walk on wings, tread in air: 08/2012 <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\07532934260\46blogName\75walk+on+wings,+tread+in+air\46publishMode\75PUBLISH_MODE_HOSTED\46navbarType\75BLUE\46layoutType\75CLASSIC\46searchRoot\75http://www.dianaishak.com/search\46blogLocale\75en\46v\0752\46homepageUrl\75http://www.dianaishak.com/\46vt\758062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

walk on wings, tread in air

HIGHLIGHTS

EPHYRA, TIMELESS BEAUTY


To purchase, kindly contact : aveo757@yahoo.com


TESTIMONI EPHYRA

FOOD

BEAUTY AND HEALTHCARE
FASHION
 

OOHMYBAGS
OTHERS

OOMORI
Gabra
August 30, 2012

Isnin lepas aku masuk FB Ibal and nampak dia letak link video ni :



Kawan Ibal rupanya....
Aku tak tau la macamana agaknya kalau aku ada sekali dalam kelompok Ibal dan kawan-kawan dia, mau terkeluar isi perut aku gamaknya. Melayan perangai Ibal sorang pun aku dah tensen dengan dia punya tebiat.
Tapi aku suka dengan video kawan dia buat ni :



Happening kan?




By the way, semalam aku sangat gabra.
pagi ni demam.

Memang ni lah penyakit tiap kali aku nak kena travel naik plane hatta cuma 50 minit je atas flight tu.
Macam jakun tak penah naik.

En Wan kata aku cam sakai tak pernah naik katebang.
"Macam tak pernah naik!"

Kalau aku tak penah naik konfem aku tak menggelupur macam ni.
Sebab aku dah penah naik la maka aku gelepar.

Ak tak tau la apa bakal terjadi dengan aku atas tu nanti.
Tolong lah berdoa aku ditemukan dengan ketenangan dan kedamaian atas flight nanti.
Tapi yang pastinya tiap kali naik flight tiap kali tu la aku bertekak dengan En Wan sebab dia menyampah layan aku punya tebiat.

But seriesly belum pegi lagi aku dah rasa nak balik!!!

Alhamdulillah, kami berjaya mencukupkan korum ke sana sebab Filla decide nak join jugak. Yihaaa!


 






Gelupur kan aku?????

posted by green apple @ 2:01 PM  
Newer›  ‹Older
Entry pantas sebab tak sempat
August 29, 2012
Sesape yang nak order Ephyra lagi please email aku selewat2nya esok pagi 8am, before aku gerak ke China so that sempat pos esok. Aku takde sampai Isnin. Selasa baru akan start buat delivery semula.

Tq.

P/s : sorry, entry pendek sbb tgh driving.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
posted by green apple @ 2:54 PM  
Newer›  ‹Older
Misteri kari daging
August 28, 2012
Tadi nak turun dinner, bibik Lenny bagitau aku pasal kari daging yang dia masak today. Tadi before keluar pi appointment aku dah pesan dia gorengkan ikan, buat kari daging and gorengkan sayur campur. Sampai rumah kul 5pm, kepala dari tengah jalan lagi dah migrain so aku terus naik atas, tido.

Tadi nak makan, bibik cakap :

Bibik : Madam, tadi aku masak kari daging. Daging tu banyak. Aku makan 3 keping aja. Bibik Jamilah tak makan daging. Tadi masa aku panaskan lauk, aku tengok dagingnya semua tinggal yang kecik-kecik aja. Mana pegi yang lain tak tau.

Aku : Daging tu kecut agaknya bila masak (sedapkan ati sendiri)

Bibik : Takkan la Madam. Aku masak banyak tadi. Redza tak makan. Bibik Jamilah tak makan. Aku makan tiga aja. Sapa yang makan?


Ewahh.
Tanya aku pulak. Mana la aku tau. Aku bukan ada kat rumah pun tadi.
Tapi cuak la jugak kan.

Sebab apa tau.
Sebab baru-baru ni mak mertua aku call dari kampung.

Mak aku cakap rumah tu (rumah mak) macam ada 'benda'. En Wan kata agaknya sebab dah lama tinggal. Mak aku kan tinggal dengan kitorang now, dah nak 2 tahun dah pun. Mak kata baru-baru ni ada orang datang beraya nak tumpang toilet. Toilet bawah tu takde lampu jadi keadaan gelap so mak aku suruh naik toilet atas. Guest tu cakap masa dia kat atas dia nampak ada orang, dia tanya mak aku sape duduk bilik atas. Mak aku terdiam la, sebab memang takde sape pun kat atas, semuorang dah balik.

Pastu barulah En Wan bukak cerita. Ni cerita masa kitorang balik bulan puasa hari tu. Tapi sebab benda tu jadi pada bulan puasa so takde lah nak perbesarkan isu ni sangat. Masing-masing tau bulan puasa ni clean from setan and hantu kan.

Benda tu jadi masa nak Maghrib.
Masa kitorang balik tu memang takde sape adik-beradik En Wan yang lain balik sebab time tu bulan puasa. Jadi, bilik Kak Ngah kosong, bilik arwah ayah pun kosong (bilik arwah dah jadi bilik Awang), cuma bilik En Wan je la yang ada orang (kitorang la).

Masa tu aku kat atas sorang-sorang, tengah mengaji. Masa aku mengaji tu takde apa la yang pelik. Aku pun tak terfikir apa-apa. Pastu masa En Wan and Redza masuk nak ambik towel untuk mandi. Lepas dorang mandi, the moment dorang masuk bilik, tetiba terbau busuk gila!! Gila bahabi punya busuk macam bau taik. Mula-mula aku tak perasan sebab aku continue mengaji. Bila En Wan tanya "Bau apa ni eh?" aku terus stop.

Aku tengok dia cium-cium tangan dia, towel dia, baju dia. Pastu dia kata "Bau taik kan?". Then baru aku terbau benda yang sama. Sumpah bau taik. Aku terus spot Redza. Memang nak kena budak ni.

"Redza berak dalam seluar eh?"

Tercengang-cengang Redza.
Anak aku ni kalau buat muka cangak-bangak memang cukup pandai.

Tapi secara lojiknya kalau Redza berak dalam seluar mesti dari dalam toilet lagi En Wan dah perasan sebab dorang mandi sekali.

Kitorang check seluar Redza takde kesan taik. En Wan siap suruh Redza basuh bontot and mandi lagi sekali. Konfiden je anak dia yang buat hal. Entah-entah dia yang terkencet tak sedar. Pastu aku tanya "Abang berak ke tadi?"

Dah En Wan pulak yang aku spot.
Tak dapat anak, bapak pun jadik. Masa tu aku rasa nak je check bontot dia. Mana la tau kan kot-kot menjak dah tua ni tak sedar terberak dalam seluar.

"Mana ada. Takkan abang berak dengan Redza ada dalam bilik air sekali?"

Betul gak tu.
Tebiat apa nak berak sambil anak ada kat depan.

Sampai Redza dah mandi 2 kali, dah keluar dari bilik, dah habis solat Maghrib still ada bau lagi. Puas carik punca bau tapi tak jumpa. Pastu bau tu hilang camtu je.

Esok paginya aku bangun kul 4am.
Sorang pun tak bangun lagi. Aku naik atas lepak-lepak atas sejadah. Tak tau la mana datang keberanian. Padahal aku ni boleh tahan penakut.

Masa aku mengaji, aku dengar ada bunyik tik tik tik tik tik....seragam je tempo dia. Bunyik dalam bilik tu. Tapi tak tau punca dari mana.

Dari kipas? Tak.
Dari lampu? Tak.

Tak tau dari mana.
Still, aku tak rasa apa-apa sebab kepala aku cakap bulan puasa bulan selamat.

Hari yang sama, time nak Maghrib jugak, masa tengah mengaji, again bau taik yang sama masuk ke bilik. Time tu aku dah start rasa lain. Tapi sebab kat luar cerah lagi jadi aku takde la gabra sangat. Tapi tajwid and lagu aku dah kelaut dah time tu. Meremang jugak la kan.

Tapi kali tu aku dapat spot bau tu datang dari belakang aku, tepi katil. Tapi aku just toleh and sambung mengaji balik.

Cerita tu habis kat situ je.
Takde rasa nak cerita kat sesape pun sebab aku sangat yakin bulan puasa bulan yang free from gangguan setan.
Kalau ada pun roh. Tapi hanya roh orang yang baik-baik je dibenarkan pulang kan? Aku tak rasa roh baik-baik bau busuk macam tu. Wallahualam.

Bila mak cakap pasal ada orang nampak sesuatu kat atas, aku rasa balik raya haji tahun ni besar harapan bentang toto kat hall je. Mandi pun jemaah ngan En Wan. Aku dah cakap ngan En Wan kalau aku nak berak, aku bukak pintu tapi dia kena jaga kat luar. Haaa, besar sajak aku kan? Berak pun ada pengawal.

Aku tak tau la apa yang kitorang bau tu. Tapi bilik tido En Wan tu anak sedara dia penah nampak hantu Jepun okeh?? Aku tak tau la hantu Jepun tu memang bermastautin kat situ sejak dulu or laki aku terbawak balik hantu Jepun. Tapi kitorang tak pernah nampak apa-apa lagi la selama ni. Tu la first time experience bau-bau yang kurang menyenangkan.

Rumah pun dah tinggal lama.
Agaknya ada la yang tumpang tido.

Bila bibik aku cakap pasal daging tetiba 'hilang' dalam kuah kari, aku terpikir if ada benda dari rumah En Wan ikut kitorang balik??? Dem!!

