'.
Aku ni ada penyakit selalu nak pitam tau. The moment dia cakap camtu aku dah lembik dah, mana nak handle orang sakit otak, mana nak menjawab ngan warden kalau kena tangkap. Paling aku takleh nak bayangkan kalau dorang declare khalwat, kena kawen ngan orang gila ni. Mati jawabnya.

Finally dengan maju jayanya aku pujuk dia keluar dari bilik aku.

Masa aku final year, time ni kitorang semua dapat hostel. So, rumah aku ada aku, Rozie, Apeng (roommate) ngan Ayu. Lama gak la dia tak wat keje meroyan ni. Tapi bebudak rumah aku perasan, dia ni suka la bagi pinjam PC dia kat aku, pastu lepas 2 minggu ambik balik, pastu hantar balik. Sanggup dia mengusung bendalah tu pulang balik. Aku ni macam biasa la blur. Tak paham apa maksud disebaliknya. Tapi dak Apeng ngan Rozie dah sound aku tungau ni kejap-kejap datang pasang PC sebab that' s the only way dia nak jumpa aku, dapat mengadap muak aku lama sikit. Pastu motor yang dia pakai tu moto bapak aku. So dia gunakan la ayat mandrem 'Papa bagi moto ni sebab senang **** nak bawak Di pegi mana-mana. Naik je la ngan ****. Takkan Wan marah kottt'.

Knowing diri sendiri yang sangat la bodoh, kengkadang aku pegi la jugak kuar makan ngan dia naik moto. En Wan memula taknak bagi gak, tapi dia kata kesian pulak kat aku asik kena tunggu member balik bertenet baru boleh makan (sambil pandang Rozie. Dia ni kalau aku kirim makanan, sampai kejung la mee goreng tu baru dia balik. Kan? Kan?). Tapi En Wan warning, jangan melayan dia lelebih, jangan peluk dia masa naik moto (takde keje aku), jangan kuar outing ngan dia, kuar makan je. Ok la, fine. Mak aku pun tau aku just uar makan ngan dia.

Ingatkan dah settle. Tapi rupanya tak settle jugak.
Dalam masa yang sama dia still put on hope nak kat aku balik. Hari-hari dia belikan kek feveret aku Blueberry cake (lepas tu kek ni dah tak jadik feveret aku dah) ngan cup corn. Rozie ngan Apeng selalu sound aku jangan makan benda ni. Takut dia baca apa-apa. Diorang yang bedal. Bagusssssss.

Satu hari tu, siapa ntah wat cerita aku dah nak kawen ngan En Wan. Apa lagi, gelupur tak hingat la tungau ni. Dia pi serang aku kat rumah. Masa tu kitorang satu rumah tengah melepak. Waktu petang time tu. Aku berlari masuk bilik Ayu ngan Rozie. Tapi masa tu Rozie kat luar, Ayu je lam bilik tengah tido. Aku kunci pintu dari dalam. Dia hentak pintu punya la kuat, sampai melompat aku kat dalam.

Masa tu aku takde HP ni semua. So aku mintak Ayu call mak aku, cakap condition aku kat sini camne. At the same time, kat luar ni dah hiruk-pikuk dengan suara Apeng ngan Rozie menjerit-jerit kat tungau ni suruh keluar rumah. Memang chaotic gila la. Aku dah melalak-lalak kat dalam takut.

Last-last Rozie ketuk pintu suruh aku keluar. Dia kata takpe, diorang semua ada. Aku keluar la. Aku keluar je dari bilik Rozie, si tungau ni terus heret aku masuk bilik aku pastu tutup pintu. Kunci. Tuhan je yang tau camne aku rasa. Aku ingat mati je time tu. Bergegar-gegar pintu bilik aku Apeng ngan Rozie ketuk, Ayu lak dok mendial rumah mak aku tak dapat-dapat. Kecoh siallll.

Kat dalam bilik tu cakap la apa aku tak rasa. Pelempang, penumbuk, tarik rambut, hentak paler kat dinding semua aku dapat. Dia dah puas lanyak aku, pastu dia bukak pintu. Rozie terus terkam and peluk aku.

Kan, aku dah nak nangis ni.
Fobia kalau aku ingat balik kes ni.

Apeng menjerit marah kat tungau.
Masa dia berbalas-balas tempik ngan Apeng, dia hayun tangan kat muka aku, tempias dia dapat kat pipi Rozie pulak. Haa, nak sangat bela aku kan. Ko pun dapat sekali. Ko still takleh lupa kan penampar dia? Ko dapat hujung jari je tu, aku ni berdesing telinga kena tapak tangan dia. Full. Cilaka punya jantan.

Aku tak ingat apa dah jadik lepas tu, yang aku ingat budak-budak sebelah rumah (rumah kau la Enon) aku rasa Mala kot, berlari pi carik roommate tungau ni, si Nazri. Tetiba je aku nampak Nazri ada depan bilik aku.

Nazri : ****, jom kita gi makan. Aku takde geng la
(slow je mamat ni cakap kat dia. Gila guna psikologi mamat nihhhh)

Tungau babi : Ko gi dulu la, aku makan kejap lagi.

Nazri : Jom la, kita makan sama-sama, ada benda aku nak tunjuk ni.

Apa ntah Nazri cakap lagi, last-last dia keluar jugak. Hebat gak Nazri ni saiko kan dia.
Dia kuar-kuar je bilik, Ayu bagi HP 'Nah, mama Diana nak cakap'.
Ambik kau.

Aku tak tau apa yang mak aku sound dia. Tapi yang aku tau itulah harinya makpak aku tau yang selama ni anak dia kena belasah. Menangis mak aku bila aku mengaku yang selama ni aku berdepan ngan masalah ni tapi aku tak bagitau dia. Malas la ok nak semakkan paler orang tua ngan masalah yang kita carik sendiri. Saper suruh bercinta kan? Bercinta ngan orang gila lak tu.

Disebabkan kes petang tu la, En Wan decide nak bertunang cepat. Nak selamatkan aku.

Lepas aku bertunang lagi bestttttt. Tak puas ati lagi ni.
Kan aku cerita lepas bertunang, En Wan hantar aku balik Kuching kan. So En Wan lepak lam 3 hari kat sana. Tumpang rumah Mazlan. Aku ngan Apeng tido sana sekali. So, satu pagi yang indah, semorang gi klas, tinggal aku ngan En Wan je kat rumah tu. Aku ada kelas petang. Tengahari tu En Wan dah nak balik KL.

