walk on wings, tread in air: Fake it till you make it <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>





SEARCH

CONTACT ME

Diana Ishak @ Green Apple
aveo757@yahoo.com
See my complete profile

TRAFFIC
Visitor Counter
TESTIMONI GREENAARD


Fake it till you make it
2019-09-19

September 2008.

11 tahun yang lepas, di bulan September ni lah bulan terakhir aku bekerja makan gaji.
Selepas tu aku start company aku sekarang.
Maknanya dah 11 tahun dah aku bekerja sendiri.

Mula-mula dulu macam tak yakin boleh hidup dengan kerja sendiri.
Awal-awal dulu kena ikat perut sikitlah, dah biasa gaji sedap tup-tup kena ambil gaji RM1500 untuk beberapa bulan, agak sakit juga.
Walaupun En Wan ada sebagai back up, tak semua expenses dia cover sebab memang sejak awal dulu kitorang berkongsi bayar semua benda.
Dia bayar bil, aku cover groceries.
Dia bayar skolah anak, aku cover gaji bibik.
Duit rumah sama-sama bayar.
Segalanya berkongsi.
Jadi bila aku terpaksa ambil gaji RM1500 only, memang terpaksa susun balik perbelanjaan kitorang.
Nasib baik En Wan memang 'kedekut', jadi bab-bab duit ni dia pakar untuk susun strategi.

Tapi tu lah, bila kita ada passion dengan kerja, segalanya jadi mudah.
It's never really work. Just play.

Sebelum tu aku ada 7 tahun pengalaman bekerja yang mana 5 tahun darinya adalah pengalaman bekerja dengan company biotech .
However tak semua tempat aku cover.
Ada banyak lagi tempat [uni and govn agencies] yang aku tak pernah masuk sebab tempat-tempat ni colleague aku yang take over.
Jadi bila start own company, nak tak nak, aku kena redah semua tempat yang aku belum pernah masuk untuk cari new customer to promote my product and services.

Susah juga awal-awal tu sebab aku tak ada apa-apa in hand untuk dijual.
Aku buta-buta ada pengalaman and customer database je.
Satu product pun takde kat tangan.

Orang kata kalau nak berbisnes, guna apa yang ada kat tangan.
Masa tu aku dah dapat sole distributorship untuk satu brand from US tapi barangnya belum ada, takde duit nak bawak masuk stok.
So apa je yang ada kat tangan aku waktu tu?

Company profile.

Dengan company profile tu lah aku jual servis aku.
Dalam company profile tu aku list-kan segala kerja, demo, workshop and installation yang pernah aku buat sejak dari tahun 2003 sampai 2008.
Aku listkan semua pengalaman aku selama 5 tahun tu.
Kiranya aku menjual pengalaman sendiri.

Masa tu barulah terasa berbaloinya patuh pada arahan bos.
Dulu, kalau bos hantar aku untuk buat demo atau presentation, aku pegi.
Bos suruh aku ganti kawan buat demo pun aku redah pegi.
Rupa-rupanya itulah yang jadi modal aku di kala aku takde product nak dijual - iaitu modal pengalaman.

Berbekalkan company profile dengan deretan pengalaman, aku ketuk satu pintu ke satu pintu untuk perkenalkan service.
Alhamdulillah company profile aku very convincing macamkan dah bertapak 5 tahun padahal sorang pun tak tau company ni baru setup seminggu.
Disebabkan kerja-kerja tu memang aku involve, konfidenlah sikit nak bersembang dengan new customer.

For 2-3 months kerja aku hari-hari keluar jumpa potential customer untuk 'jual' company profile aku.
Dalam masa yang sama aku jual juga sikit-sikit barang makmal kat customer.
Barang-barang tu aku out source dari company lain sebab masa tu aku belum ada product kat tangan.

One day, IMR [Institute of Medical Research] call.
Dorang ada peruntukan RM15K untuk buat workshop tapi dorang takde idea apa workshop nak dibuat.
RM15K adalah amount yang besar untuk company baru macam aku.

Oh before tu nak bagitau, sepanjang aku run company, takde sorang pun customer tau itu adalah company aku.
Aku hanya kenalkan diri aku as Sales Representative je.
Masa tu company aku memang ada 2 orang je - aku and partner aku.
Jadi bila dorang nak buat workshop, itu bermakna aku perlukan satu team yang besar untuk handle the project sedangkan kitorang takde staff pun waktu tu.
Pulak tu aku and partner ada perjanjian - aku handle biotech supplies dan dia handle halal analysis.
Everything yang takde sangkut-paut dengan halal, semua aku kena take over termasuklah projek IMR ni.

Bila ditawarkan buat workshop, dalam keadaan gelabah tapi happy aku terus jumped at the chance "Of course! Saya cadangkan buat Basic DNA training and oligo synthesis".

Bukan main lancar aku jawab, punyalah konfiden!
Hati tu seronok sangat sebab itulah workshop pertama di bawah company aku sendiri dan aku dapatkan that deal dengan takde produk kat tangan, semata-mata company profile je.

That moment, winning my first workshop is always the best example I have to give when someone asks me about the idea of "fake it till you make it".
Walaupun aku tak berapa gemar dengan phrase tu sebab ia menggambarkan kau takde apa-apa to back up, hakikatnya ada perbezaan besar antara faking something that you have no idea how to do dengan having confidence untuk buat sesuatu yang kau tak pernah buat.

