walk on wings, tread in air: 09/2012 <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\07532934260\46blogName\75walk+on+wings,+tread+in+air\46publishMode\75PUBLISH_MODE_HOSTED\46navbarType\75BLUE\46layoutType\75CLASSIC\46searchRoot\75http://www.dianaishak.com/search\46blogLocale\75en\46v\0752\46homepageUrl\75http://www.dianaishak.com/\46blogFollowUrl\75https://plus.google.com/108023594649590263359\46vt\758062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

walk on wings, tread in air

HIGHLIGHTS

FLEUR by MRS HIM

EPHYRA, TIMELESS BEAUTY


To purchase, kindly contact : aveo757@yahoo.com


TESTIMONI EPHYRA

FOOD

BEAUTY AND HEALTHCARE
FASHION
 

OOHMYBAGS
OTHERS

OOMORI
Dutch Lady Chocolate Drink
September 28, 2012


Nuffnang Sponsored Post for 48 hours.
Please scroll down for new entry.





Attention please!

Especially those who love chocolate drink.

Now Dutch Lady ada Dutch Lady Chocolate Drink yang sesuai diminum sekeluarga dalam bentuk milk powder! This new product is a Chocolate Drink (real cocoa powder), added with milk.

Maksudnya kat sini, Dutch Lady Chocolate Drink dah ditambah susu kat dalam siap-siap so that bila kau bancuh, takyah tambah susu dah. Semua dah siap kat dalam tu, tapi dalam bentuk powder la. Kau tinggal nak tambah air je.

Jangan risau, Dutch Lady Chocolate Drink powdered formulation walaupun ianya berbentuk tepung, tapi rasanya tetap tasty, sama nutrituos macam health food drink yang lain dan yang paling penting, ianya ezymix.

Memang EZYMIX.
Sebab everything dah siap, air je yang belum siap.
Kau kena bancuh sendiri tapi tak susah mana pun..

Kalau nak minum panas-panas, letak beberapa scoop and tuang air panas 200ml (takyah nak adjust-adjust sangat la mililiter tu, kau tuang je dalam mug. Standard mug muat air 200-210ml).

Agak-agak nak minum sejuk, letak lebih kurang 4 scoops pastu tambah air panas sikit dalam 100ml (half mug) then masukkan ice cubes 100ml (ni pun agak-agak kau je la. Rasa-rasa mug dah penuh, cukup-cukup la taruk ice. Takkan tu pun aku nak ajor kan).
Reason letak 4 scoops tu sebab nanti kalau ais tu mencair, takde la tawar hebeh je chocolate drink kau tu. Tapi kalau nak letak lebih, no hal.
Easy right?

Sebab tu la ia dipanggil EZYMIX, sebab kau cuma perlukan air panas untuk jadikan dia hot chocolate. Kalau rasa nak minum sejuk, tuang ice cubes je. Done.

Nak easy macamana lagi kan.
Dah habis easy dah ni.

Harga Dutch Lady Chocolate Drink powdered formulation ni pun reasonable :

RM8 untuk 350g (aku beli kat Speedmart dapat RM7.49)
RM17.90 untuk 900g

Walaupun ianya chocolate drink, tapi Dutch Lady Chocolate Drink powdered formulation ni masih mengekalkan the tastiness of chocolate with the goodness of milk. Dan ingredients sangatlah nutritious.

Milk (milk powder)
Real cocoa
Minyak sayuran
Vitamin B Kompleks (8 jenis vitamin B)
Kalsium, Magnesium
Protein
Omega 3 & 7


See??
Tengok ingredients pun dah boleh bayangkan how tasty, how yummy and how chocolate-y this chocolate milk. Nutritious lagi la kan, dah terang lagi bersuluh.

Sebut pasal nutritious ni, aku rasa semua dah terer apa fungsi kalsium, magnesium semua tu kan. Tapi takpelah, sebab aku pun sama jugak terer, meh aku explain. Haha. :

Of cos semua tau kalsium untuk pertumbuhan tulang and gigi. 

Omega ni pulak untuk pembelajaran. 
En Wan kalau aku sebut pasal Omega mesti dia bangga gila jadi orang Tganu. Omega ni kan banyak dalam ikan, so dia selalu kata “sebab tu la orang Tganu bijak-bijak, sebab kitorang makang budu!”

Vitamin B Kompleks ni pulak untuk tenaga.

Ok ni selingan.
Ada yang kata kalau makan vitamin B kompleks, tak perlu ambik heavy food sebab the vitamin itself dah bagi kita tenaga.

Nehi okkk.
Nehi!

Vitamin B kompleks ni fungsi dia membebaskan tenaga dari makanan.
Dah kalau kau tak makan, mana nak datang tenaganya.
Apa yang nak dibebaskan?
Bebaskan angin je la.

Aku baru je lepas tengok Wanita Hari Ini.
Tajuk, pemakanan anak-anak.
Pakar pemakanan cakap, penting untuk kita minum segelas susu setiap pagi and malam.
Pastu ada chef jemputan sekali. Chef tu cakap, pemakanan kita ni boleh diubahsuai untuk mendatangkan selera. Contohnya kalau sayur. Ramai budak susah nak makan sayur. Kalau sayur tu kita letak setonggok kat depan konfem la taknak. Kambing pun boring tengok. Tapi kalau sayur tu kita ubah suai, kita masak dengan pelbagai cara and rasa, mesti akan bangkitkan selera. Orang yang tak makan sayur pun boleh transform jadik vegetarian kalau kena dengan cara masakannya.

Sama jugak macam susu.
Sebab tu Dutch Lady produce this chocolate milk sebab ini adalah satu tarikan untuk orang minum susu. Bijak kan?
Cuba korang tengok orang Jepun.
Kenapa diorang rajin buat macam-macam bento?
Sebab tu salah satu cara membangkitkan selera makan.

Macam Redza dia taknak makan ikan lansung dulu.
So aku dah pening.
Hari-hari dia nak makan sotong and telor.
Then satu hari aku masak fishball soup. Fishball tu aku buat sendiri dari isi ikan tengiri. Aku buat bentuk bulat, bentuk leper, empat segi, ect.
Dari semenjak tu, dia dah suka makan ikan tenggiri.
So aku rasa improvisasi itu perlu.

Jadi, kalau anak-anak korang tak suka minum susu putih, try Dutch Lady Chocolate Drink powdered formulation ni. Mesti suka punya.

Korang boleh beli chocolate milk ni kat mana-mana super/hypermarkets, selected local grocery and convinient stores, selected Chinese medicine halls, 7-11 and semua 99 Speedmart outlets.

Beli ok, jangan tak beli.




