walk on wings, tread in air: En Wan sakit <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


En Wan sakit
2012-02-22
En Wan kelmarin buat hal lagi.
Balik dari opis terus dia rebah atas katil. Muka pucat. Aku tanya kenapa?
Dia kata kat opis since tengahari dia dah rasa pening-pening tak larat. Dia check kat ofis, blood pressure dia turun 56 over berapa ntah. Memang low.
Dulu pun dia dah penah buat keje rebah-rebah kat ofis.

So aku suruh dia rest.

Tengah solat, aku sedar (nampak nau tak khusyuknya) dia bangun dari katil nak ke toilet. Pastu aku dengar dia jatuh. Oh lagi la fikiran aku ke mana-mana kan.
Kebetulan masa tu dah rakaat last.
Aku dengar dia mengerang 'Panas! Panas! Tolong mak, sakit!' (dia ni memang over sikit kalau sakit).

Mana la mak aku nak dengar sebab aku tutup pintu bilik.
Cepat-cepat aku bangun dari sejadah dengan badan masih bertelekung lagi aku masuk bilik air tengok dia dah terduduk atas lantai, tersandar tepi dinding, betul-betul depan toilet bowl. Dia kata nak muntah. Tapi muntah semua keluar air.

Pastu aku rasa badan dia panas gila.
Dia cakap tiba-tiba dia rasa panas dari hujung kaki naik ke kepala sebab tu dia masuk bilik air nak jirus badan tapi tak sempat, terjatuh.
Aku tanggalkan baju dia tapi tak larat nak bangunkan dia untuk tarik seluar. Aku terus jirus badan dia dalam keadaan dia terduduk atas lantai tu.
Masa aku jirus-jirus ni mak aku berlari masuk.
Gelabah la kan mak aku tengok anak kesayangan dia mengerang macam tu.
Nampak pulak menantu ganas simbah air. Troma mak aku kejap.

Bila dah jirus air berkali-kali tu suhu badan dia turun sikit. Aku tepuk-tepuk sikit pipi dia nak bagi dia sedar "Mandi eh? Di mandikan abang eh?". Dia angguk.
Tapi sebab aku tak larat nak angkat dia, so aku terpaksa mandi and sabunkan dia dalam kedaan seluar dia masih kat badan. Seb baik tak berjaya, kalau aku berjaya bukak seluar lain cerita dia kang.

Lepas mandi dia menggigil macam kena simbah dengan ais.
"Sejuk, Di..sejuk, Di. Tolong abang Di..sejuk".
Laki aku ni kan, suka tau buat aku gelupur.
Dia kalau sakit walaupun sakit perut cirit-birit, mesti nak guna perkataan "Tolong! Tolong! Tolong!".
Stress aku.




Aku lap badan dia, sarungkan sweater.
Lepas tu suruh dia baring jap, bagi makan roti, tu pun nak muntah balik.
Lepas tu aku hantar pi klinik.
Doktor cakap blood pressure normal, tapi heartbeat macam lain sikit so En Wan kena buat ECG and full medical checkup. En Wan ni ada family history sakit jantung, so aku dah pesan banyak kali buat checkup, buat checkup, tapi orang tua ni degil.
Hari Sabtu ni aku tak kira, aku nak hayak dia pi hospital buat ECG.
Malam semalam pun time nak tido "Di, sakit dada. Sakit dada".
Time tengok bola tu takde pulak dada kau sakit. Asal nampak aku baru nak landing je, macam-macam penyakit kau sampai.

Tu pun kan semalam ada hati nak pi stadium!
Aku ni ye ye je tak masuk opis sebab nak jaga dia. Alih-alih petang tu dia cakap 'Abang nak tengok bola malam ni'.
Ha, buat, buat!
Kalau tertangkup kat dalam stadium tu sape nak jaga?
Harimau Muda jaga?
Akuuuuuuuu jugak!

Aku cakap no way!
Duduk rumah.
Kau nak bertempik ke, nak bersorak ke, biar dalam rumah.
Time tengok bola kemain sihat walafiat.
Elok je bola habis, dia punya mengerang start balik.

Ni la dia orang laki kan.
Time kita sakit, contohnya laki aku ni la.
Hari tu kan aku sakit belakang. Aku cakap kat dia 'Bang, Di sakit belakang la.'
Dia tepuk-tepuk je bahu aku 'Ala, Di asik buat keje je, tu yang sakit. Tido la. Esok baik la tu'.

Rilek je kan?
Dia suruh aku tido je.
Takde hal.

Cuba kalau dia yang sakit.
Siap mengerang-ngerang.
Kalau kita buat dek je nanti dia up sikit lagi 'TOLONG! TOLONG!'.

Tapi seb baik la perempuan ni fitrah dia lain.
Macam ustaz dalam ceramah yang aku dengar, dia cakap perempuan ni tak payah disuruh kalau bab menjaga suami. Walaupun benda tu tak jatuh hukum wajib untuk dia buat, tapi sebab perempuan ni ikhlas yang cukup tinggi, jadi dia tetap akan buat walau tak disuruh. Semoga Tuhan sempurnakan ikhlas kita.
posted by aveo757 @ 9:20 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER