2023-03-29

Rayyan ke STAR, Ipoh.


Bila orang tahu anak kau dapat SBP tapi kau tak update apa-apa kat FB, mereka tertanya-tanya rupanya, ya.

"Kak Di mana update Rayyan kat STAR? Kak Di reject ke offer tu?"

"Rayyan tak pergi sebab kaki tak baik lagi ke, kak?"

"Rayyan taknak stay asrama ke?"


😁😁
Terima kasih sebab ambil berat.

Yang sebenarnya, ada je update pasal ni tapi kat IG sebab malas nak menulis panjang.
Kalau kat IG tu sikit je tulis.
Update kat blog panjang pulak aku menceceh nanti.
Memandangkan En Wan pun update kat FB dia Isnin lepas, aku pressume ada yang dah tahu update Rayyan.
Maka aku pun jadi malas nak update di FB and blog.
Lagipun, entahlah ya.
Aku tak berasa excited sangat kali ni sebab keadaan Rayyan belum cukup fit untuk menguruskan diri sendiri.
Sejak dapat offer, hati ni berbelah-bagi.
Nak hantar ke tak. Nak hantar ke tak.
Kalau dia sihat sempurna tubuh badan, rasanya akulah paling excited sekali.
Tapi since kaki dia tak belum ok lagi, tak sampai hati nak biar dia kat sana.

Sebelum aku tulis panjang, meh follow aku kat IG - @diana.ishak.
Selalunya aku update sini je bila malas menulis panjang.

Sebelum Rayyan mendaftar, every day aku berpikir-pikir apa jalan keluar terbaik untuk keadaan Rayyan.
Kalau nak reject the offer, tak berbaloi sebab Rayyan bukan forever tak boleh berjalan.
Dia hanya perlukan masa untuk build balik muscle and bone.
Paling-paling pun maybe 4-5 bulan untuk fully recover.
Tapi aku tak pasti apa cara untuk Rayyan kekal berada dalam sistem STAR -- tetap boleh follow kelas -- tapi tak perlu berada di sana buat masa ni.

Sementara nak tunggu petunjuk yang jelas, kitorang siapkan saja semua keperluan.
Bak kata En Wan, yang penting daftar dulu.
Once a Starian, always a Starian cogankatanya.
Apa-apa hal kita daftar dulu.
Lepas pendaftaran, kitorang berbincang dengan PKHEM STAR.
Beliau dapat tengok sendiri keadaan Rayyan sememangnya tak fit untuk stay.
Syukur alhamdulillah Rayyan dibenarkan balik. Terima kasih, Cikgu.

Rayyan ni kalau sekali pandang nampak macam takde apa. Macam sihat sangat dah.
Tapi makcik-pakcik alam maya yang follow perkembangan dia dari awal patah kaki hari tu, korang sendiri tengok dia bermula dengan terbaring, lansung tak boleh bangun.
Berak kencing kat pampers.
That's how bad his condition waktu tu.
Untuk sampai ke tahap boleh berjalan guna tongkat, it took us 4 months.
Jangan ceritalah the process.
Dari patah, transfer ke PPUM, buat biopsi, tido baring silih-berganti kat hospital macam orang nomad.
So bila dia dah boleh berdiri macam sekarang, aku taknak letakkan risiko dia tinggal di asrama kerana kaki belum cukup strong untuk full weight bearing.
Kalaulah terjadi apa-apa yang buatkan dia jatuh dan crack semula, letih nak repeat balik proses yang sama.

Apa-apa pun, macam biasa, kita jangan pikir jauh sangat.
Buat one step at a time.
Sekarang ni lega Rayyan ada di rumah.
Esok sambung balik fisio.
Dan aku akan tambah dengan aktiviti lain untuk kuatkan muscle dia.
Gambar aku ambil masa pendaftaran semalam banyak juga.
Tapi tulah, penyakit aku datang.
Terus aku rasa tak selera nak bercerita hal registration.
Penyakit apa?

Penyakit terimbau kenangan lama di SBP.

Stress je En Wan melayan karenah aku hari tu.
Apa taknya, masuk-masuk je perkarangan STAR aku dah rasa semacam.
Macam nak homesick, macam rasa menyampah, rasa nak balik cepat.
Bukan menyampah kat STAR, tapi environment SBP mengingatkan aku pada memori lama.
The building, the dorm, the dewan, everything.
Terasa macam aku yang masuk asrama.
Cepat-cepat aku ajak En Wan balik.
Tiba-tiba jadi takut nak masuk Ipoh lagi.
Trauma aku belum heal rupanya.
Masa hantar Redza tak pula macam ni.
Maybe environment MRSM lain.
The building lebih moden, the bilik tak pakai dorm, the system juga berbeza.

Dulu lepas quit TKC, everytime balik Tampin kena melintas exit Seremban.
Setiap kali lintas exit Seremban, aku toleh tempat lain.
Tengok exit Seremban pun tak nak kau! Gila drama 😆.
Aku harap Rayyan tak ikut perangai aku yang satu ni.
Semoga dia cekal dan seronok kat sana nanti.

Aku tepek screenshot ni kat IG semalam.
Memandangkan dah ada yang bertanya, aku jawablah di sini.
Kat IG tak dapat tulis panjang-panjang.

Rayyan di-diagnosed dengan dyslexia awal-awal masuk Darjah 1.
Puncanya, ada satu malam tu soalan 2+2 dia tak dapat jawab.
En Wan macam biasalah, bising marah-marah. Dia ingatkan Rayyan tak fokus belajar.
Aku dah terdetik anak aku maybe ada dyslexia.
Lepas buat assessment, betul.
Rayyan ada, tapi very mild dyslexia.
Dyslexia dia lebih kepada titik dan garis.
Dia always nampak titik bergerak dan garisan turun naik.
That explains kenapa tulisan dia kejap condong ke bawah dan ke atas.
Dan setiap kali iqra' dia nak menyebut satu-satu huruf tu lambat.
Bukan sebab tak ingat, tapi the titik keep moving buatkan dia confuse ini huruf apa sebenarnya.

Aku dah ready untuk enroll Rayyan dalam sekolah khas. Rupanya tak boleh.
Disebabkan his dyslexia is very mild, Rayyan tak layak masuk sekolah khas.
Jadi kitorang terpaksa masukkan dia ke aliran perdana juga (sekolah biasa).
Bila masuk aliran perdana, bermakna school will treat you like normal students.
In other words, Rayyan kena usaha untuk catch up supaya dia boleh jadi "normal".
That also means we parents have to help Rayyan as much as possible.

En Wan sangat dedicated bab ni.
Aku bagi full credits kat dia.
Penat macamana pun balik dari kerja, atau after driving long hours, dia akan spend 1-2 hours untuk ajar Rayyan. No kompromi.
Walaupun sampai dari Tganu pukul 8 malam, Rayyan has to be ready masuk 'kelas tusyen' beliau at 9 pm.
Effort ni berbeza semasa dengan Redza.
Redza dari Darjah 1 dia di kelas pertama all the way, jadi kita bagi dia seadanya sahaja.
Bukan tak adil. Disebabkan mahu adillah maka Rayyan kita bagi lebih, kerana dia lebih memerlukan perhatian lebih.

Aku ambil alih bab reading, mengaji and menulis.
Lepas kita dah tahu condition dia, hari-hari aku set time untuk reading and menulis.
Dah habis semua buku baca, sampai takde dah buku nak dibaca, aku print whatever simple-simple story dari internet untuk dia baca.
Janji kau kena baca everyday.
Menulis pun sama. Everyday menulis.
Lama-lama he is getting better and better.
Antara semua ni yang paling hazabedah adalah mengaji.
Kau imagine je lah huruf Arab kan banyak titik.
Masuk iqra' 3-4, ayat dah jadi panjang-panjang.
Kat sini banyak kali dia confuse.
Terpaksa turunnnn balik iqra' 2.
But alhamdulillah he made it. Kuasa Allah.

Masa hantar Rayyan masuk KAFA, aku jumpa ustazah bagitau keadaan Rayyan.

"Saya harap sangat ustazah sabar dengan Rayyan, ya. Dia ada masalah nak mengecam huruf sebab titik bergerak-gerak. Saya tak harap banyak. Kalau dia tak boleh membaca, usahakan untuk dia menghafal simple-simple surah jadilah. Buat syarat nak bawa baca dalam solat".

Itulah yang aku ulang-ulang dekat semua ustazah yang aku jumpa.
Kerana expectation aku tak tinggi.   
Tapi kuasa Allah, darjah 5 Rayyan berjaya khatam Quran dengan ustazah.
Dan tahun lepas, Darjah 6 dia khatam lagi sekali. Kali ni dengan amma-nya.

Dari pengalaman aku assist Rayyan, mengaji menulis dan membaca kena buat HARI-HARI.
That is the only way nak bagi his dyslexia jinak sikit.
Bila selalu buat practice ni, lama-lama titik-titik tu dah tak nampak bergerak sangat and the line dah semakin straight.

Takde apa-apa special tips yang aku boleh share.
Sebab apa yang kami buat sama je macam budak-budak "normal" lain buat.
Hari-hari buat latihan. Hari-hari reading.
Hari-hari menulis. Hari-hari mengaji. Itu je.
Practice makes perfect omputih kata.
Selebihnya kita serah pada Allah.
Insyallah Allah akan beri apa yang sesuai menurut-NYA.

Orang tanya kenapa Kak Di pilih STAR, bukan Langkawi.
Bukan tak mahu Langkawi.
5 tahun Redza di sana, aku happy.
Malah aku pernah membayangkan Rayyan juga akan ke sana.
Tapi bak kata En Wan, Redza dah set-kan satu benchmark yang sangat tinggi untuk adik dia kalau Rayyan ke Langkawi.
Mungkin kitorang akan membanding-bandingkan achievement Rayyan dan Redza nanti.
Jadi kali ni pilih SBP lah.
System yang berbeza, environment yang berbeza dan learning approach yang berbeza.

Aku tak sure sekarang ada lagi tak sekolah yang buat streaming class.
Kalau ada, berbahagialah.
Sebab sekolah Rayyan dulu buat streaming class.
Rayyan di kelas ketiga, kemudian naik ke kelas kedua.
Dia kekal di kelas tu sampai Darjah 6.
Aku tak kisah walau dia tak naik kelas pertama.
Yang penting cikgu mengajar ikut pace untuk budak-budak kelas kedua.
Itu jauh lebih penting supaya anak faham apa yang dia belajar.
Di sekolah Rayyan, ada sorang budak dapat TKC.
Budak tu dari kelas ketiga, ya. Bukan kelas pertama tau.
Jadi, mak bapak jangan takut atau segan bila anak tak masuk kelas pertama.
Bagi anak belajar ikut pace dia selama 6 tahun tu.
Bila dia faham, insyallah dia cemerlang.

Mak bapak yang anaknya speech delay ke, dyslexia ke, atau apa saja masalah pembelajaran.
Aku takde tips yang hebat-hebat.
Maybe boleh tanya doktor yang pakar dalam bidang tu.
Cuma jangan tinggalkan usaha.
Buatlah -- bagi latihan everyday, reading everyday, communicate everyday.
Beli buku yang ada suku kata berwarna untuk anak-anak belajar membaca.
Kalau ada budget hantarlah ke kelas-kelas tertentu.
Bila anak-anak ni terdedah pada banyak program, it helps their communication skill sebab mereka terpaksa bercakap dengan kawan-kawan baru.
Usaha apa yang boleh. Usaha tu kerja kita.
DIA nak bagi atau tak, itu kerja DIA.

Buat masa ni, Rayyan masih di rumah.
Tapi barang-barang semua dah simpan di locker sana.
Alhamdulillah, En Syahnun PKHEM STAR banyak bantu permudahkan urusan Rayyan.
Dia bagi Dorm tingkat bawah, katil pun bawah, dekat dengan pintu dan paling dekat dengan shower and toilet supaya memudahkan pergerakan Rayyan nanti.
Rayyan sambung fisio di rumah hingga selepas raya.
Kalau ikut doktor, MC Rayyan sehingga 30 May.
Kalau selepas tu Dr masih kata dia belum fit, maknanya sambung lagi di rumah.
Hat tu kena pikir lain macamana nak bagi Rayyan tak ketinggalan dalam kelas.

Hari tu senior yang assist Rayyan bagitau pernah ada batch dorang patah juga.
6 bulan kena balik rumah.
Cikgu-cikgu STAR rekodkan pembelajaran di kelas dan hantar kepada that student.
Bagusnya la komitment cikgu-cikgu STAR ni.
Takpe, buat masa ni aku belum nak pikir pasal kelas lagi sebab orientasi pun masih berlansung. 2 minggu katanya.
Kita selesaikan satu-satu dulu.
Lepas 2 minggu karang baru aku follow up dengan sekolah macamana cara untuk Rayyan follow kelas.
Buat masa ni, ada banyak sangat perkara untuk disyukuri. Alhamdulillah.

Soalan yang sangat bagus, tapi jawapan aku simple - kerana Redza dan Rayyan ada bapak yang kering hati 😁.
Kalau aku, memang the moment Redza call bagitau dia taknak duduk sana, jam tu jugak aku book tiket naik Langkawi and keluarkan dia dari situ.
Biasalah, mak-mak.
Kita yang lahirkan dia, kita yang menjaga dia.
Takde mak yang nak tengok anak menangis hidup dalam environment yang tidak se-selesa di rumah.
Kalau boleh mak-mak nak provide aircond, esbok segala dalam bilik hostel anak.
Nak pulak aku yang pakar quit boarding school ni, kan.
Aku sendiri tak tahan, mustahil aku encourage anak-anak untuk stay.

En Wan yang banyak pegang role ni.
Dia yang banyak encourage anak-anak untuk aim for boarding school.
Nothing to do with boarding school lebih baik dari sekolah harian. Tak.
Kami yang tak mampu nak mendisiplinkan anak-anak kalau dorang bersekolah harian.
Jadi, kitorang pilih untuk letak anak-anak di sana.
Duduk sana dendiam.
Belajar uruskan diri, uruskan masa, belajar berkawan, belajar hidup sederhana apa yang ada, belajar taat perintah Allah.
Insyallah anak-anak ni cekal.
Sebab anak-anak adalah kombinasi kita dan suami.
Kalau kita (aku) dulu tak cekal bertahan di boarding school, mereka ada genetik half of the father yang cekal.
Let them experience it, but be on standby to either encourage or ready to pick our kids back home. Kahkahkah. *mak-nya masih tak berubah*