Pages

2017-05-30

Ohsem Ipoh


Ok, baru boleh update blog semula.

Jumaat sampai Isnin (semalam) kitorang di Ipoh untuk Mood Republik Tour Perak.
Tahun lepas tour Ipoh aku tak pegi, hanya En Wan and the geng je.
Tahun ni aku join sebab nak tengok crowd Ipoh.

Memang AWESOME GILA!!!
En Wan kata ingatkan Penang hari tu dah cukup havoc, rupanya Ipoh jauh lebih gegar.
Sampai sanggup orang tunggu turn nak masuk booth kitorang. Speechless aku. Aku main jenguk dari jauh je. Biar dorang je lah yang handle customer.

Kitorang start join Mood Republik raya tahun lepas kat JB.
Masa tu first timer la. Crowd JB memang ramai gila sebab orang Singapore menggila turun JB untuk Mood Republik. Masa tu ramai customer kitorang adalah Singaporean. Yang beli terus sampai 9 helai untuk dulang girls pun ada. Cuma, masa tu kitorang masih 'shy-shy cat' lagi sebab maklumlah, brand tak se-power big-big players. Nak mintak customer bergambar dengan produk yang dah dibeli pun segan. Kitorang yang segan sebab takut customer taknak, brand tak power gitewww.

Then Raya Haji kitorang pilih Ipoh.
Crowd Ipoh ok. Walaupun En Wan kata crowd tak seramai macam kat JB tapi kira oklah, raya haji kot. Dia punya mood shopping tak sehebat raya puasa but still orang ramai beli. Kira ok lah kan.

Pastu tahun ni punya raya mula dengan Penang.
Penang hari tu dah gegar En Wan kata.
Masa tu orang dah start cari FleurMEN and GreenAard.
En Wan balik dengan muka happy.

But Ipoh paling awesome setakat ni.
En Wan sampai terharu nak nangis tengok crowd masuk booth.
Ada yang dah pernah beli masa kitorang datang Ipoh last year, kali ni datang dengan pakai baju yang dibeli last year. Nak tunjuk kat En Wan, dorang adalah customer and peminat kurta FleurMEN.




Ni salah satunya.
Brader ni dulu (gambar atas) beli kurta Signature FM yang dibeli tahun lepas masa kitorang kat Ipoh.
Kelmarin dia datang lagi untuk beli new kurta Khalifa Vol 4.
Wife dia kata sejak beli kurta yang lepas, seminggu sekali mesti masuk IG Fleur by Mrs Him untuk check new baju. Ko rasa-rasa En Wan proud gila, tak? Hahahahah.
Bergenang airmata dia oiiiii!
Biasa la kan, orang baru nak merasa ada fans. Mbhahahahaha.😆

Tapi orang Ipoh ni tau tak awesome-nya kat mana?
Sebab SPORTING GILA!
Diajak bergambar, ok je bergambar. Pastu dorang follow IG kitorang. Bila gambar dorang takde, siap DM "Bila gamba kitorang nak keluar?".
Masa tu baru aku realized, when people start notice your brand, they will feel proud bila muka dorang ada dalam koleksi gambar kita.

Kali ni memang cipta sejarah sebab first time paperbag habis, kotak habis, kertas credit card pun habis. Kena isi baju dalam paperbag GreenAard.
Setiap kali nak pi tour kitorang akan buat target, contoh "Ok kat tempat ni kita kena jual at least 100 helai". So kita akan bawak paling-paling pun 110 keping kotak. Baju of cos bawak lebih banyak dari 100 lah kan sebab baju ada size. Kat Ipoh hari tu Ahad pukul 11 pagi je team aku dah whatsapp aku kat bilik "Paperbag habis!"

Aku cuba coolkan keadaaan.
"Takpe, kotak kita cantik. Bagi dalam kotak je. Cakap sorry, paperbag habis"

Tapi budak-budak aku lagi terer. Dorang nak create ayat dorang jugak.
"Sorry cik, kitorang dari Selangor. Selangor memang tak pakai plastik bag".
Kau rasa???? ðŸ˜‚😂

Pastu pukul 3pm whatsapp masuk lagi "Kotak tinggal sikit!"
Aku cakap, ok takpe.
Bagi je apa-apa kotak.
Kalau kotak Fleur by Mrs Him habis, pakai kotak FleurMEN.
Kalau kotak FleurMEN habis, pakai kotak Fleur by Mrs Him.

Masih cuba cool lagi.
Coolllll *gaya Sivaji*

Kul 7pm kotak semua habis, paperbag habis, kertas mesin debit pun habis.
Ok yang ni kitorang dah cuak sikit mula-mula.
Sebab baju kitorang takde yang bawah dari RM100.
Selalunya orang selesa guna debit/credit untuk barang melebihi RM100. Jarang orang nak bawak cash banyak-banyak pi shopping.
Lepas settle solat, sama-sama dah bertenang dan dapat hidayah (😂😂) then kitorang sama-sama cakap "Takpelah, Tuhan dah bagi rezeki banyak dah ni. Booth belum tutup tapi kotak, paper bag semua dah habis. Dah lebih dari target. Kalau ada rezeki kita malam ni, ada lah".

Rupanya malam tu all out team aku pulun kat bawah. Crowd sama ramai dengan siang.
Kitorang pack baju dalam paperbag GreenAard pulak. Mujur la customer tak kisah.
Malam tu tutup pukul 1 pagi.

Thank you so much kat reader yang datang shopping kat booth.
Yang datang tapi aku takde.
Yang sanggup tunggu aku bersiap and turun ke hall.
En Wan kata "Reader awak kat Ipoh ni ramai lelaki eh?"
Aku pun tak sangka ramai reader lelaki kat Ipoh rupanya. Siap hafal pulak tu apa aku tulis.
Tapi semua panggil ai Kak Di tau. Semua adik-adik giteww. Maaflah, akak kau ni takde lebih adik pompuan. Kalau tak, akak dah kenen-kenenkan.

Kat sana kitorang duduk kat Kinta Service Apartment, building sebelah hotel Kinta Riverfront je.
Ada attachment, so kira macam satu building jugak la. Takde la susah sangat nak naik solat, berbuka sebab dekat.
Mula-mula nak book hotel tapi penuh. Mood Republik punya team je aku rasa separuh dari hotel tu dia booked. Mujur ada service apartment. Not bad la apartment tu. Bersih and fully furnished.





Kitorang booked kat Air BNB.
Korang boleh pi sana and pilih nak apartment mana satu.
Rate yang kitorang dapat dalam RM900 untuk 3 malam. Ok lah ni. 
Ada 2 bilik tido, dia bagi extra bantal and tilam, aircond merata, ada heater. 
Bilik air master ada bathtub, TV pun ada sebijik lagi kat masterbedroom. 
Kitchen semua ok, siap ada mesin basuh. Ada pool.




Kegedikkan beliau dapat mandi pool.
Tapi mandi hari Jumaat je sebab Jumaat je bapak kau free nak bawak pi mandi kolam.
Aku macam biasa la, En Wan suruh stay dalam bilik je.
Kitorang gerak 2 kereta.
En Wan and the geng gerak dulu sebab Jumaat kan.
So nak kena setup booth awal. Jadi by the time kitorang sampai, booth dah setup, so boleh la nak bawak anak-anak dia pi mandi kolam ke apa ke.



Nampak tu?
Lauk frozen untuk sahur and berbuka.
Aku takut En Wan busy kat booth nanti dia tak sempat and penat nak cari makanan berbuka semua.
So, aku booked lauk-pauk dari @frozenlauk (IG). Aku memang dah kerap order kat dia ni. Lauk memang best. Takde masalah. Hari tu ke Ipoh aku bawak rendang kerang, daging dendeng, cencaru sambal, daging salai lemak cili api, paru sambal and apa ntah 1 lagi.
Lega sikit bila lauk-lauk ni ada, takde la En Wan susah nak uruskan makan minum. Biar dia concentrate ngan keje dia je.

Dalam fridge aku sekarang pun ada lauk-lauk frozen ni. Aku beli lebih untuk stok bersahur kat rumah. Nak jadi isteri bukan payah sangat. Tak rajin masak kalu, makanan beli mesti kena rajin stok. Mesti sedap. Janji laki tak lapar. Hahaha.



Bawak telur masin siap-siap u ollssss.
Ni pembuka selera masa bersahur.
Bawak sambal bilis Mak Aji jugak.
Ubat-ubatan jangan lupa. Kalau budak-budak ni selsema ke apa ke, sumbat je ubat. Jangan kacau bapak kau nak keje.



Sahur kitorang kat sana.
Menyelerakan dengan lauk @frozenlauk




Lauk berbuka Day 1 and Day 2 u olllsss ðŸ˜‚😂
Ni makanan berbuka aku ngan En Wan je ni.
Budak-budak ni aku suruh naik berbuka kat bilik.
Kitorang buka ni je dulu sebab jaga booth.
Time berbuka pun ada orang datang beli okeh.
Sebab waktu tu je pun kau nak shopping dengan aman tak sesak.



Merasa la aku pegang mic bila Ifa Raziah datang booth.
Big Bos masa tu gi solat Asar.
Kalau tak takde chan aku nak pegang mic ni.


Terima kasih Ipoh. You all memang ohsem.
PWTC, tunggu kitorang datang sana 16-19 Jun ok?



THANK YOU IPOH!
Kalau ada reader aku di kalangan yang beli ni, boleh la check kot-kot gambar ada dalam ni.





Tinggal 2 HARI JE LAGI sebelum kita tamatkan offer Introductory Price Cleansing Gel ni. Bermula 3 Jun akan start harga asal. Refresh page ni and isi form untuk dapatkan harga promosi.

1. Kalau nak beli pre-order shawl KLIK SINI.
Shawl dah sampai. Kasi aku sort dulu ok?

2. Kalau nak tengok aku demo lipstik Ephyra, KLIK SINI. 
TARIKH TUTUP 2 JUNE.

3. Kalau nak tengok aku demo Makeup Remover, KLIK SINI.