Masa tu aku tengah gosok baju lam bilik atas lantai, En Wan lepak atas katil tengah kira duit Jepun dia. Pastu aku dengar cam bunyik orang seret moto. Ahh, aku takde pikir orang lain dah. Dia ni memang ada penyakit suka matikan enjin moto dari jauh pastu seret pelan-pelan. Aku dengar ada orang try nak bukak grill depan. Aku dah terbenti dari menggosok. Terus aku kunci pintu bilik. En Wan terbangang-bangang apehal muka aku cuak semacam. Pastu jap lagi aku dengar orang hentak grill blakang pulak, macam paksa grill tu bukak. Then, dengar tapak kaki orang masuk sampai kat hall. En Wan kata, kita kuar, dia nak sangat tengok muka tungau ni. Ya Allah, aku takut gila time tu. Dibuatnya bergaduh kat sini, mati keringggg.

Aku kuar tengok dia tengah lepak atas kerusi depan PC, tapi kerusi tu dia pusing mengadap bilik aku. Aku hai hoi lebih kurang ngan dia. Siap salam okkkk dengan En Wan, tapi tak angkat muka. Samada dia bengang tengok muka rival dia (hahahah) ataupun dia sebenarnya kecut kote depan lelaki. Depan pompuan je berani.

Aku tak pasti apa motif dia datang umah Mazlan. Tapi tak sampai 15 minit, keta Mazlan sampai. Yan ada sekali lam keta. Mazlan wat cam biasa je masa masuk rumah, Yan terus tarik aku masuk bilik. Yan kata, sampai je kolej, dia tanya Mazlan, tungau ni datang kuliah tak, sebab tungau ngan Mazlan satu course. Mazlan kata takde. Yan suruh Mazlan cut the next class sebab nak berkejar balik. Dia dah bajet sure tungau ni carik aku kat rumah Mazlan. Betul rupanya. Baik kan, kawan-kawan aku? Sanggup ponteng kelas sebab nak slamatkan aku. Tapi memang korang carik jalan je nak monteng kan?

Banyak lagi cerita aku ni. Dia punya menggila sambung sampai aku dah menikah. Tapi aku perlu istirehat. Esok nak gi keje. Kalau ada masa sok aku sambung, kalau aku tak sambung pepandai la guna imaginasi buat ending cerita. Nak siapkan entry ni sampai aku hilang masa nak masuk blog korang. Sori kay, ada masa nanti aku pasti jenguk blog kengkawan sekalian. Doakan la mood aku ada nak sambung citer basi ni.

posted by green apple @ 9:27 PM  
Newer›  ‹Older
Untuk pengetahuan dak Enonz yang sekapal ngan aku tapi selalu ketinggalan a.k.a BLUR. Wakakaka.

Seronok la pulak dak Enonz ngan Wanz mengutuk aku secara terang-terangan. Bagus la korang dua ni. Berani bersuara. Pak Lah memang tengah carik orang cam ni.

Trajedi si tungau ni sebenarnya aku cam dah rasa tempias-tempias dia lepas 6 bulan bercouple lagi. Kira masa matrik lagi. Tu la dia, makpak hantar jauh-jauh soh blaja, kau pegi merenyam saper suruh kan. Dapat la habuan.

Masa memula couple tu takde la nampak lagi tebiat nak mampos dia. Terkawal lagi la kot. Memula dulu pun aku asik la bagi hadiah la, belikan baju la, belanja makan la, kalau pi outing tu manjang je aku yang bayar. Tapi sebab sayang kan, so tutup mata je. Aku pun tak mengharap sangat duit dia sebab tau masing-masing blaja. Cuma terdetik la jugak, dia ni takde pun nak belikan aku apa-apa. Toksah kata nak beli yang murah-murah, kalau kat Parkson tu lalu je depan area BUM Equip (paling kelas la dulu nih), siap boleh hint-hint '**** teringin la baju tu. Tapi takde duit'. So? Takde duit apesal pandang muka aku? Pastu buat muka toye. Aku ni kan penuh dengan sifat simpati dan mengasihani. Lalu akal bodoh aku pun menjelma. Boleh la pulak aku bermurah hati belikan dia baju tu.

Si bahalul ni pulak, siap pi kepoh tunjuk kat member-member serumah dia (Izhar ngan Ijan), everytime dapat baju baru dari aku. Jakun sial. Tapi masa ni aku tak tau lagi pe'el dia.

Ko ingat tak (perhatian kepada Rozie dan Enonz), dulu masa matrik, ada certain Jumaat, mesti ada budak laki hilang duit. Kecoh la dulu kata si Fairuz tu yang ambik. Tak tau la betul ke tak kan. Aku pun malas la nak ambik tau sebab bukan duit aku yang hilang.
Wakakaka. Dasar pentingkan diri sendiri.

Tapi seingat aku la, selama aku kapel ngan dia 2 tahun, 3 kali purse aku hilang. First hilang kat kolej. Malam before aku balik tu, aku bertenet ngan dia depan rumah (Kolej kitorang rumah sebijik-sebijik ala banglo gitu). Aku tenet sambil bersila atas jalan. Pastu purse tu aku letak atas riba. Pulak tu aku tenet betul-betul depan rumah, bawah lampu jalan lagi. Jadik, lojiknya kalau purse aku jatuh dari riba pun, at least dengar la bunyik jatuh, pastu kalau bangun pun, kira konfem nampak la purse tu atas jalan sebab jalan tu terang bersuluh ngan lampu.

So, kiranya esok tu aku balik KL sorang, dia tak balik. Sengkek la katakan. Hahaha. Keji.

So lepas tenet sambil makan burger, aku masuk rumah. Aku yakin lagi jamin dan amat konfiden yang purse tu atas riba aku. Sebab selalunya sambil tenet aku akan timang-timang purse. So, masa aku masuk rumah, aku terus gi meja study aku nak simpan purse. Tetiba aku sedar tangan aku kosong. Cuma ada plastic sampah burger je. Aku terus keluar balik and jenguk kat jalan, tapi takde apa-apa. Aik?? Takkan kejap sangat hilangnya. Aku pun carik la kat tepi-tepi tu pastu masuk balik umah carik lagi. Tapi takde.

Aku terus gi umah tungau ni. Masa tu dia baru je sampai. (Hostel laki ngan pompuan satu tempat). Aku pun mintak la dia tolong carik. Cehh, sesama kepoh carik ni. Takde jugak. Camana la aku nak balik besok ni. Seb baik tiket flight aku tak letak lam purse.

Esoknya aku balik dengan tak berpurse. Standby kad matrik kot-kot kena tahan ngan polis. Dalam purse aku tu ada duit RM600, aku dah draw nak berjoli kat KL. Aku pun bangang, pi draw perabis buat apa. Well, nama pun bangang kan.

Ok, itu satu hal. Aku tak suspect sesiapa.
Second time, masa tu 1st year. Time balik ramai-ramai after Kuching kena istihar darurat sebab haze. Tido satu malam kat airport. Aku pegang purse aku takut hilang. Masa nak check-in, aku letak purse ni lam hand luggage aku. Tengah ramai-ramai orang beratur nak check in tu, boleh hilang purse tu. Padahal purse tu aku letak lam beg celah-celah barang, beg pulak dalam troli. And dalam troli tu cuma ada barang aku and barang dia. Standard la kan, time bercinta troli pun nak share.

Aku tinggalkan troli tu kejap sesangatnya sebab nak pi check-in. Aku pulak tu yang dia suruh pi check-in. Siap check-in kan untuk dia sekali ni. Besar pangkat kau?
Bila aku patah balik kat troli, check-check, purse aku hilang. MAS mana ada nak tunjuk I/C time check-in, that's why aku tak bawak purse aku sekali. Kalau dulu AirAsia ada, konfem purse aku takkan hilang punya.

Yang tukang jaga troli tu si bangang ni la. Huru-hara la kejap satu airport tu ngan sore kitorang punggah beg masing-masing kot-kot purse aku terbang masuk beg sesaper. Sangat la tak lojik. Tapi sebab lam purse tu ada beratus, benda tak lojik pun aku belasah jadikkan lojik gak. Aku ingat lagi Si El, siap paksa aku geledah beg dia lagi mana nak tau purse aku ada lam beg dia. Apehal purse aku nak termasuk lam beg dia?

Si tungau ni tak pernah ketinggalan nak sesama sibuk carik purse aku. Aku bukan risau pasal duit tu. Aku risau mak aji kat umah bertempik purse aku hilang kali kedua.

Tapi dalam pada aku taknak tuduh sesaper tu, hati aku ni terdetik la jugak. Everytime purse aku hilang, tungau ni secara tiba-tiba ada banyak duit. Belanja aku ini la, itu la, belikan aku macam-macam. Padahal aku kenal sangat dia ni bukan jenis berduit pun. Makpak dia bukan la orang senang, adik-beradik pun banyak tanggungan. Kalau dia mintak duit dari abang dia paling banyak pun RM50 je dapat. Sebab tu aku macam terperasan gak pesal dia ni boleh banyak duit tiba-tiba. Nak kata loan masuk, the whole group sama loan, mesti semua nyer masuk sekali. Tapi aku diamkan je. Chenta katakannn.

Dia ni cam En Wan gak, asal balik cuti je mesti lepak umah mak aku taknak balik umah. Makpak aku memang sporting so, dia tak kisah kalau nak dok situ. Nak sangat bertenet kan, biar depan mata. Everytime dia balik, dia mesti tido sebilik ngan adik laki aku, Ibal. And setiap kali dia balik, duit Ibal mesti hilang. Ibal ni pulak, asal balik skolah je, duit main campak atas meja. Aku ni dok la marah Ibal everytime dia mengadu duit dia hilang. Aku takut si tungau ni kecik ati, mentang-mentang dia ada lam bilik tu orang tuduh dia mencurik. Tapi memang kau yang buat kan????

Babi.

Still, aku try taknak accept benda ni. Sampai la purse aku hilang wat kali ketiga. Actually kali ketiga ni aku dah takde kena-mengena ngan dia dah. Tapi sebab dia cam gila talak gitu, mengikut je mana aku pegi, so satu UNIMAS ingat aku still kapel ngan dia. Kali ketiga ni la purse Junko Koshino yang En Wan bagi tak sampai seminggu aku pakai hilang. Dia la punya hal. Kali ni memang akhirnya aku percayadia yang curik.

Masa tu bulan pose. Kan aku cerita dulu aku jumpa En Wan first time bulan pose kan? Dia hadiahkan aku purse tu. So, lepas seminggu aku guna purse tu dah hilang. And this purse hilang masa malam yang esoknya aku nak balik ke KL semula untuk cuti raya.

Ye, benar. Aku memang gila. Lagi 2 minggu nak balik raya pun aku still nak balik cuti Krismas gak sebab nak jumpa En Wan. Oh, saya sangat gatal okk.

Malam tu, konon-kononnyaaaaaaaaaaaaa, si tungau ni insaf la sebab buat perangai gila kat aku. So, for the last time nak makan ngan aku sebab pasni takleh nak makan sama sebab aku dah ada balak. Typical malay betul la. Kalau dah ada balak pun apa salahnya kalau nak makan sekali ngan aku? Itupun kalau aku nak la.

So, malam tu kitorang makan sesama kat KFC, naik moto. Tapi tak jadik makan sama, sebab aku rasa tak sedap hati. So, tapau je. Aku ingat lagi masa naik moto ni dia berkeras suruh aku peluk dia. What the fuck??? Dah aku taknak peluk kau, yang kau susah hati sangat pe kes? Aku pegang la kat blakang tu. Kalau motor melambung ke, aku sorang je yang tercampak. Kang kalau aku peluk ko, motor ni terbang, ngan kau-kau tercampak sekali pulak.

Memang bodoh mamat ni. Aku benci okkk ingat balik camana dia saje wat lap, saje langgar bumper. Ko nak bagi aku mampos??? Aku tak takut jatuh la bangang. Tetek aku bergegar okkkk ko langgar bumper. Sakit bodohhhhhhhhhhhh.

Plastic KFC ni aku letak lam bakul depan tu. So, purse pulak aku masukkan lam plastik ni. Sangat tak lojik la kalau dia langgar bumper purse aku terpelanting keluar dari bakul sebab plastic tu aku ikat. So, sampai je umah, aku terus masuk ngan bawak plastic sekali.

Makan-makan semua, hu ha hu ha ngan budak-budak rumah ni, pastu tido. Esok pagi aku nak gi class dengan Mala. Aku carik purse aku hilang. Cuak dah ni. Malam kang lepas buka aku nak balik KL. Grouping lak tu ngan Mazlan and Yan. Kang tak lepas lak dua ekor ni kalau aku takde. Punggah la pulak satu rumah carik purse aku. Pastu Mala hantar aku pi kolej, pi blok tungau ni. Masa dia tengan turun kat tangga aku dah jerit, '****, purse Di hilang la. Awak nampak tak semalam?'
Masa ni Tuhan tu dah tunjuk benda yang jelas, tapi aku tak nampak jugak. Masa aku cakap tu, dia boleh senyum. Not to say senyum la, tau tak kalau muka orang tengah tahan senyum camne? Ha, macam tu la. Macam muka beruk. Pastu boleh la pulak setkan ton suara dia pada suara cuak 'Ha? Hilang lagi? Awak letak kat mana?'
Hek eleeeeeeee, kalau berlakon nombor satu. Taknak mengaku ni. Si Mala dah malas nak masuk campur dah sebab aku tau dia dah benci sangat ngan tebiat tungau ni. Malam tu aku balik KL dengan takde purse lagi. Suwey pulak rasanya.

Malam tu, kat flight, Yan bagitau aku Mazlan konfem tungau ni yang ambik purse aku. Aku tak tau kenapa, aku tanya Mazlan dia senyum je. Cuma Yan cakap kat aku 'Percaya je la, memang dia yang ambik'.
Masa hujung-hujung tahun nak masuk final year, ada satu malam tu tetiba je si tungau ni nak jumpa aku lepas dinner. So, aku tunggu la depan surau. Cehhh, tenet depan surau la pulak. Aku tengok muka dia cam gabra gila. Pastu buat-buat ton suara sedih.

'Di, **** rasa budak-budak bilik ni nak kenakan **** la.'

'Kenapa pulak?'
'Diorang tuduh **** mencurik'.
Pastu dia blah ngan moto. Moto bapak aku lak tu.
So, aku ni cam malas nak caya pun ada, tapi sebab aku penah jadik sebahagian dari hidup dia dulu, so taknak la kejam sangat kan. Aku berkejar gi blok laki, masa tu Sim temankan. (Rozie, Sim okkkkkkk. Hahahhaha)

Tengah jalan nak pi blok laki tu aku terserempak ngan Fairuz and Khairil. Aku tanya Khairil, betul ke korang tuduh **** ni mencurik. Apa yang dia curik?

So, Fairuz ngan Khairil ni senyum je. Masa tu setan pun masuk badan, aku bleh pi jerut leher baju Khairil (cam gangster la pulak aku) and sound dia jangan suka buat fitnah. Cehhh, aku la pulak sound orang. Seb baik Khairil tu penyabar, kalau dia seliginya aku, berlumba-lumba gigi aku masuk perut.

Aku bukannya care sangat ngan tungau ni, tapi aku letih okk. Lepas satu-satu masalah timbul. Pastu orang yang tak tau cerita sebenar, ingatkan tungau ni gila sebab aku tinggalkan dia. Aku jugakkkkkkk yang salah. Bukan aku yang tinggalkan dia okkk. Dia yang gatal break ngan aku, siap call mak aku call 1 pagi cakap 'Mintak maaf makcik, saya tak dapat jaga Diana, agaknya kitorang takde jodoh'. Pukimak la!!

Malam tu aku mintak tolong Zuki hantarkan aku ke rumah girls kat Stutong. Aku dah taknak duduk hostel dah.

See, Enonz, betapa ramainya yang terlibat lam trajedi buah epal ni. Ko boleh tak tau??????? Sangat terpinggir rupanya kau. Ngehngehngeh. Seb baik dulu ko tak berapa kenal ngan aku Wanz. Mau ko sama naik gila kang.

Malam tu aku kena brainwash ngan budak-budak Stutong sampai bengkak mata aku nangis. Elok je aku berenti nangis, Si Hairi datang. Semekommmmm.

Hairi nak jumpa aku pulakkkkk. Aku dah bajet dah, mesti tungau ni hantar posmen.
Malam tu aku lepak ngan Hairi kat rumah Mazlan. Cam bosia okkk, lepak umah jantan.
Elehh, setakat rumah Mazlan. Tempat berak kencing aku je.

Aku lepak ngan Hairi kat hall rumah Mazlan tu sampai pagi esoknya. Hairi tanya aku macam-macam pasal tungau ni. Bengkak lagi mata aku nangisssssss. Kol 6 lebih Hairi pujuk aku balik umah dia. Si tungau ada kat umah dia.
Apabenda semua ni? Apesal asik aku je kena ikut cakap tungau tu?

Sampai kat umah Hairi, Hairi suruh aku masuk bilik dia. Tungau tengah tido. Aku cakap apesal aku nak kena masuk bilik tu lak?

'Please Diana. Tolongla dia kali ni. Dia tengah kacau tu. Bagila dia happy sikit bangun-bangun tido nampak muka kau dulu'.

Bangang la hoihhhhhhhhhhhhhhhh!!!!
Nak bagi dia happy?? Kalau En Wan ada ni, dengan happynya dia lempang aku.

Tapi aku masuk gak bilik tu sebab nak HAPPYkan dia.
Budak-budak ni bebetul menyusahkan aku okkk. Dia suruh aku happykan orang gila. Lepas tu si gila ni assume yang aku nak balik kat dia. Marilah kita berkasih-sayang. Takkan abis cerita gila ni. Kenapa la ko ni payah sangat nak paham tungau?????? Aku taknak kat kau dah!!!

Ala, penat la type. Sambung esok-esok la.

posted by green apple @ 4:34 PM  
Newer›  ‹Older
You burn like a flame in my heart..:)
November 19, 2007



Sangat cun kan desktop baru aku?
Ni kejer last week. Bukan aku wat pun, aku cut and paste je. Tapi orang buta IT cam aku memang lembab sket kalau masuk bab teknologi ni semer, so nak bagi gambar ni dok bebetul pun makan masa berejam.

Amboiiiii, sajaknya korang semua jemaah gelakkan gambar aku. Suka benar la tu.
Tu kira baru gambar ala bunga-bunga dia, belum aku tunjuk yang betul lagi. Kang ada lak trajedi mati sebab tak cukup napas nak gelak.

Siap suruh aku letak gambar exbf. Soriiiiiiiiiiiiiiiiii!!
Gambar-gambar dia lama dah aku humban ke lori alam flora. Najis okkk.
Wakakaka. Keji gila aku skang.

Tapi masa aku kemas-kemas lemari aku jumpa satu album penuh ngan gambar family dia. Gambar raya ke apa ntah. Apsal buleh gambar family dia ada kat umah aku? Gambar family En Wan pun aku tak simpan okkk. Ini sangat-sangat satu kesilapannnn. Sebelum En Wan nampak, aku buang siap-siap. Kang dia tuduh aku ada skandal lak ngan si tungau tu. Pleaseeeee la.

Kenal ngan dia adelah satu kesilapan besar lam hidup aku. Kengkadang kalau datang angin badi dia, sampai berpeluh-peluh aku mimpi okkkk. Mimpi nak lari dari dia. Serious sangat horror.

Scene paling bangsat aku takleh lupa was bila aku tengah lepak-lepak kat umah kawan aku, masa tu maghrib, then bf kawan aku call suruh bawak lari aku sebab si tungau ni dah on the way ke sana ngan bawak pisau. Bukan blade ok, tapi knife. Tak ke tergugat ketenteraman sejagat aku ngan kawan-kawan yang tengah melepak tengok TV. Time tu pulak tengah tengok citer cina apa ntah, tapi best la citer tu. Macam sial ok jantan ni.

Kawan aku, Mala dengan baju tido gi start moto bawak aku lari dari rumah. Time tu kecoh gila. Punya nak cepat, sampai another kawan aku Ayu main lempar je purse ngan passport kat aku. Aku dah ada atas moto tunggu nak blah je.

Si Mala ni bawak punya la laju. Time tu aku rasa kalau eksiden then mati pun takpe. Aku lagi rela terbaring atas jalan dari mengadap muka tungau ni. Berpusing-pusing la Mala bawak aku pusing-pusing town Kuching pastu patah balik ke area Stutong, pastu benti kat airport. Sebab aku tau airport tempat paling last dia akan carik aku. Passport ada kat tangan dah ni. Kalau nak ikutkan aku leh balik KL anytime, tapi aku malas la nak create scene pulak kat umah mak aku kang. Sebab mak bapak aku memang tak tau menahu tragedi aku ngan dia ni. Tau la aku dah break tapi tak tau la dia ni dah jadik gila. Mala dah nekad hantar aku kad balai polis je buat report. Tapi macam kata kawan-kawan aku la kan, aku ni bangang. Dia dah dalam keadaan nak bunuh aku pun aku still lagi nak pikir nasib mak bapak dia kat kampung kalau anak dia kena tangkap. Bodoh gila aku. Boleh lagi nak pikir nasib orang.

Dah setengah jam lepak airport, Mala ajak aku lepak umah budak-budak laki kat Kampung Cemerlang, area kat airport tu gak la. Budak-budak jantan ni memang dah biasa ngan kitorang, satu U gak. So sebab dah biasa melepak, takde la dorang nak suspect apa-apa. Tapi agak mencurigakan jugak la sebab pi umah jantan ngan baju tido. Boleh?
Siap la pulak aku ngan Mala lepak sana tengok Cerekerama bagai. Elok je citer abis, received call dari boifren kawan aku suruh balik umah sebab si tungau ni dah pecah masuk umah budak-budak pompuan ni semata-mata nak check aku ada kat dalam ke tak.

Saiko sialllllllllllll.

Mala pujuk aku suruh ikut dia balik. Aku tak ikut kang saper lak nak hantar aku.
Sampai je depan umah kawan-kawan aku (girls), aku tengok budak-budak pompuan ni melepak kat luar, ngan ada la dalam 7-8 orang budak laki kat depan tu sama. Aku turun je dari moto, Rozie ngan Yan, pimpin aku masuk rumah. Yang lain-lain pandang je aku dengan muka cuak. Aku dah bajet ni kalau aku kena sembelih ngan si tungau ni ramai offer jadik saksi. Biar mampos dia kena jerut kat tali gantung pulak.

Aku tengok muka sekor-sekor cam muka takde efek. Blur je pandang aku. Mampos la ko nak bantai aku ke tak, tungau. Aku dah tak larat ngan benda-benda cilaka bodoh cam ni.

Dalam umah tu, kat hall, aku nampak Ijad tengah duduk kat satu sofa, Mazlan tengah berdiri tepi telifon, si tungau babi tengah dok atas kerusi sambil pegang pisau ngan baju koyak rabak. Bangang. Ko nak buat apa ngan baju koyak rabak tu bodohhh. Nak tunjuk kat aku ko boleh bertukar jap lagi jadik mambra? Taik kau la.

Pastu dia bangun tarik aku bawak pi dapur. Si Ijad ngan Mazlan ikut sekali. Dia suruh aku duduk bersila kat pintu dapur tu, pastu dia duduk depan aku. Then selamba tapir dia letak pisau atas wrist aku. Suruh aku cakap kuat-kuat aku akan balik pada dia, jadik girfren dia. Gampang okkkk. Ko dah letak pisau atas tangan aku, pastu ko suruh aku buat confession yang aku gilakan kau????? Sangat la bacul.

Masa dia letak pisau atas tangan aku tu, Ijad dah sound sikit '****, bagi aku pisau tu jap'.
Konon nak saiko tungau ni la. Time tu nak je aku terajang kote dia biar tersumbat masuk lam bontot. Si Lan dah pandang je pisau kat tangan dia ni. Risau kot-kot tengah menggila tak sedar tertoreh tangan aku.

Aku ni toksah katala, dah sampai takde airmata nak kuar dah. Serious aku dah lembik time tu. Ni kol 1am kang En Wan dah janji nak call ni. Nasib baik Yan tau kol berapa call nak masuk, so dia dah standby tepi telifon. Tengah si tungau ni cakap-cakap ngan aku kat dapur, ada incoming call. Apa ntah Yan cakap, tapi aku tau itu En Wan.

Si tungau ni kat dapur boleh lak usap-usap pipi aku cakap 'Sorry kay, **** minta maaf. Kita start balik semula ok?'
Sebijik cam mental terlepas dari Tampoi. Time ni Ijad dah dapat tarik pisau tu dah. Pastu budak-budak laki ni ajak dia balik. Boleh lak dengan mesranya pegang tangan aku ni masa dia nak kuar dari rumah. Gaya cam aku taknak lepaskan dia balik la ni. Takde kote punya orang. Babi.

Before kuar dari pintu gate tu kiss dahi aku lagi. Hek elehhhhhhhhhhh.. mesranya kita berduaaaaaaaaaaa. Dan-dan tu jugak aku rasa ambik la nyawa aku skang. Aku taknak terlibat ngan drama orang gila ni. Lepas tu aku masuk umah, aku nangis tak hingat. Si Rozie yang takde kena-mengena pun nangis sama. Dia ni pantang ada adegan sedih, airmata dia yang lebih-lebih kuar dari aku. Wakakaka.

Pastu En Wan call lagi. Aku pun tak tau apa aku cakap and whether dia paham ke bijik butir yang aku cakap ni sebab aku mengongoi-ngongoi nangis kat telipon. Yang aku ingat lagi En Wan cakap 'Di tunggu Wan balik 2 minggu je lagi, pastu kita settlekan benda ni. Jangan pegi kat dia, tunggu Wan balik.' Sedih gila bila aku ingat balik En Wan time tu. Dia ulang-ulang ayat 'Tunggu Wan ok, tunggu Wan'.

Hari-hari dia call just nak make sure aku ok. And aku beruntung sangat dapat kawan-kawan yang sengal gila tapi sanggup cover aku. Mala tukang sign attendance aku sebab lagi 2 minggu nak balik KL tu aku memang on-off gi class sebab takde mood and taknak terserempak ngan si tungau ni. Kalau aku nak balik ambik baju pun Mala akan tunggu aku dalam bilik and peratikan kalau kelibat tungau ni ada kat area hostel aku. Macam kes perogol bersiri la pulak.

Yang kat rumah tu like, Yan, Rozie, Apeng gilir-gilir take turn jaga aku. Taknak biarkan aku sensorang kat umah takut si tungau babi ni tetiba terpacul je kat rumah tu. Jangan tak caya, si gila ni pernah malam-malam matikan enjin moto dari jauh pastu parking senyap-senyap kat luar rumah budak-budak ni. Then dia jalan senyap-senyap merayap tepi tingkap intai aku tengah wat apa. Budak-budak ni sampai fobia kalau nampak kelibat dia ni. Apa taknya, tengah-tengah semua melepak terkangkang-kangkang depan TV tetiba perasan kelibat orang berdiri tegak je tepi tingkap dok perati kitorang. Ko tak jerit macam nak gila?

Apeng pulak kalau gi class, akan ambikkan semua surat-surat aku. And from that day onwards, En Wan hantar surat kat aku guna nama lain. Sebab pernah satu kes, surat-surat aku semua hilang. Saper lagi nak curik surat aku? Aku bukannya Siti Nurhaliza, si banghal tu la punya keje. Surat aku pun nak ambik. Padahal aku dah takde kena-mengena ngan dia dah pun.

Ok la, takleh citer panjang-panjang, kang darah aku naik balik. Ini just a bit portion of the whole mess, malas cerita yang lain-lain. Banyak benar malapetaka yang jadik kat aku selama aku couple ngan dia. Sebenarnya benda ni lama dah orang lain nampak and hint kat aku, tapi aku macam kekasih sejati la, kena tipu depan-depan mata pun still otak aku leh kata benda tu tak betul, tak terjadik. Dah kena sepak terajang semua baru nak sedar.

Dah dah. En Wan dah balik. Aku nak masak.

posted by green apple @ 5:16 PM  
Newer›  ‹Older
Memenuhi permintaan Starstar. Pueh ati?
November 14, 2007

Dak starstar nak benor tengok gambar aku ngan En Wan before kawen. Mintak mahap la ye. Aku kenal ngan En Wan thru chatroom. Masa tu dia kat Japan, aku kat Sarawak. So mana le ada gamba sangat. Nama pun long distance relationship. Kalau gambar aku sorang, dia sorang, tu banyak la sebab dulu kitorang asik le hantar surat. Padahal ada email, tapi malas la pulak nak pi beratur book PC kat library, so aku suruh dia tulis surat je. Everytime hantar surat, hantar gamba sekali.

Aku kenal dia pun kebetulan je kot, masa tu balik sem break. Rumah aku baru pasang internet. So, aku ajar la adik aku main ALAMAK. Memula ajar dia camne nak hantar mesej kat orang, so aku pilih la nama-nama yang ada kat situ. Timbul la pulak nama 'kimutaku' hari tu. So aku mesej la budak ni. Hai, hoi, kat mana, buat apa. Lebih kurang la, janji adik aku paham camne nak chat. Pastu aku takde la nak continue chat ngan kimutaku ni.

Minggu berganti minggu...eceh ceh echhhh.
Lagi sekali aku balik sem break, aku nampak kimutaku ni kat ALAMAK. So aku tegur 'Kenal lagi tak? Saya la, freeda (nick aku)'.

'Kenal'.

Pastu chatting la kitorang. Ntah hapa benda yang aku kelentong dia pun aku dah lupa. Tapi yang pastinya aku kenakan dia cukup-cukup la sebab ada satu budak nama MEEN, tau-tau je mesej aku tanya pasal kimutaku. Aik? Cam tau-tau je pulak. Budak ni kata jangan percaya ngan kimutaku ni, dia ni boye, kaki pompuan. Hek elehhh, minah ni. Yang ko menggelepar apehal? Bukan balak aku punnnnnnnnn. So, aku bajet minah ni satu kolej ngan kimutaku ni kot, tu yang hangin nampak kimutaku dok chatting ngan aku. Bodowww. Dan sebab budak ni cakap yang kimutaku ni boye, aku takde la nama nak buat baik kan, kalau chatting tu kalau tak memaki bukan chatting ngan aku namanya.

Bla bla bla blaaaaa boringgggggggggggggggg.

Pastu kitorang email-email pulak sebab aku dah cam malas nak masuk chat. Mak bonda kat rumah tu membebel bil dia naik kalau aku balik. Berkiranya Mak Ajiiiiiiiii. Aku gunting wayar telipon tu kang. Baru dia bil telipon tak datang-datang dah pastu.



Ni antara email terawal yang aku dapat from him. Ohhhh, semua email aku simpan lagi okkkkk. Hahahah sengalll. Kan aku dah cakap, dia memang panggil aku BANGLA okkkk. And aku still simpan surat-surat ni semua.


Dalam banyak-banyak kad yang dia penah hantar kat aku, aku paling suka kad raya yang dia buat ni. En Wan kalau hantar kad mesti yang dia buat sendiri. Sangat tak cantik, tapi aku suka jugak. Ngehngeh.





Pastu sessi hantar gamba. Gambar first yang aku hantar kat dia. Tapi gambar lama gila. 
Bukan gambar baru pun :


Ni gambar baru lepas mandi. Muka fresh, rambut basah. Gambar kat kampung nenek aku kat Tampin. 

Pastu gambar first dari dia :

Masa ni belum kapel lagi. Baru bermusuh-musuhan. Aku dapat je gambar dia ni terus aku kutuk kaw-kaw punya. 'Berlagak nak tunjuk keta', 'keta pinjam', 'ni la cara kau tekel awek kan?', 'badan keding' bla bla bla. Rupanya keta tu memang keta dia. Pastu aku nak cover malu aku mintak gambar dia lagi sebab tak aci la, aku bagi gambar close up, dia bagi gambar jauh.


Dia up gambar kedua :

Ohhhh. Mesti mata kau tak lawa kan sebab tu kau cover ngan sunglass. Tak aci. Bak lagi satu gambar close up punya. 


Then dia hantar gambar ni :



Ini baru aciiiiiiiiiiiiiiiiiiii.

Memang betul, mata kau sangat la sepet. Tapi aku memang suka laki mata sepet. Tapi ko putih, at least putih la dari aku kan. So, takde de aku nak berangan ko jadik balak aku. Rejecttttttt!! Tapi, before reject...aku terpandang sesuatu. Nampak tak frame kecik blakang tu? Tu gambar aku okkkk. Pesal dia letak gambar aku ha??? Huahuahauhauahauahauahuahauh. Lepas tu aku tak tau nak kutuk apa dah.

Bla bla bla bla.

After 9 months email-email hantar surat semer, pastu baru jumpa. Dia balik cuti winter and aku balik cuti krismas. Dah la aku yang kena fetch dia kat komuter. Pak Aji ngan Mak Aji mesti nak ikutttt je mana aku pegi. Nak ikut sangat, ha meh. Kelasss okk En Wan, first time jumpa bawakkan aku kepok lekor. Mana nak dapat boipreng cenggini hoih?? Kekal dengan imej anak Ganu. Hahhahah. Tapi dia tak la bawak tu je. Untuk aku dia belikan purse Junko Koshino kaler black yang bertahan hanya seminggu je. Sebab minggu depannya aku balik Sarawak, exbf aku yang saiko gila, dengki aku dah ada balak baru, boleh dia pi curik purse aku pastu buat muka selenga. Padahal kengkawan aku dah kata memang dia yang curik. Mampos ah kau. Malas aku layan.

Aku jumpa En Wan hari yang pertama tu setengah hari je sebab masa tu bulan pose. Pastu esoknya dia datang lagi fetch aku kuar pi KL. Pi Sunway Lagoon okkk bulan-bulan pose. Sangat jahil lagi buta hati aku masa tu. Bulan-bulan pose mandi bersama. Tapi takde gambar. Sori. Bukan taknak letak, tapi memang takde gambar.

Lusanya aku dah balik Sarawak, dia balik Tganu.
Pastu next weeknya dia datang Sarawak before balik ke Japan. Masa dia datang ni, sempat la bergambar tapi sebab jalan berdua, so balik-balik dia snap aku, aku snap dia. Sehari je dia lepak, esoknya dia balik KL then terus balik Japan. Lepas tu kitorang sambung jiwang-jiwang kat surat and email.

Lapan bulan lepas tu, bulan lapan, dia balik Malaysia, untuk bertunang. Terer kan? Chat 9 bulan, pastu jumpa untuk 4 hari, pastu tak jumpa balik for 8 months, then balik lagi sekali terus bertunang. Gelupur sialllll.

Kalau nak ikutkan takyah tunang pun takpe, tapi disebabkan saya mempunyai seorang exbf, F yang gila. Memula gatal nak break ngan aku sebab awek lama dia yang bernama L (Rozie, aku rasa Ijad tau kan nama pompuan ni) nak balik kat dia. Pastu awek lama gi balik kat exbf yang baru balik dari England, baru gelabah nak carik aku balik. Taik la.

 

Gambar bertunang aku carik tak jumpa. Tapi gambar before bertunang ada. Gambar ni kitorang snap 2 hari before bertunang. Kat umah aku time ni. En Wan balik untuk bertunang bukan reti nak balik Tganu. Turun dari plane, terus lepak umah aku 4 hari. Hari kelima tu mak aku kerah dia suruh balik sebab lusa nak bertunang. Sampai kena hambat baru ingat nak balik.

Lepas bertunang esoknya dia ikut aku balik Sarawak. Kengkonon menghantar la ni. Dia lepak sana 3 hari kot pastu terus balik KL then balik Japan. Sambungggggg balik jiwang lam surat. Tapi kali ni dia tinggalkan aku setahun lapan bulan tak balik-balik okkk. Derita aku kat sini. Bil tepon tu toksah cakap la. Beribu-ribu. Tapi bukan bil aku, bil dia.

Setahun 8 bulan dia 'lepaskan' aku kat dok kat Malaysia yang kiri kanan orang melayu bersepah-sepah. Aku jumpa ramai gila balak melayu hari-hari okkk. Bukan la nak kata balak-balak ni minat kat aku, tapi aku yang minat kat dorang. Wakakkakakaka. Setakat pandang, senyum dah la kan.

Lepas setahun lebih tu dia balik, back for good. Aku ingat lagi tarikh dia sampai 27 Mac 2001. Dia balik Tganu seminggu, lepas tu dia terus melepak umah aku sampai la kitorang nikah 4 Mei 2001. Memula dia nak sewa umah kat Shah Alam sebab dia dah start keje 4 April, tapi mak aku cam baik la pulak kan. Dia takut aku pulak yang tak reti-reti nak balik umah dok melencong ke Shah Alam je pulak. So, En Wan tinggal kat umah aku. Cepat gila proses dari aku kenal dia sampai la ke kawen. 3 kali balik Mesia, balik yang pertama kenal muka, balik yang kedua, tunang, balik yang ketiga kawen. Hahahha.

Memang suntuk nak prepare kawen ni. Aku pun tak tau apesal aku ngan En Wan nak cepat sangat kawen. Tapi one reason yang aku menyebabkan kitorang kawen awal was because si saiko tu buat gila nak kat aku balik, siap ugut mak bapak aku lagi. Sakit otak.



Ni gambar En Wan, 3 hari before nikah, dia still lagi kat umah aku tak nak balik. Ni kira malam last sebelum esoknya makcik-makcik and nenek aku halau dia dari rumah. Ada ke nak menikah dia boleh nak dok situ gak. Inai ni pun mak aku yang tenyehkan. Lusa nak nikah, hari ni aku leh ada kat Genting lagi attend meeting. Nenek aku dah bising, apa la nak kawen gi tempat tinggi-tinggi. Aku pun tak tau apa kaitannya. Tapi aku tadah telinga je la.

Akhirnya....(layan je la gambar. Aku malas nak cerita. Sebab cerita ini sangat-sangat basi!!) 


Bapak aku yang nikahkan.



Nenek aku



Ni masa malam nikah. En Wan kan kalau bergambar payah betul nak senyum. Ni kawen kau okkkk. Sengih la skett. Macam kena kawen paksa!! Benci aku.
Lepas nikah dia takleh tido umah aku lagi, kena tunggu esoknya lepas bersanding. So, dia dok umah aunty dia kat Ampang. Malam tu aku ngan Apeng (pengapit yang diterbangkan khas dari Pangkor) tido sebilik. Apa punya adat ntah aku tak tau. Adat tu cakap lepas nikah, pengapit je yang boleh tido ngan pengantin pompuan. So malam tu Apeng sangat la hangin ngan aku sebab dia takleh tido kerna aku bergayut ngan En Wan sampai kol 3 pagi. Time bergayut tu boleh lagi discuss esok bawak duit lebih untuk 'tol', pastu bawak sekali VCD yang kita beli that day tak sempat nak tengok, nasik minyak tadi sedap ke tak?, penat la berinai salin sampai 7 baju. Ntah hapa-hapa. Macam tak leh tunggu besok nak bercerita.



Aku kawen tak panggil photographer. Tak percaya?? Tapi kisah ini benar-benar berlaku. Sebab semua nak buat cepat, pastu first kenduri kawen pulak tu, macam-macam tak settle. Hari nak menikah tu baru terperasan takde saper nak ambikkan gambar. Dan hasilnya gambar kawen aku macam tuttttttt. Saper sempat, ambik. Seb baik uncle aku ada kamera yang kira okk la sket, so dia yang snap. Tapi sebab tukang snap tu takdela pro mana, gamba pun yang ado-ado je. Janji ada kenangan. Yang atas ni gambar bersanding kat umah aku.

Masa hari bersanding ni lagi la En Wan buat perangai. Dah sampai kat surau blakang umah, boleh call aku tanya camne nak ikat sampin. Tak reti nak wat bunga-bunga ni. Hangin aku okkk. Suruh wat fitting taknak. Semua aku yang buatkan. Aku la pilih baju, aku la collect kad kawen kat Kompleks Pertama ngan Zana (hihi), aku la yang ambikkan baju melayu ko segala. Grrrrrrrrrrrrr. Dok lagi Jepun.

Berangkut la pulak mak andam dari rumah ke surau semata-mata nak pakaikan dia sampin. Aku ni dah mendidih-didih kat umah. Sanding sepatutnya kol 1.30pm, kol 2.45pm baru nak sampai. Aku ni lapar okk. Nak makan kang nak kena makeup balik. Tapi time makan aku pulak cam gedik-gedik taknak makan, nak jaga makeup. Aku tengok dua-dua pengapit aku sket punya tala makanan. Yang aku ngan En Wan boleh lak sambung bertekak kat meja makan tu apesal lambat, orang dah berpeluh pakai songket dari kol 11, perut lapar bla bla bla. Tapi gaduh slow-slow la.

 

Ni kat umah En Wan, lepas 2 minggunya. Pengapit En Wan tu dak Abang yang aku cerita tu. Pengapit aku pulak adik aku, Ima . Dia nak jadik pengapit semata-mata nak makan kat meja pengantin. Boleh?
Kat Tganu pun satu hal. Diorang tak penah buat majlis kawen before this, semuanya nikah je tak sanding, so ni first time la ada majlis bersanding kat umah tu. Paginya, aku la yang potong daun nak wat bunga rampai untuk renjis kat diri sendiri, pastu En Wan boleh la pulak kol 11am pi kedai beli kacang peas nak tabur atas nasik minyak pengantin nak makan nanti padahal kol 1.00pm nak berarak dah ni. Pastu aku ingat dia nak get ready dah, rupanya pi singgah car wash pulak sebab nak guna keta dia untuk angkut diri sendiri nak pi bersanding jap lagi. Letih okkk. Sesaper yang nak kawen, tolong la plan lebih awal. Kang jadik cam aku ngan En Wan. Kecoh.

Tu je la cerita.
Penat type.

Hoih.
Nak tengok gambar lagi best tak??? Hambik nih.
















Gila Jonh Lennon rupa aku ni bebbbbb. Tapi John Lennon versi Zimbabwe la. Ni masa aku wakil Malaysia ke Jepun jadik Junior Ambassador umur 12 tahun. Gaya takmo kalah, silang kaki. Spek mesti tebal, imej budak bijak. Aku pikir-pikir balik agaknya kakak-kakak kat TKC dulu ragging aku sebab tension takleh stadi kot tengok muka aku sangat stylo, jenis yang tak mungkin dapat dijumpai di mana-mana. Yang sebelah kiri tu wakil Perlis. Tup tup aku jumpa dia balik sesama masuk UNIMAS.


Gambar ngan laki Rozie, Ijad. Aku rasa Ijad pun segan nak bergamba ngan aku time ni. Kang orang kata awek dia pulak. Heart attack mak dia kang kalau terjumpa gamba ni.


posted by green apple @ 10:31 AM  
Newer›  ‹Older


SEARCH THIS SITE
MY FACEBOOK
INSTAGRAM : MY LABEL
Instagram
ADS
MY PROFILE

Name: green apple
Home: Putra Heights, Subang Jaya, Selangor, Malaysia
About Me: I AM WHAT I AM.
See my complete profile
COUNTER
 
TRAFFIC
MY PREVIOUS POST
Archives
MY TRAVEL DIARY
MY READING
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER