2021-04-06

Masuk tempat yang tak biasa, kena rajin bertanya.

Hari tu masa browse explore kat IG nampak netizen dok mengecam satu video budak komplen pasal Starbucks.
Aku pun dah tak berapa ingat video tu sebab tengok sekali je.
Kalau tak salah aku budak ni sort of komplen staff Starbucks tak educate them tentang price minuman yang dorang beli.
Budak ni bukan order yang standard drink, dia ada add on apa abenda ntah, nuts kot.
Bila video tu viral what do you expect, dah tentulah membuka ruang kecaman.
Most of them cakap budak ni nak show off.
Tapi ada satu-dua komen yang kata "Lain kali kalau masuk tempat yang kita tak familiar, jangan buat sombong macam kau dah biasa. Bertanya dulu harga sebelum beli!".

Yes, that's true.
Dalam kes budak tu aku tak tahulah apa intentionnya, tapi aku taknak cakap pasal dia.
Aku nak elaborate komen netizen tadi.
Setuju dengan pengkomen.
Memang ada yang begitu.
Bila masuk tempat yang dia tak biasa, dia tak mahu bertanya.
Maybe malu, atau maybe dia simply malas nak bertanya.
Selalunya kes macam ni, ada duit.
Dan selalunya kalau kes banyak duit, dia takde dakwa dakwi dah selepas tu.
Maksudnya dia tak menyalahkan sesiapa.

Bila masuk tempat yang tak familiar, seeloknya buat research dulu.
Tengok-tengok harga, selak-selak review, atau tanya kawan yang dah pernah masuk tempat tu.
Takde apa yang nak dimalukan dengan bertanya.
Lebih menyelamatkan kita dari membazir.
Masa mula-mula nak tukar skincare dari Watson ke Clinique, beberapa kali juga aku keluar masuk website Clinique untuk baca apa yang patut.
Kadang bila lalu area kosmetik tu, mata ni scan-scan harga.
Then bila ada masa try compare prize dengan tempat lain.
Bila buat research gini, it will help speed up the shopping process.
Takde la tercangak-bangak kat kaunter time nak beli.
Lagi satu, bila ada ilmu tentang produk yang nak dibeli, salesperson susah nak pandang rendah kat kita sebab kita nampak macam orang yang dah bersedia untuk membeli.
The salesperson will be able to get you what you want.
Percayalah cakap aku, salesperson lebih teruja nak layan orang macam ni berbanding yang datang dengan muka blur.

First time aku beli barang Clinique was 12-13 tahun lepas, di Subang Parade.
Aku ingat lagi salesperson tu namanya Kak Intan.
Sampai kaunter, aku tanya "Kak, saya nak cari toner yang tak melekitkan muka. Most toner saya guna samada buat kulit saya berlengas atau merah macam menyeringga".
Kak Intan terus bagi aku a set of questionnaire.
From jawapan yang aku isi, dia suggest produk apa yang sesuai untuk aku.
Dari situlah aku tahu rupanya skin care TAK BOLEH one-for-all.
Kalau tengok kebanyakan skincare yang dijual oleh founder-founder nigh cream and day krim adalah satu.
Kalau ada pun, night cream boleh dipakai semua orang, day cream pun boleh dipakai semua orang...katanya lah.
Yang sebenarnya kita kena pakai skin care yang betul-betul sesuai dengan kulit muka.
Bukan semua orang boleh pakai night cream yang sama, dan bukan semua orang boleh pakai satu krim untuk siang dan malam.
Kadang-kadang kita nampak orang komplen pakai produk A muka jadi jerawat.
Tapi orang lain pakai tak jerawat.
Itu bukti kulit manusia tak sama.
Bukan produk yang salah tapi kulit kita tak serasi.

Ini gambar the latest aku dengan Kak Intan di kaunter Clinique Subang Parade, Ahad lepas.
Aku topup skin care.
Loyal betul kakak ni dengan Clinique.
Dari zaman free hair, now dia dah bertudung, masih dengan Clinique.
Sampai menyenget Kak Intan bersembang dengan aku.

Penting untuk founder/agen jujur dengan produk yang dijual.
Jangan taram semua kulit boleh. Kena explain betul-betul.
Tu pasal aku takut nak open produk GreenAard untuk ramai-ramai agen sebab taknak agen main jual je semata-mata nak habiskan stok.
Tapi so far agen yang jual GreenAard pandai dah nak filter pengguna mana yang dibenarkan ambil GreenAard.

Lama dah aku guna Clinique, serasi dengan kulit aku.
Tak pernah rasa nak tukar.
Pernah la try SKII sekali-dua, then Shu-Uemura, tapi patah balik ke Clinique.
Tapi kalau kosmetik aku prefer Shu-Uemura.
Kosmetik Clinique tak berapa serasi dengan aku.

Ok berbalik pada isu tadi, that's why jangan malu bertanya kalau masuk tempat yang kita tak biasa.
Kena rajin bertanya.
Jangan kontrol macho nak tunjuk as if kita dah biasa.
Tak perlu try hard.
Our gestures orang boleh tahu kita biasa masuk situ ke tak.
Apa yang nak malu kalau kita first timer pun?
There's always "kali pertama" untuk semua orang.

Lagi satu tips nak beli barang mahal (kalau kita first timer di situ), kena tanya soalan yang bijaksana. Contoh:

"Apa material bag ni? Lambskin ke calfskin?"

"Apa lagi range produk ni I nak tengok?"

"I ada pakai produk A, kalau I guna this produk with the one I'm using now, ada masalah tak?"


Jangan terus-terus tanya harga. Tanya harga, kemudian.
Orang yang terus-terus tanya harga selalunya end up tak beli sebab main concern dia adalah price.
Dia tak concern pada what the product can give them pun.
Walaupun kita dah buat survey tentang that produk, drop a hint that you already do some reading about their product so that dorang interested untuk melayan kita.
 
First time aku masuk Starbucks kat Johor.
That was lamaaaa dulu zaman free hair lagi.
Aku perlu kill the time waktu tu, jadi aku nak tempat yang selesa so aku masuk Starbuck.
Air pertama aku beli Cranberry Juice kalau tak salah (sebab aku tak minum kopi).
Kau tau tak aku tanya budak tu "Dik, air tu pure juice atau ada sprinkle alcohol?".

Adakah budak tu gelakkan aku? Tak pun.

Actually aku bertanya sebab restoran macam TGI kan some minuman dia ada sikit alcohol.
Starbucks kan macam have-have sikit, manalah tahu kot dia pun main alkohol.

Beberapa tahun selepas tu, baru aku kembali ke Starbucks kat Cyberjaya.
Tak ada plan pun nak beli.
Kebetulan tunggu En Wan ambil kereta, aku berdiri depan Starbucks, tergerak pulak nak masuk tengok apa ada dalam.
Masuk situ, dah banyakkkkkk pilihan air and makanan.
Eh macam best pulak, terus order.
Masa tu aku tanya budak tu "Apa air yang best, dik?"
Kahkahkah. Kedesaan sungguh!

Budak tu suggest satu minuman baru, tak salah aku ada chestnut.
Bedal lah.
Lepas tu nampak muffin.
Aku tau itu adalah muffin, tapi waktu tu tak melintas pulak perkataan tu dalam kepala.
Aku sebut "Bagi kuih ni satu".
OMG, aku menulis ni pun gelakkan diri sendiri.
Apa yang peghak sangat ni?

Then adik tu panggil aku "Kak, nak tulis nama apa?"

Tak ter-register lansung kat gelas tu kena tulis nama.
I don't remember pernah ke Starbucks JB mintak nama aku dulu? Ntah.
So bila budak tu tanya nak tulis nama apa, kau tau aku pergi baca menu air aku tu "Aa...white chocolate".
Budak tu gelak. Hahahahah.
Aku pun gelak sekali masa tu sebab aku tersedar aku salah.
Barulah aku tahu dia minta nama aku rupanya.
Mesti dalam hati budak tu cakap "Kakak ni nama White chocolate? Tang mana white-nya. Coklat je aku nampak". Kahkahkahkahkah.

Ada satu kali aku gi drive-thru Starbucks kat RnR Rawang.
Order Java Chip macam biasa.
Budak tu tanya "Akak taknak tambah waffle ke? Sedap kak, kalau tak sedap, saya ganti balik duit akak".

"Berapa kena tambah?"

"RM5"

"Ok, bolehlah".


Memang sedap!!!!

Ceritanya nak bagitau, jangan segan nak tanya harga kalau kita tak biasa.
Some people segan sebab takut nau orang ingat dia takde duit.
Rela dia angguk setuju demi nak jaga airmuka, lepas tu menyesal.
Bila dah menyesal barulah terasa air tu tak sedap, air tu biasa-biasa, tak berbaloi, etc.
Yang sebenarnya terkilan sebab tak bertanya.

Minuman starbucks paling mahal aku minum harganya almost RM40 segelas.
Yang ni anak sedara En Wan belikan untuk aku.
Dia tambah nuts and chocolate cake dalam Java Chip.
Memang sedap gila!
Tapi, harganya pun sedap juga.

Of course sebagai seller dorang akan upsell.

"Kak, nak tambah nuts tak?"

Ini namanya upsell.
Kita sebagai customer tak bolehlah nak anggap semua tu free.
Kenalah ada effort bertanya "Kena tambah berapa tu?"
Kalau rasa mahal, just cakap "Takpelah dik, next time".
Apa yang teruk sangat kalau kita tak accept the offer?
Beli je lah yang standard kalau taknak tambah add-ons.
Dah tentu-tentu kita masuk tadi memang nak membeli, kan.

Staff aku pun aku ajar untuk buat upsell.

"Kalau beli 3 dapat 1 free. Jimat RM139".

Selalunya customer akan tanya "Kalau 3 berapa tu?"

Kalau customer refuse, takde masalah.
Dia tetap beli sebotol sebab asal-asalnya dia whatsapp memang nak membeli pun.
Kalau dia agree angkut 3 botol, itu lebih baik untuk dia dan kita. Win-win.