Nak lagi fun, log on to Dutch Lady's Facebook and play the EZYMIX Party. Game ni, korang kena hit score yang tinggi. Kalau score tinggi, korang stand a chance to win RM50 shopping vouchers secara mingguan ATAU discount vouchers untuk beli Dutch Lady Chocolate Drink

Selain dari tu ada lagi benda lain yang korang leh grab.

“Biar Betul Truck”

Biar Betul Truck ni is an unbranded truck warna biru yang telahpun buat rondaan di sekitar high traffic areas in Klang Valley selama 2 minggu sebelum official launch Dutch Lady Chocolate Drink.

Masuk sini dan cekidaut. (

Tau truck biru ni membolehkan korang menang apa?

Limited edition Tees and iPod nanos!!

BIAR BETULLLLLLLLLLLLLLL??

Stress betul aku boleh terlepas peluang ni.

Tapi takpe….takpe…(sambil urut dada).
Fully-branded Biar Betul Truck telah di-launch 19 September, so sesape yang dah missed peluang untuk dapat hadiah dan voucher, please look out for the truck over the next few months!

posted by aveo757 @ 9:19 AM  
Newer›  ‹Older
Perang
September 27, 2012

Semalam Mak Aji and the geng datang rumah, dinner sini.
Rupanya Ibal nak hantar present untuk Redza punya birthday hari tu.
Acu dia belikan Nerf.

Redza selama ni main Nerf yang macam pistol tu je, tapi lengkap la dengan beg peluru la, peluru tambahan semua la. Rupanya Nerf ni dah jadi fenomena, at least kat kawasan perumahan aku ni la.
Redza kata dia selalu kena tembak sebab dia pakai pistol, budak-budak lain pakai gun.
Memang tetiap hari dia dok nyanyi kat telinga aku nak Nerf nak Nerf nak Nerf.
Yang si bapak dia, "Apa? Nerd?"

Nerd tu kau.
Wakakakka.

So Acu telah menyepoilkan anak aku dengan menghadiahkan Nerf gun.
Lengkap dengan peluru, beg peluru semua.
Ni kalau nak berperang dah kira ada potensi nak menang ni.
Menang gaya la tapi.



Disebabkan abang dah dapat Nerf baru, maka Nerf pistol ni dapat kat adik la jawabnya. Kemain riang lagi Rayyan dapat main Nerf abang dia. Selama ni toksah kata nak pegang, nak kuis pun tak dapat.



Bersiap sedia untuk mempertahankan ibu pertiwi



Okeh.
Dah siap untuk menjadi seorang Rambo. 
Nanti aku conteng pipi dia dengan kiwi eh?



Rayyan ni tak padan dengan kecik.
Main nak dengan orang tua.
Orang naik beskal dia nak beskal jugak.
Jalan pun tak betul ada hati nak kayuh beskal.
Ntah kau naik beskal, beskal naik kau.

Tapi kesian Rayyan.
Jarak sangat dengan abang dia.
Abang dah Darjah 2, kau baru nak masuk 2 tahun.
Sok abang kau Form 2, kau baru nak masuk Darjah 1.
Kau baru nak blaja main PSP, abang kau dah blaja main gitar.

Sebab tu Rayyan tak banyak mainan.
Sebab abang dia dah tak main mainan, asik main PSP, PS2 and iPAD. Jadi Rayyan pun takde selera nak main dinasour, lego, Fisher punya barang mainan semua dia tak layan. Pastu sebab dia dah didedahkan dengan iPAD, aku belikan iPAD budak-budak tu selamba je dia campak ke tepi. 2 minit pertama je dia excited sebab ingatkan iPAD betul. Bila dia slide-slide screen tu tak bergerak, PAPPPP dia hempas. Pastu terus gi dapur, main senduk.

Stress aku tengok senduk aku semua dia buat korek tanah.
Budak lain mandi dalam bilik air, dalam kolam, bawak itik, bawak ball. Si Rayyan tak.
Dia bawak sudip dengan tupperware. Ntah apesal cukup berkenan dengan sudip.
Memang cukup rajin berkemas barang-barang dapur aku.


Nenek melayan cucu pasang gun, padahal dia bukan tau pun tu. Hahah.




Ni lah dia anak-anak zaman sekarang.
Nak main ngan member-member kat playground pun nak kena ada barang beratus ringgit.
Takat nak main tembak-tembak je pun.
Peluru pun alahai...sponge. Apa barang tembak cenggini.

Aku dulu kalau main polis sentri time nak tangkap perompak tembak perompak tu, baling je dengan batu. Pelepukkkkkkkk kena kat dahi.
Baru pueh hati. Tu baru namanya main perang-perang.
Nak lagi pueh hati, gosok bijik getah kat simen pastu letak kat tengkuk member.
Melompat member kalau kena tu. Silap-silap terkentut keluar taik sekali.

Budak-budak sekarang harap gun je gempak. Peluru besar kote anjing je. Ceh!

Zaman-zaman kita dulu lebih kreatif.
Zaman tu belum maju sangat. Tapi imaginasi dah merentasi zaman. Jadi terpaksa la merealisasikan impian dengan mempraktikkan apa yang ada kat sekeliling.
Masa tu kalau yang main perang-perang, senjata dia batu, batang penyapu, kadang-kadang penyodok sampah ngan pongkes pun keluar. Aku tak tau la apa motif.

Kalau yang main masak-masak, bahan masakan dia bunga-bunga jiran sebelah (takleh petik kat rumah aku, mampus kena sesah ngan Mak Aji nanti). Pastu mesti ada batu untuk dijadikan kesung. Mesti ada batu bata konon nak buat tempat letak kuali (dari papan). Budak-budak skarang kalau main masak-masak bawak kuar Play-doh!
Kalau yang main kawen-kawen, masing-masing bekerjasama. Nak buat kenduri-kendara la katakan. Mesti mau ada rewang. Aku bawak mangkuk ngan sudip, kau pegi petik bunga nak buat renjis-renjis, kau pulak pegi songlap lipstik ngan bedak mak kau nak mekapkan pengantin jap lagi, kau pegi ambik buku teks nak buat kipas-kipas pengantin, etc.

Yang bestnya bila melayu and cina main kawen-kawen okeh? Budak cina tu redho je jadi pengantin. Kawen style melayu lak tu. Fun! Muhibbah gila.

Anak aku, kalau main sorok-sorok, alahaiiiiiii.
Belakang langsir dipilihnya.
Belakang pintu.
Dalam lemari.
Dalam toilet.

Amende laa...

Zaman aku dulu kalau kata main sorok-sorok, berdesuppppppp lari menyorok kat laman rumah orang.
Yang gigih sikit, pi lari jauh masuk dalam kedai.
Yang terlebih bijak, menyorok dalam rumah sendiri dan terus tak keluar-keluar sampai besok.
Mau berpeluh kau nak mencarik.

