2019-01-21

Salah kawan atau salah sendiri?


Last week ada reader mintak aku ulas isu Dewi Remaja kena pulangkan balik title Juara.
Tapi aku tak tahu-menahu pasal kes tu so aku perlu ambil masa sikit nak baca apakeheynya isu tersebut.
Hari ni baru rasa nak ulas tapi since kes dah pun settle, dah tak panas lagi, jadi aku rasa aku taknak sentuh bab tu dah.
Cuma aku nak bagitau itulah impaknya pengaruh persekitaran pada diri kita.

Yang ni dah banyak kali aku highlite dalam blog.
Pengaruh persekitaran banyak mempengaruhi diri kita.

Contoh, bulan Ramadhan.

Bila Ramadhan tiba, semua orang akan terikut-ikut dengan suasana Ramadhan.
Those yang biasanya liat nak bangun awal, tiba-tiba boleh pulak bangkit sebelum Subuh.
Walaupun hakikatnya ada je yang lepas sahur tido balik sampai terlajak Subuh, tapi itu masih membuktikan bahawa kita sebenarnya boleh bangun menunggu Subuh, cuma kita je yang pilih untuk taknak bangun.

Bulan Ramadhan, yang selama ni liat nak ke masjid dengan macam-macam alasan, tiba-tiba jadi rajin solat Maghrib and Isyak kat masjid.
Walapun hakikatnya dia ke masjid sebab bulan Ramadhan ramai orang sedekah makanan best-best kat masjid, moreh pun macam-macam makanan ada, tapi itu menunjukkan bahawa kita sebenarnya mampu bersolat jemaah di masjid cuma selama ni kita pilih untuk tak nak pergi.

Yang selama ni liat sungguh nak berpuasa sunat, elok je tiba Ramadhan boleh pulak berpuasa sebulan penuh.
Kerana apa?
Kerana persekitaran juga berpuasa.
Restoran tutup, member pun takde yang ajak pi makan, gerai goreng pisang pun tak bukak, eksrim Mat Cool pun tak lalu-lalang.

Yang selama ni seminggu sekali payah nak pegang Quran, masuk je bulan Ramadhan boleh khatam dalam masa sebulan.
Kerana sana-sini orang sibuk buat majlis tadarus.
Kita jadi terpengaruh untuk membaca.

Fenomena kedua adalah ketika ibadah umrah/haji.

Kat sana bertudung-litup dengan sempurna siap boleh istiqomah 2 minggu pakai niqab.
Balik je Malaysia start balik pakai ketat sendat.
Hilang semua niqab and jubah.
Niqab and jubah tu oklah fine, tak penting untuk dipakai.
Pakai baju kurung, blouse longgar-longgar pun boleh.
Tapi stokin?
Takkan stokin pun hilang jugak?

Ketika berada di rumah Allah, semua manusia berubah dengan drastik.
Yang payah nak menangis jadi murah airmatanya saat melihat Kaabah dan saat bersujud di Masjidil Haram kerana mengingatkan dosa dan takutkan seksaan akhirat.

Yang selama ni masjid 500m dari rumah pun payah nak jengah, tiba-tiba di Mekah dapat hotel jauh dari 500m dari masjid pun sanggup jalan kaki semata-mata untuk bersolat.

Di sana, berbuka dengan 2 biji kurma dan segelas zam zam pun dah memadai.
Tapi kat sini habis satu pasar malam nak dibelinya, tu pun tak cukup lagi.

Apakah sebab di sebalik semua ni?

Jawapannya adalah kerana kekuatan pengaruh persekitaran.

Bagaimana dan dimana kita meletakkan diri kita sangat penting untuk membentuk akhlak diri sendiri.
Kalau kita tak emotionally and spritually strong, maka carilah persekitaran dan lingkungan yang baik supaya perkara baik yang kita dapat lakukan ketika bulan Ramadhan dan ketika di Mekah dapat kita teruskan.
Tak dapat cari kawan yang baik, carilah guru agama yang baik kerana pergaulan sangat mempengaruhi kehidupan seseorang.
Akibat bergaul dengan teman-teman yang perangai buruk, lama-lama kita akan terikut-ikut jadi buruk.
Sebaliknya bergaul dengan orang-orang yang baik selalunya kita akan dapat manfaat yang besar.

Contoh, kalau kita berada di kalangan perkitaran yang menggunakan waktu rehat tengahari untuk bersolat, insyallah kita akan terikut-ikut dengan cara tu.
Tapi kalau kita berada di persekitaran yang bersolat selepas waktu rehat lunch, dah pukul 2pm baru nak terhegeh-hegeh ambik wuduk, besar harapan kita akan ikut cara tu kerana menganggap itu adalah normal.

