2019-05-24

I LOVE YOU


Aku dapat satu email semalam tapi tak boleh tepek sini, tak dapat permission.
This lady cerita tentang kisah cinta dia.
Rupanya memang wujud orang yang cakap "I love you" without meaning it.
Dia kata bf dia rajin cakap I love you tapi last-last kantoi ada awek lain.
Dah kantoi pun masih lagi cakap I love you macam takde apa berlaku.

*sinsing lengan baju*

Tu pasal aku penah cakap perkataan I LOVE YOU ni bukan boleh sebarang-sebarang luah kalau tak mahu memaksudkannya.
Even kalau kita sedang bercinta sekalipun, kalau tak perlu cakap I Love You, tak payah cakap kalau setakat nak sedapkan hati.
Kalau sepanjang hubungan cinta tu hanya 1-2 kali je kita guna perkataan I Love You, pun takpe sebab kalau kau takde tanggungjawab, kau punya I Love You tak bagi apa-apa makna.

Nak tunjuk sayang and care bukan kena guna I Love You semata-mata.
Apalah gunanya mulut je cakap I Love You tapi habis kat situ je.
Kejap-kejap i love you, sikit-sikit i love you, tapi no action.
People like this they don't know what love is.
They are just telling you what they think you want to hear.

To be fair, yes, the words feels good bila didengar.
Rasa bagai hembusan angin meniup tepi telinga je bila orang yang kita sayang cakap I Love You.
Awal-awal bercinta maybe best dengar selalu-selalu.
Tapi lama-lama naik bosan jugak, especially kalau balik-balik itu je dia sebut, action-nya takde.

Believe actions.
Words can lie tapi actions tak.

Bila kita cakap I LOVE YOU, ia bukan sekadar bermaksud 'aku cintakan kau' atau 'aku sayangkan kau' tapi membawa maksud "Aku ketepikan masa aku untuk orang lain dan dahulukan kau". 
"Aku ketepikan dulu keperluan lain demi attend keperluan kau".
"Aku ambil berat pasal kau".

It is a powerful phrase.
Bukan boleh cakap sebarang-sebarang because it is a promise.
Malangnya, I LOVE YOU ni dah jadi macam ayat-ayat biasa orang cakap tanpa memaksudkannya.

Macam orang cakap Fuck You.
Tak maksudkan pun, tapi just nak cakap.

Sama juga dengan I'm fine, Nothing, How are you, LOL, etc.
Ni semua ayat-ayat yang orang biasa cakap/tulis without really meaning them.
Kebanyakkan orang yang first time met sebenarnya bukan kisah pun kau ok ke tak, tapi sebab dah terbiasa tanya "How are you?", maka kita sebutlah jugak.

Biasa dengar orang tegur kawan kat pasar "Oi, beli bawang ke?"
Padahal dah nampak dah orang tu tengah pilih bawang tapi masih nak bertanya.
Sebenarnya dia bukan kisah pun kawan beli apa, teguran tu cuma buat manis mulut je.

Nak panjang sikit?

Ada.

"Hoi! Kau ni boleh tak mati cepat sikit? Balik-balik muka kau je datang rumah aku".

Ni selalunya kita cakap kat kawan-kawan baik kita.
Realitinya, bukan nak suruh dorang mati cepat.
Kita nak umur dorang panjang sebab kita sangat enjoy their company.

Lagi satu ayat biasa kita cakap tapi sekadar cakap saja, "Esoklah aku start diet" [kahkahkah]

Oh, ada satu lagi ayat yang biasa kita dengar, "Nanti dapat gaji aku bayar balik".
Mampus sampai ke sudah tak jumpa bayang duit.

Those are ayat-ayat yang biasa orang cakap tapi tak memaksudkannya pun.
But I LOVE YOU janganlah buat main-main sebab ia melibatkan perasaan yang sangat mendalam.
Ada orang tunggu separuh dari hidup dia untuk dengar perkataan tu.
To them, ayat ni sangat mahal dan kalau dia lafazkan, they really mean it.
Yang kau, main hembus-hembus je I Love You tu takde perasaan.