Skarang tengok budak-budak main perang-perang siap dengan gun, pastu dengan beg peluru, pastu dengan beg galas gitu gini gedebak gedebuk. Ni mau kang belum berperang semua dah mati awal-awal. Berat sangat pikul macam-macam.



p/s : Shawl ada lagi 29 helai saje. Grab while stok masih ada!
posted by aveo757 @ 6:33 PM  
Newer›  ‹Older
Shawl is back!
September 26, 2012

Setelah sekian lama, hari ni aku uploadkan shawl-shawl yang aku bawak balik dari GZ.
Yang masuk kontena masih ada atas laut lagi, maybe next week sampai.
Aku bawak dengan tangan 8 design je dulu.

Apabila anda melihat gamba-gamba dibawah, abaikan saje muka mak dara itu, cuba bayangkan Izzara Aishah yang pakai shawl-shawl ni. Takde pilihan, Elly belum balik dari Rome (dia yang ditugaskan utk uruskan model), jadi Filla telah memaksa aku tayang muka sendiri di blog.

Gamba-gamba ni aku ambik kat bilik Redza sebab bilik Redza mengadap matahari naik.
Bilik aku memang tak kena matahari (biasa la bilik bos mesti yang dim-dim sikit, baru la membangkitkan pelbagai rasa), kalau snap kat bilik aku kena guna flash yang pastinya akan jadikkan kaler shawl bertukar, begitu juga dengan kaler kulit aku. Jadi sekali lagi, abaikan permainan Redza kat belakang tu.


Fokus hanya pada shawl.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Folus hanya pada apa???
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Shawl!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Selamat membeli. Please contact aku kat aveo757[at]yahoo[dot]com

Thank you.

Material : Viscose silk
Size : 75 x 175cm
Price : RM35/pc with delivery






FD1



FD2 
SOLD OUT



FD3



FD4



FD5
SOLD OUT



FD6



FD7



FD8


posted by aveo757 @ 6:36 PM  
Newer›  ‹Older
Photo Editor
 Semalam aku upload gamba ni kat wall FB....



Lantas mendapat komen-komen ini...



Hmmmm...
Pagi ni aku check, hmmm...ada tambahan komen but masih tak jumpa komen yang aku expect.

Rupanya takde orang perasan aku pakai eyeshadow sebelah lain kan?
Hahahahahaha.

En Wan je yang selalu perasan aku suka buat tebiat pakai sebelah kaler lain, sebelah lagi kaler lain.
Semalam keluar dengan Mak Aji and Pak Aji pun dorang tak perasan.
Ok, boleh buat selalu pasni.

Aku memang suka buat aktiviti-aktiviti terencat macam ni. Tapi cuma En Wan je yang perasan, mula-mula dia geleng-geleng kepala. Now dia dah tak kuasa nak geleng. Bila aku tanya "Bang, ok tak?"

"Boleh la.."

En Wan susah nak bagi compliment.
Kadang-kadang compliment nak ambik hati orang pun dia tak suka bagi.
Contoh kalau pegi makan kat mana-mana, kita dah rasa best gila dah ni. Tapi dia "Hmm..boleh la.."
Expectation tinggi sangat. So kalau dia bagi respon "Boleh la...", aku dah suka gila.
Sebab kalau dia disagree, ayat dia sangat menyakitkan hati.

"Bang, cantik tak?"

"Ya Allah, Di. Tolong lah. Buruk gila macam darat!"

Sikit-sikit kutuk dah la kan.
Sampai nak emphasis kan darat-darat segala.
Macamana aku tak selalu bertekak dengan dia?


Tapi kalau keluar dengan famili je la aku buat macam ni, kalau pi wedding ke apa ke takde la aku nak buat kan sebab selalunya kat wedding tetamu akan memerhatikan tetamu lain berbanding pengantin. Biasa la kan, nak tengok sape lagi cun, baju sape lagi cantik, sape bawak balak paling hensem. Eh macam penah buat je.

Kuku pun camtu gak. Dulu aku selalu kalerkan kuku ikut sedap anak tekak aku.
And aku tak pernah kalerkan kuku sebelah kanan sebab aku nak makan nasik. So kanan kena bebas dari bahan-bahan yang mematikan nafsu makan aku. Kalau aku kaler kuku contohnya, semua kaler pink tetiba middle finger aku kalerkan putih siap ada smiley face. Kira kalau aku tunjuk middle finger kat orang masa tu, orang tu mesti konfius nak marah ke nak melemparkan senyuman silaturrahim kat aku. Tapi pas lama-lama aku tak pakai dah sebab everytime aku basuh bontot, mesti kaler dia dah jadi tak cantik. Dasar kaler murah.
Pastu bontot aku gatal-gatal. Agaknya bahan kimia nail color tu masuk bontot.

Eh, matilah pagi-pagi dah cerita pasal cuci bontot..


Lagi satu reason aku upload gamba tu sebab nak bagitau kat pengguna BB yang lain kot-kot la tak jumpa lagi application ni. Dia macam Instagram gak, tapi nama dia PhotoCard. Yang ni version free. Sape yang jenis berkira macam aku, boleh la guna application ni. Kalau jenis yang tak berkira dengan USD3.99, boleh la search PhotoStudio. Yang ni lagi banyak kau boleh buat. Aku dah penah beli time BB yang dulu, tapi pastu aku uninstalled sebab macam tak function sangat kat Bold 3. Dengan Bold 4 ni aku belum reinstall lagi, sebab aku bukan guna sangat pun bendalah ni. So nanti-nanti la. PhotoCard ni pun dah ok untuk orang buta gajet macam aku.


Oleh itu, saya berseru kepada seluruh warga BB, janganlah kita merasa rendah diri dengan warga iPhone.
Dia ada Instagram, kita ada PhotoCard.
Walaupun PhotoCard tak sehebat Instagram, takpelah, kita pasrah lah. Memang BB tak hebat. Sebab BB tak memerlukan photo editor yang hebat seperti Instagram untuk menacap gambar kita. Kita dah memang tak perlu ditacap sangat.
Eh, matila statement carik gadoh. Wakakakaka.

Ok, nak buat keje.



posted by aveo757 @ 11:08 AM  
Newer›  ‹Older
As white as snow..
September 24, 2012


Tengah syok melayan Snow White malam semalam, masuk wasap si Elly from Rome....




Tima kasih laling..
Tapi I tak main la small-small....



Malam semalam semuaorang tido awal.
So adelah masa terbaik untuk aku and En Wan layan DVD.
Dah berzaman cerita ni keluar, aku baru nak tengok - Snow White.