Tapi aku masih yakin yang daging tu kecut sebab dimasak.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

posted by green apple @ 10:31 PM  
Newer›  ‹Older
Support our frens in Burma
August 27, 2012
Assalammualaikum & Salam Sejahtera,

I'm Izzat Adha, founder of Yayasan Jiwaa.

Everyday, we were bombarded with news from Burma about our Rohingyan friends who were burned and killed and live miserably there. They don't have any nationality, and nobody seems to help them to justify their human right.

In conjunction of Yayasan Jiwaa National and World tour, we created a peace mission to deliver help and support to our friends in Burma. Here are the details of our upcoming programs;

1. Yayasan Jiwaa National Tour.
This tour is created as the peak our activity where our board of directors will travel from Perlis to Johore, Sabah and Sarawak to collect donation and hold an event in each state. The event will be joined by selected houses and centres in the state so we can give the donation and have some activities instead of our normal schedule of classes and visit at our specific centres and homes in Kedah, Perlis, Perak, Penang and Shah Alam. This tour will be held from 1-18 September 2012 starting from Perlis as the first state. You can join us if you're free. Official schedule will be released soon. Please update us if you're interested to volunteer to help on the day of the event in your state or you're interested to follow our journey.

2. Yayasan Jiwaa International Tour.
If in Malaysia, our focus is to help the orphans, old folks, homeless and disabled people, Jiwaa International focuses on giving free Islamic classes to those who are interested and new Muslim friends and create events for Muslim. Jiwaa International currently is available in United States, United Kingdom and Australia. If you can help, or live outside of this area, please tell us for more details and what we can do in your country.

3. The Crescent, online magazine.
Abdulla Quilliam was one of the first Muslim in United Kingdom. During his years, he created 'The Crescent' as a part of his way to teach Islam. He was the first person to translate Al-Quran into English too. As a tribute to him and his work hundreds of years ago, we decided to come up with an online magazine with the same title to share opinion, teaching and news on Islam. We are looking for writers, editors and designers to help us working on this online Magazine. If you happen to be one, or to know one, please tell us. If you are interested to write to share your opinion, our first issue will be published on 1st September 2012. Your deadline is on 27 August 2012, and the first issue's theme is "The new start". You can write as what you want, factual, or life experiences or anything. Poem, short stories and anything else. Further details and submission should be send to magazine.jiwaa@gmail.com.

4. Burma Peace Mission
The highlight of our international activities of this year. We need our volunteers help to help us to collect donation from your area, workplace, school or family and friends. This program team up with many other organizations and NGO. We need help in term of financial, used clothes and canned food. From day to day, we received many inquiries of how people can sent their donation especially clothes so we are looking for volunteers who can help us to collect them for us before we can go to pick them up. This really will help to ease the process because too many donation come from area outside of of our active volunteers. If you are interested to help to be the drop-point volunteers, please email us your agreement so we can share your details with public in your area who want to donate. On canned food, we got 70% off from Mydin thus a part of the money will be used to buy canned food from Mydin. Our focus is also on financial help. It would be great if you can spread the word about this donation or create a fundraising at your area or among your family. This mission is set to be by the end of September. If you're interested to follow. Please drop us an email. Since I'm in USA, I cannot create a proper Jiwaa account (I will be back in Malaysia before National Tour) therefore, I've cleared my Maybank account so it would be a temporary official account of Jiwaa. It would be scary to donate to personal account but I promise you I will never take any cent out of it. Account details: 112241143220 -Maybank (Muhammad Izzat bin Mohd Noor) 

5. Tentang Seorang Aku
'TSA' is a book written to collect donation and 100% of the profit was channeled to Jiwaa's fund. If you have bought one but have not receive yet, we are deeply sorry as we're out of stock and we have re-printed another 500 copies of it. They are now on the way to your door. If you are interested to buy one, please contact book.jiwaa@gmail.com for details.

It would be a great pleasure if you can help us any any way, either to spread this news or to be a part of our programs. I would personally thank you for your kindness and support to Jiwaa by becoming a part of this family. I wish we can meet in future, InsyaAllah. Our event planner is planning on a gathering of volunteers soon. Feel free to add my personal Facebook account (www.facebook.com/izzatahda) if needed.

Be safe & Salam Aidilfitri,
Izzat Adha,
Founder of Jiwaa.
@jiwaa (twitter)
contact.jiwaa@gmail.com
volunteer.jiwaa@gmail.com
book.jiwaa@gmail.com

posted by green apple @ 5:08 PM  
Newer›  ‹Older
Ephyra : Testimoni : Kalau nak tanya, boleh email
Ada banyak benda aku nak kena update kat blog tapi aku update dulu testimoni Ephyra.
Sila baca dan hayati...
Renung-renungkan....



 Testimoni 1



Testimoni 2




Testimoni 3




Testimoni 4




Testimoni 5



Best kan testimoni 5 tu? Hahaha.

Actually ada 2 orang lagi before ni yang email aku cakap their husbands semua bagi feedback pasal breast.
Just like aku pernah respon to some emails, aku cakap aku takde nak jamin breast tu akan menegang macam zaman kau anak dara however secara saintifiknya collagen improves skin elasticity. Sebab tu ada produk di pasaran yang jual collagen breast mask sebab memang segala-gala yang bersangkut-paut dengan ketegangan kulit adelah collagen. So bila dah ada yang bagi respon pasal breast semakin menegang (at least tak la sagging sangat), aku senyum sampai telinga :).
Tak percaya?
Tanyalah En Wan. Auww!
Tapi ada 2-3 orang yang come back to me and cakap dorang rasa sangat-sangat mengantuk bila ambik Ephyra.

Ok, listen.
Ephyra adelah fish extract.
Apabila ada protein haiwan yang terlibat dalam pemprosesan, somehow akan ada tindakbalas imuninasi atau alergi yang berlaku yang mungkin menghasilkan cytokinin.

And disamping tu, Ephyra ada marine algae extract.
Algae ada cytokinin.

Cytokinin ni ada sedikit fatiguing effects yang akan bagi rasa letih dan mengantuk, however tindakbalas ni bergantung kepada tahap penerimaan badan kita. Sebab tu aku cakap akan ada alergi effects. Those yang mungkin alergi pada cytokinin akan merasa mengantuk ni lebih dari orang lain. Tapi alhamdulillah, kebanyakkan pengguna Ephyra semua rasa lebih bertenaga lepas ambik Ephyra berbanding rasa mengantuk.

But remember, Ephyra adelah skin produk.
Fokus utama adelah untuk skin.
Energy adelah kesan dari tindakbalas collagen replenishment tadi.

Kalau ada yang masih nak continue Ephyra walaupun rasa mengantuk, aku suggest ambik Vitamin B sekali. Insyallah, u feel better.


Redza asik tegur aku "Apesal mama duduk rumah nak pakai mekap (lisptik)?"

Tanyalah pengguna Ephyra, after 3-4 kali guna bibir semua lembut and kaler pink, betul tak?


Kalau ada apa-apa soalan berkenaan Ephyra, boleh email aku : aveo757[at]yahoo[dot]com


posted by green apple @ 1:13 PM  
Newer›  ‹Older
Takziah
Ramai betul yang email aku semalam bagitau pasal adik Filla.
Agaknya tengok aku tak update apa-apa kat FB so reader ingat aku tak tau the news.
Apa-apa pun terima kasih sebab bagitau, aku dah sampaikan salam takziah korang pada Filla.

Actually memang semalam aku tak bukak FB pun pagi-pagi, pagi-pagi semalam pun aku ke Bangi alone sebab Mak Aji call bagitau Pak Aji tak boleh bangun, tak sihat. Dalam tengahari bila aku baru sampai rumah, Elly call "Di, ada berita tak baik la. Filla kan pegi Medan kan, adik dia meninggal kat sana"

Terus senyap aku.

Seriesly terperanjat sebab baru semalam aku check FB and nampak kat newsfeed Filla upload gamba-gamba dia kat Medan. And aku and Elly tau how excited-nya dia nak ke Medan sebab dari sebelum puasa lagi dia dah bagitau plan dia tu masa kitorang lepak sesama.

Actually aku, Filla and Elly akan sama-sama ke Guangzhou Khamis ni untuk urusan Fidily.
Sesape yang beli shawl dari aku mesti tau semua payment aku arahkan masuk ke Fidily account. That's our  new company Fi-Filla Di-Diana Ly-Elly.

Terngiang-ngiang lagi kat telinga aku Filla cakap "Weh, keje gila aku buat ni. Raya keempat gi Medan, balik je dari Medan terus ke Guangzhou pulak"

Tetiba dapat berita adik dia meninggal semalam, memang aku dengan Elly terperanjat sangat-sangat.
Lepas Elly call, aku terus call Filla kat Medan.
Angkat-angkat je call terus dengar dia menangis. Dia cakap memang arwah takde penyakit apa-apa, tau-tau je pagi tu dia rebah, muka pucat and bila sampai hospital memang pihak hospital cakap dah takde.
Lepas konfemkan flight dia pukul berapa semua, aku set dengan Elly untuk jumpa kat rumah mak Filla at 6pm.
 



Aku sampai sana setengah jam lepas Filla sampai.
Masa tu Elly dah ada, dia duduk kat porch.
Aku carik Filla kat dalam rumah.
Masa tu pukul 6.30pm, jenazah belum sampai. Kat tengah rumah ada katil dah ready and ladies ada bersila kat tepi-tepi dinding, mungkin saudara-mara and jiran.

Aku tak nampak Filla.
Tanya salah sorang yang ada bersila kat rumah tamu, dorang tunjuk Filla kat breakfast kaunter.
Masa tu Filla tengah makan, agaknya famiy dia suruh dia makan sebab mungkin seharian dia tak makan, pulak tu dia pregnant. Bila aku sentuh bahu dia, dia pandang aku and terus nangis. Masa aku peluk Filla, aku boleh rasa dia longlai.