Bukan nak suruh kau berkepit 24 jam lepas cakap I Love You tu, tapi janganlah hari ni kau cakap I Love You lepas tu 10 hari tak dengar khabar berita, call tidak, mesej tidak, I LOVE YOU kejadahnya gitu?

To you out there, always consider how that person is behaving rather than words she/he used.
Kalau dia sejenis yang perkataan I Love You kat tepi bibir tapi lepas tu call tidak, whatsapp tak, missing in action, tau-tau je nanti dia call cakap I Love You again, dah lah jangan layan.
Jenis ni jenis yang tak faham maksud I Love You.
Maybe I Love You bagi dia adalah sama macam dia cakap I Love Apple.
It's just a statement semata-mata.

Kita hanya boleh menilai betapa kuatnya orang tu sayang kat kita over time, tak boleh dari ucapan I Love You.
Ucapan I Love You tu adalah pemanis saja, yang paling utama adalah action.
Someone yang membuktikan cinta dia melalui perbuatan is more believable dari someone yang kerap cakap I Love You.

Oh, please.
Jangan gunakan alasan long distance relationship tak boleh buktikan cinta.
Apa ingat kalau long distance susah nak buktikan cinta melalui action ke?
Tahiklah.

Long distance lagi senang nak buktikan cinta.
Spend 5 minit tulis email.
Spend 5 minit FaceTime.
Spend 5 minit call tanya khabar.
Semua ni dah memadai.
Tak perlu pakai modal I Love You pun pihak yang satu lagi boleh rasa kau punya effort.

Ok to be fair, it's natural kalau kita balas the word I Love You just because the person said it to you, contohnya antara celebrity dengan fans.

"I love you Sitiiiiiiii!"

Siti pun jawab "I love you too!"

That is love dalam konteks yang berbeza.
Tapi kalau melibatkan hati dan perasaan, if you do't feel completely comfortable, tak perlu cakap that word.
Masing-masing dah besar, dah cukup bijak untuk menilai dan rasa sendiri if the word really from the heart.
Bersikaplah terbuka dengan perasaan masing-masing.
Being emotionally ready is very important.
Kurang kesediaan emosi akan buatkan kita buat sesuatu atau cakap sesuatu yang dibuat-buat, tak natural.

Kan penat namanya bila kau dah takde rasa cinta atau tak bersedia untuk menyatakan cinta tapi disebabkan kau nak the other party rasa lega and comfortable maka kau cakap I Love You.
Tapi I Love You tu tak membawa apa-apa makna, just nak lepaskan je bagi sedap telinga dengar.
Benda yang kita buat dengan takde makna selalunya akan bagi hasil yang sia-sia.
That's why kita takde rasa nak call, nak whatsapp, 10 hari tak berjumpa pun no problem, 10 hari tak bersembang kat phone pun masih ok - because kau punya I Love You tak membawa apa-apa makna untuk diri kau sendiri.

Kalau kau masih enjoy 'discovery and learning', maka janganlah guna perkataan I Love You.
Discover lah puas-puas until you found the right person.
Selagi kau sendiri belum yakin samada kau dah jumpa the right person, simpan dulu kau punya I Love You tu.

Tak lafaz I Love You tak bermakna kau hati batu.
It simply means more time is needed to build a stronger bond.
Tapi kena be transparent lah dengan partner tu, jangan biar dia perasan sorang-sorang.
Instead of cakap I Love You, lebih baik cakap "I like spending my time with you".
At least takde lah nampak kau dah terikat dengan dia.
Dia pun lebih bersedia for rejection.

Masalahnya......tau tak apa masalahnya?

Masalahnya kau dah tau kau takleh commit tapi kau nakkan her/his presence.
Kau nak dia terus stay, kau nak dia ada dengan kau, kau nak dia layan kau special, tapi at the same time kau nak bebas.
Jadi caranya, kau sumbat dia dengan I Love You supaya dia tetap stay sebab kau tau dia cair dengan kau punya I Love You tu.
Kau fikir ayat tu akan buat dia happy.
Kau fikir ayat tu akan buat dia lega.
Salah ya, salah.
'I Love You' is best said when it comes from the heart, not your head!