walk on wings, tread in air: Raya @ Manir, Kuala Trengganu <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Raya @ Manir, Kuala Trengganu
2007-10-20

Macam pengantin baru kan? Wakakakakak.
Time nak bergamba Redza buat hal, so gambar dia takyah masuk tahun ni. Tahun depan je. Ni kat rumah mak metua aku.
 

Ni semua kerana ko Equil, maka aku sanggup bersengkang mata walaupun dah nak masuk kol 3 pagi dah ni. Tu la, dok lagi jejauh, pastu menyusahkan aku nak menghapdet blog semata-mata nak bagi ko ilang boring. Aku lagi boring sebab tak dapat-dapat nak masuk blog ko. Apa kes???

Raya tahun ni gila 'HAPPENING'.
Mau taknya, jejak je kaki masuk lam umah mak metua, dia dah kabor segala penderitaan dia kat umah tu. Kali ni memang mak aku tersangat la deritanya. Derita tengok cucu menantu dok kena belasah ngan cucu dia hari-hari.

Cenggini, ada sorang anak sedara laki aku (aku panggil Abang) baru kawen ngan sorang budak pompuan area situ-situ jugak la. Comey budak pompuannya. Natural beauty. Nak dijadikannya cerita si lelaki ni sudah terpikat ngan satu minah JANDA ANAK SATU yang sama-sama keje ngan dia kat 7-11. Kira anak sedara En Wan yang sorang ni tak berapa menjadik sangat la, keje biasa-biasa je. Takpela, janji ada keje.

Yang buat semorang hot tu, bila dia kenal je ngan mak janda ni, terus cam kena sampuk ngan hantu jeruk purut. Macam angau tahap mencibang. Series punya sasau sampai bini kat rumah dah tak nampak yang cantik, segalanya buruk. Seminggu sebelum raya, mak metua aku ada call En Wan bagitau yang anak sedara dia ni dah plan nak lari ngan mak janda ni ke KL. Nak keje sini, nak hidup bersama, mati bersama.

En Wan pun takde la nak kata apa kan, sebab kak long dia (mak Si Abang) hidup lagi. Takkan dia nak lelebih pulak kan. Ok la, takat dengar je.

Sampai je kitorang kat Tganu hari tu, mak metua aku dah kaborkan yang Abang ni dah keluar dari rumah tak balik-balik dah 3 hari kot. Lari ngan janda tu. Mula la En Wan hangin. Apa taknya, dia sesedap lari ngan janda tu, yang bini dia kat umah ni saper nak tanggung? Mengandung pulak tu.

Dak Abang ni tak kenal lagi 'Pok' dia ni camne rupanya kalau naik hantu. The next day tu, laki aku redah bandar KT carik Abang. Jumpa. Terus call HP Abang cakap kitorang ada kat area flat dia menyorok ngan janda tu. So dia pun jumpa la Pok Ayi dia ni (gelaran laki aku la ni, ntah mana datang Ayi tu pun aku tak tau).

Memula laki aku tanya apesal pukul2 Intan (bini dia)? Sampai lebam-lebam, sampai berdarah. Dia boleh kata Intan pukul dia dulu????
Akai letak kat telur ke?
Pompuan pukul kuat mana sangat la kan? Kalau dia pukul pun mesti ada sebab. Gila ke tetiba nak pukul orang?

En Wan tanya lagi, nak kawen ngan janda?
Dia angguk.

Nak bela anak dia?
Angguk.

Ada duit nak bagi dia anak beranak makan?
Angguk.

Chenta gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
En Wan pun kata dia nak jumpa janda ni. En Wan suruh aku ikut sekali naik atas jumpa janda tu. Aku kan memang suka bergaduh ngan orang, apa lagi...zasssssss!!

Boleh dia duduk berdua berhari-hari kat umah tu dengan pintu rumah ngan pintu jiran just sedepa je jaraknya? Dah la kat Tganu. Kena cekup ngan Haji Hadi baru ko tau.


Janda ni orang Pasir Putih. Umur 25, anak umur 5 tahun.
Tapi dia tinggalkan anak kat mak bapak dia kat Pasir Putih, dia dok kat Tganu, bertenet ngan laki orang. Masa mak metua aku call bapak dia kata anak dia lari ngan Abang, bapak dia sanggup datang KT duduk berhari-hari redah satu KT carik anak dia. Masa bapak dia ketuk pintu umah sewa, dia boleh lari ikut pintu blakang???? Janda ni tak balik-balik ke Pasir Putih tengok anak dia. Masa kitorang jumpa, lusa nak raya.

Aku tanya, taknak balik raya ke?
Taknak.

