Ada yang kata “Tapi bibik tu En Wan dah bayar sorang, maknanya Kak Di boleh guna untuk tolong kemas-kemas rumah Kak Di”
TAK NAK.
Yang pertamanya, aku tak nak bibik banyak habiskan masa menguruskan rumah daripada melayan mok. Rumah aku ni bukan ada anak kecik. Takde apa yang sepah nak dikemas hari-hari pun. Kitorang semua jenis masuk rumah terus naik ke bilik. Lagi banyak habiskan masa dalam bilik dari kat bawah.
Aku ni lagilah. Kalau dapur tu tak wujud, memang memerap dalam bilik sendiri jawabnya. Sebab bilik air dalam bilik. TV pun dalam bilik. Frigde pun ada dalam bilik (fridge kecil macam kat hotel tu). Working table pun dalam bilik. Seharian duduk dalam bilik pun ok aku ni.
Rayyan and Redza jenis memerap dalam bilik. Jarang dorang lepak bawah kecuali makan. Jadi rumah aku ni memang takde apa nak dikemaskan lagi.
Basuh baju pun tak perlu sidai. Sumbat je dalam dryer, lagi 2 jam keluarkan, lipat. Tu pasal aku hire weekly bibik, sebab rumah aku tak perlu daily bibik atau in-house maid.
Priority lebih kepada menjaga mok. Aku and En Wan tak mampu nak menguruskan mok like memandikan, pakaikan baju, bagi makan. Kitorang seharian takde kat rumah. Balik rumah dah penat. Jadi, biarlah bibik tu uruskan mok berbanding tolong kemas rumah.
Yang kedua, aku and En Wan tak nak serabutkan otak. Dibuatnya masa bibik leka mengemas rumah tetiba mok jatuh, satu hal pulak. Setakat ni aku tengok bibik ni mana mok ada, dia ada. Dia tak jauh dari mok. Kalau mok makan, dia makan sama. Kalau mok tengok berita, dia duduk sebelah mok tengok TV sekali.
Menguruskan orang tua walaupun macam tak banyak kerja, kalau itu bukan kerja yang kau minat nak buat, kau takkan dapat buat dengan baik. Bibik ni dia memang suka uruskan orang tua. Jadi samada kerja dia banyak ke, sikit ke, aku tak nak calculate. Yang aku tahu we pay you this much (minimum salary Malaysia), tolonglah jaga mok sebaiknya.
Bukanlah kata kita nak lepaskan tanggungjawab. Hari-hari aku masak. Hari-hari ada bersembang dengan mok. Hari-hari tanya mok nak apa-apa ke. Cuma idoklah sampai bertenggek sembang 2 jam. Yang tu aku belum mampu buat.

Kalau aku masak kat dapur, masa tu lah kitorang sembang.
Kalau En Wan tengok berita dengan mok, masa tu lah dorang bersembang.
Selebihnya bibik sembang dengan mok.
Ada a few orang kata lepas baca post aku semalam, baru dorang realized yang ketenangan lebih berharga dari duit. Ramai rupanya yang spend duit ke mak bapak lebih dari adik-beradik lain. At some point terasa macam tak adilnya adik-beradik lain gunakan alasan “kitorang gaji tak besar” untuk skip daripada contribute.
Inilah yang aku kata semalam, kadang bertekak dengan orang yang tak nak contribute ni lebih memenatkan berbanding penat cari duit. Sumpah, tak tipu!

Dah lah kita keluar duit, pastu nak kena menagih contribution dari semua orang lagi. Dah dua kerja nak kena buat. Lebih baik kau buat benda yang tenangkan fikiran. Kalau mampu tanggung semua, tanggung je semua.
Yang tak share tu kau ingat dorang lega ke? Tak.
Percayalah cakap aku. Tak.
Dorang rasa bersalah sebenarnya, tapi buat-buat rilek.
Tengok macam Chef Wan. Dia kata dia direzekikan lebih dari orang lain, jadi dia ambik tanggungjawab menjaga arwah mak. Takyah semak-semak kepala. Sometimes mengharapkan kerjasama semua orang sangat susah. Tak memasal jadi stress. Maka sebelum kita stress, kalau mampu, handle je lah sendiri. Lagi lapang fikiran.
Aku ni kalau bab duit tak berapa berkira sangat asalkan berbaloi. Contohnya macam weekly bibik. Orang kata RM180 untuk 4 jam tu mahal. Kalau sebulan dah RM720. Baik kemas sendiri. Itu kalau rajin. Masalahnya, aku malas. Sebab aku malaslah maka aku upah orang.
Aku ni kalau start mengemas, semua benda aku korek. Elok-elok boleh 4 jam, jadi 8 jam nanti. Sebab aku kalau start mengemas bilik, mula-mula plan nak vacumm and mop saja, ujung-ujung aku kemas lemari, ubah susunan and lipatan baju, punggah barang lama, alihkan perabot….dah lain jadiknya. Jadi aku hire weekly bibik sebenarnya selain mengemas, dia menjimatkan masa sekali.
Aku tak kisah spend pada benda yang berbaloi untuk aku. Contohnya tadi, aku gi buat spek mata.

Spek mata aku sekarang multifocal. Pening sebab view jadi cembung. Tu pasal aku jarang pakai. Pakai masa kerja je.
Tadi, gi buat baru. Aku minta tukar lens kepada rabun jauh sahaja. Sebab dah ada another spec untuk membaca (rabun dekat).

Dia caj RM750. Murahlah sikit sebab tukar lens only, frame pakai yang asal.
Pastu aku nak cepat. Selasa nak pakai. Dia kata boleh, tapi tambah RM200 lagi. Aku on je. Sebab benda memang nak pakai. And kita tahulah benda urgent selalunya ada extra caj. Tak kisahlah asal dapat apa yang aku nak.
Sometimes duit ni bukan untuk jadikan kita kaya-raya sangat, tapi memudahkan hidup. Some people duit dia banyak spend kat luxury tapi rumah biasa-biasa, makan biasa-biasa. Because bagi dia rumah dan makan tu bukan something yang berbaloi untuk spend banyak. Itu pilihan dia.
Tapi aku, benda yang memudahkan hidup , aku suka spend. Contohnya macam makan.
Penat masak?
Makan luar.
Malas masak?
Grab.
Henbeg pakai Uniqlo je, takpe.
Makan kena sedap 😆.
Tadi balik dari buat spek aku cerita kat En Wan mudahnya sekarang aku tukar spec. Dulu masa baru-baru detect rabun, 2 tahun selepas tu baru dapat pakai spec.
DUA TAHUN!
Dulu kat skolah ada KKM datang buat check mata, check gigi. 1987, Darjah 4. Nurse dapat detect aku rabun jauh. Dia suruh buat spek. Balik dari sekolah, bagitau Mak Aji kena buat spek. Speknya tak dapat. Yang dapat “Tengoklah TV dekat-dekat. Biar termasuk dalam TV terus!”
Lahhh. Apa kaitan?
Padahal aku tengok TV dekat-dekat sebab masa tu mata dah tak nampak.
Naik kelas tahun depan aku mintak nak duduk depan. Aku cakap susah nak faham belajar kalau duduk belakang. Padahal aku rabun. Kalau guna alasan rabun, nanti cikgu suruh buat spek. Baik aku bagi alasan “Saya bodoh”, baru dapat duduk depan.
Darjah 6 dapat duduk depan jugak. Alasan yang sama aku bagi. Nasib aku baik sebab Darjah 6 kena inject BCG. Masa tu nurse yang datang kebetulan jiran Mak Aji. Aku lupa nama aunty tu. Husband dia aku ingat, Uncle Mariapan. So aunty tu check, dia kata mata aku teruk sangat dah.
Balik tu aunty bagitau Mak Aji mata aku teruk. Barulahhhhhh Mak Aji percaya.

2 tahun wehhh aku rabun sampai terpaksa mengaku bodoh semata-mata nak dapat duduk depan. Akhirnya Darjah 6 baru dapat spek.
Itulah contoh bila takde duit. Padahal jalan penyelesaian mudah je — buat spek. Tapi bila takde duit, benda simple pun jadi complicated.
Lagi satu masa habis SPM. Bila sesi sekolah bukak, kebanyakan kawan masuk Form 6. Nak tunggu keputusan UPU lambat lagi. Aku sorang je tak masuk Form 6. Kau rasa?
Aku duduk rumah sampailah result UPU keluar.
Aku tanya En Wan dia masuk Form 6 buat apa? Result SPM dia cream, konfem fly punya. Buat apa bazir duit gi Form 6. Duduk je lah rumah.
En Wan jawab “Saje je, boleh jumpa kawan”
Begitulah jawapan orang berduit. Pergi Form 6 sebab saje-saje.
Aku tak masuk Form 6 bukan sebab malas, tapi sebab takde duit. Kalau nak masuk Form 6, maknanya kena beli baju sekolah and kasut sekolah baru. Sedangkan masa sekolah menengah, aku pengawas. Baju coklat MRSM. Kasut hitam. Takde baju putih kain biru and kasut putih.
Orang tak berduit macam aku, nak beli sepersalinan baju sekolah pun kena pikir panjang. Berapa lama boleh guna. Berbaloi tak beli kalau hanya pakai 2-3 bulan. Tu pasal sampai sekarang aku lebih pentingkan the berbaloiness, berbanding duit.
Kalau benda tu berbaloi untuk aku spend, especially yang mudahkan hidup aku, aku tak kisah berhabis. Selalunya bukan pakaianlah. Kau takkan nampak aku kejap-kejap beli baju, kasut or henbeg baru. I can recycle the same baju selama 10 tahun. No problem. Tak kisah orang cakap pakai baju yang sama. Tapi kalau benda-benda yang memudahkan hidup, aku willing to spend. Contoh macam nasi putih ready-to-eat 😆. Senangkan kerja aku takyah masak nasi.
Tadi kat opis. Aku tapau mi goreng untuk orang-orang kat rumah. Pastu rasa kesian pulak orang kat rumah kena tunggu lama sebab aku at least 1 jam kat opis. Aku decided nak call Grab untuk pikap makanan hantarkan ke rumah. Ofis aku and rumah tak sampai 5 minit dengan kereta. Pakai Grab RM5 je.
En Wan tak kasi. Dia suruh aku tunggu habis kerja baru balik. Aku cakap RM5 je kot. Nanti mi ni kembang pulak. Dia kata membazir bayar Grab RM5 sebab rumah dekat sangat.
Aku cakap memanglah dekat tapi aku taknak balik now semata-mata nak hantar mi pastu patah balik ke opis. Aku kalau dah depan laptop, tak suka tutup selagi kerja tak siap. Kalau balik now semata-mata nak hantar mi, mood aku bakal blow sampai malam because dalam kepala dah set nak siapkan kerja sekian-sekian jam.
Last-last ikut jugak cakap dia. Balik selepas 2 jam! Penyudahnya mi dah kembang. Budak-budak ni semua dah tak selera nak makan. Dorang kenyang makan benda lain sebab aku lambat balik. Tak ke lagi merugikan? Kalau ikut cakap aku tadi, settle dah. Tapi sebab mi tu kau yang bayar, lantaklah. Kalau aku yang bayar tadi, memang aku mintak ganti balik.