2021-09-03

Competitor


Orang-orang yang nak berbisnes perlu bersedia dengan persaingan.
'Bisnes' dan 'persaingan' datang satu pakej.
Kalau bisnes hanya nak yang lancar-lancar saja, ramai agaknya berhenti kerja join bisnes.

Mana ada bisnes yang tak ada persaingan?
The moment jump into business, bersedialah untuk ada competitor.
Kalau tahun ni hanya ada satu saja produk seumpama yang kau jual, tunggulah.
Tahun depan mesti ada orang lain jual similar product.

Hidup ni memang penuh dengan persaingan.
Anak sulung yang dah hidup 6 tahun sebagai anak tunggal, tup tup mak beranak lagi - maka akan wujudlah persaingan untuk dapatkan perhatian mak bapak.

Lumba lari pun ada persaingan.

Pulun study nak dapat nombor 1 dalam kelas juga namanya persaingan.

Hidup kita dari kecil memang penuh dengan persaingan.
Apetah lagi kalau melibatkan duit, material, dan status, manusia bermati-matian bersaing sampai sanggup buat benda yang tak masuk akal.
Tak suka orang lain buat bisnes yang sama kerana takut tak untung banyak - ini bukan mindset seorang businessman yang normal.
The moment orang lihat business kau beri positif outcome, dan-dan ramai buat bisnes yang sama.
Orang nampak kau jual kuih raya (contoh) pun boleh dapat puluh-puluh ribu sebulan.
Of cos lah ada yang nak try bisnes yang sama.

Sebab itulah peniaga tak boleh selesa dengan apa yang ada.
Ini bukan soal tamak, tetapi soal memperbaiki dan mengupgrade bisnes.
Takkanlah nak jual kuih tat gulung saja selama 10 tahun.
Paling tak pun, lepas 2-3 tahun juallah kuih tart cheese sama.
Tak pun buat pelbagai jenis tart.
Ada tart gulung, tart menonggeng, ada tart tertangkup, tart telentang.
Tak kisah la. Janji ada pembaharuan atau 'new product'.

“Kalau orang A jual kuih raya di satu pejabat, tiba-tiba orang B start jual kuih raya di pejabat yang sama, adakah itu dikira mencaras bisnes orang?”

No. Ini bukan caras bisnes orang.
Caras ni contohnya, kita dah tau A dapat tender supply hamper kuih, tapi kita bodek decision maker person ambil hamper dari kita.
Ini baru namanya caras.
Tapi kalau dalam satu pejabat, akak A jual kuih tart dan akak B jual tart juga, ini masih lagi bukan dinamakan caras.
Apetah lagi jual kuih yang sah-sah berbeza rasa.
Itulah yang dinamakan persaingan.

Kalau aku jual A dan kau pun jual A dinamakan caras, maka kesianlah orang yang berniaga kat bazaar Ramadhan.
Dalam satu bazaar tu tak boleh ada orang jual ayam golek. Mesti sorang je jual.
Mana boleh gitu.

Bergaduh berebut sale selalunya jadi agen-agen yang menjual produk yang sama.
Kalau satu negara ada 300 agen jual produk A, situasi berebut sale memang berlaku tetapi boleh dielakkan sekiranya agen itu bijak manage bisnesnya.
Ada some agen nak berniaga, tapi tak buat persediaan bagaimana nak marketkan produk.
Dia tengok A berjaya jual produk sampai jadi jutawan, dia pun nak jual juga.
Lalu dia pun mendaftar jadi agen tetapi tak ada planning macamana nak jual, macamana nak cari customer, apa strategi, macamana nak close deal, macamana nak manage produk supaya tak jadi aset (tak laku), etc.
Itu yang kadang kita boleh nampak some seller takdelah modal lain, balik-balik :

"Hari ni saya berjaya close sale RM5k. Taknak join saya?”.

“Seronok berniaga produk A, hari-hari pun ada gaji”.


Ya, aku faham ini taktik nak dapatkan kepercayaan downline dan attract more downline so that you get some sort of commission atau imbuhan.
Tapi awak tak menjual apa-apa di situ, dik.
Orang tak kenal produk dengan cara itu.
Bila tak kenal, macamana nak beli?
Bila tak ada orang beli, awak salahkah HQ/founder konon paksa beli stok banyak.
Awak salahkan orang lain konon caras customer awak.
Yang sebenarnya awak yang salah.
Because bisnes tak semudah beli stok dan jual.

Dulu pernah sorang pengusaha produk kecantikkan (dah lupa dia buat kosmetik atau skin care) approach aku untuk endorse produk dia.
Masa tu aku belum start dengan GreenAard.
Dia bagi link FB Page produk untuk aku study.
Tapi last-last senyap macam tu je.
Dalam beberapa bulan selepas tu aku tergerak nak bukak FB page dia.
Dah bersawang dah pun.
Jenama produk tu pun aku tak pernah nampak timbul kat FB.
Sayang sangat.
Produk dah ada tapi takde plan yang strong.
Dah approach untuk endorse tapi senyap.
Macam takde kesungguhan.
Maybe orangnya berduit. Tak kisah rugi.

Masa aku jual Ephyra pun tak terlepas dari isu persaingan.
Aku orang terawal yang promote that brand di blog.
Aku tak kenal founder dan co-foundernya ketika ni.
Dorang pun tak kenal aku.
Yang buatkan aku setuju untuk cuba sebab yang memperkenalkan mereka pada aku adalah salah sorang blog reader namanya Afiq M.
Sekarang Afiq M dah jadi fashion designer terkenal dah.

Afiq bawak dia datang rumah jumpa aku.
The co-founder tanya how much aku charge untuk promote, aku malas nak letak harga.
Bagi aku cuba dulu.
Selepas 2 minggu, aku review produk tu di blog.
Masa tu semua purchase aku pass pada HQ, aku sebagai pem-promote saja.
On the same day aku review, produk terjual 15 kotak.
The founder bagitau this news.
She was so happy sebab selama ni katanya nak jual sekotak seminggu pun susah.

Aku continue review the produk.
Lama-lama dorang cadangkan aku ambil collect order so that they can give aku commision.
Tapi masa ni aku masih belum ready untuk buat online business sebab dengan kerja hakiki pun dah cukup sibuk.
Memandangkan ketika tu aku memang banyak buat free iklan di blog untuk small business, apa salahnya aku review sekali the product, for free.

Until aku di Langkawi, masa tu aku di jeti.
Dapat call dari dorang, katanya dorang nak bayar komisyen aku.
Memandangkan takde black and white, dan aku pun selama ni tak pernah terfikir dorang akan bagi komisyen, agak terkejut jugalah dengan amount yang dorang berikan.
Dalam masa yang sama, dorang pujuk aku jadi seller for that product sebab katanya kebanyakan order pun datang dari blog aku.

Dipendekkan cerita, itulah pertama kalinya aku terjebak dengan online business.
Tak susah mana pun sebab at the same time kerja hakiki aku memang selling juga.
Tambahan pula produk yang dorang suruh jual ni supplement.
Being a biotech and food science graduate and practitioner, of course la seronok bercakap tentang sesuatu yang aku tahu.
Memjadikan proses menjual tu agak mudah because I know what I’m doing and I did it differently dari orang lain.

Dipendekkan cerita, persaingan mula berlaku bila dah ramai orang start jual the produk juga.
I have no problem with that sebab aku dah biasa dengan dunia pernigaaan.
Bersaing dengan biotech supplies competitors bukanlah benda baru untuk aku.
Jadi, aku anggap persaingan tu memang akan wujud.
But some people (other agents) started to tuduh HQ pilih kasih kerana aku selalu dapat stok awal.
Ada yang tuduh HQ bagi aku special price that's why aku boleh jual product berseta macam-macam free gift yang mahal macam MP3 player, powerbank, tote bag, pendrive, etc.

Kesian jua dengan founder, dia jadi serba-salah.
Waktu tu their agen dah ramai dan aku faham dia nak manage people bukan mudah.
Ramai hati perlu dijaga.
Dan pada waktu tu, dia hanya ada that product untuk diperjuangkan.
Some people just can't cope with persaingan.
Boleh jadi itu adalah satu-satunya punca pendapatan mereka.
Memandangkan aku ada kerja hakiki yang lain, maka aku back off.
Takde kecik-kecik hati pun, aku and foundernya masih baik sampai sekarang.

Cuma aku terkilan bila orang yang sama-sama berniaga tak menggunakan peluang ini untuk buat kawan antara satu sama lain.
Aku tak kata aku pandai bisnes.
Tapi bukan ke lebih baik tanya aku “Macamana awak boleh buat pakej berserta free gift? Awak ada dapat special price ke dari HQ?"
Aku akan explain punya.
Tapi malangnya takde sorang pun bertanya.
Mereka memilih untuk bersangka-sangka sampai founder jadi serabut melayan perangai masing-masing.
Apalah salahnya tanya aku terus kalau tak puas hati.

Ceritanya, bukan ke aku ada bisnes lain pada masa yang sama.
Ketika tu aku pegang banyak distributorship - Singapore ada, China ada, Korea ada, Hong Kong ada, Lithuania ada, Cape Town ada.
Kalau aku nak bawak masuk free gift dengan harga yang murah dari mereka-mereka ni sangat senang.

Jual biotech product ada komisyennya.
Bila hit sales target, principal akan bagi imbuhan.
Selalunya dalam bentuk sample kit yang sangat banyak.
Sample ni distributor kena beli, tak pernah dibagi free sebab kit biotech sangat mahal, contohnya kit RT-PCR Covid tu, matilanak kalau principal nak provide free.
Bila dapat free sample kit, senang sikit nak pass-pass pada customer untuk cuba.
Baru senang nak close deal.

Ada kalanya bila sample kit dah terlampau banyak, aku minta principal ganti benda lain.
Aku bagitau aku nak bagi free gift lain pada customer.
Itu yang aku boleh bagi powerbank, MP3 player, bag, etc.
Semua tu tak guna modal aku pun, itu semua 'komisyen' aku dapat sebab hit sales target.
Tu pasal aku boleh bagi free gift yang 'mewah-mewah'.

By the way, regarding ‘special price’, ini juga hal biasa. Bukan pilih kasih.
Macam principal biotech pun, kalau kitorang hit sales target, principal akan bagi special price to boost up distributor’s momentum.
Selalunya, hit target 3 bulan berturut-turut, bulan ke-4 aku punya pricelist berubah. Akan ada more discounts.
Maknanya sales margin aku lebih tinggi.
Aku boleh buat untung lebih banyak.
Aku suka cara ni berbanding imbuhan dapat free trip, dapat gold, dapat iPad, etc.
Bila more discounts, aku dapat create more margin.
Dengan margin yang lebih besar bermakna aku boleh naikkan gaji aku.
Bila gaji naik, bolehlah aku spend kepada banyak perkara.

'Special price' comes with pembuktian.
Kenalah buktikan sesuatu supaya kita boleh demand special price, betul tak?
Kalau nak special price tapi kita tak perform, janganlah marah bila orang lain dapat better treatment.
Aku pulak memang tak akan mintak imbuhan-imbuhan macam free trip, electronic gadjets atau gold ke apa ke.
Aku lebih suka dapat good price so aku boleh manage the business dengan lebih baik.

Some people bila tengok kita boleh buat lebih, dia bersangka buruk. Itu biasalah.
Hanya kerana dia takleh catch up dengan performance kita, dia syak macam-macam.
Inilah lumrah persaingan dalam bisnes.
Mujurlah aku dah get used to it, jadi aku malas nak ambik berat sangat hal-hal kurang sihat macam ni.
Tapi sebenarnya it’s a blessing in disguise.
Kalau tak kerana orang kata macam-macam, aku takkan back off dari jual Ephyra.
Bila jadi hal macam tu, aku dapat tumpu pada kerjaya hakiki aku, lantas dapat idea untuk produce product sendiri.

Tak semua orang faham apa itu persaingan sihat.
Bagi dia, asal ada orang jual same product, ini namanya caras.
Asal ada orang buat lebih dari dia, ini namanya caras.
Bab ni teringat kes baju peplum aku viral.
Aku sampai konfius sape yang caras siapa bila gigih kecam aku mencaras bisnes dia hanya kerana aku minta dia turunkan gambar peplum yang aku snap kat balkoni rumah.
Dia kata aku cuba nak mencaras. Eh?
Aku buat dek kilang kau copy design aku bulat-bulat, pastu gambar baju aku pun kau nak pakai?
Apa tak reti nak ambik gamba sendiri ke?
The thing is, material aku dan cutting baju aku berbeza dengan stock kilang kau.
Of course la aku tak bagi guna sebab sah-sah material yang kau jual tu berbeza.
Itu pun dia kata aku mencaras? Gila ke hape.

Persaingan macam ni yang aku memang takleh brain.
Serabut perut melayan spesis otak gini.
Kalau nak bertahan dalam bisnes, carilah competitor yang berbaloi.
Competitor yang menjadikan kau lebih baik.
Kalau jenis yang tak berjenis macam aku cerita tu, tak payah.
Competitir macam tu tak membantu.

Sebuah kerajaan akan jadi bagus kalau pembangkangnya bagus.
Kalau pembangkangnya balik-balik merepek perkara-perkara sampah, kau akan dapat government tahap sampah juga.
Ni bukan sini la, nu haaaa kat negara Congostan.

Competitor yang baik adalah yang tak kacau kau.
Dia tak mengeji bisnes kau, dia tak mengeji personaliti kau, dan dia tak memburukkan produk kau.
Competitor yang bagus adalah yang bercerita hal produk/bisnes dia sahaja tanpa menjahanamkan brand/produk orang lain.
Antara pesanan dari ex-bos aku “Promote produk sendiri jangan sampai memburukkan produk orang lain”.
Bila kau busy memburukkan orang lain, yang akan terpasak dalam ingatan semua adalah nama orang yang kau burukkan tu.
Lama-lama dorang pun mencari tahu siapa gerangannya orang/brand yang kau burukkan tu.
Ujung-ujung produk kau orang tak kenal, lebih kenal produk orang yang dikutuk.

3 competitor dalam satu gambar, working together.

• MD XZIZ Biotech, Diana Aniston
• CEO Megajati Academy, Adjunct Prof Ir Dr Arkam
• MD Inisiatif Padu, Ayda

Bila Dr Arkam nak buat retort training, dia approach aku untuk run the project kerana dia tahu itu bidang aku.
Padahal kalau nak ikutkan, aku boleh buat sendiri atas nama company aku.
Kenapa aku nak work dengan dia?
Aku boleh pulun sorang buat keuntungan.
But, we work together.

Bila kitorang nak buat Halal project, aku approach Ayda.
Kalau nak ikutkan Ayda juga boleh buat sendiri atas nama company dia.
Boleh makan untung sorang-sorang. Tak payah nak share profit dengan kitorang.
But she worked with us.

Bila program engineering untuk Diploma, Bachelor and Masters under Mega Jati Academy diterima oleh universiti, Dr Arkam tarik aku and Ayda untuk create program Halal and Food Safety di universiti yang lain pula.
Padahal Dr Arkam punya branding and expertise lagi strong. 
Dia boleh buat sendiri tanpa kitorang. Lagipun dah ada track record.
Tapi dia push kitorang work with him sebab dia tau our strength di situ.

Inilah yang aku cakap tadi.
Persaingan boleh membawa kebaikan dan keuntungan kalau kita berlapang dada and mahu belajar.
Persaingan hanya menjadi satu bebanan kalau kita ego dan merasa paling betul, tak mahu belajar benda baru.

“Bergaduh tak bila kerja dengan competitor?”

Bergaduh tu tidaklah, bertegang urat tu ada la sikit tetapi dengan fikiran yang terbuka demi bisnes.
Bukan bergaduh untuk pertahankan siapa paling betul, siapa paling best, idea siapa paling hebat, siapa tarik lebih banyak customer atau siapa buat syllabus lagi banyak.
 
Tapi lepas bertekak kita mengopi 😁.

Sekarang, kalau Ayda run her own class atas nama company sendiri, masing-masing ok.
Dr Arkam buat Halal Executive program tanpa kitorang, pun ok.
Aku nak run Food Safety class without them, also fine.
Time lepak, lepak together.
Time ada project bersama, we work together.
Takde maknanya bila buat projek asing-asing “Ohh dorang bergaduh kot ni. Dah tak kerjasama”.
Plis jangan carry that kind of mindset. Childish amat 🙄.

Bila orang kata business is hard, sebenarnya cari sales tu tak susah.
Yang susah adalah nak berlapang dada bila tengok orang lain lebih berjaya.
Susah nak berkawan dengan competitor.
Susah nak bersangka baik bila orang lain dapat more attention.
Susah nak terima kekurangan diri dan kelebihan orang lain.
Susah nak merendah diri bila ada orang lebih hebat dari kita.