Ramai orang tersasar ke lembah maksiat dan buat perkara-perkara yang salah adalah kerana silap pilih kawan.
Silap pilih kawan bermakna kita lah yang salah, bukan kawan tu yang salah.
Kita yang salah kerana kita sendiri memilih untuk berada di lingkungan itu.
Bila kita jadi jahat, jangan salahkan orang lain tapi salahkanlah diri sendiri.
Kerana kita sentiasa ada pilihan untuk jadi baik tetapi kita sendiri pilih untuk jadi jahat.

Ni bukan aku punya teori ya, tapi Rasulullah saw sendiri kata "Kawan yang baik dan kawan yang buruk adalah ibarat seorang penjual minyak wangi dan seorang tukang besi. Penjual minyak wangi akan memberimu minyak wangi, atau engkau membeli minyak wangi darinya, dan kalau pun tidak, engkau tetap mendapatkan bau harum darinya. Sedangkan tukang besi, boleh jadi (percikan apinya) terkena pakaianmu, dan kalau pun tidak terkena percikan api, engkau tetap mendapatkan bau asapnya yang tak sedap." (Bukhari 5534 & Muslim 2628).

Hadis ni takde cakap "jangan kawan dengan orang yang berperangai buruk", kan?

Tapi kalau kita bijak, kita dapat mentafsir kata-kata Rasulullah bahawa hadis ini sebenarnya melarang kita berkawan orang yang boleh merosakkan agama atau dunia kita.
Hadis ini menggalakkan kita berkawan dengan orang yang dapat memberikan manfaat dalam agama dan dunia kita.

"Agama seseorang sesuai dengan agama teman dekatnya. Hendaklah kamu melihat siapakah yang menjadi teman dekatnya." (Abu Daud & Tirmidzi).

Siapa kawan-kawan kita, itulah diri kita.
Sebab itulah ada pepatah "jodoh kita adalah cerminan diri kita", kerana jodoh adalah kawan kita yang paling rapat.
Begitu juga dengan kawan, nak tahu bagaimana akhlak kita, tengok saja akhlak kawan baik kita.
Jarang kita nampak sepasang BFF yang satunya jahat, yang satunya baik.
Dalam banyak keadaan kita boleh tengok kalau yang sorang tu kaki clubbing, yang sorang lagi mesti kaki clubbing juga.

Katakanlah seorang bernama C ada kawan yang ramai.

Kita boleh tengok, kalau untuk makan-makan dia ada set of kawan yang berbeza.
Kita namakan set A.

Kalau dia pi clubbing, ada set of kawan yang berbeza pulak.
Kita namakan set B.

Jarang nak nampak kawan-kawan set A berada di tempat kawan-kawan set B.
Most of the time, kawan-kawan set B adalah muka-muka yang sama.
Tetapi si C ni sentiasa ada di set A mahupun set B.
Ini bermakna C ada hak sepenuhnya dalam membuat pilihan.
Kalau jadi apa-apa semasa dia bersama-sama set B, bolehkah dia salahkan kawan-kawan set B?
Tak.
Kerana dia yang pilih untuk berada di situ.
Padahal dia ada kawan set A tapi dia juga memilih untuk berada dalam set B.

Persekitaran dan pengaruh kawan yang tidak baik sangat mempengaruhi kualiti iman.
Oleh itu, di antara tanda-tanda taubat yang benar adalah penghijrahan persekitaran.
Kita perlu memahami dalam usaha kita bertaubat, meninggalkan persekitaran dan kawan-kawan yang buruk dan mencari persekitaran sosial yang lebih baik adalah langkah pertama dalam usaha untuk bertaubat.
Mana mungkin kita boleh berubah kalau masih lagi berada di lingkungan kawan-kawan yang sama.

Dulu, ada seorang pembunuh.
Dia membunuh 100 orang yang tak bersalah.
Ketika dia mahu bertaubat, sorang ulama menasihatkan "Pergilah ke kampung itu kerana di sana terdapat orang-orang yang beribadah kepada Allah. Beribadahlah kepada Allah bersama mereka. Jangan kembali ke kampungmu kerana kampungmu adalah lingkungan yang buruk" (Muslim, 7184).

Macam tu sekali pentingnya pengaruh lingkungan terhadap diri kita.
Maka apa yang perlu kita lakukan adalah mempertahankan persekitaran baik dengan mencari lingkungan pergaulan yang baik.
Kalau kita emotionally strong, maka kita boleh jadi 'magnet' untuk create persekitaran yang baik dan menarik pengaruh baik datang.

Sesungguhnya ketika kita hidup di suatu komuniti, hanya ada dua kemungkinan yang terjadi.
Iaitu mempengaruhi atau dipengaruhi.
Kalau kita tak mempengaruhi lingkungan kita maka pasti kitalah yang akan terpengaruh oleh lingkungan yang ada.