"..sekelip mata Di...."

Lepas tanya dia lebih kurang, aku nampak Moon sampai. So aku bagi laluan Moon jumpa Filla, aku terus pi depan jumpa Elly. Kitorang tunggu sampai lepas Maghrib, masa tu jenazah dah sampai. Ayah Filla cakap jenazah akan dikebumikan selepas solat Maghrib tapi aku and Elly tak dapat tunggu sampai kebumi. Pagi ni aku belum contact Filla lagi, maybe dia penat, biarlah dia uruskan apa-apa yang patut dulu.

Al-fatihah.


posted by green apple @ 9:56 AM  
Newer›  ‹Older
5 things
August 26, 2012
Dah lama gila aku tak kena tag.
Orang pun malas nak tag aku sebab aku bukan buat pun. Tapi ni dah boring-boring layanlah jugak tag-tag ni.


5 Benda Yang Wajib Ada Dalam Peti Sejuk Saya


1. Air sejuk
Ada fridge tapi takde air sejuk sangat tak bermakna menjadi sebuah peti sejuk. Aku pulak jenis yang tak suka minum air suam. Nak muntah togok sir suam. Kalau nak suruh aku minum air putih, it's either air tu sejuk or air tu panas. Takde istilah suam. Kalau suam-suam ni air tu macam tersangkut je kat tekak. Lagipun En Wan kuat minum air sejuk, so air sejuk tak boleh tak ada kat rumah aku. Kalau balik Bangi, tetiba Mak Aji kata air sejuk takde (dorang tak minum air sejuk), sanggup En Wan redah 7-11 malam-malam pi carik ais. Tapi dulu time kecik-kecik ikut Pak Aji beraya rumah sedara-mara dia kat Muar, ada satu rumah nenek tu peti sejuk sampai 3 tapi semuanya dia buat tempat simpan kain baju. Bila aku tengok ke-kreatif-an dorang, aku rasa aku tau mana datang ke-kreatif-an Pak Aji. Aku rasa orang Jawa ni semua memang kreatif dan jenis sayang nak buang barang. Pak Aji adelah satu contoh Jawa yang suka simpan sampah. Aku cukup risau kalau dia beli perabot baru sebab konfem dia akan me-macgyver-kan perabot lama. Sampai aku segan nak ajak kawan-kawan datang beraya kat rumah dulu. Ngeri tengok tahap kreatif Pak Aji. Sesaper yang beli kukis tahun lepas mesti terkesima tengok betapa kreatifnya kotak kukis aku. Pak Aji ni pakkal tak ambik course art and design. Kalau tak konfem dah beribu medal menang anugerah rekacipta dan inovasi. Speechless juri tengok rekaan bapak aku agaknya. Kalau nak tau, pasu bunga yang dia beli kat Ayer Hitam sejak aku umur 10 tahun dulu, dah pecah sikit pun, but still ada kat rumah tu. Dengan takde segan silunya pasu tu diletak kat tepi ruang tamu. Kau mampu nak ada konfiden level setinggi tu?
Tak dapekkkkkkk.

2. Ice
Kalau aku sorang je tinggal dalam rumah ni takde ais cube pun takpe. Tapi sebab En Wan suka kemam ais jadi ais kena ada. Yes, laki aku ni suka kunyah ais! Sampai Rayyan yang belum 2 tahun tu pun dah pandai kunyah ais. Bapak dia ajar. Bapak dia ni kalau ajar yang bukan-bukan memang cukup pandai. Bila budak tu selsema kang, nanti dia suruh la aku jaga. Dia meloloskan diri. Best kan?

3. Telor
Biar takde lauk-pauk lain, janji telor mesti ada. Ni kira makanan penyelamat. Aku sendiri suka makan nasik panas + telor dadar + kicap masin. Gila bertambah-tambah nasik aku. Lagipun, macam-macam aku boleh buat dengan telor.
Telor goreng mata
Telor dadar
Sambal telor
Telor masak kicap
Sup telor
Kari telor
Kurma telor
Telor masak setengah
Telor rebus
Scramble egg
Masakan yang berkhasiat, cepat dan murah. Kan?
Sebab tu aku cakap telor wajib ada dalam stok peti ais aku. Kalau tetiba tetamu datang mengejut, memang telo antara hidangan wajib. So kalau taknak merasa kena makan telo, silalah call dulu sebelum datang rumah aku.

4. Ikan bilis
Ni lagi satu hidangan best.
Kalau rasa-rasa taknak makan telor, aku akan makan nasik panas + ikan bilis goreng + kicap. Settle.
Macam puasa hari tu, sebulan aku hadap ikan bilis goreng time bersahur. Sikit tak boring. Bertambah-tambah lagi ada. Lagipun, ikan bilis ni penambah rasa untuk lauk-pauk. Goreng sayur letak ikan bilis. Buat sup telor letak ikan bilis. Tumis sambal aku letak sikit ikan bilis. Sebab aku tak suka letak udang kering jadi aku akan letak ikan bilis dalam kebanyakkan masakan aku.
Ajinomoto???
Tak dibenarkan masuk dalam rumah aku.
Tapi aku akan beli ikan bilis yang dah siap kopek sebab aku kan pemalas. Dulu masa kecik aku dipertanggungjawabkan untuk mengopek ikan bilis. Masa tu aku heran apesalla Mak Aji ni taknak kopek ikan bilis tapi pi beli ikan bilis belum dikopek? Sengaja nak torture aku ke apa? Dah la beli sekilo. Satu keje pulak aku mengadap citer cina kul 6 sambil mengopek ikan bilis. Masa tu sambil mengopek sambil berazam esok aku ada rumah sendiri aku haramkan ikan bilis belum berkopek masuk rumah aku.
Tensi!

5. Kicap
Well.....see the skin la.
Aku memang gila kicap. Sampai En Wan selalu ejek aku banyak makan kicap sebab tu hitam.
Puii.
Sebab aku hitamlah maka ko sampai sawan nak kat aku kan?
Punya la suka dengan kicap, kadang-kadang kalau dah tak tau nak kunyah apa kat rumah, aku potong cili and bawang, tuang kicap, pastu jilat-jilat macam tu je sampai habis. Sedapppppppppp.
Ada satu kawan aku dulu dia malu sebut "kicap". Rela dia menyebut soy sauce dari kicap. Dia kata bila dia sebut "kicap" dia rasa macam diri dia datang dari set-set yang duduk kat flat buruk-buruk. Bodo kan? Ape kaitan ntah makan kicap dengan duduk flat. Bodo gila. Tapi kalau sebut budu kemain laju lagi. Ceh.
Satu family aku suka makan kicap. Tapi yang paling hantu kicap of cos lah Ibal (eh, kenapa pulak "of cos"??. Wakakka). Dia ni makan nasik dengan lauk apa pun mesti nak tuang kicap. Be it kuah lemak, kuah asam pedas, nasik kosong, semuaaaaa dia bedal letak kicap. Kalau takde kicap tak jalan. Tapi aku lagi teruk kot sebab aku boleh jilat kicap macam tu je.



5 Benda Yang Wajib Ada Dalam Kereta Saya

1. Minyak
Aku cepat gabra kalau minyak aku dah tinggal half. Walaupun ada indicator yang boleh bajet berapa km lagi kereta aku boleh pergi, still aku rasa tak secure selagi tak isi minyak. Kalau En Wan lain. Dia ni dah fuel warning pun "Boleh...boleh lagi ni. Sampai Tganu pun boleh".
Ye, memang boleh.
Boleh tersadai tepi jalan.

2. Diana's Listening (mp3)
Aku tak suka dengar radio, nak pulak kalau DJ tu jenis syok sendiri memekak-mekak. Sebab tu zaman sekolah dulu aku hanya suka dengar Pilihan Bersamamu. Sebab konfem lagu-lagu je dimainkan. And sebab tu jugak aku tak tau menahu sangat dunia hiburan and lagu-lagu baru. Kalau naik keta En Wan baru aku dapat dengar lagu baru sebab En Wan jenis yang dengar radio. And lagu-lagu dalam playlist aku of cos la yang merentas masa. Takde de lagu Noh Hujan ke, Mizz Nina ke, KPop ke. Kalau lagu Dato' Shake, Salamiah Hassan, Azlina Aziz, Siti Fairuz, rock kangkang, ada. Eh tapi lagu Anak Kampung One Nation Emcess ada :).

3. Smart Tag wth Touch n Go
MESTI ADA!!!
Sebab kerja aku ni banyak habis atas jalan dari kat opis. So aku mengejar masa and sangat takde masa nak beratur bayar tol. Kalau smarttag tu boleh scan dalam jarak 500m lagi bagus. Terus zasssssssss. Nak lagi kalau time balik raya ke Tganu. Memang masak la nak beratur kat tol Karak tu. Alangkan TnGo lane pun boleh berjujuk kereta. Inikan pulak yang ambik tiket. Kalau pakai smart tag tu tahan lah sikit. Masa mula-mula kawen dulu nak balik Tganu takde smarttag kena beratur gila bahabi punya panjang sampai aku tetido tersedar balik pun belum sampai-sampai turn aku ambik tiket lagi.

4. Air minum
Paling tak pun kena ada air mineral sejuk. Kalau tak sejuk pun takpela, janji ada air dalam kereta kot sesak-sesak haus bolehlah aku togok jugak air suam tu. Tapi seboleh-bolehnya dalam kereta aku kena ada air kotak soyabean atau lowfat milk. Sebab aku kalau dah kejar appointment sana-sini memang lupa minum air. Pernah aku nak pitam drive dari pukul 630am from KL-Kepala Batas tak minum air lansung, pukul 630pm baru minum air. Customer aku semua bukan jenis yang boleh jumpa kat restoran. Aku jumpa kat lab. Lab mana la boleh bawak air masuk. So kalau dah berjujuk appointment memang tak sompek la nak beli air, melainkan aku nak minum air suling kat lab tu. Sebab tu dalam kereta musti ada air. Tu pun kadang-kadang boleh terlupa nak minum.

5. Selipar
Aku ada penyakit suka terlupa pakai kasut kalau masuk kereta, so dalam kereta mesti ada selipar spare. Tak kisahlah selipar cikai pun, daripada berkaki ayam kan. Nak lagi sejak bertudung ni aku pakai stokin, so terasa-rasa macam dah pakai kasut je. Jadi menonong je masuk kereta. Tau-tau nak keluar kereta alahaiiii kasut tak pakai. So kalau ada selipar tu aku sarung je. Pedulik la baju vogey de vass tapi kaki pakai selipar. Janji aku dapat jumpa customer. Lagipun masuk lab kena pakai selipar khas so takde sape tau aku pakai selipar "mahal" kat luar.



5 Benda Yang Wajib Ada Dalam Beg Tangan Saya

1. Beg duit
Yo yo an berjalan bawak beg tangan Prada tapi purse tertinggal kat rumah maka sangat tak bergaya memakai Prada itu okeh?
Beg duit penting.
Biarpun dalam tu cuma ada RM10. Janji bawak beg duit sebab macam-macam dokumen ada dalam tu. Aku memang dah terbiasa keluar rumah dengan duit setakat RM10. Takde hal. Dulu En Wan suka catu duit aku, seminggu dia bagi aku RM50 je, pastu dah lama-lama sikit dia naikkan ke RM100. So aku dah biasa la takat RM10-20 je dalam purse. Nak-nak kalau dah sampai ke hari Jumaat tu memang cun-cun je tinggal RM10 dalam purse.

2. Henfon
Ini boleh diibaratkan macam nyawa.
Memang sangat penting. Pernah dulu aku keluar rumah dengan duit ada RM6 je tapi aku tak sedar. Main start enjin, jalan. Tetiba nak beli barang baru realized takde duit. Jadi telifon menjadi penyelamat. Call En Wan "Abang ada kat opis? Di datang now. Nak duit".
Sebab tu kereta aku mesti ada minyak and smarttag. Takde duit pun takpe, janji aku boleh bergerak untuk mencarik sumber pinjaman. Tapi kalau aku travel outstation En Wan akan pulangkan ATM and CC aku so takde hal sangat.

3. Cetrizine
Aku senang nak dapat selsema. Kalau aku sebak dengar lagu sedih pun boleh jadi penyebab nak dapat selsema. Aku punya selsema bukan jenis yang lite-lite okeh. Dia jenis yang air hidung menitik-nitik tu. Jadi cetrizine mesti kena ada. Tapi cetrizine ni menyebabkan mengantuk. So kalau ada sesape nampak aku tido dalam keta sorang-sorang kat RnR tu bukan sebab aku penat drive ye, tapi sebab aku baru lepas telan cetrizine.

4. Minyak cap kapak
Selain dari senang dapat selsema, aku juga senang dapat migrain. Driving tengah-tengah panas pun sakit kepala. Terlalu lama pakai tudung pun sakit kepala. Duduk dalam keta lama-lama pun sakit kepala. Banyak hadap laptop pun sakit kepala. So ubat melegakan kepala hotak aku ni adelah dengan menyelet minyak cap kapak. Kepala aku ni tak main la actifast ke ponston ke, dia main kapak-kapak je. Keluar rumah sembur perfume macam nak rak. Pastu bila pening calit minyak cap kapak. Gone semua bau perfume aku yang kata tahan 18 jam sangattttttttt tu.

5. Pad dan spender
Aku selalu lupa tarikh period walaupun dah pakai ovulation days app kat BB. Jadi pad dan spender spare adelah mesti mau ada. Kadang-kadang En Wan lagi ingat tarikh period aku. Badan aku ni pulak takde bagi tanda-tanda nak period like sakit perut ke, bengkak tetek ke apa ke. Tau-tau je period. So pad and spender spare mesti kena ada dalam beg tangan.



5 Benda Yang Wajib Ada Dalam Bilik Mandi Saya

1. Air
Takde air bukan bilik air namanya. Biar la air tu hijau ke, keladak ke, janji aku boleh buat basuh-basuh celah-celah kangkang ke apa yang patut. Dari takde air lansung?? Kalau masuk public toilet kena check air ada ke tak. Kalau kau main berak je pastu nak basuh sekali takde air tu bukan malapetaka lagi dah. Tu namanya neraka ok?
Mana-mana aku pegi, bilik air kena sempurna. Biar tido atas lantai, tapi kalau bilik air takde air, memang hangin. Nama pun bilik air tapi takde air apakejadahnya??
Sebab tu aku tak kisah sangat kalau jenis rumah bilik air/jamban kat luar. Tak kisah la kena berangkut air berbaldi-baldi pun janji air tu ada. Tak reti de aku nak selet-selet pantat dengan tisu. Sialpalis!

2. Berus gigi
Ni konfem penting la.
Takde sabun mandi tahan lagi, tapi kalau takde berus gigi, aku rela tak bercakap dengan sesape selagi tak dapat berus gigi. Biar la orang kata aku sombong taknak bercakap daripada aku bercakap pastu kau pitam 3 hari.
En Wan kan masa baru balik dari Jepun dulu dia stay rumah Mak Aji. Esoknya aku gi keje dia belum bangun lagi, so petang tu dia rajin gi jemput aku kat opis. Dengan selambanya cakap "Abang tak gosok gigi pun lagi dari pagi. Malas nak bawak balik berus gigi". Masa tu aku pandanggggg je muka dia. Gila tak bersalah dia ni. Dalam kepala aku pikir budak-budak laki yang duduk oversea ni memang semua jenis selamba ke atau laki aku ni je yang tak betul?

3. Ubat gigi
Gosok gigi tanpa ubat gigi adelah seperti dah kencing tapi lupa nak cebok. Tak lengkap. Walaupun aku tau ada je yang lepas kencing terus zip seluar. Kan?

4. Berus jamban
Habit aku adelah setiap kali before aku gunakan jamban, aku flush and beruskan jamban tu dulu. Aku nak air kencing aku landing pada kawasan yang bersih dan memancor-mancor kilatnya. Barulah feel nak memerut ke apa ke. Kalau takde berus jamban aku akan curahkan sabun (liquid) atau shampoo atau apa saje elemen-elemen berbuih yang ada dalam toilet tu supaya datang selera nak kencing. So kalau tetiba rasa shampoo korang tinggal separuh lepas aku keluar dari toilet tu memang keje aku lah. Jadi, sediakan berus jamban sekali ye. Don't worry, aku basuh jamban bukan bermakna jamban kau kotor tapi sebab memang tebiat aku macam tu. Tapi kalau toilet awam tu memang takde harapan la nak memberus jamban segala kan. Hadap je la hancing-pering pun.

5. Berus sabut
Berus sabut ni bukan untuk menyental lantai toilet tapi untuk sental kaki aku.
Yes, aku memang pelik.
Dan tebiat tak tentu arah.
Aku memang sental kaki aku dengan berus sabut. Rasa puas! Tapi kat kaki je aku sental, takde la satu badan nak sental dengan berus sabut. Gila kau nak berus satu badan. Tertanggal tetek aku kena berus sabut hari-hari.



5 Benda Yang Wajib Ada di Workstation Saya :

1. Laptop
Kejadahnya la aku masuk opis kalau laptop tertinggal kat rumah kan. Baik aku buat keje guna henfon dalam keta je.

2. External Harddisk
Aku tak simpan apa-apa keje dalam laptop aku. Segalanya dalam external hard disk. So kalau harddisk ni tertinggal, ada harapan aku facebooking je the whole day kat opis.

3. Pen
Banyak benda aku kena sign so pen adelah perlu. Dan juga aku kuat menconteng. Conteng guna pensil tak best, guna pen jugak best. Dan bila aku tension pen tu jugak boleh digigit dan dibaling.

4. Calculator
Aku perlukan kalkulator yang besar untuk mengira. Dan kalkulator tu mesti yang berbunyik bila ditekan. Nampak cam busy je bila ada bunyi ketak ketuk ketak ketuk. Macam bisnes billion-billion je gayanya. Puiii.

5. Planner
Penting untuk aku check balik apa yang aku sembang dengan customer. Semua benda yang aku rasa penting aku akan write down. Kadang-kadang aku tak paham apa yang aku tulis. Tapi takpela, janji planner tu penuh. Nampak la macam buat keje sikit. Haha.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
posted by green apple @ 1:17 AM  
Newer›  ‹Older
Random-random aje
August 24, 2012
Random 1 :

Sekarang sesape masuk kereta aku bukan saje pening dan mabuk malah boleh muntah darah.
Sebab sekarang aku melancarkan tema Canto-pop - the 80-90s.
Hanya En Wan saje yang dah mula beradaptasi dengan suasana baru.
Dia dah naik syok pulak layan lagu-lagu cina aku.
Walaupun sama-sama tak paham.
But at least En Wan boleh baca kanji, jadi dia faham la jugak sikit-sikit bila tengok lirik.
Dari aku lansung sepatah haram tak tau tapi aku pedulik apa.