Aku memang takde experience sangat buat workshop from scratch sebab dulu everytime organize workshop aku cuma handle paper work saja, part kerja-kerja lab budak-budak lain yang handlekan.
Tapi dengan IMR, that was the first time aku handle workshop from A to Z.
Nasib baik juga aku pernah managed workshop as vendors for years so aku tau what would be involved.
Aku juga ada enough skill with research and planning, jadi aku tak FAKING IT.

Walaupun a part of me kata aku belum layak nak handle workshop tu, but come to think of it, celah mana nak layak buat something yang kau tak pernah buat kalau kau tak start buat, betul tak?
You never grow to the next level kalau kau tak buat benda baru.
So untuk that project aku nekad.
Aku buat training schedule, aku cadangkan methodology, aku prepare training notes, aku prepare kits and reagents to use, aku cari speaker lain untuk bantu take over topics yang aku tak berapa master, aku print training certificate, etc.
Bila handout dah siap diedarkan, bos department tu bagitau aku "Baguslah handout you ni, kitorang boleh simpan untuk future project. So detail and profesional".

Aku senyum dalam hati.
Kalaulah dia tau ada sorang makhluk je yang buat bendalah ni.
Berbaloi pantat aku kejung seharian bersila dari pagi sampai malam menyusun handout.

Pengalaman and skill aku waktu tu belum sampai ke level yang mengagumkan tapi aku konfiden aku takkan kecewakan customer aku.
So that first workshop adalah pembuka jalan yang transform company aku to an entirely new level.
Aku turned that first year as a biotech lab supplier into the next year as a training provider.
Sejak hari tu, lepas satu, satu, workshop aku organize.

After partner aku left the company sebab follow husband ke UK, aku take over semua project.
Berbekalkan pengamalan buat projek biotech, aku jumped into halal analysis workshop pulak.

Hujung tahun lepas masa aku ke IPP Batu Maung reseacher kat sana offer untuk buat projek dengan dorang, bergetar dada aku tahan sebak.
Tak sangka after so many years aku left, dorang masih ingat kerja-kerja aku and nak bekerjasama lagi.
Tapi aku belum ready nak kembali ke biotech supplies.
GreenAard pun dah cukup occupied dah.

The point is, ada banyak kebaikan bila kita konfiden.
Kita boleh buat apa saja kalau kita set our mind to do as long as kita back up dengan tindakan.
In my case, I am not faking it.
Aku redah konfiden dan dalam masa yang sama aku back it up dengan research and hard work untuk pastikan aku ada kemahiran untuk deliver setiap projek.
Of course semua ni pun Allah yang izinkan.

Kalau ada di antara yang membaca post ni masih makan gaji, nasihat aku, jangan berkira bila boss mintak buat kerja itu, kerja ini, replace orang itu, handle projek ini - walaupun tak ada dalam job scope kita.
Kerana kita tak tau apa yang Allah dah sediakan untuk our future.

Tak terbayang pun tahun 2008 at age 31 aku akan run my own biotech company.
Tapi macam yang aku tulis dalam blog post tajuk SWITCH baru-baru ni, Allah kalau Dia nak bagi, kadang-kadang Dia bagi sesuatu yang kita tak pernah terbayangkan.
Jadi jangan mengeluh apa yang kita kena lalui sekarang.
Berat atau ringan, Allah tak bagi saja-saja.
Mesti ada sesuatu yang Dia dah sediakan untuk kita.

Tak dinafikan nak konfiden pada sesuatu yang kita tak ada memang sangat susah, kerana fokus kita selalunya pada apa yang tak ada.
Dek kerana terlalu fokus pada yang takde menjadikan kita lupa nak lihat apa yang kita ada.
Kalaulah dulu aku fokus pada nak cari produk baru boleh start bisnes, konfem bisnes aku menyembah bumi pada bulan ketiga aku launch.
Tapi entah macamana aku boleh terfikirkan 'skill'. Allah bagi ilham aku terfikirkan skill agaknya.
Skill itulah aku jual dulu sebelum jual produk.
Aku kan kuat menceceh, so yang terfikir kat kepala aku adalah provide training and workshops.

Berserah pada takdir Tuhan tu betul, but tak cukup sekadar percaya pada ketentuan Tuhan.
Kita kena take one step further dan yakin dengan apa yang Tuhan dah sediakan.
Maksudnya kena yakin kita ada potensi untuk pergi jauh.
Yakin kita ada talent, yakin kita ada good personality dan yakin kita boleh dapat apa yang kita nak.
You may not feel it it but part of confidence is acting like it.
Act like you are strong, act like you are confident, act like you are secure.
Fake it until you make it.
Faking in a positive way.

The key is, kita tak perlu ada banyak talent.
I mean tak semestinya kita mesti ada semua resources.
Guna apa yang ada dulu, insyallah Dia akan bawa kita to where we are supposed to be.


posted by Diana Ishak @ 9:40 AM  
Newer›  ‹Older

ADVERTISING



FOLLOW ME



MY BRAND




LABELS



MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
TEMPLATE by


BLOGGER