2023-12-15

Bukan doktor pakar


Tadi aku post video aku tengah berzoom dengan Mega Jati Academy tentang soalan exam (assessment), di IGS.
Pastu sebelum tu aku up video aku bercakap pasal promo GreenAard.
Ada follower tanya “Macamana Kak Di buat 2 kerja serentak?”

Bukan 2, dik. Ada lagi.
Blogging. Jadi ustazah mengaji setiap malam.
Jadi cikgu tusyen Rayyan everyday.
Jadi medical underwriter peribadi Pak Incik. Eh, banyak!
Gaji je yang tak banyak. Sebab banyak buat kerja charity.

Tapi today aku nak cerita pasal benda lain.
Semalam aku post kat IGS tentang isu yang lalu kat TikTok aku baru-baru ni.
Seorang doktor terang-terangan mention beberapa nama doktor-doktor yang rajin bagi tips tentang kesihatan, antaranya Dr Norman Norawi, Dr Mani, dan a few nama lagi.
This doktor cakap, doktor-doktor yang dia mention tu adalah BUKAN DOKTOR PAKAR.
Sebab doktor-doktor yang dia mention tu always bagi tips how to reverse diabetis, stabilkan blood pressure and pulihkan anxiety.
Dan doktor-doktor ni tak suggest makan ubat hospital, tetapi fokus pada pengambilan makanan yang sihat contohnya ambil minyak zaitun, makanan bersantan, banyakkan makan high fat food, etc.

Kebetulan aku follow Dr Norman Norawi and Dr Mani.
Sebab aku tengah ambil Postgradiate Certificate on Nutrition and Disease, focusing on diabetis and cancer.
Jadi seronoklah bila ada input tambahan dari Dr Mani and Dr Norman.
Yang best tu, dua-dua Dr ni pun doktor medic. MBBS.
Bukannya doktor celup.

Both of them ada klinik merawat diabetis and anxiety.
Doktor-doktor ni walaupun doktor perubatan, dorang lebih menasihatkan orang ramai ubah gaya pemakanan.
Dorang tak anti ubat-ubatan, tetapi memberikan rawatan alternatif yang terbukti lebih baik.
Dr Norman tu adalah bekas pesakit kencing manis.
Dia kata ubat diabetic and insulin akan buatkan pesakit dependant sampai mati.
Dia dah pulih dari diabetis sejak 10 tahun lepas menggunakan kaedah ubah gaya makan. No medication at all.

Mungkin sebab itulah ada doktor-doktor yang hangin dengan Dr Norman and Dr Mani.
Because doktor-doktor ini tunjukkan alternatif rawatan.
Jadi dia kata those doctors adalah bukan pakar.
Dalam erti kata lain, tak layak untuk beri nasihat tentang penyakit-penyakit tadi.

Geleng kepala kejap aku.
Dulu, researcher je yang kena hencap dengan geng-geng medic.
Apa yang kita buat semua tak betul.
Now dia sama dia pulak yang tak sebulu.
Kena jadi pakar rupanya baru boleh bagi advice.
Setakat doktor sahaja tanpa ada kepakaran tak layak, ya.
Entahlah. Tapi takpe. Biorkan dia sama dia perli-memerli.
Geng researcher boleh duduk tepi makan pop corn🍿.

CEO MJA pernah cakap.
Kadang-kadang bila kita ada satu title atau kelayakan yang hebat, itu adalah ujian.
Bila mana kita nafikan ilmu orang lain.
Dan untuk orang yang dinafikan ilmunya ni, jadikan itu sebagai kelebihan.
Sebab bila ilmu kita dipertikaikan, itulah asbab untuk kita belajar lebih banyak.
Cari tahu. Ambil tahu.

CEO MJA Dr Arkam tu masa aku mula-mula kena dia, dia engineer. Jaga site.
Dia always cerita bila takde title besar, pendapat dia always dipandang sebelah mata.
Padahal masa tu dia dah ada pengalaman, dan sedang sambung Master.
Then lepas habis Master dia apply jadi lecturer.
Lepas PhD, dia start buat classes and training provider.
Now dah ada program akademik dengan universiti and OTHM.
Jadi pengubal soalan, penilai soalan, dan he is one of AJK in Board of Engineers Malaysia.
Last year awarded as Building Engineer of the year di UK.
Siapa sangka? Yang kondem dia dulu tak ke mana pun.
Duduk la situ juga jaga site.

Ambil semangat dari orang-orang yang kata kita tak layak atau tak pakar ni sebagai dorongan untuk buktikan yang kita layak dan kita boleh jadi pakar suatu hari nanti.
Seronok juga sebenarnya melayan karenah orang yang rasa dia terpaling power.
Selalunya orang-orang nilah paling tak improve 5 tahun akan datang.
Sebab dia dah rasa apa dia miliki dah hebat.
Tak perlu update new skills dah.
Pastu bila orang lain expert dalam bidang yang baru, dia kecam.

Boss aku pernah pesan, kalau kita nak orang yakin dengan apa yang kita yakini, fokus on explaining about apa yang kita yakini.
Bukan dengan cara kondem apa yang orang lain yakini.
Kalau nak promote produk sendiri, explain about your product.
Bukan kondem produk orang lain.
Kalau nak orang join program kita, explain about your program.
Bukan kondem program orang lain tak bagus.
Itu shallow punya mindset.
Tak perlu nak kondem-kondem.
Makin kau kondem, makin ramai yang lebih mencari tahu perkara yang kau kondem tu.
Tengok je kes Quran kita.
Makin rama yang bakor Quran, mengeji Quran, makin ramai yang beli Quran.

Macam Dr Mani and Dr Norman.
Both pada asalnya adalah medical doctor.
But they also learn ada cara lain untuk reverse diabetis, ada cara lain untuk stabilkan blood pressure, ada cara lain untuk pulihkan anxiety.
Tak hanya pada ubat.
Bagus bila ada doktor medic yang faham role food and nutrition dalam perbaiki kesihatan.
We need more like this yang mahu appreciate bidang baru yang mungkin dia tak belajar semasa ambil medic dulu.