Kalau dulu DVD cuma tayang Spongebob.
Sekarang no wayyyyyyyyyyyyyy.
Sejak DVD Beyond aku sampai, takde video lain dibenarkan pasang dalam kereta aku melainkan ada muka lelaki di atas.

Alangkah bahagianya membawa kereta sambil mendengar dan melihat jejaka idaman hati.
Tapi kalau bawak kereta sorang-sorang tengah malam memang aku tak pasang la.



Random 2 :

Boleh la pulak aku menangis sedu-sedan bila bukak FB Bridge Club Malaysia.
Bridge Club ni macam ALUMNI untuk yang terpilih ke Fukuoka Japan as Duta Kecil Negara (Junior Ambassador). Benda ni kerajaan start since 1989 lagi.

Aku dapat masuk team pertama.
Masa tu bodoh-bodoh je memasing.
Delegasi Malaysia boleh tahan selekeh la. Semua pakai baju sekolah naik katerbang.
Muka berkerak je masing-masing.
First time la katakan join event ni.

Masa tu agaknya kerajaan pun tak berapa pasti apa sebenarnya yang kitorang akan buat kat sana, so preparation pun macam hidup segan mati tak mau.

Sekali sampai kat airport Fukuoka, ha kauuuu.
Dengan press-nya, dengan gendang-gendang Jepun segala, bersampuk haruk semua kat sana tunggu delegasi dari seluruh dunia. Barulah kitorang tau event tu sangat-sangat grand. Yang kita dari Malaysia ni serbah-serbih dengan baju sekolah. Yang pakai baju pengawas lain, yang pakai baju kurung kain senteng lain (aku la tu), yang pakai songkok, yang pakai tudung ikat dengan cincin kat depan, semua ada lah. Tercangak-bangak semua.

Nampak pulak delegasi Brunei keluar dengan blazer merah. Yang lelaki semua bersongkon, perempuan semua tudung sedondon. cara ikatan tudung pun seragam je semua. Pastu delegasi Australia semua dengan baju biru and seluar/skirt putih siap pakat hat!

Telan air liur semua pegawai pendidikan yang iring kitorang.
Pastu aku terus nangis sebab takut.
First time nampak omputih katakan, jakun. Terus melalak nak balik Malaysia jam tu jugak.



Bila nampak Faiz Kuya (bekas duta kecil yang dah tak berapa mengecil now) update arrival of delegasi Malaysia kat Fukuoka Airport baru-baru ni, aku terus sebak.
Dah cantik dah delegasi Malaysia now.
Nampak la macam budak-budak bijak sikit.
Tapi 6 orang je????
Gamaknya budak bijak-bijak dah melambak skarang, so kena very selektif kot.
Aku dulu kategori tak berapa nak cerdik pun boleh terpilih.

Agaknya kalau zaman aku dulu, 40 orang, mau bankrup kerajaan kena sediakan blazer.
Tu belum pegawai pengiring.

Kitorang dulu sebab ibubapa tak diberikan penerangan secukupnya tentang apa tujuan budak-budak ni dipilih ke sana, so mak bapak masing-masing tak tau nak sediakan apa. Tapi sebab mak aku adelah Mak Aji yang always concern dengan keadaan sekeliling, dia preparekan setem and coins dalam pack-pack kecik untuk aku bertykar-tukar souvenir dengan delegasi negara lain, siap bekalkan serunding, sambal ikan bilis, muruku, kacang, meggi, 5-6 macam kerepek. Tempeyek pun aku angkut ke Jepun. Series Jawa okeh???
Sampai aku pun konfius. Aku ni pi Fukuoka nak represent negara ke nak jual kerepek?
Tu belum lagi dengan bawak kamera, teropong pun aku bawak. Nak teropong apa tak tau.



Ni delegasi Malaysia tahun 1989.

Naik Boeing 747 (rasanya). Masa ni pramugara yang layan kitorang Ferry Anugerah Makmur. Sape sebaya aku mesti kenal sape tu Ferry Anugerah Makmur. Dia artis jugak dulu kan?

Selebet je semua.

Delegasi lain semua bermekap.
Yang dari Haiti lagi la siap dengan bunga-bunga atas kepala.
Kitorang???
Berdekir je muka masing-masing.

Yang Chinese girl belakang seat aku tu nama dia Tay Lay Hua, dia wakil Trengganu.
Tahun ni dia terpilih untuk iring pulak adik-adik Junior Ambassador ke Fukuoka (yang chinese pakai T Shirt putih gamba atas tu dia la). Kali ni dia ke sana sebagai Duta Keamanan (Peace Ambassador), kena bagi speech lagi.

Terasa rugi pulak tolak tawaran untuk jadi Peace Ambassador tahun 1999 dulu.
Tapi masa tu aku final year, so memang takkan lepas.
Tapi sebenarnya kalau nak buat kepala batu boleh je. Pergi je, pedulikla final year ke tak final. 2 minggu je pergi pun. Ketua Program Biotek aku dulu, beria-ia suruh aku pegi. Dia kata takpe, 2 minggu je, takde hal. Gila best la lecturer ni. Tapiiiiii aku yang gatal. Aku taknak pegi bukan sebab aku final year (sangattttttlah) but tarikh aku kena pi Fukuoka tu adelah tarikh yang sama En Wan balik bercuti. No way lah aku nak gi mana-mana kan. Haruslah menunggu boifren tercinta balik. Lalalala...

Disebabkan aku taknak pegi Fukuoka nak tunggu En Wan balik punya pasal, kitorang berdua telah menge-set satu program gila iaitu bertunang. Aku cakap kat En Wan, aku perlukan alasan kukuh untuk tolak tawaran ke Jepun. So En Wan kata, okeh, kita bertunang. Hahahahha.
Nak dijadikan cerita exbf aku buat perangai gila talak nak bunuh-bunuh aku segala, so memang just the right time la untuk meng-convince-kan Mak Aji bahawa pertunangan ini perlu disegerakan. Pehhhh, macam filem Tamil siall dia punya gelabah.

Semua ni macam dah dirancang dengan cantiknya.

- Aku kena pi Fukuoka.
- Tapi En Wan balik bercuti.
- Exbf sibuk nak bunuh aku.
- perlukan alasan untuk tak pergi Fukuoka dan at the same time mematikan pucukkan exbf.

Dengan satu jalan - BERTUNANG.

Bila aku cakap aku bertunang on the day kena pi Jepun, of cos Kementerian Pendidikan takleh cakap apa. Dia kena carik replacement.
Bila aku dah jadi tunangan orang, memang menempah maut la kalau exbf still nak kacau aku.

So plan sangat cantik.



Yang tak cantiknya, aku.

Sebab semua buat tergesa-gesa, En Wan pun balik bercuti 2 minggu je.
Jadi preparation sangatlah kelam kelibut.
Baju yang aku pakai ni pun pinjam baju cousin aku kat Singapore.
Mekap pun main tenyeh apa yang ada. Kulit dah la gelap. Mekap pulak main tenyeh selagi ada, terus jadi kelabu kulit aku.
Rambut jangan cakap la. Tema rambut adelah Lion King. Menyeringga!

Ah, blasah la.
Janji bertunang.
Masa tu tak kisah cantik ke tak, janji En Wan ni aku cop dulu. Wakkakakak gatalnya bijikkkkk.



Random 3 :

Semalam aku ngan En Wan keluar dinner.
Memang takde apa nak dimasak pun kat rumah. Sebab last week kitorang sengaja tak pegi pasar sebab dah nak raya so malas nak simpan bahan mentah lama-lama dalam freezer. Nak gi pasar malam pun belum start lagi, semua masih beraya. Gi Giant carik ikan alahaiiii hamis-hamis bau ikan dia. Merah je bijik mata. Tengok ikan tu pun boleh mendatangkan keracunan makanan apetah lagi kalau dimakan. Takde la aku nak beli.

Sudahnya masing-masing melopong tak tau nak makan apa.
So semalam En Wan ajak aku gi makan kat Ani Sop Utara.


Cawangan yang aku pegi ni kat Alam Megah.
Aku belum pernah makan lagi Ani Sop Utara. Ni kira first time la ni.



Antara menu yang dia offer.
Aku tapaukan bakso untuk bibik-bibik.



Menu wajib - kepok lekor.
Tapi biasa la kepok lekor kolumpo ni sem ua jenis yang banyak tepung.
Nak kata sedap tu memang tak la. Tapi boleh la nak buat kunyah-kunyah.




Tapi servis lembbbbbbbbbbbbbb nak mampppppppppppppppppps.
Setengah jam, tak sampai-sampai lagi.
Padahal orang tak ramai. Air aku dah habis separuh sup daging aku tak datang-datang.
Sup daging je pun.
En Wan order mihun sup. Pun lembab jugak.
Pastu asiklah salah hantar ke meja sebelah. Orang sebelah meja aku tu pun dah naik hantu. Semua yang aku order semua dia hantar meja sebelah. Apa aku ni halimunan ke yang kau tak nampak?

Meja sebelah tu lagi la tensi.
Asal sampai je bukan makanan dia. Asal sampai je makanan orang lain.

Aku pun naik heran apesal dia hantar makanan sebijik-sebijik?
Patutnya hantar makanan En Wan, hantarlah aku punya sekali.
Aku tak rasa dia masak sup daging dengan sup untuk mihun tu asing-asing.
Tapi dia hantar En Wan punya dulu.
Dah 20 minit baru sup daging aku sampai.
Sementara nak tunggu sup daging aku sampai, separuh dah mi En Wan aku bedal.


Mihun sup En Wan



Sup daging aku.

En Wan gelak tengok sup aku.
Aku tengok pun terkebil-kebil.
Awat bergenang je sup dia?
Takde cara-cara nampak daging pun.

