Pages

2026-06-28

Kita ni kalau tak nak jaga orang tua, at least janganlah bengap. Otak tu pakai. Jangan letak lama sangat kat bontot.


Fuh! Dah masuk post ketiga pasal mok-bibik dah ni. Ini aku anggap lastlah, ya. Aku gabung je lah sekali harung mana-mana soalan yang berkaitan dalam post ni.

Yang kata macamana aku boleh terima ramai orang sedangkan dia nak terima mertua duduk sekali pun tak boleh. Takde privacy.

Pastu yang tanya expenses lain pun En Wan tanggung sorang ke?

Pehhh! Soalan bukan biasher-biasher semua.

Ni sebenarnya korang punya masalah, kan? Tapi nak aku menjawab bagi pihak supaya korang boleh share kat suami masing-masing, betul tak? 

Aku dah biasa ada "orang ketiga" dalam rumah, sejak Redza umur 43 hari. Awal-awal ada berasa kurang selesa bila bibik di rumah. Kita nak terlentang depan TV dengan suami dah tak boleh. Nak gurau-gurau cuddle-cuddle dengan suami kat hall dah tak boleh. Tapi macam yang aku cakap, antara 'having privacy' dengan 'segalanya kena buat sendiri', aku prefer lepaskan privacy demi tak perlu berpenat-penat.

Aku tak nak jadi macam Mak Aji. Disebabkan penat, dia always marah-marah. Semua benda tak kena. Dia nak segalanya in order, tapi at the same time dia penat. Jadi dia suruh aku buat semua. 

Sedangkan aku ada benda nak buat. Nak buat homework, aku nak study. Yang aku pulak, daripada dengar dia membebel 24/7, aku pilih berpenat-penat tolong dia berbanding study. Tu pasal sampai sekarang aku pentingkan mental health. Benda yang boleh hilangkan serabut, aku lepaskan.

Dalam isu privacy ni, of cos bila ada family sendiri, kita nakkan privacy. Tak nak mak bapak duduk sekali. Tak nak ada maid dalam rumah. Yes, kita ada hak untuk tak allow orang luar tinggal bersama.

Aku pun kalau boleh nak family je dalam rumah ni, tapi aku pilih untuk duduk bersama demi elakkan keserabutan. Dulu aku hire maid sebab maid tu boleh uruskan rumah so that aku boleh fokus pada kerja. Balik rumah, rumah dah kemas, baju dan basuh, dah siap lipat, dah siap susun dalam lemari, anak-anak dah mandi, dah makan, laman bersih, dapur berkilat, bilik air tip top.

Bibik yang ada dalam rumah aku sekarang secara zahirnya nampak macam tak membantu banyak, tapi at least aku takyah balik tengahari terkejar-kejar nak masak. Tugas dia menjaga mok, jadi dialah kena masak untuk mok bila aku takde. So aku boleh duduk ofis buat kerja. Kalau tak, dulu aku balik tengahari masak. Lepas masak sambung buat kerja opis semula. Now, bibik take over that task. Legalah.

Privacy tu kalau kat rumah aku masih lagi ada. Sebab rumah aku ada 2 bilik kat bawah. Mak and bibik ambil sorang satu bilik. Dorang berdua pun ada privacy bilik sendiri-sendiri, takkan aku takde privacy, kan. Aku masih ada privacy. 

Nak tengok TV pun tak gaduh. Macam semalam, mok tengok TV kat hall, Redza tengok bola kat dapur, aku tengok TV dalam bilik sendiri. Takde masalah. Masing-masing masih boleh teruskan 

Masak, bagi aku not a problemlah. Sebab kalau takde bibik and mok pun, aku tetap kena masak sebab aku anak-beranak nak makan. Jadi masak je lah lebih sikit. Tu je.

Tentang expenses. Orang tanya En Wan tanggung sorang ke?

Entahlah, aku pun tak tanya En Wan. Pergilah tanya dia. Hahaha.

Aku punya prinsip simple. Asalkan expenses dalam rumah selesai, aku takkan question hal lain. 

Aku rasa ramai ada masalah bab ini, kan?

Bila mak bapak duduk bersama, expenses kena tanggung sorang. Adik-beradik tak ambil tahu. Alasannya, sebab mak bapak duduk rumah si anak, maka si anak tu lah kena jaga semua.

TENGKORAK KAU.

Kalau bab menjaga orang tua, aku respect adik-beradik Mak Aji. 

Masing-masing dapat bahagian tanah dari arwah atok. Tapi hasil tanah dorang tak pakai pun. Dorang masukkan dalam bank nenek. On top of that, duit bulan hantar macam biasa. Bila arwah nenek sakit, duit hasil tanah tu dorang gunakan untuk biaya kos hospital. Letak nenek kat private hospital, single room. Masing-masing ambil bahagian menjaga, rotate. Yang tak boleh jaga akan tanggung expenses yang lain. Ini baru namanya ada common sense.

Tak dinafikan wujud anak-anak yang otaknya tersepit kat celah bontot. Dia ingat bila orang tua tu duduk dengan sorang anak, maka anak tu handle semua. Anak tu lah menjaga, anak tu lah keluar belanja, anak tu lah uruskan everything. Nak pulak kalau si anak tu paling berduit antara semua, memang dia serahkan buta-buta si anak handle semua.

Teringat satu cerita aku pernah tulis kat blog. 

Kisahnya, mak sakit. Si abang hire nurse (care taker) jaga mak. Abang bayar semua. One day nurse tu nak ambil cuti, maka si abang mintak adik lelaki balik kampung untuk jaga mak beberapa hari. Balik weekend je pun, bukan weekdays. Si adik merentan kat Thread kata "Macam ni lah kalau miskin, suka-suka je suruh orang jaga mak sedangkan saya ada anak bini untuk spend time bersama (dia PJJ katanya)"

Terus kena kecam berjemaah dengan netizen. Aku pun taboh sekali.

Kau dahlah tak contribute duit. Abang kau selama ni berkorban keluarkan belanja menjaga mak. Si abang tu mintak kau balik tunggu mak kejap je, bukan kena keluar duit bayar care taker pun. Gitu pun dah merentan.

Tu pasal aku cakap, orang yang kuat merentan, mengeluh dan menyalahkan orang selalunya dia perasan dah buat banyak sangat. Padahal orang lain buat jauh lebih banyak sikit tak berdecit. Bila time dia kena jaga mak, bertolak-tolak. Banyak alasan. Esok kalau mak tu mati, dialah melalak paling kuat konon terpaling rapat dan terpaling terkesan. Pundek.

Kita ni kalau tak nak jaga orang tua, at least janganlah bengap. Otak tu pakai. Jangan letak lama sangat kat bontot.

Dah tahu orang tua duduk rumah abang sulung (contoh), korang adik-beradik lain ambiklah giliran 2 minggu sekali bawak orang tua tu balik rumah korang bercuti. Bagi peluang abang berehat. Dia pun nak spend time dengan family. Korang ingat mak bapak kau duduk rumah orang tua-tua ke?

Rajin-rajinkan diri datang tengok mak bapak tu. Orang tua tu boring. At least kalau anak-anak lain datang, ada juga aktiviti dia. Takkan nak harap si abang buat semua benda. Dahlah contribute pun tak. Ziarah pun malas?

Dah datang tu, jangan melenggang. Bawaklah buah tangan.

Ya, mak bapak tak makan banyak katanya. Tapi tak bermakna tak payah bawak buah tangan. Habis orang kat rumah tu tak makan? 

Kalau datang pagi, bawaklah nasi lemak untuk satu rumah makan. 5-6 bungkus. Tak pun roti canai 5-6 keping, biar abang kau sefamily boleh makan sekali. 

Kalau datang petang bawaklah kepok lekor ke, pisang goreng ke. 

Ni tak, datang ziarah mak bapak kat rumah abang, buta-buta bawak 2 bungkus nasi untuk mak bapak tu je makan. Beli se-plastik pisang goreng tapi makan kau anak-beranak. Bodoh ke apa? 

Lagi satu, rajin-rajinkan tangan beli hadiah untuk si abang. Hulurlah sehelai kain pelikat. Tak pun sebiji brooch kat kakak ipar tu. Biarlah ada budi bahasa. Penat si abang dan kakak ipar menjaga mak bapak, mengeluarkan banyak belanja. Kau sehelai kain pelikat pun kedekut nak bagi. Benda macam ni pun berkira? Tak reti pikir?

Bukan nak kata aku baik sangat. Aku ni kalau balik rumah Mak Aji, kalau sampai sana dah petang, singgah beli pisang goreng, cempedak goreng, kepok lekor berplastik-plastik. Kadang sampai RM30-40 beli. Sampai rumah, aku tanya The Widads, nak Malong order KFC? Nak Pizza Hut? 

Sometimes pagi aku order kuih-kuih and nasi lemak hantar Grab ke rumah Mak Aji. Beli banyak sebab bukan mak bapak aku je dalam rumah tu. Ramai. 

Benda ni boleh pikir sendirilah. Tak payah orang ajar.

Jangan cakaplah kau takde duit nak hulur. Buritlah takde duit. Bukan suruh bagi banyak. Adik aku Ima tu tak berkerja. Everytime raya aku tak mintak duit persiapan masak dari adik-adik aku. Tapi Ima akan sentiasa bawak balik ibu sambal sebesen besar untuk mudahkan masak-masak. Nampak macam simple, kan? Tapi itulah contribution besar sebab memudahkan kerja. Dapur pun tak kecah. 

Kalau si adik duduk rumah mak bapak, anak-anak yang sesekali balik ni take overlah kerja di rumah tu. Bagi si adik tu berehat. Bagi dia keluar dengan family pulak. 

Aku dengan Ima kalau balik Bangi, CT tak payah turun masak. Dia nak bangun lambat pun boleh. Takde kejadian perli-memerli. Dia boleh keluar berdua dengan Ibal. Anak-anak dia pun kitorang jagakan.

Kadang bila orang kata anak lelaki wajib jaga orang tua, aku nak je tanya balik. Yang jaga mak kau tu anak lelaki dia, ke menantu perempuan?

Kau tak rasa segan ke, ipar kau yang jaga mak kau. 
Ipar kau yang masakkan untuk mak kau. 
Ipar kau yang melayan mak kau.
Ipar kau yang sediakan segalanya untuk mak kau. 
Kau tak rasa malu dengan diri sendiri ke?

Aku sendiri rasa segan dengan CT. Walaupun mak bapak aku duduk di rumah sendiri, ada pencen, masih bertenaga, aku tahu CT yang tolong tengok-tengokkan mak bapak aku. Jadi, setiap kali balik, kalau aku malas nak masak, aku belanja makan. Order. Biar semua makan sama-sama. 

Kadang beli shawl untuk diri sendiri, aku belikan sekali untuk CT. Ipar kita takkan meminta-minta, tapi kita ni biar ada common sense. Otak dua digit kau tu janganlah tunjuk kat semua orang.