2023-08-29

Disleksia might develop certain preferences yang secara tak langsung mempengaruhi pilihan persekitaran dorang.


Terima kasih yang DM respond pada blog post semalam.
Yang bagi kata-kata semangat untuk Rayyan, thank you.
Tak sempat nak reply all.
Birthday wishes aku hari tu pun aku belum habis baca sebenarnya 😁.
Banyak pecahan soalan yang aku kena buat explanation kat blog rasanya ni.
Insyallah, ya. Later.

Aku tertarik dengan satu komen kat FB.
Dia cakap anaknya pun ada masalah yang sama because his son is also dyslexic.
Ini tajuk best.
Memang aku nak relatekan ini dengan apa yang berlaku pada Rayyan.
Sengaja aku asingkan topik ni.

Post semalam, kalau sekali baca tanpa tahu history Rayyan, orang konfem cakap "Dimanjakan sangat Rayyan ni". Betul tak?
Seseorang yang ada dyslexia memang hanya ada masalah dari segi pembelajaran.
Ada yang bermasalah dalam membaca, mengeja, atau menulis. Atau kesemuanya.
Dan disleksia takde kaitan secara lansung dengan kecenderungan to be selective dengan persekitaran.

TETAPI.
Haaaa, capital letter aku bagi tu.
Tetapi, those with disleksia boleh develop certain preferences yang secara tak langsung mempengaruhi pilihan persekitaran dorang.
Maksudnya, dorang ada kecenderungan pada environment tertentu.
Antara yang mempengaruhi dorang adalah, accommodations.
 
Kalau dorang pernah dapat support atau accommodations tertentu sebelum ni, they prefer environments with such accommodations too.
Yang ini point paling mudah untuk aku explain tentang Rayyan.
Actually perkara ni aku dah pernah explain pada PKHEM awal-awal Rayyan masuk sana.
Aku bagitau yang Rayyan ada mild disleksia (tunjuk surat pengesahan dari Pusat Disleksia).
Tujuan aku inform PKHEM satu je, supaya Rayyan dapat support yang sepatutnya dari pihak sekolah.
Bukan untuk dapatkan kelebihan, sekadar mahu Rayyan diberi ruang untuk blend dengan rules di STAR.
Sebab aku tahu kelemahan disleksia, dorang lambat beradaptasi dengan perubahan persekitaran.
Dari pemerhatian aku menjaga Rayyan dari kecil sampai besar, at least itulah yang aku nampak.

Di rumah, bertahun-tahun Rayyan telah dibiasakan dengan environment yang privacy.
He has his own space, own bedroom, own bathroom, own desk, own PC, own tablet, own handphone, own belongings. No sharing.
Dari segi rutin harian pula, dia dah biasa dengan bangun pagi at 6 am, mandi, bersiap, breakfast, ke sekolah.
Balik sekolah mandi, makan, berehat, ke KAFA.
Balik dari KAFA, mandi, bersiap, makan, study dengan apaknya atau buat homework bersama-sama.
Selalunya sejam sebelum tido we allow dia main internet.
Bertahun-tahun dengan rutin yang sama.
Kalau ada perubahan pun, tak jauh.

Tup-tup, dapat masuk SBP.
Dari bangun pukul 6 am, di sana dia bangun pukul 4 am.
Cikgu tak suruh bangun awal pun, tapi takut berebut shower.  

Selama ni Subuh di bilik, selalunya 6.30 am.
Di sana kena ke surau. 
Bermakna he has to be there sebelum azan.

Lepas tu semua ke dining hall.
Dia tak biasa makan pagi beramai-ramai gitu, jadi dia skip breakfast.

Balik dari sekolah tak dapat mandi macam selalu sebab murid tak dibenarkan masuk dalam dorm kecuali sekejap.
Students terus solat di surau dan kemudian makan di hall sebelum ke sekolah semula untuk prep.

4.30 pm kena beriadah.
Untuk dia, disebabkan tak boleh beriadah, dia kena sit somewhere, tak boleh masuk dorm.
Sometimes dia duduk kat bench kat anjung, atau masuk library.
A bit dry sikitlah rutin dia di sana sebab dia takleh bersukan.

Petang sebelum Maghrib, dinner.
Dia tak berapa telan nasi with lauk-pauk, jadi dia always makan roti/biskut.
Atau tak makan. Minum air je.
 
Lepas Maghrib semua mengaji sampai Isyak.
After Isyak ke prep. Belajar.
Balik, dia mandi. Tido.

Untuk kita yang normal ni, rutin tu macam biasa je. Tak susah pun.
Tapi untuk someone yang disleksia, perubahan accomodation adalah perubahan yang sangat besar.

Waktu malam, selama bertahun-tahun dia study dengan En Wan, atau tutor di rumah.
Di sana, waktu malam dia study sendiri.
Mula-mula dia lost. 
Dia tak tahu what to start, where to start.
Sebab itulah setiap petang, aku akan bagi dia buat latihan yang aku send via telegram.
Aku akan semak latihan dia before dia pulangkan iPad ke bilik penyimpanan iPad.
Jadi, waktu malam dia boleh buat latihan/homework yang cikgu bagi.
Sebab waktu malam takleh guna iPad.
Kalau siang dia pulun homework, nanti malam dia lost tak tau nak buat apa.
Itu antara cara yang aku usahakan untuk slowly ubah kebiasaan dia.

Awal-awal dulu dia dah start komplen, "Ma, government boarding school memang pakai bunk bed ke?"
Dia pernah tengok bilik Redza kat Langkawi dulu pakai single bed, bilik berempat, dan ada meja study.
Kat SBP duduk 30 orang, katil 2 tingkat, dan takde study space sendiri.
Perubahan accomodation tu agak huge untuk dia.
At least di MRSM walaupun berkongsi bilik, they have desk, single bed dan duduk dalam room (bukan dorm).
Takdelah besar nau jurang perbezaan accomodation tu, kan.

Walaupun macam tu, Rayyan berusaha untuk blend diri dia di sana.
Aku tahu untuk dia, sangat-sangat hard.
Sebab itu En Wan minta aku bertahan.
Kalau takde En Wan, aku rasa awal lagi aku dah bawa Rayyan balik.
Sampai ke satu peringkat tu, dia dah mula asyik sakit.
Muntah-muntah, cirit-birit, demam.
Selalu sangat MC.
Maybe dia sangat struggle untuk blend dengan space yang baru.

Aku pernah tanya dia, "Adik homesick ke?"

"Tak, adik cuma rasa uneasy feeling saja"

Memang betul pun.
Dia tak pernah menangis, atau merayu nak balik.
Setiap kali aku ke sana untuk bawa outing, dia listkan apa yang dia nak -- stationary, buku, makanan, round T Shirt untuk tido malam.
Kalau seseorang tu homesick, dia takkan mahu beli barang-barang baru dah.
Nak buang barang lagi ada.
Tapi Rayyan lain.
Aku tahu dia suka STAR, cuma dia belum boleh blend sepenuhnya dengan perubahan accomodation.

Lagi satu, instructions.
Seseorang with disleksia struggle dengan instructions.  
Aku pernah bagitau PKHEM dan guru kelas tentang ni.
Aku bagitau yang Rayyan hard to digest semua instruction dalam satu masa.
Contoh kalau dapat arahan "Semua murid turun ke lab now, bawa buku latihan Sains 3, latihan Sains 1 kena hantar pukul 11 pagi". 
Simple, kan?
To disleksia, kau kena pelan-pelan.
Bagi dia buat satu-satu dulu.

Hari tu PKHEM ada bagitau aku, tentang Japanese class.
Cikgu Japanese bagitau, Rayyan ni sometimes masuk kelas bawa iPad saja.
Tak bawa stationary, tak bawa buku teks.
Buku teks tu takpelah, sebab boleh pakai online textbook.
But stationary?? 
Gitulah dia. Kalau keadaan rush, memang dia tak boleh nak hadam semua benda dalam satu masa.
Konfem ada benda yang dia lupa, padahal basic kot stationary kenalah bawa, kan?
Dunia kita dah dunia mereka, lain.

Kat rumah pun, kalau dia minta aku sapukan mintak gamat kat luka.
Aku takleh cakap "Bukak almari mama, dalam laci tu ada botol mintak gamat. Bawa keluar, ambil sekali cotton bud".
Konfem dia tercegat depan laci dengan blur tak tahu nak ambil apa dulu.

Arahannya kena macam ni.
"Masuk bilik mama. Buka almari. Buka laci. Nanti cari minyak gamat dalam laci tu. Ambik keluar. Then, adik ambil cotton bud dalam almari tu juga. Dua-dua tu bawa turun bagi kat mama".

Arahan kena specific, satu-satu dan pelan-pelan.

Tapiiii, bila kau masuk sekolah berasrama, mana boleh pelan.
Mana boleh semua orang tunggu kau.
Mestilah kau yang kena ikut majoriti.
Lainlah kalau kat rumah.
Semua orang boleh tunggu kau.
Inilah antara factor yang buatkan Rayyan macam terkejar-kejar di sana.

Bapaknya selalu cakap "Apesal budak lain boleh laju, kenapa adik slow?"

Aku jelinggggggggggg je orang tua ni.
Pakkal laki tau.
Dia lupa tu anak dia tak macam anak orang lain.

Sebenarnya apa yang ada di STAR tu tak susah untuk difollow.
Rayyan boleh follow, cuma dia perlu masa.
Fitrah dia membuatkan dia tak boleh nak pilih apa benda yang aku kena buat dulu ni?
Haaa, something macam tu.
Disebabkan takut tertinggal dari majoriti, maka dia set untuk bangun pukul 4 pagi, sometimes 3.30 pagi untuk mandi dan bersiap.
Dahlah keadaan kaki dia gitu. Berjalan lambat.
Maka dia terpaksa bersiap awal dari orang lain.
Dia mahu berada satu par dengan orang lain.  
Semua tu lama-kelamaan buatkan dia stress dalam tak sedar.
Itulah agaknya punca kejap-kejap sakit.

Kesian pula bila pikir-pikirkan balik.
3 bulan Rayyan kat sana, dia cuba untuk blend dengan space yang baru.
To me, 3 bulan tu dia dah achieve yang terbaik untuk diri dia.
Dia boleh belajar, boleh berkawan, boleh siapkan tugasan yang cikgu bagi.

Betullah kata PKHEM dan Kaunselor, Rayyan perlu masa sebenarnya.
Tapi dalam keadaan dia yang kita tahu begitu, dia mungkin perlu masa yang lebih lama.
In order nak beri dia masa, aku tak sanggup nak tengok dia sentiasa sakit.
That's why aku plan nak duduk dalam STAR tu, sewa STAROBA Club, atau pindah Ipoh terus.
At least kalau duduk kat Ipoh, Rayyan tahu maknya ada di luar, tak jauh.

Aku pernah cakap kat En Wan.
"Di nak apply kerja cleaner lah kat STAR. Tak pun makcik dining hall ke".
Eh, ni serious tau.
En Wan dah gelabah bila aku serious bincang pasal ni.
Kau jangan main-main dengan emosi mak-mak, ya.
Bertukar kerjaya jadi cleaner pun aku sanggup!
Jadi Mak Guard pun boleh aku ni.

Walaupun kitorang terkilan Rayyan tak dapat habiskan sekolahnya kat STAR, tapi kitorang kena memilih.
Keadaan kesihatan dia yang memaksa kitorang bawa dia balik.
PKHEM and kaunselor always bagi kata-kata semangat kat kitorang untuk bertahan, tapi aku ni yang tak tenang.
Rasa kesian dia struggle di sana.
Rayyan dah lalui macam-macam.
Lahir pre-mature.
Speech delay.
Mild disleksia.
Belajar di aliran perdana, bukan aliran khas.
Follow rules yang sama, tiada kelonggaran rules khusus untuk dia.
Patah kaki due to fibrous displacia.
Kena buat biopsi.
Bertongkat, berwheelchair.

Dia berjaya lalui semua tu bertahun-tahun.
Alhamdulillah rezeki Allah untuk dia.

Kalaulah aku diberi peluang untuk stay dalam STAR, maybe aku boleh guide Rayyan beradaptasi dengan space yang baru.
Dengan syarat aku kena ada sekalilah dalam tu kan so that dia ada motivasi sikit.
Tapi sekolah tu bukan bapak kau punya, Diana. Sedar diri please?

Apa-apa pun, alhamdulillah, kitorang lalui perjalanan ini dengan baik.
Sudah mencuba. Semuanya baik.
Pengalaman yang singkat, tapi berbaloi.