Bila aku senduk baru la keluar beberapa helai daging. Ada la kot 8 helai daging dihiris nipis-nipis.

Sumpah tak pergi dah pasni.

Jangan pergi tau.

Jangan pergi! Hehe.

posted by green apple @ 1:47 PM  
Newer›  ‹Older
Raya 2
August 23, 2012

Lagu raya yang aku paling suka :

Jay Jay


Cenderawasih 


Tak dengar lagu lain pun tak apa.
Dalam mp3 aku ada 2 lagu ni dok berulang-ulang :)

Rasa macam semangat gila nak raya kalau dia lagu ni ada.

Hari tu aku dengar lagu raya Ana Raffali.
Yan rabbi...macam nak pecah tulang osikel aku dengar.
Apesal la ada lagu raya macam ni?
Tahan lagi aku dengar lagu raya Jalil Hamid.
Rasanya lagu raya terkini yang sedap didengar memang lagu Siti je, yang lain hampasgas.

Ok, sambung cerita raya aku..


Sekali lagi, gamba Mr Camho.

Kesian aku tengok pada yang bertanya if bibik boleh buatkan baju raya untuk budak-budak.
Memang boleh buat cuma dia taknak buat sebab buat baju budak ni renyah sikit.
Sebab tu baju budak-budak mahal.
Nak menjahit and memotong tu satu hal.


Ima and family.

Ima ni perangai macam aku.
Beli barang main beli je tak test.
Tudung dia ni dia maijn sauk je pastu tak try-try, until pagi raya hari tu baru sedar tduung ni senget la, besar la, apa la. Memang time ni je dia pakai tudung raya pastu aku tak nampak dah tudung ni kat mana-mana.
Ada harapan dia buat kain lap kaki pasni.



Beria-ia photographer nak ambik angle terbaik...kononnnnnnnnnnnn.




Ni je la gamba aku dengan Pak Aji. Tu pun kena cantas sebab aku malas sarung tudung. Kejadah apa pakai tudung kat rumah. Kosser aku.

Sian Pak Aji, tak berapa sihat pagi raya tu hari.
Actually seminggu before raya dia dah rebah sebab tak cukup rest.
Bapak aku ni ingat dia muda lagi kot.
Berapa kali dah aku pesan, dah umur 60 lebih ni, mana boleh buat kuat-kuat sangat macam orang muda. Alangkan aku yang 35 tahun ni pun ada masanya flat sebab penat sangat, ini kan dia.

Malam-malam akhir Ramadhan tu biasa la kan, Pak Aji makin lama la kat surau.
Pastu malam tak cukup tido, siang sibuk tolong buat kukis.
Tau-tau rebah.

Raya pertama hari tu pitam kat rumah Andak aku.
Terus kensel plan nak ke Melaka the next day.
Patutnya raya kedua, kitorang nak ke Malaka, beraya rumah sedara-mara Mak Aji and tengok kubur arwah atuk sekali. Abis tu kalau dah rebah macam ni takkan nak ke Melaka jugak. Kang tak pasal berangkut-angkut ke spital. Makanya, duduk je la rumah tunggu orang datang.



 Raya kedua tak kemana-mana.
Tunggu adik-adik Mak Aji sampai.

Oh yes, rumah Mak Aji menjak dua menjak ada cucu kecik-kecik ni, semua perabot tolak ke tepi.
Biar lapang senang dorang nak berpencak kat tengah-tengah.
Dan senang jugak aku nak landing-landing atas karpet.




Menu tengahari di raya kedua.
Dah tak larat nak kunyah ketupat and rendang.


Pagi, kitorang buat nasik lemak.
Pastu goreng mee.
Kebetulan ada orang datang beraya, hidangkan terus.
Habis.


Pastu masak nasik buat lauk tenggiri asam pedas and kobis goreng je.
Then beli KFC satu barrel.
Pun selesaiiiiiiiiiiii jugak.


Alhamdulillah.



Patut la beli KFC siangnya.
Rupanya malam tu dorang buat surprise untuk aku.
Elok sangat la kan, nak buat surprise, maka marilah semua sama-sama surprise tengok aku potong kek dengan baju tido kaftan. Sambil meniup lilin sambil kendong anak okeh?


Patut la aku tengok apesal lampu dapur ni terpadam.
Tapi aku nak tolong tukarkan mentol pun tak reti so aku diamkan aje.
Rupanya dorang bergotong-royong kat blakang nak siapkan kek segala.


Nampak ada tali kat kabinet belakang aku tu? Kat rumah tu banyak pegawai pemeriksaan yang suka bukak katup lemari. Jadi, Mak Aji ikatkan terus semua pintu kabinet dia. Dah satu hal pulak asal nak keluarkan gelas je kena bukak ikatan.


Ibal yang belikan kek.
Boleh dia tak tau umur akak dia berapa.
Siap tulis "Diana, Happy birthday yang ke berapa tah?"

BARU 35 tahun ye.



Raya ketiga.
Kebosanan dah melanda.
Pagi tu Ima balik ke Benut, rumah mak mertua.
Aku stay kejap sampai lepas Asar baru balik Putra Heights.



Sebelum balik, Mak Aji masakkan siap-siap ayam masak merah with salad.
Mak Aji beli ayam sampai 3 ekor konon nak masak macam-macam la. Nak buat BBQ la bagai.
Sekali bila dah masak rendang, sambal goreng, ketupat, kuah lontong, nasik impit, pastu ada lemang, ketupat palas dengan serunding, terasa macam dah banyak sangat pulak makanan. Last-last ayam 3 ekor tak tau nak buat apa.

Aku pulak baru tersedar, baju raya sampai 4 pasang, tapi pakai sepasang je.
Sebab kalau kat Bangi memang payah sikit nak berjalan raya.


Tapi kalau balik Tganu, silap-silap 4 pasang tak cukup.
Manjang je berjalan.




Masa tetamu ada kemain bersopan kagi hidang nasik.
Bila tetamu dah takde, periuk nasik terus naik atas breakfast kaunter. Nah, hambik kau. Senduk sendiri.



Sebenarnya, untuk aku yang dah tua ni, kemeriahan raya tu is on the raya eve.
Bila 1 Syawal tu aku tak rasa happy mana pun.
Happy dapat makan siang hari je.
Tapi perasaan yang paling best is sehari sebelum raya.
Seronok siap-siapkan makanan, buat last minute shopping.
Masa tu duit keluar macam air. Semua benda tergerak nak beli.

Bila dah raya tu rasa macam hmmmm.....dah raya.
Dah macam hari-hari biasa.


Semalam, tak tau apa nak buat.
Kitorang laki bini kan pantang duduk rumah kalau time cuti.
Memang sangap. Jadi, kena keluar.
Mula-mula kita gi Sunway Piramid dulu, aku nak beli barang-barang Shu Eumura aku.


Nak beli compact powder je sebenarnya.
Tapi biasa la kan, masuk tempat puaka memang macam ni.
Terpaksa beli 4 lagi eye shadow.
Pakainya tak pun.


Ada 6 lagi kaler yang harus dibeli so that penuh satu case.
Selagi tak penuh selagi tu la sawan aku kejap-kejap sampai.
Padahal jarang pakai pun.
Nak pakai pun tak berapa reti.


Lepas gi Sunway Piramid, En Wan punya sawan pulak dah sampai.
Dia ni asal nak buat open house je, ada je laaaa benda yang dia nak tambah kat rumah ni.

Kitorang plan nak buat open house + besday Redza lepas balik dari Guangzhou nanti.
Orang tua ni sibuk nak renovate rumah sempena nak buat open house. Boleh??
Kalau takat beli karpet ke apa ke tahan lagi la aku.
Ni siap nak tebuk sana sini yang aku pening.
Tu cara-cara nak buat open house.
Kalau nak kawen kan anak esok aku tak tau la.
Mau pindah rumah terus kot.

Ok, aku tengah mencari orang perseorangan atau pun sesape yang dapat offer package untuk birthday party Redza, age 8 yrs old. Kat FB ada dah orang bagi link. I need more suggestions.
Kalau korang kenal sesape, please email aku ye?

Tq.

Again, selamat hari raya.

posted by green apple @ 6:12 PM  
Newer›  ‹Older
Raya 2012
SELAMAT HARI RAYA!!
(...dah 5 hari raya dah pun..)

Aku kan gatal buat promo Ephyra before raya hari tu kan.
Sekali melambak-lambak nak kena pack and pos sampai lembik pantat aku bersila atas lantai menyiapkan packing. Orang lain hari Rabu dah start balik kampung. Aku dok menggentel kotak Ephyra lagi.



Ini batch yang aku pos Rabu lepas (hari terakhir Pos Laju datang pick up).
Ada yang dah respon sempat sampai before Jumaat, ada yang tak respon.
Tapi semua aku dah email CN. So please track and trace.

And lagi satu, kalau bagi alamat, please bagi address yang tepat. Ada yang bagi address je tanpa poskod. Satu keje pulak aku nak google poskod.
Kalau boleh sila bagi nombor henfon, sebab ada shawl yang return balik ke aku.
Seb baik shawl, boleh la jugak aku pos balik.
Kalau kuih raya?
Dua tiga kali pulang balik pulang balik, ujung-ujung kau dapat serbuk raya je.

Sape yang request untuk pos Ephyra selepas raya, semuanya aku akan pos start Isnin depan, insyallah.



Hari Khamis lepas, barulah aku tunggang-terbalik mengemaskan rumah.
Malam tu barulah nak keluar gi carik kain sampin En Wan and bujang-bujang kat rumah ni.
Tapi disebabkan Khamis tu aku keluar berdua, so bertenang-tenang sikit nak carik barang.
Siap menapak dari PKNS, ke SACC, ke Alam Sentral (wah, menapak kauuu. Macamkan jauh sangat).
Kalau manusia ni la ya ampunnnnnnnnnnnnnn. Gila sesak tahap berlaga-laga tetek nak mencarik baju raya.
Barulah aku tau kenapa ujung-ujung puasa lagi ramai orang pulun beli baju raya. Kat PKNS hari tu jubah 3 helai RM100! Mau tak histeria makcik-makcik kat dalam tu? Hiruk-pikuk suara orang tawar-menawar. Mabuk kejap aku.

Lepas PKNS, jalan kat SACC pulak.
Apa aku carik pun aku tak tau.
Pastu masuk Alam Sentral.
En Wan belum beli seluar raya.
Baju raya before puasa lagi dah beli. Time tu aku suruh carik seluar sekali dia malas. Tunggulah...tunggulah...tunggulah..
Aku dah sound, puasa ni pejam celik pejam celik je.
Kalau dah masuk 2  minggu berpuasa, minggu-minggu selepas tu konfem kau takkan sempat buat apa-apa dah.

Betul pun aku cakap.
Minggu ketiga puasa tu dah balik Tganu.
Pastu minggu depannya dah malam raya.
Apa yang sempat?

Terpaksa la beli seluar raya kat The Store Alam Sentral.
En Wan kata dia macam tak percaya beli seluar raya kat The Store.
Cewahhhh. Eksyen.
Ko jangan banyak cengkadak beli seluar raya pun nak memilih kedai.
Aku dulu dapat beli kat depan The Globe tu pun dah cukup mewah.
Depan The Globe okeh?
Bukan dalam The Globe.
Sesekali dapat beli baju raya kat Metrojaya, yang kat longgok-longgok tu pun dah rasa gila kaya!

Dalam pada tension-tension kena beli seluar kat The Store tu, sauk jugak 2 helai.
Cheh!

Tu la aku dah kata.
Ingat The Store ni cikai sangat ke?

Padahal tahun ni raya Bangi je.
Tapi punyalah nak menyemarakkan mood raya tu,nak sama-sama naik bersesak-sesak kat jalan, kitorang balik Bangi hari Jumaat pukul 10.30 malam!
Mentang-mentang la 30 minit dah sampai, kemain eksyen lagi keluar pukul 10.30pm.
En Wan siap pesan "Kalau abang ngantuk, Di ganti drive eh?"

Puii.
Siap perli aku lagi.

Tapi Jumaat malam tu boleh tahan gak kereta kat ELITE hiway.
Selalunya kalau nak pukul 11pm ni ELITE ni ko boleh tido baring atas jalan.
Tapi, lane menghala ke KLIA boleh tahan meriah dengan kereta.
Aku bajet ni semua nak ke Selatan.
Dah boleh bayangkan dah betapa punya sesaknya dari Nilai ke Senawang.

Sampai Bangi dalam kul 11.15mlm macam tu, sebab kereta boleh tahan banyak. Lagipun bawak slow-slow sudeyyy, bukan nak kejar apa pun. Bangi je kot.
Ingat nak singgah MekDi drive thru kat sebelah PKNS Bangi tu buat makan-makan for sahur sebab konfem Mak Aji takkan masak sahur punya. Makngaiiiiiiiii. Gila berjujuk kereta tunggu turn. Ni mesti semua nak buat bekal kot-kot kena sahur dalam kereta.

Sampai je Bangi, aku pun period.
Selamat Hari Rayalah kepada aku sorang.
Konfem rendang Mak Aji sedap tahun ni sebab ada tukang rasa. Tak payah nak risau rendang sedap ke tak.
Aku kalau part rasa-merasa ni memang laju je. Tapi kalau nak suruh aku rasa mesti kena ada ketupat sekali. Baru feel nak merasa rendang.

Esok paginya, aku tetap bangun sahur.
Sebab aku tau siangnya aku tetap tak boleh makan, rakyat ramai sangat dalam rumah ni. Nak makan pun segan. Alang-alang lagu sehari je pun. Lajakkan je la "puasa" tu.
Disebabkan ada 2 bibik yang boleh tolong Mak Aji bersilat kat dapur, so aku malas nak tolong.
Semak la okeh ramai-ramai kat dapur.
Dah la masa tu Ima semua dah sampai.
Macam nak terbalik ramai-ramai kat dapur.
Biarlah aku membawa diri ke Ariani, carik tudung raya.

Lepas beli tudung, aku ngan En Wan ke Nilai carik bunga untuk letak kat rumah kitorang.
Siap boleh patah balik ke rumah lagi hantar barang. Mentang-mentang rumah sendiri dekat.

Dalam pukul 6.30pm semua dah get ready for Yassin and tahlil nak sambut Syawal.
Ni memang upacara wajib setiap kali beraya kat Bangi.
Sebab kat Tganu takde buat macam ni.
And selalunya, kitorang berbuka puasa dengan ketupat rendang semua.
Tapi sebab siangnya tu tetiba gas habis, so cuma rendang je sempat masak, jadi malam tu kena la makan nasik with ikan siakap sweet sour, sup sayur, rendang + pizza.

Dah 4-5 tahun berturut-turut aku nampak anak bulan awal dari orang lain.
Sangat tak feel!!




Boleh aje nak makan atas meja.
Tapi macam best la pulak makan atas karpet.
Feeling-feeling macam kenduri.

Dah la karpet Mak Aji tu baru beli kat Nilai siang tu.
Mak Aji nak ke Nilai tak sempat-sempat, asik busy buat kukis. So dia bagi mandat aku ngan En Wan pilihkan.

Sedang elok je time bukak puasa tu Rayyan terduduk atas magkuk sup sayur pastu Jannah tersepak air bapak dia.

Done.

Maka sekianlah perasmian karpet baru.

Aku and Ima takde dalam gamba sebab kitorang dua orang jemaah tak puasa.
Aku dah selamat makan Mekdi on the way nak ke Nilai siang tu.
Sebenarnya taknak makan, tapi En Wan paksa aku makan. Dia pulak yang meng-orderkan Mekdi untuk aku. Apa lagi kannnn. Bismillahh..
Yang si Ima memang sepanjang hari dah kenyang.
Apa tak kenyangnya, suapkan anak bubur. Anak satu sudu, mak dua sudu setengah.

Alhamdulillah, walau tak bersahur 5 kali, Redza lengkapkan puasa sebulan.
Aku dulu umur 8 tahun rasanya 26 hari je kot.



Gembira dapat minum air oren.



Malam raya tu anak-beranak pakai baju melayu tahun lepas, merah.
Kalau nak pergi beraya terus pun dah boleh dah ni.


Lepas settle makan semua, kitorang masuk balik ke dapur untuk shift belah malam, menyiapkan bahan-bahan nak buat kuah lontong untuk esok pagi. And terus masak my feveret sambal goreng. Yummyyyyyyyyyyyyy.

Bahan-bahannya :


 Hati ayam, hati lembu, udang goreng siap-siap, segala tok nenek bawang, cili, lengkuas, halia, serai, tauhu digoreng siap-siap.

Pastu leburkan semua.



Hasilnya....sambal goreng.
Takde rendang takpe beb. Boleh beli rendang Brahim, instant.
Tapi kalau takde sambal goreng, raya tak bermakna untuk aku.

Oh, lagi satu bahan lupa nak ambik gambar.
Tempe.

Orang Jawa, tempe mesti mau ada.
Kalau takde tempe dalam menu raya, boleh jadi malapetaka di pagi Syawal.




Selalunya rumah Mak Aji takde ketupat. Kitorang main buat naik impit je.
Tapi tahun ni aku teringin nak gantung ketupat.
Teringin nak gantung je tau.
Bukan teringin nak makan.
Jadi Mak Aji layankan ajelah permintaan aku ni.
Dia beli kelonsong ketupat siap-siap kat pasar pastu tinggal rebus je kat rumah.
Dapat lah 10 bijik.
Merasalah aku gantung ketupat kat dapur.
Gantung kat penyangkuk spender.
Blasahhhh.


Satu benda yang aku menyampah kalau raya kat Bangi ni adelah keadaan diri sendiri menjadi tak terurus.
Sebab sibuk nk menguruskan anak-anak and suami pastu nak menyiapkan segalam macam juadah, kemas rumah pastu sibuk nak melayan orang datang, so aku pun bersememeh sepanjang hari. Ye ye je packing shawl merelip-relip bagai. Sudahnya pakai tudung instant aje. Kosser aku nak melilit-lilit shawl segala. Kang dengan shawl, dengan mengendong anak, dengan nak siapkan hidangan, nak itu, nak ini, tau-tau je aku tercekik terlilit shawl sendiri.


Sebelum Acu melarikan diri, marilah kita beratur kat Acu dulu.



Gamba aku tak banyak.
Kalau ada pun gamba cenggini lah.
Terpaksa conteng-conteng sebab aku malas nak pakai tduung dalam rumah.




Tahun ni nenek Muar beraya kat rumah Pak Aji, jadi suasana ke'jawa'an mejadi lebih tebal dari biasa. Nak lagi time Pak Aji bersalam ngan nenek aku. 10 minit!

Tapi that's the best part of orang Jawa.

Just like malam before nak balik ke Bangi tu, aku layan Tanyalah Ustazah.
This ustazah cakap, kalau nak bermaaf-maafan contohilah orang Jawa. Kalau bersalam mintak maaf tu siap bersila bersimpuh, salam tangan kejap erat, tunduk, bersungguh-sungguh mintak maaf. Tak dengar bijik butir pun apa yang dia cakap, senyap sunyi. Tu baru namanya maaf zahir batin. Mulut tak bercakap, Batinnya yang bercakap. Haha.

And yang paling best bila sejak kahwin, aku dah berjaya terapkan nilai ke'jawa'an yang satu ni kat En Wan.
Dulu masa memula kawen, raya pertama kitorang raya kat Tganu.
Gila pelik aku tengok family En Wan dengan mak bapak.
Sambil menonggeng-nonggeng pun boleh salam raya. Pastu just cakap "Selamat hari raya, Mok. Maaf deh?"

Aik?? Takkan gitu je??

Bila tahun kedua beraya kat Bangi, En Wan pulak yang terkesima tengok style family aku bersalam raya.

Tahun ketiganya, beraya kat Terengganu, aku pulak yang surprised bila En Wan prektikkan cara bersalam raya kitorang pada family dia. Dia sorang je yang duduk mengadap mak time bersalam. Mak aku apa lagi la kan, terus bercucuran airmata. See????
Itulah namanya salam raya.



Ni salam raya style Mirza Muammar.
Orang lain macam nak terbalik kecoh bersalam, bagi-bagi duit raya, dia terbongkang tengah-tengah dunia.
Takde masalah.

Budak ni paling senang nak tido.
Tak payah tepuk, tak payah buai, tak payah bantal, tak payah tilam.
Tengah-tengah bergolek-golek dengan bapak dia tetiba je dia menguap pastu tido.
Done.

Dan seperti selalunya, tetiap tahunsessi bergamba aku sekeluarga akan jadi penuh drama.
Sejak ada Redza, kitorang tak pernah berpeluang nak bergambar bertiga sebab Redza sangat tak mesra kamera. Dia sebijik cam apak dia yang tak suka bergamba. Kalau kena bergamba pun muka akan menjadi kejung. Padahal ambik gamba je tapi dia taknak. Nak suruh bergamba macam nak pergi berperang.

Sudahnya gamba raya kami sekeluarga tahun ini adelah begini..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Sangat berseni dan penuh tanda tanya bukan?

Aku rasa aku perlu framekan gamba ni.
Kau penah tengok gamba kat mana-mana hal rumah gamba keluarga macam ni?
Takde kan?

Sangat penuh misteri.

Oh yes, tahun ni aku anak-beranak pakai baju hasil jahitan bibik.
Kesian bibik-bibik aku, sudahnya, baju dorang sendiri tak sempat siap.
Baju terakhir customer adelah hari Khamis.
Ko bayangkan betapa kelam-kelibutnya bibik nak siapkan tempahan.
Baju Mak Aji pun sempat jahitkan sehelai je. Lagi sepasang, minggu ni kot baru siap. 
Minggu ni bibik aku masih lagi bercuti, minggu depan baru kedai jahit start beroperasi semula.
Jadi, minggu depan baru aku update sorang-sorang status tempahan yang nak diambil after raya.



 Dia taknak bergamba sudah.
Meh kita bergamba tiga orang.

Sekaliiii bapak dia pulak buat hal masa ni la nak terpejam mata segala.

Dah la.
Malas aku nak bergamba dah.
Dah la muka aku naik berlengas menguruskan sana sini. Sampai time nak bergambar mekap-mekap aku semua dah cair.






 Dah 2 jam masih lagi sentap.
Hanya kerana suruh bergambar.

Sungguh aku tak paham apekah jenis kesentapan sebegini.



 Budak ni jugak yang paling banyak gamba tahun ni.
Semua orang punya kamera ada muka dia.
Asal halakan kemara je dia sengih.
Tak kira lah sebgagai objek yang dofokuskan atau tak, dia tetap akan sengih.
Berkat camwhoring omak dio masa mengandung dulu.




Tudung ni aku beli kat Arianni Bangi Sabtu before raya tu.
Sempat la rembat 3 helai.

Now tudung Ariani yang 2 tone semua jenis yang bercorak kat kaki tudung. Yang kosong takde dah. Dah obsolete. Pastu now tduung dia semua labuh-labuh. Memang bagus la semua tudung dah labuh-labuh tapi untuk yang pakai shawl macam aku, aku tak perlukan tudung labuh sampai bawah dari dada like this sebab aku akan labuhkan shawl. Bila tudung inner ni dah labuh, nak pakai shawl pun rasa no point sebab rasa rimas pulak.

Masa tengah pilih-pilih tudung tu semua orang mintak "Takde yang labuh ke dik?"

Aku je yang "Apesal semua tudung Ariani labuh-labuh sekarang?"

Pastu baru perasan 2-3 pasang mata tengah pandang aku.

Opss.



Punya la nak ambik gamba empat beranak jugak, biarlah kitorang tiga orang ke yang berdiri, kau nak terselit kat tepi kerusi tu silakan. Janji empat-empat orang masuk gamba.




The first and the last aku allow Pak Aji pakai baju melayu teluk belanga.
Pasni nehiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!

Gila selekeh pula bapak aku pakai baju cenggini.
Biasa pakai cekak musang.
Bila pakai teluk belanga nampak selebet maut pulak.

Mak Aji and Pak Aji sebenarnya tak beli-beli pun baju raya sebab masing-masing busy siapkan kukis. Kebetulan, aku beli banyak kain ela tapi tak berjahit-kajit baju, so aku cakap takpela, biar aku jahitkan 2 pasang untuk Mak Aji. 3 hari sebelum raya, aku balik jap Bangi hantarkan Ephyra untuk customer yang nak self collect kat rumah Mak Aji. Jadi aku ajak Pak Aji gi Warta carikkan baju melayu. Kepala aku dok terbayang-bayangkan baju Mak Aji yang aku jahit tu kaler peach. So aku pilih baju melayu Pak Aji kaler pink-peach, sekali balik rumah tengok baju Mak Aji kaler tanah cream, pastu ada bunga-bunga purple and red. Celah mana aku terbayang peach pun aku tak tau la.

Again, Pak Aji and Mak Aji tak dapat kaler sedondon di pagi raya.
Angkara anaknya yang bijaksana.

Eh tapi sebenarnya boleh je nak kasik sama.
Mak Aji kena pakai tudung kaler peach-red sikit. Baru sedondon kan? (nak sedapkan ati sendiri)





Masing-masing busy keluarkan kamera.
Sudahnya tak bergamba pun.

Sanget berbeza suasana kalau beraya kat Tganu.
Kalau kat Tganu, hari raya adelah hari beraya.
I mean BERAYA!
Bukan masak, bukan mengemas.
Sebab tu kalau beraya kat Tganu gamba raya aku beratus-ratus. Sebab memang sepanjang hari aku beraya and bergamba je keje.

Bangun pagi, siap-siap kan diri.
Lepas semayang raya, semua keluar ke rumah mak nombor 2 untuk breakfast nasi dagang, pastu terus bergerak beraya dari satu rumah ke satu rumah. Balik hanya bila dah penat.
Malam kang sambung lagi beraya.

Kalau kat Bangi no way lah nak beraya sakan.
Sebab rumah Mak Aji selalunya menjadi tumpuan.
Adik-beradik Pak Aji konfem akan datang ke rumah sebab Pak Aji je la yang paling tua kat sini. So memang dah jadi kebiasaannnya yang paling tua akan duduk rumah sebab yang muda-muda akan carik yang tua dulu.

Mak Aji pun sama. 
Dia yang paling tua so memang tugas kita adelah menunggu adik-adiknya datang rumah beraya.
Cuma tahun ni ada kelainan sikit sebab nenek aku tinggal rumah Andak kat Ampang, so lepas bergamba-gamba, semua ke Ampang berkumpul kat sana.

Yang aku heran gila is kat Tganu.
Padahal mak mertua aku tu paling tua.
Tapi asal hari raya, mak mertua aku pulak yang mencari dorang yang muda-muda ni untuk beraya.
Dorang datang beraya rumah mak aku bila kitorang semua dah balik.
Takkan ada orang datang beraya rumah mak aku pagi raya.
Kalau ada pun dua tiga orang nenek nenek yang dah tua balik dari masjid singgah beraya.
Yang lain takde!! (geram la pulak aku menaip ni)
Apa ingat rumah mak aku takde kuih ke?

Pelik gila.
Selalu aku tanya En Wan, apesal pagi raya mak pulak yang carik dorang?
Apesal dorang tak carik mak?
Takkan la disebabkan kita anak-anak semua balik beraya so kita boleh angkut mak jumpa dorang?
Abis kalau anak-anak semua tak balik, mak aku tu duduk je la membatu kat rumah pagi raya. Sorang tak datang jenguk.

En Wan kata sebab mak aku tak buat open house.
Rumah orang lain semua busy layan tetamu masa open house.

Ooo...nak kena ada open house baru nak datang beraya ye.

Baiklah, tahun depan punya raya biar aku buat kelainan kat rumah mak mertua aku.
Kita buat open house pagi raya supaya dorang datang rumah carik mak pulak.



Masa ni kitorang dah nak gerak ke Ampang, tapi Redza tak abis-abis sentap.
Jadi, Rayyan gunakan strategi memujuk abang...sambil memijak tudung nenek.






...sambung esok-esok lah. Penat aku taip.


posted by green apple @ 4:31 PM  
Newer›  ‹Older


MY FACEBOOK
GET UPDATES

ADS
MY PROFILE

Name: green apple
Home: Putra Heights, Subang Jaya, Selangor, Malaysia
About Me: I AM WHAT I AM.
See my complete profile
COUNTER
 
TRAFFIC
MY PREVIOUS POST
OLDER POSTS
MY TRAVEL DIARY
MY READING
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER