Alhamdulillah, seronok baca email reader ni.
Ada teamwork antara suami dan isteri.
Masing-masing ambil tanggungjawab.
Yang penting, suami tunaikan tanggungjawab bayar tempat tinggal, keperluan asas dan makan minum keluarga.
To this reader, tak, awak bukan tak bersyukur, awak cuma belum faham.
Suami awak dah cukup bertanggungjawab dah tu.
Dah pernah tulis tentang nafkah duit kat SINI.
Boleh baca balik untuk lebih faham.
Mudah-mudahan faham.
Setiap perempuan yang bergelar isteri dah tentu nak merasa the beauty of a married life, begitu juga lelaki yang bergelar suami.
Tapi married life tak semudah yang dibayangkan.
Ada waktunya suami takde duit.
Boleh jadi bulan tu kereta rosak, atau anak sakit, atau macam kes this reader pendapatan tak menentu.
Situasi macam ni sometimes trigger dispute.
"Dan mereka (isteri) mempunyai hak diberi rezeki dan pakaian (nafkah) yang diwajibkan atas kamu sekalian (suami)." (Muslim 2137)
Hadis tu dah terangkan dengan tegas yang suami hukumnya wajib bagi nafkah kepada isteri.
Walaupun isteri dah ada kerja bagus, gaji bagus, tetap suami kena bagi nafkah sebab gaji isteri adalah hak isteri.
Tak patut seorang suami mengatur dan meminta gaji isteri kecuali isteri bagi dengan ikhlas.
Ketika suami dalam keadaan financial problem, misalnya bisnes bankrup atau kena berenti kerja, isteri kalau boleh tolong, tolonglah mana yang boleh.
Jangan buat keras pulak taknak keluarkan duit.
Tapi tak bermakna ia menghapus tugas suami sebagai pemberi nafkah.
Apa yang isteri bantu, itu dikira sedekah (kalau isteri redha), kalau tak, kena ganti balik.
Tapi isteri pun janganlah kedekut nau.
Hulur lah sikit-sikit, takkan nak laki cover semua sendiri melainkan laki kau memang kaya.
Be it in Quran atau hadis, tak ada yang terangkan jumlah nafkah yang suami kena bagi kat isteri.
Just that nafkah mesti cukup untuk memenuhi keperluan sehari-hari, contohnya beli makanan, pakaian dan tempat tinggal.
Basically jumlah ni tak fixed sebab setiap orang keperluannya berbeza bergantung pada jumlah gaji suami dan keperluan dalam rumahtangga, jumlah anak, faktor logistik pun mainkan peranan jugak (duduk kawasan kampung kurang sikit belanja selalunya).
"Hendaklah memberi nafkah menurut kemampuannya. Dan orang yang disempitkan rezekinya hendaklah memberi nafkah dari apa yang telah Allah kurniakan kepadanya. Allah tidak meletakkan beban kepada seseorang melainkan (sekadar) apa yang telah Allah berikan kepadanya. Allah kelak akan memberikan kelapangan setelah kesempitan" (Thalaq, 7)
Secara ringkasnya, nafkah suami awak (reader) bagi tu dah cukup dah.
Tapi kalau rasa ada keperluan nak mintak cash, bincanglah.
Kalau rasa tak perlu, tak payah.
On another note, dalam kebanyakkan masa, kita memang takkan pernah puas dengan apa yang kita ada.
Kerana sifat kita sentiasa mahu memperbaiki diri dan keadaan.
Dan hal ni tak salah.
Tapi, harus patut padan.
Jangan sampai kita jadi orang-orang yang tak bersyukur.
Padahal apa yang kita ada sekarang dah bagus, tapi kita selalu nak cari lompong-lompong kecil untuk ditutup.
Sedangkan lompong tu kecik je, kalau tak tutup pun takkan mengganggu the whole sistem.
Tapi kita alaways nakkan sesuatu yang perfect.
Jadi, kita cenderung untuk cari sekecil-kecil kekurangan sampai tak nampak sebesar-besar nikmat.
At the same time kita suka bandingkan apa yang kita tak ada dengan apa yang orang lain ada.
Come to think of it, kenapa kita tak bandingkan pulak apa yang kita ada dengan apa yang orang lain tak ada?
Sebabnya mudah.
Kerana kita tak menganggap apa yang kita miliki adalah hadiah yang terbaik dari Allah.
Life orang lain selalu nampak lagi best di mata.
Lebih seronok, asyik holiday, asyik shopping, laki dia bagi cash RM1K sebulan, etc.
Dan kita always nak apa yang ada pada dia.
Tapi pernah tak kita terfikir kemampuan kita untuk menerima?
Aku nak sangat jadi macam those ustaz-ustaz yang warak, berilmu, dan beramal.
Aku ingatkan setakat blaja kelas agama 2 jam, pastu balik, dah memadai.
Rupanya tak.
Kalau nak tambah pengetahuan agama boleh la takat 2 jam.
Tapi kalau nak jadi macam dorang, kenalah rajin selak buku-buku tafsir, menghafal Quran, menghafal hadis, solat sunat mengalahkan solat fardu, belum dengan puasanya lagi.
Yang paling susah sekali istiqomah mereka.
Dengan ilmu yang tinggi, mereka berperang dengan perasaan ujub dan riak bila ramai yang kagum dengan ketinggian ilmu tu.
Ada sorang ustaz tu pernah menangis masa ceramah sebab dia takut time mengajar tergelincir hatinya dengan rasa ujub.
Bayangkan ujian yang dorang kena lalui untuk sampai ke tahap tu.
Nak melawan rasa ujub tu bukan senang.
Aku ni nak jadi macam dorang konon, tapi buat sikit dah terasa stress.
Menghafal surah sempat benti kejap menangis dulu lepaskan stress, pastu sambung balik.
Rupanya susah nak jadi macam dorang ni.
Maksudnya kat sini, apa yang orang lain ada boleh jadi lebih baik dari apa yang kita ada.
Tapi boleh jadi juga orang itu perlu lalui sesuatu yang kita sebenarnya tak mahu lalui.
Success is not always what you see.
Jangan senang sangat nak seronok dengan life orang lain.
Jangan cepat sangat nak kecewa dengan life sendiri.
Apetah lagi nak dengki dengan apa yang orang lain ada.
Tengok post-post member gi travel, kita anggap hidup dia sempurna.
Tengok pasangan sama cantik sama padan, sama-sama ada karier yang hebat, kita kata itu relationship goals.
Tengok bergambar-gambar get together kat hotel 5 stars, kita terasa hidup kita lansung tak membanggakan.
Lepas tu mulalah membanding-bandingkan hidup sendiri dengan hidup orang lain yang nampak sempurna tu.
Terinspirasi dengan hidup orang lain tu tak salah, tapi tak ada sebab untuk kita terus-menerus membandingkan diri sendiri dengan orang lain.
Kadang-kadang hidup orang tu tak hebat mana, bezanya dia tutup kekurangan dengan taknak mengeluh je.
HRR ni ada 6 fungsi utama yang aku highlite.
Dan membesarkan breast TAK ADA dalam list.
Aku sengaja taknak highlite, nak biar pengguna sendiri found out apa yang berubah.
Kalau ramai yang notice perubahan maybe aku suruh bos aku bagi free bra untuk setiap repeat order. Eh!
Nak try, WHATSAPP SINI.
Nak try, WHATSAPP SINI.