2021-12-03

Majlis MoA UPSI dan Mega Jati Academy - History is made!


Ya, ramai yang tanya mana gambar majlis MoA semalam. Sabaqqq.
Hari ni aku ada exam, boleh?
Dulu kalau zaman sekolah, esok nak exam hari ni tak boleh buat apa dah.
Punyalah prap prap prap bising selak buku nak score punya pasal. Poyo.
Sekarang, esok nak exam, hari ni boleh travel seberang negeri attend majlis lagi.
Siap buat konsert rock kapak dalam kereta.
Macam cool gila dan bersedia nak exam. Hahahah.

Itupun exam today pukul 10.30am, aku masih boleh menyahut bila kawan whatsapp "Aku kat Putra Heights, jom breakfast?".

"Onnnn!"

Beginitulah ya, bila orang tua ambik exam.
Konsep tawakkal tu sangat tinggi.

Alhamdulillah, majlis semalam di UPSI selesai sudah.
UPSI ada buat live kat FB dorang, tapi kelibat aku tak jelas.
Hanya nampak sipi-sipi sebab aku punya seat dorang letak kat sebelah VIP.
Aku satu seat dengan Ketua-Ketua Jabatan (kalau tak salah).
VIP punya meja sebelah aku - VC, Chairman Mega Jati and CEO MJA.

Majlis start 3pm.
Of course kita semua kena ada dalam dewan sebelum VC sampai.
Aku dah sampai Tg Malim 2.05pm.
Rasa macam awal sangat, pi singgah Secret Recipe jap order spagetti meat ball sebab dalam aturcara majlis takde mention jamuan, maka ada baiknya aku sapedek dulu.
Lama ni, kurang-kurang sampai pukul 5pm.

Tapi order aku sampai pukul 2.30pm.
Pukul 2.30pm tu jugak, pegawai UPSI call "Puan Diana di mana?"
Ah sudah. Gabra dah ni.
Ok takpe, makan dulu 3 sudu, pastu bungkus dan zassss.
Sebab dah tentu aku kena menyambut Chairman aku lah, kan.
Takkan Chairman sampai dulu, Project Director masuk kendian. Chantek muka aku??

Kebetulan masa aku keluar dari SR, Chairman baru masuk Tg Malim and minta location.
Speed kereta gila-gila punya speed sebab nak tinggalkan Chairman kat belakang jauh-jauh biar aku sampai dulu.
Bukan apa, tak best lah kalau dia sampai dulu. Biadap namanya.

Selama ni aku ke sana akan parking kat parking lot depan building.
Tempat letak kereta visitor.
Dari jauh aku macam nampak ramai orang berkumpul depan building.
Aku syak mesti secreteriat majlis tengah standby nak sambut Chairman.
Aku pun kona helokkk je cari parking kat tempat visitor.
Sekali sampai kat depan, dorang tanya "Puan Diana kenapa tak berhenti parking sini? Kami dah sediakan space."

Aku tengok haah lah, dorang dah letak signage WAKIL MEGA JATI ACADEMY kat parking space Dekan and Timbalan Dekan.
Laa, VIP rupanya aku. Kenapa tak cakap. Malu ai.

Malas pulak nak ambik kereta. Biarlah.
Tunggu kejap sambut Chairman sampai, then semua masuk hall.
10 minit lepas tu baru VC sampai.

Alhamdulillah, tak sangka persiapan UPSI sangat proper untuk majlis MoA ni.
Rasa terharu sangat sebab nak banding dengan UPSI yang dah 100 tahun, Mega Jati Academy baru nak masuk tahun ke-4.
Tapi dalam 4 tahun ni dah ada jalinan kerjasama dengan Universiti Malaysia Perlis, Universiti Malaysia Pahang, Universiti Teknologi MARA, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Prince Naradhiwas Universiti Thailand and the latest Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Di universiti lain mostly MJA buat program profesional engineering dan IT.
Tapi di UPSI julung-julung kali MJA venture in Food Safety and Halal Management.
Mega Jati is a consultation company for engineering works.
They have been in the market for 25 years.
Tapi Mega Jati Academy started in 2017.
Basically focus on life-long learning.

It all started in 2019, bila CEO Mega Jati Academy, Adjunct Prof Ir Dr Arkam minta aku untuk come out with syllabus for Food Safety.
Masa tu MJA dah start dengan universiti lain, but doing engineering education program.
Aku pun sahut invitation dia tu.
Walaupun aku tak pasti if I can do this, tapi aku grab je lah peluang ni.
Food pun memang bidang aku, so why not.

Ini adalah first met aku dengan Dekan Fakulti Sains dan Matematik di UPSI.
Pitching 5 minit yang pertama ini alhamdulillah menjadi majlis MoA semalam.

Masa Dr Arkam kata "You cari universiti, buat proposal", aku terbayang UPSI je dulu. 
Why UPSI?

Yang pertama, aku familiar dengan UPSI.
Kedua, UPSI universiti pendidikan No 1 di Malaysia.
Dah nama pun aku nak create satu program akademik, why not ke UPSI saja.

Dejavu betul rasanya semalam. 
Terasa-rasa mengulangi situasi beberapa tahun dulu.

Masa makan gaji dulu, aku pernah buat appointment dengan lecturer di sebuah universiti, bila aku sampai dia taknak jumpa.
Dia kata "Everything has been finalized. We have decided which specs we want to choose".

Masa tu, walaupun hati aku agak kecewa tapi takpelah, aku tak nak balik tangan kosong.
At least janganlah sia-sia aku drive jauh-jauh balik bawak angin je.
So aku cakap "Please Prof, I drove all away from KL. Just give me 5 minits".

Aku bukan apa, dibuatnya bos aku yang Devil Wears Prada tu call Prof ni tanya "Did my sales person come to see you?".
Sekali Prof tu kata takde, nayaaaaa guwe.

That 5 minutes berlanjutan ke 1 jam.
Dan a few months lepas tu Purchase Order RM5.2 million masuk. Alhamdulillah.

Yesterday, memang rasa dejavu je.
Alhamdulillah syukur sangat MoA ini menjadi realiti.
Tak sangka pula ini adalah program profesional pertama UPSI.
No wonder VC sendiri yang nak hadir.
Signing caremony asalnya Jun lepas, tapi banyak faktor tertangguh dengan PKP, dengan schedule VIP bertukar.
Takpe, sabar. Ada rezeki, adalah.
Alhamdulillah rezeki MJA untuk ada kerjasama dengan UPSI.

The work and process?

Dengan syllabus yang dibangunkan from scratch, at the same time aku ada company nak dimanage, at the same time dengan class, assigments and exam profesional certificate - aku pun tak tahulah macamana semua tu berjalan serentak. Dah lupa.
Alhamdulillah at least satu bab dah selesai.

Selepas pitching lulus, UPSI ajak jumpa second round untuk discuss tentang pengurusan.
Bab ni Dr Arkam lah yang kena kedepan, dah tentu-tentu itu company dia.
Hanya dia saja yang boleh jawab segala soalan tentang operation and management.

So itu our second met with UPSI team.
Gambar last tu masa balik ke KL semula, dah malam.
Dengan lapar dan muka masing-masing sembab dan letih.
Aku gagahkan juga la senyum, maklumlah bekas ratu camwhore.
Pantang jumpa kamera gitu.

Meetings face-to-face, lepas tu PKP sambung meeting at zoom on weekly basis.
Malam sambung pulak dengan whatsapp.
Pagi-pagi bangun dah dapat mesej "Pukul 8am video call kejap".
Sepanjang tempoh itu nombor Dr Arkam kalau naik kat screen umpama kena panggil dengan cikgu disiplin, ya.

Sebab ayat dia "Syllabus dah sampai mana?"

"Present jap syllabus and kurikulum you".

"Ok hat ni buang. Hat ni tak payah. Hat ni tambah lagi.."

Sedap VC UPSI berucap. Santai, tapi berisi.
VC mengalu-alukan MJA buat Bahelor and Masters program di sana juga. Insyallah.

Chairman Mega Jati Sdn Bhd pula berucap.
He is very proud of Dr Arkam (CEO).
Tertunduk-tunduk bos I kena puji dek Chaiman.
Tu seb baik ada graviti, kalau tak, dah terangkat tu. Kahkahkah.
Mintak-mintak dia busy lah tak baca blog post ni.

Ya, dia blog reader aku, ya. Like since 2008, kot.
Tak tahulah mana dia jumpa blog aku ni.
Nasib baik tak rosak pemikiran dia dek bahasa-bahasa aku kat sini.
Tapi walaupun dia blog reader, huhahuha di luar waktu kerja, but when it comes to work, kita kena respect dia.

Semalam UPSI hidangkan mee bandung (kalau tak salah akulah).
Aku nak tanya juga mee apa ni. Tapi macam tak proper pulak.
Orang dah bagi makan tu, makan je lah.

Rasa sebak pulak bila statement UPSI "..Modul yang disediakan melalui kepakaran daripada tiga pihak iaitu Jabatan Biologi, Fakulti Sains dan Matematik UPSI serta Mega Jati Academy..."

Bukan selalu kau nak dengar orang takde title dikatakan "pakar".
Feeling kejap aku kat situ. Hahaha.

Walaupun statement tu referring to kepakaran Mega Jati in general, tapi program profesional pertama di UPSI adalah melibatkan food biotech.
Dan satu-satunya orang food dalam team ni adalah aku.
Mau tak feeling 5 minit? Bagi laluan lah sikit.

Perkara yang sangat mencuakkan aku dalam proses ni adalah bila module aku dibawa ke meeting Senat.
Aduii, kecut perut.
Senat kena bersidang dulu sebelum module tu lulus untuk dijadikan program akademik.
Bila Dekan bagitau "Lulus Senat", lega betul rasanya!
Terus shopping baju la aku esoknya, reward untuk diri sendiri tapi suruh En Wan bayar. Mbahahaha.

Yang best tu kan, majlis bersejarah macam ni, gambar aku sekeping pun takde!
Big bos terlalu busy dengan meeting back-to-back, sampaikan lupa nak minta staff MJA arrangekan photographer.
Nasib baik henfon aku bukan cap ayam tau.
Senonohlah juga gamba-gamba yang aku snap ni walaupun tak profesional.

Big event macam ni bukan boleh di-repeat-repeat.
Jadi, aku dengan inisiatif sendiri, bangun dari seat, ambik gambar banyak-banyak.
Ye la, ini marketing material untuk company. Tak boleh kalau tak ada.

Aku sebenarnya dah pesan kat Big Boss "You jangan lupa ambik gambar I. Video pun ambik tau nanti staff you boleh buat montaj". 
Harammmmmm.

Tapi aku tak berharap sangatlah.
Dia kat meja VIP, takkan nak main henfon, ye tak?
Biarlah aku penuhkan phone aku dengan muka dia.
Demi segelas Starbucks untuk diungkit di masa depan. Gitewww.

Semalam ada yang tanya "Kak Di sign?"

CEO pun tak sign, takkanlah aku boleh sign.
I is macai only. Of cos Chairman yang sign.
Kita duduk tepi diam-diam makan mee bandung sudeyy.

Berulang-ulang kali aku tengok gambar ni.
Perasaan yang berbagai-bagai.
Seronok dapat contribute sesuatu walau tak besar.
Besarlah harapan aku agar ilmu dan pengalaman yang sikit ni, bakal student dapat belajar sesuatu dari program ini.
Kita mulakan dengan Diploma dulu, insyallah Bachelor dan Masters akan menyusul.

Semoga panjanglah umur aku hendaknya nak tengok batch pertama program ini naik pentas konvo.
Insyallah intake pertama bulan March nanti.
Kalau nak enroll program ni, meh tanya aku meh. 
 Aku boleh tolong explain bagi pihak UPSI.

Ni je lah bukti bergambar yang ada menunjukkan aku ada di majlis tu. Jadiklahhhh.

Dah, aku nak goreng kepok lekor.