Sangat excited dapat tengok Snow White versi manusia.
Selama ni asik tengok versi katun so tak dapat nak imagine how melepaknya Snow White.
Tapi macam tak berapa kena je Snow White version manusia ni. cam selebet je aku tengok even dah jadi Queen. Hmmm... tapi takpelah selebet, janji dia fair la dari aku (eh, kau penah fair ke??).

Tapi bestnya cerita diaaaaaa.
Hero menepati citarasa.
Gagah, macho, baik hati dan hensem - ciri-ciri asas nak jadi hero. Kalau takde empat-empat ciri ni, ditakdirkan dalam cerita tu hero mati, mesti takde penonton nangis.

Awal-awal scene masa dia tunjuk mak Snow White tercucuk duri rose and darah jatuh atas snow tu sebijik macam yang diceritakan dalam buku-buku cerita zaman kecik dulu. Terus teruja nak sambung tengok.
......dan bermula lah episod aku menceritakan kat En Wan "Lepas ni dia macam ni bang......lepas ni kan dia buat ni....lepas tu kan nanti dia dapat ni....."

En Wan heran aku boleh tau jalan cerita.

Tak payah nak heran sangat la.
Perempuan mana yang tak pernah dengar cerita Snow White?
Nak lagi perempuan spesis NO WHITE macam aku ni, of cos sentiasa berangan nak jadi Snow White.
Sampai dulu aku pernah pakai Hazeline Snow punya kemaruknya nak putih. Terer betul iklan buat marketing, sampai terpedaya aku. Bodo.

Tapi sebenarnya yang buatkan aku suka Snow White, Cinderella, Beauty and the Beast bukan sebab dorang digambarkan sebagai cantik, tapi sebab semuanya happy ending and yang paling penting baju-baju dorang semua cantik. Perempuan mana yang tak suka baju cantik, nak pulak baju ala-ala evening dress kembang-kembang. And perempauna mana yang tak pernah berangan nak dapat lelaki hensem, macho, perkasa dan kaya. So tima kasihlah pada Walt Disney sebab bagi bahan untuk aku berangan.
Sebab tu kalau cerita-cerita dongeng ni diterjemahkan kepada realiti, plis la carik couple yang boleh diterima akal sikit. Adelah menjadi satu kepotongstimman bila heroin tu tak secantik seperti yang digambarkan dalam buku cerita dan hero pulak muka cam neraka. Plis ok, plis.

Punyalah dulu aku berangan nak pakai baju kembang-kembang macam tu sampaikan hari-hari (memang hari-hari aku try baju ni) aku pakai wedding dress yang Mak Aji simpan untuk pengantin sewa. Dulu Mak Aji ada sewa baju-baju pengantin and semua baju-baju tu akhirnya aku dapat pakai time berinai. Kira aku la penutupnya, pastu aku tak tau mana mak aku humban baju-baju pengangtin tu semua.

Tetiap petang lepas balik sekolah, dah makan semua, aku akan start aku punya berangan jadi princess.
Balik-balik wedding dress tu jugak aku sarungkan. Siap dengan veil lagi tak tahan. Kadang-kadang aku ubahsuai. Today kita jangan pakai crown, kita cabut bunga-bunga plastik dalam rumah tu letak atas kepala. tapi pastikan letak balik bunga tu pada kedudukan asal, pada ranting yang betul. Kalau tak, memang berbunga la peha dan betis kau malam tu. 

Aku percaya, semua perempuan yang tengah baca entry ni, zaman keciknya berangan nak pakai baju ala-ala princess. Time orang beli Barbie, aku tak. Teringin gak nak beli tapi baju-baju dia tak menepati selera aku. Cewahh. So, aku akan lukis sendiri baju-baju princess atas manila card then pakaikan pada patung yang aku buat from manila card jugak. Aku tak tau la nak explain macamana but aku tau budak perempuan mesti ada main ni dulu. Patung tu buat sekali je. Pastu kita boleh lukis baju macam-macam and pakaikan pada patung. Rasa puas gila dapat design baju sendiri pastu berangan....

Tapi cerita Snow White semalam baju tak cantik.
Tak macam baju Snow White yang dalam buku cerita.
Pastu takde keranda kaca pun..??
Seb baik hero boleh tahan.

Tapi puas hati la sebab cerita dia best jugak.

Lepas habis tengok aku cakap "Bang, best kan kalau Di boleh jadi Snow White?"

En Wan reply "Jangan konfiuskan budak-budak, Di.."



Fine!


posted by aveo757 @ 11:31 AM  
Newer›  ‹Older
Untuk Tigo Hari
September 23, 2012


Semalam En Wan buat surprise pegi beli tiket siap-siap untuk bawak aku tengok lelaki idaman - Rashidi Ishak. Auwww!!
Seriesly aku layan cerita ni sebab ada Rashidi Ishak.
Kalau takde, aku layan kat Astro First je la.

Aku tak pernah baca novel Untuk 3 Hari ni.
Rasanya itu lebih baik kot. Sebab bila aku dah baca novel Lagenda Budak Setan, movie dia aku rasa cam hampeh la pulak sebab jauh sangat feeling dia dari baca novel. Jadi, adelah lebih baik aku tak baca novel. Layan terus kat movie. Tapi kalau ikut kata Ahadiat, novel Untuk 3 Hari ni dia tulis 25 tahun dulu, masa tu aku baru darjah ompek, tengah busy mentelaah buku cerita Enid Blyton so novel-novel cinta ni memang tak pernah terfikir nak baca.

Cerita dia best jugak.
Tak heavy.
Tapi ending dia aku tak suka.
Sebab aku suka Rashidi so ada bias sikit kat situ.
Tapi bila pikir ikut lojik, memang bagus pun ending dia macam tu. Walapun ending cam cilaka, tapi wajar.

Tapi cam potong sikit la sebab aku duduk sebelah awek gedik.
Series bapak punya gedik awek tu.
Balak dia rilek je. Agaknya balak dia pun berbulu awek dia gedik nak mampos. Kalau aku jadi balak, aku seligi sedas.

Pernah tengok tak perempuan yang gatal bijik tengok movie cerita cinta?
Nak pulak kalau sampai scene first nite, or scene kena tido sama-sama, dia punya gedik ya ampunnnnn......macam kimak.

Scene awal movie ni ada tunjuk Rashidi and Vee berbalas sms kat majlis pernikahan masing-masing.
Itu pun dia nak terkekeh-kekeh. Padahal tak klaka lansung yang kau nak gelak beria-ia wadefakhhhhhhhhh???
Series ntah apa-apa.
Aku stress duduk sebelah awek tu sebab suara dia lebih kuat dari filem.

Bila keluar scene Ogy (mak) nangis Vee (anak dia) dah nak jadi hak orang lain (time nikah), awek sebelah tu cakap kat balak dia "Awak kena jaga saya baik-baik tau nantiiiiii. Semua mak sedih kalau suami tak jaga anak dia tauuuuuu. Hik.. Hik.. Hik.."

Bila keluar scene Zizan (Rashidi waktu muda) buat surprise birthday party untuk gf dia, awek ni cakap "Eiiiiiii romantiknyaaaaaa..hik..hik..hik...Saya pun selalu imagine bukak-bukak je pintu ada surprise untuk saya"

Scene first nite Rashidi ngan Ayu Raudhah lagi la.
"Eiiii....camana eh nak tido dengan orang yang kita tak sayang? Camne eh??? Hik..hik..hik.."

Halamakkkkk ini pompuan sekali aku sepak kang bergulung-gulung lidah kau masuk ke perut.

Brader depan seat dia beberapa kali toleh-toleh and mendengus-dengus.
Sumpah bosan dengan kegatalan kebijikan.
Kawen je la dik. Sakit telinga akak dengar kau punya gelak yang takde motif tu.

Citer ni best, klaka. Cuma ending aku tak suka.
Aku pulak pantang betul kalau hero kalah di akhir cerita, nak pulak kalau hero tu hensem. Aku akan mandom seminggu.
Ni tengah takde mood la ni.
Rasa sedih gila Rashidi tak dapat Vee. Eh terbagitau pulak.














Tu je la yang aku dapat snap.
Sila tengok beramai-ramai.
Kalau jumpa awek yang ada karakter gedik yang sama, tolong jentik bijik dia.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

posted by aveo757 @ 2:47 PM  
Newer›  ‹Older
Dilemma
September 21, 2012


Ada satu masaelah.

Masalahnya adelah Redza taknak tido bilik dia.
And yang paling ngeri now dia dah start nak tido sekatil dengan kitorang semula.
Tiap-tiap malam dia akan tanya "Ma, Redza tido atas ke bawah?"

Sejak bila pulak kau tido atas kannnnnn????

Ni semua gara-gara pegi GZ hari tu, dia tido tengah-tengah antara Mak Aji ngan Pak Aji, so now nak continue tido dengan kitorang. Pulak tu 3 hari lepas aku takde, outstation. So dia tido dengan En Wan atas katil. Now dia asik la nak tido atas. Asal bangun pagi je aku tengok dia terselit bawah lengan En Wan. Kesian aku tengok. Macamana la kau boleh nyenyak tido bawah ketiak bapak kau yang berselirat tu? Plis la nak. Tolong la...

Aku pulak yang termalu-malu nak salin baju dalam bilik sendiri sebab Redza and Rayyan kemain berpencak lagi dalam bilik aku. Sampai aku kena salin baju dalam bilik air! Hello???? Apekah semua ini???

Sia-sia je aku renovate bilik kau gila-gila dulu supaya ko boleh tido dengan selesa tapi kau tetap nak tido atas toto janji boleh tido dalam bilik aku. Stress aku.
Yang En Wan pulak asik la "Kesian dia Di...biarlah...."

Anak kau tu lelaki okkk.
Dah umur 8 tahun dah.
Budak-budak skarang umur 8-10 tahun dah gedebans.
Macam-macam dah dorang blaja kat skolah. Kang tak pasal dia dapat tengok sessi praktikal pulak kat bilik.

Dulu biasa mandi dengan En Wan.
Kau tengok aku, aku tengok kau. Kemain lagi anak-beranak bulat je dalam shower sama-sama.
Tu pun start tahun ni aku dah sound En Wan jangan mandi dengan Redza.
Memula tu payah jugak la, kadang-kadang time aku takde tu, En Wan ajak anak dia mandi sekali.
Aku paksa-paksa jugak Redza mandi sendiri. Nanti tetiba aku dengar teresak-esak dia menangis dalam shower. Sedih la konon tak dapat mandi dengan bapak. Pastu En Wan nanti terjeling-jeling kat aku. Aku keluar dari bilik je nanti dia masuk la bilik air teman anak dia. Boleh?????

Kot ye la sayang-menyanyi jangan la sampai anak tu dah berbulu atas bawah pun nak biasakan mandi tido sebilik kan. Seb baik anak lelaki, kalau anak perempuan??

Aku pernah tanya En Wan, kalau ada anak perempuan, sampai umur berapa agak-agak dia nak mandikan anak dia?

En Wan kata "La, apa salahnya...anak kan?"

Memang la anak.
Tapi takkan sampai umur dia 11 tahun kau nak basuhkan pepek dia lagi.

Sudahnya dek kerana kesiankan anak, Redza sampai sekarang mandi bukak pintu.
Sebab nak mandi sambil tengok bapak dia.
Nanti anak aku tu menerima je arahan bapak dia.

"Shampoo. Papa dah letak shampoo kat bawah"
"Sabun, pakai sabun ni"
"Pastu gosok gigi. Ni papa dah letak ubat"

Pastu bila dah siap kan, si Redza just "Pa, dah".

Nanti En Wan ambikkan towel.
Padahal towel tu tiga tapak kaki je.
Ajar la budak tu ambik towel sendiri hendaknya.
Ni tak.
Nak jugak tolong ambikkan.

Pastu nanti dia yang ambikkan baju Redza dari bilik. Sediakan siap-siap letak atas katil. Redza tinggal ambik nak pakai je. Nasib baik dia tak pakaikan, kalau dia siap nak pakaikan baju untuk Redza memang aku siat-siat baju tu.

Kadang-kadang aku rasa En Wan ni la penyepoilnya.
Dia suka jadi Mr Nice Guy.
Nanti anak dia sayang dia lebih.


Nanti bila turn aku nak salin baju, dia bukan reti suruh Redza keluar dari bilik tau. Aku yang dia suruh pakai baju dalam bilik air. Dia anak-beranak rilek je berjemaah sarung spender kat luar. Aku kena sorok-sorok. Kadang aku konfius ni bilik sape eh?

Kalau dulu aku nak pakai spender ke, salin bra ke selamba je.
Now dah tak boleh.
Bila anak dah besar, aku nak pakai nighty pun dah segan sebab dia tido sekali.
Bila asik sarung kaftan nanti En Wan sound "Di ni sejak pakai tudung dah tak seksi".
Bukan masalah aku pakai tudung, tu ha anak lelaki kau tu mengangkang dalam bilik ni camana aku nak separa bogel?

Tak paham aku bapak yang sayang and manjakan anak sampai macam ni sekali.
Aku dulu umur 8 tahun toksah kata mandi sendiri, pakai baju sendiri. Siap dah ada tugas tetap kena gosok baju keje mak bapak! Terjengket-jengket aku menggosok baju. 5 helai baju gosok, satu mesti terbakar aku kejekan. Pastu zasssssssssssssss kena sedas hanger kat betis. Tu belum lagi kena basuh bilik air sendiri. Tertonggeng-tonggeng aku basuh kolah. Umur 8 tahun okeh? Siap la pulak bulan puasa Pak Aji sediakan cat and berus suruh aku catkan gate depan. Anak aku???? Toksah kata nak cat gate, pegang berus watercolor pun menggigil.