Tak teringat nak tengok anak ke?
Diam.

Apesal yang boleh lari dengan Abang ni?
Diam.

Diam and buat muka ayu gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
Macam sopan sangat la.

Bayangkan.
Intan kenal abang setahun lebih.
Janda ni kenal abang bulan 5 tahun ni.
Tapi awal bulan 9 hari tu Abang ni dah kawen ngan Intan.
Tak kirala ko kenal Abang before Abang kawen ke, before Intan ke, yang jelas skang ni Intan tu tittle dia isteri kepada Abang.
Ko tittle apa?

Yang si Abang ni pulak macam kena minyak senyonyong, boleh kata kat En Wan yang Intan tu gila sebab pi carik makbapak janda ni kat Pasir Putih.
Memang saje nak kena ngan laki aku la.
Bak kata laki aku, Intan tak salah kalau dia serang makbapak janda ni pun, dia ada hak. Dia isteri. Dia tuntut hak dia.

Bila aku cakap, lusa dah nak raya. So, malam ni kitorang nak bawak balik Abang. Engkau pulak kitorang hantar balik naik bas ke Pasir Putih. Dia kata 'Kalau saya balik, mesti saya tak dapat datang sini semula'.

Bahalul.
Ko ingat aku nak hantar ko balik beraya?
Memang aku hantar ko balik sebab nak bagi bapak ko kurung tak kasik ko kuar rumah dah. Memang patutla kawen setahun lebih kena tinggal dek laki. Perangai cam sundal.

Esoknya kitorang janji akan fetch dia pagi-pagi, nak hantar ke stesen bas.
Boleh dia tak bangun lagi masa kitorang sampai? Pastu kitorang kena tunggu sejam lebih nak bagi mak janda ni berhias.

Masuk je keta, dia tanya 'Abang tak ikut sekali?'
Ko ingat aku nak pi hantar rombongan meminang ko yang nak kena bawak Abang ni segala?

En Wan selamba je cakap 'Saya hantar awak sampai rumah'.
Menggelupur member.

'Takpela, hantar kat stesen je, saya balik sendiri'
Ingat aku bangang sangat la nak lepaskan ko sorang2 kat KT ni, pastu tup tup esok ko ada balik depan umah mak metua aku. Sorry!!

'Ala, kalau nak hantar saya sampai rumah pun, bawakla Abang sekali. Boleh jugak dia mintak maaf'.

Maaf apa nya? Bukan dia yang larikan ko. Ko yang gatal puki nak lari sesama. Kalau aku bawak Abang sekali, mampus kena pijak ngan bapak ko pulak. Memang la Abang tu salah, tapi biarla kitorang yang belasah dia, ko apa hal lak nak heret Abang sekali? Mampos ko la nak kena pijak ngan bapak ko ke, pedulik haper aku.

'Teruk la saya kena pukul dengan Abah saya ni. Saya boleh jadik gila macam ni'

Aduiiii pandainya bersyarah dengan aku.
Dah tau perangai bapak ko macam tu, yang pi menggelenyar lari ngan laki orang buat apa? Baru ko nak ingat bapak ko time ni? Masa bapak ko datang carik ko kat rumah, ko buleh pi lari ikut pintu blakang, masa tu ko tak terpikir kena bantai ngan dia?

So petang raya tu (Jumaat), panjang langkah aku, sampai ke Pasir Putih aku pergi. Laki aku drive, bawak sekali abang ipar aku, aku ngan janda ni dok seat blakang. Sepanjang perjalanan tu, dia dok tot tet tot tet balas sms ngan Abang. Mengadu la kena seksa ngan makcik pakcik ni. Ingat aku kesahhhhhhhh???? Siap hempas-hempas beg nak tunjuk protes la tu. Kalau berani bukak la pintu tu, biar bergolek ko jatuh, keje aku pun senang. Kalau ikutkan tangan aku, memang sampai setakat nak bagi backhand kat ko. Tapi respect la kan abang ipar aku kat depan. Kang aku pulak yang over meroyan kat blakang ni.

Actually pagi tu laki aku dah call siap2 bapak janda ni bagitau hal sebenar, say sorry bagi pihak Abang and cakap yang kita akan hantar janda ni sampai pintu umah dia.

So, masa dah sampai Pasir Putih, laki aku tanya 'Mana umahnya?'

Dia boleh kata umah dia dah lepas.
Laki aku pun call bapak dia tanya alamat rumah.
Lepas laki aku letak HP, dia tanya 'Tadi tu call abah ke?'
Ko ingat kitorang tak buat preparation? main redah je masuk Kelantan ni?
Pastu dengan muka tak malunya cakap 'Rumah saya depan lagi'.
Memang perangai pompuan sundal kan?

Belagak. Pi bagitau semorang bapak dia kontraktor. Anak orang kaya la ni.
Aku sampai depan umah dia terperanjat gila.
Dengan adik-beradik dia yang semuanya pakai baju lusuh, rumah dia aku cakap kalau lagi 10 orang naik, konfem roboh. Tak tipu punya. Muka bapak dia kesian okkkk. Aku tak paham macam mana pompuan ni boleh sanggup tinggalkan anak dia kasik mak bapak dia yang dah sedia susah ni membela, ko boleh bergaya sakan sampai tak ingat nak balik.

So, since aku tak pakai tudung, segan la pulak nak kuar keta. Laki aku suruh aku stay je dalam keta. Dia ngan abang ipar aku kuar jumpa bapak janda ni.

Laki aku cakap bapak dia ni cakap lembut. Dia bagitau yang hari-hari isteri dia nangis teringat kan anak dia yang gatal merenyam ni. Bapak dia dah la bawak prebet sapu je, bini tak keje, anak ramai, kena jaga cucu lagi, itupun bapak dia sanggup tinggal keje seminggu semata-mata nak duduk KT carik anak dia.

Laki aku tanya mana dia tau anak dia lari dengan Abang?

Dia cakap, Intan pi carik dia kat Pasir Putih.
Sebab?

Intan terjumpa borang permohonan nikah Abang dengan janda ni. So dari borang tu Intan dapat tau alamat pakcik ni tadi. Tujuan Intan pi sana sebab nak pujuk mak bapak janda ni terima Abang sebagai menantu. Intan tau yang makbapak janda ni taknak anak dia kawen ngan laki orang. So, Intan kata terima je la, sebab selagi Abang tak dapat kawen ngan janda ni, selagi itula Intan ni asik kena pukul je.

Nak dijadikan cerita, masa Intan pi jumpa bapak janda ni, mata dia lebam, tangan dia lebam kena bantak dek Abang. Lagi la bapak dia ni taknak bagi anak dia kawen ngan Abang. Tak pasal anak dia kena belasah esok. Tapi anak ko memang patut kalau kena bantai ngan laki pun.

So lepas bincang lebih kurang, laki aku mintak tolong kat pakcik tu kalau boleh jangan la lepaskan si janda ni ke KT lagi. Kalau boleh taknak jumpakan diorang lagi. Bapak dia ni pun setuju sangat la. Lepas tu kitorang balik. Aku bajet pompuan ni memang kena pelupuh ngan bapak dia cukup2 sebab orang kampung situ bagitau bapak dia ni memang bengis. Hahahha...mampos ko la kan.

Sampai kat rumah, laki aku suruh Abang kawen je la ngan Ina tu kalau nak sangat sebab Intan rela dimadu. Si Abang dengan penuh semangat kecintaan jawab 'Abang tak nak dua Pok, Abang nak satu je'.

Ohhhhh, pandai pulak nak satu. Ko dah dapat satu, pi gatal kote nak kenal ngan janda tu apa kes?

'Abang tak mampu nak tanggung dua orang. '

Oooo....tak mampu nak tanggung dua orangggggg.
Yang skang ni ko tanggung sangat ke???
Setau aku, Intan ni ko tak bagi nafkah zahir batin dah sejak sebulan lepas.
Dah taknak sangat la gamaknya ngan Intan ni.
Tapi ko suruh dia basuh baju ko, gosok baju ko, pi keluar malam-malam belikan ko rokok, belikan prepaid ko, tapi guna duit dia.
Nafkah taknak bagi, tapi kederat dia ko guna.
Apa jenis jantan bacul la???????

Itu baru cerita malam raya, cerita on the hari raya itself lagi gempak. Hari ini dalam sejarah, sampai En Wan aku menangis.

Lain kali la aku cerita, aku nak tido la.


Ada dua family tak ada dalam gambar. Sorang beraya rumah metua kat Kota Bharu, sorang lagi beraya umah mertua kat Besut. Dan ada cucu yang beraya kat oversea. Yang dua couple kat tengah tu la Abang ngan Intan. Kitorang paksa dia duduk sebelah-sebelah.

 


Barisan atas adelah mak dan nenek dara. Yang depan barisan anak dara. Yang anak dara bertudung tu anak sedara En Wan, seorang dokter. Yang anak dara baju maroon tu adik tiri En Wan seorang SA. Anak dara kat tengah tu paling masak ranum sekali, seorang model antarabangsa.

posted by aveo757 @ 2:26 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER