Kisah-kisah suami tak percayakan isteri menguruskan harta peninggalan ni bukan benda baru. Kadang pelik pun ada. Kenapa suami yang hidup bersama isteri hingga ke akhir hayat tak letakkan isteri sebagai pentadbir harta? Kalau takde kepercayaan pada isteri, tak payahlah hidup bersama. Sedih jadi si isteri. Lepas suami meninggal barulah dia tahu yang selama ni suami tak percayakan dia.
Kalaupun si suami menganggap alah isteri aku berkerja dan ada duit sendiri, tak payahlah letak nama dia as penama KWSP -- you are wrong! Mak tu tahu ke hutang-hutang anaknya? Mak tahu ke tanggungan isteri selepas kematian suami? Sedangkan isteri yang akan terus menjaga dan membesarkan waris kuat, iaitu anak-anak. Kenapa mesti mak yang menjadi pentadbir harta?
Ya, aku tahu penama hanyalah pentadbir harta, bukan penerima mutlak. Tetapi, bila berlaku kematian, segala harta si mati termasuk KWSP perlu DIFARAIDKAN. Dalam kes ini, kalau mak mentua dinamakan sebagai penama, dia bertindak sebagai PENTADBIR untuk menguruskan pengagihan harta kepada waris-waris. However dari sudut praktikal, meletakkan isteri sebagai penama adalah lebih logik sebab isterilah yang bertanggungjawab ke atas anak-anak dan kebajikan keluarga. Isteri lebih tahu menguruskan harta ni. Ini pandangan lojik akal akulah.
Kita semua tahu pengurusan faraid boleh ambil masa yang lama, especially kalau pertikaian antara waris. Dalam situasi di mana si isteri tak ada kuasa langsung atas harta peninggalan suami, lagilah menyulitkan keadaan, lebih-lebih lagi kalau keperluan kewangan mendesak. Sebab itu, jangan tinggalkan isteri dengan harta faraid semata. Kau tak tahu keadaan boleh bertukar macam nak kiamat bila ramai yang pertikaikan hak ke atas harta peninggalan kau yang tak banyak tu nanti.
Aku bukan nak mendengki kat mak-mak mentua. Tapi berapa ramai keluarga mentua yang aware bahawa bila anak lelakinya mati, bukan faraid yang mesti dibuat terlebih dulu. Berapa ramai aware pasal ni? Jangan kata oranglah, masa arwah ayah En Wan meninggal dulu pun, semua pun fokus kat pengagihan harta terlebih dulu. Maksudnya, awareness pasal faraid masih kurang.
Bila suami meninggal dunia dan meninggalkan harta, pembahagian harta pusaka TAK BOLEH terus difaraidkan. Ada beberapa peringkat kena lalu sebelum harta boleh diagihkan mengikut faraid. Kos pengurusan jenazah macam kos pengebumian, mandi jenazah, kafan, dan semua expenses berkaitan pengebumian pun perlu diambil kira. Kos ni siapa tanggung? Isteri sorang-sorang tanggung? Hat ni boleh ambil dari harta peninggalan si mati.
Pastu, selesaikan hutang si mati dulu. Ini termasuklah hutang dengan Allah macam zakat tertunggak, fidyah, nazar yang belum lunas atau denda (kaffarah). Siapa yang lebih tahu bab hutang-hutang ni kalau bukan isteri? Tu belum cerita hutang dengan manusia macam bank dan pinjaman pelajaran. Mak mentua tahu ke hutang-hutang anaknya?
Pastu, kalau si mati ada tinggalkan wasiat, wasiat kena buat sebelum faraid. Dah settle wasiat kepada bukan waris, ambil dulu harta sepencarian. Isteri boleh buat tuntutan harta sepencarian sebelum harta itu dibahagikan secara faraid. Tapi bab ni panjanglah prosesnya sebab melibatkan pengesahan mahkamah syariah. Kena tunjuk bukti bahawa harta yang dituntut adalah harta sepencarian. Lepas settle semua ni, BAKI HARTA barulah boleh difaraidkan kepada waris yang berhak. So kau nampak tak betapa tak lojiknya penama harta dan duit letak nama orang lain selain isteri?
Yang banyak berlaku sekarang, hari ni suami meninggal, esok orang dah bertanya rumah isteri duduk tu nama siapa? Kereta nama siapa? Takaful ada ke tak? ASB ada ke tak? Bab hutang si mati ada ke tak, sorang tak tanya. Oh yelah, hutang tu bini dia settelkan. Harta yang tertinggal ni kaut dulu.
Proses pembahagian harta selepas kematian ni sangat rumit especially kalau waris-waris jenis tak berduit. Terlampau banyak pertikaian akan berlaku. Ujung-ujung putus silaturrahim. Padahal harta yang direbutkan tak banyak mana pun.
Proses pembahagian harta selepas kematian ni sangat rumit especially kalau waris-waris jenis tak berduit. Terlampau banyak pertikaian akan berlaku. Ujung-ujung putus silaturrahim. Padahal harta yang direbutkan tak banyak mana pun.
Pada pandangan aku, berbanding mentua, isteri lebih praktikal menjadi pentadbir harta. Sebab isteri biasanya lebih memahami keperluan keluarga, terutamanya anak-anak. Oleh kerana isteri yang akan menjaga anak-anak lepas suami dah tak ada, dia lebih sesuai menguruskan harta untuk kepentingan anak-anak. Dan sebagai waris terdekat, isteri ada kepentingan langsung dalam menguruskan harta, sebab dia dan anak-anak yang akan bergantung pada harta tu untuk kelangsungan hidup.
Yang paling penting sekali, isteri lebih arif tentang harta suami sebab dorang hidup bersama. Dia lebih tahu sejarah harta tu. Jadi, bila isteri yang mentadbir, posesnya insyallah lebih mudah dan telus. Bukan nak kata mentua tak telus, tapi kita kena faham. Kalau maknya jadi pentadbir, risiko pertikaian antara isteri dan keluarga suami lebih tinggi. Sebab kepentingan ibu berbeza daripada keperluan isteri dan anak-anak.
Sekarang alhamdulillah dah ada hibah. Ini penyelamat untuk waris terdekat (isteri dan anak-anak) sekiranya proses faraid berjalan dengan panjang. Tak kiralah siapa yang mati dulu, sama ada suami atau isteri, hibah menjadi penyelamat kestabilan kewangan. Sementara nak tunggu proses harta sepencarian selesai, at least hibah ada untuk bagi perlindungan tambahan. Jadi sementara nak tunggu semua proses faraid settle, kepala kau tak serabut.
Dulu ya, agak serabut sebab dah lah proses faraid memakan masa, isteri dapat 1/8 je pulak tu. Now, some isteri, suaminya dah siapkan hibah. Jadi, kalau faraid dalam 1/8 saja pun, tak gaduh. To me, ini lebih baik. Sebab bila kita dah dapat bahagian kita bulat-bulat, kita lebih berlapang-dada nak ikut hukum faraid. Mudah-mudahan dengan cara ni, takde gaduh-gaduh. Takde masam-masam muka. Dan hubungan antara mertua-menantu masih baik walaupun suami dah takde.
Ada isteri yang nak buat hibah tapi suami taknak bayarkan. Takpe, tak semestinya suami bayar. Korang boleh buat hibah tu dari suami kepada isteri, tapi kau yang bayar setiap bulan. Kalau suami mati, duit hibah tu dapat kat kau. Walaupun kau kata "Tapi saya yang bayar". Ye, memang kau bayar. Kau bayar pun berapa je, RM100 sebulan. Agak-agak kalau simpan RM100/bulan dalam bank sampai umur 90 tahun, ada berapa terkumpul? Habis kuat pun RM60-70K terkumpul. Tapi kalau bayar hibah RM100 sebulan, minimum RM350K esok dapat.
Yang tanya "Kalau saya bayar caruman hibah, tapi saya yang mati dulu. Macamana?" Tak perlu risau. Duit tu tak dpaat kat dia pun. Suami akan dipanggil oleh agen untuk letak penama baru. Dan selepas tu dia yang kena sambung bayar.