Aku nak sangat train Redza jadi macam aku dulu.
Semua kena buat sendiri.
Kalau tak buat memang kena belasah.
Kadang-kadang dah buat pun kena belasah.
Masa tu aku selalu imagine aku Cinderella (imaginasi nak yang best je..) Sebab Cinderella dah buat keje pun kena bantai lagi.

Zaman aku dulu, walaupun aku tak penah salin jadual waktu skolah, tapi aku tak lupa check homework tetiap hari. Anak aku, En Wan yang pack-kab bag dia hari-hari. Checkkan homework ada ke tak. Kalau tanya Redza ada homework ke tak, manjang je dia jawab takde. Bila check ha kauuu 5-6 pages. Saje je muka dia macam takde efek. Ni aku tengah pegang pembaris ni. Dia boleh memintal-mintal kertas nak buat lucky stars pulak depan muka aku. Sekali aku panggggg kang.
posted by aveo757 @ 11:18 AM  
Newer›  ‹Older
Update stok
September 20, 2012
Ok aku baru sampai dari Perlis.
Now tersangat lah penat.
Tapi mata aku lagi penat bila kejap-kejap masuk email tanya bila boleh dapat stok Ephyra. Terus rasa nak korek bijik mata. Takyah baca email dah sampai bebila.

Ok ambik napas jap.

Hnss...Hnss...Hnsss...


Ye, aku tau stok Ephyra sangkut tersangatlah lama. Dari sejak raya sampai raya dah habis masih ada lagi yang belum dapat Ephyra. Don't worry. Duit korang aku tak simpan. Semua aku dah bangi kat Ephyra, cuma stok yang sangkut-sangkut sebab problem dengan factory.

Sejak habis raya, stok yang sampai kepada aku tak pernah cukup. Aku mintak 5 dapat 2. Mintak 6 dapat 2. Abis camne aku nak hantar kat korang kan. Aku terpaksa agihkan Ephyra pada sesiapa yang order lebih awal. Aku sendiri dah lama tak ambik Ephyra.

Rasanya aku dah email to semua yang once stock sampai aku akan update korang. Ada yang dah dapat pun Ephyra. Mana-mana yang tak dapat tracking number maknanya order belum dipos.

Aku dah mintak pihak Ephyra keluarkan letter untuk explain the situation supaya aku boleh letak kat blog. Tapi pihak Ephyra now sedang cuba dapatkan seberapa banyak stok yang dah siap di factory untuk dihantar kat aku. Aku harap semua 96 kotak korang-korang punya ni ada sebab aku pun tak sedap hati tak senang duduk ada rasa 'berhutang' dengan orang. Sebab request sentasa masuk, tapi kalau takde stok aku pun malas nak jual. Kang kesian semua dok tunggu-tunggu. Ada sorang reader dari UK lagi kesian, sampai dah pindah rumah sewa Ephyra tak dapat-dapat lagi. Malu gila aku.

Please readers/customers, aku sedang cuba untuk dapatkan hak korang but at the same time harap dapat consider situasi pihak Ephyra now. Ephyra tukar new packaging jadi bila packaging bertukar, ingredients pun bertukar, ada la issue yang timbul like factory salah print kotak, salah kaler kotak, etc.

Ok, kalau betul semua stok dapat petang ni, malam ni aku update lagi.

Mintak maaf pada semua customer.

Sorry again.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
posted by aveo757 @ 6:20 PM  
Newer›  ‹Older
Be realistik sikit
September 19, 2012


Apa khabar kawan-kawan?

Waaa ceria aku pagi ni. Tetiba nak tanya khabar.

Now aku ada di utara Semenanjung. Macam biasa, urusan keje.
Pagi ni pulak hujan selebat-lebatnya, bercinta betul aku nak bangun. Breakfast pun malas.





Semalam aku keluar dari UPSI lambat dari jangkaan asal.
So aku kena speed untuk sampai ke Bertam before 3pm.
Dari rumah nak UPSI tu keadaan masih berhemah lagi. Bawak pun bawah dari 100km/h. Tu belum lagi kalau nak sampai bridge, laaaaaaaaaaaaagi aku berhemah kaw-kaw. Tapi tak nampak pulak mana-mana polis nyorok celah tu. Lagipun aku bawak berhemah kan, so konfem lepas punya lah.

Tapi dari UPSI nak ke Penang sorry la, aku dah takde masa nak bertatasusila atas jalan raya.
No choice, terpaksa bawak 140-150km/h sepanjang perjalanan. Tapi sambil berdoa jangan la ada speed trap. Aku takde masa nak stop stop dah ni. Plis la...plis....




TADAAAA!!!

Pemeriksaan polis di hadapan.

Time ni dah nak sampai Juru dah pun, tapi dah pukul 2.30pm.
Plis la wehhhhh, aku nak masuk Bertam ni oiii.

Masa ni aku dah keluarkan buku log aku, kasik bukak letak atas seat sebelah, taburkan nota-nota biar nampak macam busy. Pastu tarik keluar cold box aku. Dalam tu ada sample DNA. Time ni aku dah readykan skrip "Tolong lah Encik...saya tau saya bawak laju. Saya series kejar masa ni Encik. Saya bawak sample DNA ni. Benda ni kena stay sejuk. Saya nak kena hantar ke USM cepat. Takpela Encik kalau nak saman saya takpelah, tapi bagilah saya keluar cepat, saya takut DNA ni rosak. Bahaya ni Encik"

Ok.

Cukup skrip sampai di situ saja.
Jangan nak over.

Pastu touch up muka sikit.
(motif nak touch up bagai??)

Ok..ok..
Dah nak sampai turn aku ni.
Relaks..ambik napas.

Eh sekali lepas dowhhhhhhhhhhhhh.
Aku bukan slow kan kereta. Siap dah stop dah depan polis yang nak check plat number tu.
Sekali dia wat dek, suruh jalan.
Oh memang tak tunggu la kan.
Biarkan speed 70km/h buat beberapa ketika, pastu zassssssssssssssssssssssssssssssssssss.

Fuhh!!
Lap peluh jugak la aku.

Agaknya masa dia shoot tu kereta aku tengah slow kot.
Tak tau la kat area mana yang aku slow. Tapi alhamdulillah.

Semalam masa tengah driving aku tengok banyak email masuk.
Kebanyakkannya tanya pasal tempahan baju.




Sejak aku upload baju yang aku pakai ni kat FB Fleur by Mrs Him, kemain ramai lagi request nak design yang sama. Thank you sebab berminat. Ni pun aku tengok ada mesej tapi aku tak sempat nak baca sebab kalau outstation selalunya aku tak sempat. See if malam-malam kang aku larat nak reply, aku reply ok? Sabar tau.

Tapi at the same time, rasa regret pun ada dengan sesetengah customer yang request nak tempah baju.
Baju nak cun-cun tapi upah nak RM150.
Tak pernah tempah baju ke apa?

Plis jangan underestimate tailor aku.
Jangan disebabkan dia adelah BIBIK maka korang pun ingat harga ala-ala BIBIK jugak.
Gaji bibik now pun dah RM800 tau. Boleh buat keje rumah ke, tak boleh ke, yang jenis pemalas ke, pengotor ke, kau tetap kena bayar RM800.

Apetah lagi bibik aku yang sememangnya pakar menjahit. Kalau dia takde kepakaran dalam menjahit dan memotong, aku takkan letak dia as tailor and spend more untuk bayar gaji dia as tailor. Dia jadi bibik pun sebab terpaksa dek kena tipu dengan agen. Kalau dia tak ditipu, entah-entah dia dah keje kat butik mana ntah. So please jangan underestimate kepakaran dia. Tailor aku ni memang tailor yang ada kelulusan. Arwah bapak dia pun dulu adelah tukang jahit. Anak lelaki dia ada own butik. Cuma dia tak sebertuah JOVIAN. So takyah nak bandingkan designer hebat dengan tailor aku. Kalau rasa mampu pergi tempah baju kat designer hebat, silakan lah. Takde sape halang pun.

Masing-masing nak buat baju gempak tak ingat.
Design Rizalman la, design Ruzaini la, suruh copy-kan Michael Ong la, apa la.
Suruh tiru sebijik-sebijik Tapi nak murah.
Rasa kesal gila bila masih ada lagi mentaliti macam tu.
Nak buat baju nikah Rizalman, tapi nak harga bawah dari RM300.
Baju raya aku tahun lepas beli kat Butik Jedan SACC Mall tu pun dah RM900.
Tu cara-cara baju kurung biasa cuma ada manik kat lengan ngan leher.
Please don't talk about designer dress kalau budget takat RM300. Pegi masuk butik mana-mana and see RM300 tu kau boleh dapat baju style apa.

Ok, panas hati dah ni.
Pekena teh O jap pastu nak ke Pharmacy Fac pulak.


posted by aveo757 @ 11:02 AM  
Newer›  ‹Older
All about makan
September 18, 2012


Cuti 3 hari berderet sangat menepukan kepala aku laki bini. Tak tau nak buat apa. Alangkan every weekend pun masing-masing sangat carik idea nak pegi mana, nikan pulak tambah satu lagi hari cuti. Nak balik Tganu no point sebab mak dah duduk dengan kitorang. Lagipun Tganu pun cuti so aku takleh jumpa customer-customer aku kat sana. Nak pegi shopping ya ampunggggg (bak kata En Wan), cukup-cukup la.

Sabtu malam, nak carik hadiah untuk anak sedara sepupu terbaru.
So ada la reason nak pegi IOI Mall. Keluar berdua pulak tu kan, panjang la sikit langkah.
Kalau keluar dengan panglima kenit aku tu, memang takleh lama-lama, rasa nak balik jam-jam tu jugak. Tak dia mengamuk, aku yang mengamuk kat mall tu.

Bila dah keluar berdua, mula la tekak aku terasa nak makan macam-macam.
Barulah boleh nak makan bertenang-tenang sikit.
Dari Khamis tekak aku nak makan chicken fajita nachos TGI. Tapi En Wan sibuk nak makan sushi.
Memandangkan TGI berjiran dengan Sakae Sushi, jadi aku tapau je la fajita tu. Tetappp nak jugak kan padahal jap gi nak masuk Sakae. Dasar perut compartment lembu.



Macam best je kan steak ni?
tapi daging dia merah-merah pink errr....euwww.



Aku tengah tunggu fajita, dikejauhan nampak En Wan tengah queue kat Sakae. Sakae ni tak pernah aku nampak tak penuh. Penuh manjang. Tapi sebab nak makan gak, pasrah je la tunggu turn.





Satu yang aku tak berkenan Sakae Sushi ni sebab sushi dia merepek.
Macam ter-evolusi melampau-lampau.
Like Ebi sushi yang diletak thousand island. Like wadderrrrr...????

Maybe ada yang rasa sedap tapi aku tak suka. Sushi dia ekzejeret.
(cakap je la kau tak reti makannnn)



Seb baik aku dah terer guna iPAD, kalau tak mesti aku la yang paling benak kat dalam restoran ni terkial-kial nak pilih menu.



A must eat - misoshiru.





Tapi takde la makan sushi semata, kali ni order soft shell crab.
Omaigod, aku suka gilaaaaaaaaaaaaa dengan soft shell crab. Setakat ni yang paling best aku pernah try kat Sri Ayutthaya. Yang kat Sakae ni kureng sikit. Tapi kureng-kureng pun tetap selesaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.



En Wan seperti biasa akan makan salmon sushi sahaja. Even kat Jepun pun dia tak suka makan sushi lain.
Aku memang tak la nak try salmon ni. Alangkan salmon masak well done pun aku rasa kembang nak telan sebab kaler dia tu macam raw lagi.
I biasa makan ikan murah-murah je. Kembung, selar, cencaru. Salmon-salmon ni I oll tak biasa u olss.




Wasabi yang gila bahabi.
Aku tak paham kenapa kau mesti nak pedih perit melampau-lampau sampai aku terus selsema 2 hari.

Tapi kali ni aku tak sentuh la.

Aku tak pernah makan wasabi sebelum ni sebab En Wan dan bagitau wasabi ni pedas perit. Sorry la aku nak try kan, makan meggi tomyam pun aku boleh togok air mineral 2 botol. Tapi masa aku gi Sushi King, aku tak tau yang ebi sushi aku dah diselet dengan wasabi kat belah bawah. Mana la aku nak check ke apa kan. Terus ngap seketul masuk mulut. Sekali kauuuuuuuuuuuuuuuuu. Sampai terus jadi selsema dia punya perit. Tak tau la berapa besar wasabi dia selet kat bawah tu. memnag cibantat betul la. Masa tu dah la makan kat kaunter, mengadap-ngadap orang lain, takkan aku nak terjeluek kat situ jugak kan. Kontrol..kontrol...terus migrain.



 
Macam ni baru best.
Merendah diri je ebi sushi aku. Simple.
Takde la serabot perot dengan mayonese, thousand island, daun sup segala.



Mochi

Aku makan yang inti kacang tumbuk je.
Yang lain En Wan bedal.



Takde la mahal sangat, mahal sikit je dari Sushi King.
Rasanya malam tu aku makan ebi sushi 2 plate, salmon sushi 2 plate, mochi 1 plate, misoshiru 2 cup, green tea, pepsi and soft shell crab total RM55 je. Kalau nak ikutkan memang tak kenyang. Tapi sebab aku ngan En Wan akan melantak nasik jugak balik rumah so ni kira appetizer je la..



Tapi aku lupa aku dah beli fajita, so balik rumah makan nachos je la. Nasik kensel.



Masa ni dah tak panas. Kalau makan masa dia baru-baru sampai tu konfem kau klimaks 3 kali.



Pastu semalam, lepas Maghrib En Wan ajak pi Bagan Lalang.
Aku macam ...jauh gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa nak pegi makan. Ni konfem sampai rumah nanti lapar balik.

First time aku singgah Medan Ikan Bakar Bagan Lalang ni tahun 2006.
Masa tu ada outbreak udang galah kat pusat penternakan udang kat sana, farmers bagi makan tulang babi. Masa aku lalu kat situ aku nampak pehhh kemain cantikkk ikan siakap and udang galah. Terus kembang tekak. Aku harap semalam yang aku makan tu dah free from non-halal source la ye sebab takde bising-bising dah pasal ni lately.

Masuk hiway.
Keluar hiway.
Masuk jalan berlampu.
Keluar jalan tak berlampu.
Dari sebesar-besar jalan.
Sampai ke sehalus-halus jalan.
Punnnn tak sampai-sampai lagi. Jadah wehhhh??
Hangin dah ni. Dah la lapar.

The moment nampak Sepang Gold Coast Palm Resort je terus waaaaahhhhhhhhh....buntang bijik mata aku. Terus fresh. Padahal tengok tang jauh je. Bukan dapat tido pun.

Menu malam tu :


 Butter prawn katanya....tapi...errr....apesal telur dia macam tu???

Takyah komplen banyak-banyak.
Sebab tetap lauk ni habis aku kejekan.



 Sotong goreng tepung yang tak mengecewakan!
Padahal sekor je ni, tapi boleh makan 6 orang, siap tapau lagi.



 Kangkung goreng belacan untuk mak and the bibiks.



 Siakap bakor



 Sotong bakor


 En Wan sibuk nak carik restoran HM (ke apa ntah nama dia tapi hujung ada M la).
Sampai 2 kali pusing tak jumpa-jumpa.
dah la sampai kul 9pm kan, blasah je la apa restoran pun.
Takkkkkkkkkkkkkkk.

Nak jugak HM!

Tak jumpa restorannya pun mana satu tapi perasan ada satu restoran tu gila bapak penuh.
Kosser la aku nak bergasak-gasak kat dalam tu.
Dah la aku bawak panglima ni. Nak berlaga-laga tetek kat dalam tu semata-mata nak makan ikan bakor?? Memang tak la.

Last-last kitorang makan kat satu restoran ni, nama lupa (ntah apa-apa. nak bercerita tapi lupa nama kedai).
Takde la penuh sangat tapi takde la kosong lansung.
Agaknya sebab orang tak ramai mana, so cepat siap lauk aku.
Macam tau-tau je perut aku dah menggigil.
Aku gi pilih ikan, tak sempat pantat aku nak panas atas kerusi, eh lauk dah sampai.
Ikan dia pun still manis. Udang kertas dia pun sedap walaupun aku pelik apesal butter prawn ni gitu. Takpelah, janji ada rasa butter.
Sedang elok tepi tu ada gerai mainan.
Bolehla rasuah-rasuah panglima ni suruh senyap.




Rayyan ni memang mesra kamera.
Pantang aku suakan lense, terus sengih.
Takyah de aku nak say cheeseeeeeeeeeeee. Memang takyah.
Dia macam dah bersedia.

Sangat berbeza dengan abang dia :
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

 
 Kan???
 Ni cara-cara dia tak berapa nak sentap tau.


 
  

 Disebabkan aku suruh dorang semua makan dulu biar aku jaga Rayyan, by the time aku makan, jam dah pukul 10 lebih. Terus tak berapa selera sangat. Jadi aku meratah je.



Hari ni aku menyiapkan keje-keje opis, esok sampai Khamis aku takde, outstation. And selalunya balik dari outstation, esoknya aku takkan gi opis mahupun sentuh keje-keje opis. Jadi, harus siapkan keje. So bila aku busy mengadap keje, En Wan terpisat-pisat la sensorang. Macam-macam la dia buat nak carik perhatian aku. Kejap-kejap berkeliaran kat belakang kerusi aku, kejap-kejap tutup bukak pintu, kejap-kejap kan bukak tutup tv. Rimas aku tengok. Orang tua ni memang pantang tengok aku buat keje kalau dia bercuti. Tak senang duduk pantek dia.


Aku : Ok lahhhhhhhhhhhh. Nak gi mana?

En Wan : Hehe..jom? Summit.

Aku : La, Summit je? Apa ada?

En Wan : Carik DVD.


DVD je punnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.
Ingatkan nak bawak aku pi mana.
Beli DVD pun nak angkut aku sekali ke?

Layankan je la....

Lepas layan dia beli DVD merepek-repek (ntah apa-apa beli cerita Sylvester Stallone. Sape dia ntah nak tengok pakcik rambo ni berlakon??)


 
 Lepas beli DVD, tekak aku nak makan Combination Rice kat Black Canyon.



Menu aku kalau masuk sini memang takkan berubah punya. Memang konfem Rice Combination tu jugak-jugak aku ambik.



Lepas tu mesti ada ini - Lemongrass Chicken.

Aku punya menu Rice Combination dengan Lemongrass Chicken.



Diorang dua orang share satu pinggan sandwich je.
Nampak sangat nak berjimat makan roti je sebab bini kuat mentekedarah.




Balik rumah, tengok bibik masak nasik ayam.
Siap buat hiasan bunga cili lagik.
Terus aku feeling-feeling makan kat meja pengantin. Kemain bersimpul-simpul mulut aku mengunyah nasik. Mati la makan nasik ayam pun nak berangan.

Eh, makan lagi?

Yes, balik rumah aku makan lagi.

Penangan datang period, beginilah.
Selera jin.
posted by aveo757 @ 12:33 AM  
Newer›  ‹Older


MY FACEBOOK
GET UPDATES

ADS
MY PROFILE

Name: aveo757
Home:
About Me: Yes, I am Diana Ishak.
Yes, you are right, I am also known as Green Apple.


See my complete profile
TRAFFIC
POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST (dropdown menu)
MY TRAVEL DIARY
MY READING
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER