Pages

2026-06-26

GreenAard: Kalau betul lemak boleh hilang dalam hari, dah lama hospital kosong.


Kalau betul lemak boleh hilang dalam hari, dah lama hospital kosong. Pakar pemakanan, gym trainer, even doktor pun mungkin dah tukar kerja. Sebab semorang dah kurus dalam seminggu.

Aku nampak iklan yang cakap, “Turun 5kg dalam beberapa hari”

Bunyi memang sedap. Siapa je tak nak?

Masalahnya, ada beza antara TURUN BERAT BADAN dengan TURUN LEMAK. Dua ni tak sama.

Penimbang berat badan tu tak tahu apa yang dah hilang daripada badan. Dia tunjuk nombor je. Kalau hari ni berat kau turun 2kg, penimbang tu tak boleh bagitahu samada yang hilang tu lemak, air, atau otot.

Ramai nau excited bila timbang berat lepas tiga hari diet “Eh, dah turun 3kg!”

Terus rasa diet tu memang menjadi. Padahal, yang banyak turun, air.

Badan kita simpan karbohidrat dalam bentuk glikogen. Setiap gram glikogen ada around 3-4 gram air. 

Badan kita guna glikogen everyday. Contohnya, lepas makan.

Lepas makan, badan akan guna glukosa daripada makanan. Bila glukosa tu habis, badan mula ambik glikogen so that paras gula dalam darah kekal normal.

Lagi satu, masa bersenam. Waktu ni glikogen diambil dari otot sebab badan nak guna tenaga yang banyak. Lagi tinggi intensiti senaman, lagi cepat glikogen diguna.

Lagi satu, masa tido. Walaupun tak buat apa-apa, jantung masih berkerja, otak masih aktif, organ-organ dalaman masih functioning. Sepanjang malam, hati akan pecahkan glikogen untuk supply glukosa kepada otak dan organ-organ lain.

Lagi satu, masa puasa atau kurang makan. Badan akan guna glikogen sebab glukosa kurang (sebab tak makan). That’s why dalam 1-3 hari pertama, berat usually turun cepat. Bukan sebab lemak turun, tapi badan hilang air bila glikogen digunakan.

Jadi bila kita kurangkan nasi, roti, mee atau gula, badan mula guna simpanan glikogen tu. Bila glikogen habis digunakan, air pun ikut keluar (sebab air ada dalam glikogen). That’s why masa awal-awal kita berdiet, berat turun laju. Because air banyak hilang. Lemak belum hilang lagi, dik.

Actually, badan kita mula gunakan lemak as tenaga dalam masa beberapa jam selepas glukosa dalam badan berkurang. TAPI, that doesn’t mean lemak terus hilang.

Dalam 1-5 hari pertama, badan still guna glikogen. Dalam tempoh ni, berat memang turun laju, tapi mostly air. Selepas tu barulah badan start guna lemak. Tapi untuk nampak kehilangan lemak yang obvious, takkan dalam beberapa hari. Usually ambil masa beberapa minggu. Sebab lemak dibakar sikit-sikit, bukannya dibakar sekaligus.

Kalau nak tahu samada badan betul-betul lose fat, jangan tengok penimbang. Tengok lilitan pinggang. Pinggang yang mengecil 1 inci tells a lot daripada berat turun 3kg.

Why?

Sebab lemak, especially lemak kat perut, akan buatkan size pinggang jadi besar. Jadi, bila lilitan pinggang semakin kecik, itu indicator lemak badan sedang berkurang, walaupun kat penimbang tak berubah banyak. Sebab lemak tak berat. Isipadu dia je yang besar dan pakai banyak ruang.

Ni gambar beza 1kg lemak dengan 1kg batu. 

Berat sama je, tapi lemak lebih mengambil ruang. Tu pasal walaupun pinggang kau cuma lose 1 inch sebulan selepas ambil GC Plus, itu adalah kejayaaan besar.

Imagine kau dengan kawan sama-sama berat 70kg. Tapi kau lagi banyak lemak, kawan kau lagi banyak otot. Ada beza tak pada bentuk badan?

Ada.

Orang yang banyak lemak usually pinggang-nya lebih besar sebab lemak senang berkumpul kat situ berbanding tempat lain. Yang kedua, bontot atau paha besar.

Hari ni profile kau:
Berat: 65kg
Pinggang: 34 inci

Sebulan selepas ambil GC Plus, profile kau:
Berat: Still 65kg
Pinggang: 33 inci

Berat sama, tapi size pinggan berubah. What happened?

Badan dah start losing fat but at the same time badan mengekalkan atau menambah berat otot. Oleh sebab otot lagi padat daripada lemak, angka pada penimbang maybe tak berubah banyak, atau tak berganjak TETAPI bentuk badan dah berubah.

Berat badan memang boleh berubah 1-2kg dalam sehari bila air dalam badan berubah. Atau terlebih garam. Atau perubahan hormon (especially perempuan). TAPI, measuring tape TAKKAN menipu. 

HCA dalam GC Plus bukan cairkan lemak. Dia kurangkan penukaran lebihan karbohidrat kepada lemak. Maksudnya, bila kau makan GC Plus, karbohirat yang kau makan kurang disimpan sebagai lemak baru.

KURANG, ya.
Bukan semua karbohirat yang kau makan tu tak diconvert jadi lemak. KURANG. Jangan ingat HCA akan block semua karbohidrat. Itu tak betul.

Maksudnya gini.

Bila kau makan karbohidrat like nasi, badan tetap akan tukarkan dia menjadi glukosa. Glukosa ni badan akan gunakan sebagai tenaga. Kalau ada lebihan, sebahagiannya akan disimpan sebagai glikogen di hati dan otot.

Only bila simpanan glikogen dah cukup, tapi kau masih makan, barulah badan akan tukar lebihan karbohidrat tu jadi lemak. Kat sinilah HCA start berkerja. HCA akan kurangkan kecekapan proses penukaran lebihan karbohidrat kepada lemak. Bukan proses tu stop terus. Cuma menjadi kurang.

Dia macam ni.

Sebelum ambil GC Plus, daripada 100 unit lebihan karbohidrat, lebih banyak yang disimpan as lemak.

Selepas ambil GC Plus, daripada 100 unit lebihan karbohidrat yang sama, potensi karbohidrat ditukar jadi lemak kurang sikit.

KURANG. Bukan lansung tak bertukar jadi lemak.

Kalau kau mentekedarah seperiuk nasi lemak, GC Plus takkan mampu nak ignore semua excess kalori tu. Badan kau tetap simpan lebihan tenaga sebab kau makan lebih dari keperluan. GC Plus membantu KURANGKAN pembentukan lemak, tapi kalau kau mentekedarah macam takde besok, tetaplah lemak terbentuk.

Nak lagi faham? Baik.

Pertama, karbohidrat ditukar kepada glukosa dan digunakan sebagai tenaga SERTA-MERTA. Otak, otot dan organ-organ suka guna glukosa berbanding sumber lain. That’s why karbohidrat jangan avoid terus.

Kedua, kalau glukosa banyak, tak habis digunakan, badan akan simpan glukosa sebagai glikogen di hati dan otot. Ini macam power bank badan. Bila kita tak makan atau bersenam, badan akan ambil glikogen ni semula. 

Kalau power bank pun dah penuh, yang ketiga, barulah lebihan karbohidrat ditukar menjadi lemak untuk simpanan jangka panjang. GC Plus kurangkan step ketiga ni. Dia kurangkan proses penukaran lebihan karbohidrat kepada lemak.

Maknanya, proses nak hilang lemak tu lama, bukan seminggu dah hilang lemak. 

“Kalau GC Plus kurangkan karbohidrat menjadi lemak, jadi karbodrat selebihnya pergi mana?”

Sebab tu aku cakap, GC Plus membantu mengurangkan kecenderungan badan menukar lebihan karbohidrat kepada lemak, tetapi dia tak boleh lawan hukum tenaga dalam badan.

Kalau kau makan ikut keperluan badan, GC Plus adalah tools yang membantu kau lose weight sebab dia akan kurangkan pembetukan lemak. Tapi kalau kejap-kejap makan, pagi makan, pukul 10 makan, lunch makan, kul 4 makan, malam makan, tengah malam makan. Tu belum in between kunyah-kunyah lagi. Maka badan tetap produce more lemak dan GC Plus takkan boleh block semua proses tu.

Tu pasal ada sebab kenapa aku bagitau Maaltyd bagus bila pair dengan GC Plus. Ada reasonnya.

Maaltyd kurangkan rasa lapar. Bila kurang lapar, kita kurang makan. Bila kurang makan, kuranglah lebihan tenaga dalam badan. Jadi, GC Plus lebih cepat buat kerja.

Yang susah dalam weight loss ni bukan kurangkan lemak, tetapi kurangkan makan. Hat ni yang buat orang susah nak kurus. Bila kau makan makan makan, lemak dalam badan tak sempat nak hilang dah ditambah lagi. Pastu expect nak lose fat in 3 days? Memang taklah ceritanya.

Orang yang berjaya lose weight dengan GC Plus adalah kerana dorang konsisten. Adakah dorang tak makan? Tak. Dorang tetap makan. Tapi ada caranya. Aku jamin, in 1 month kalau betul-betul follow cara makan GC Plus, AT LEAST sebulan pinggang kau hilang 1-1.5 inch.

1 inci pinggang usually around 0.5-0.8 kg lemak badan.

Tak banyak?

Memang 1 inch ni nampak macam tak banyak. Tapi cuba pinggang kau sekarang size 34, pastu jeans yang kau nak beli available sampai size 33 je. Tengok masa tu frust ke tak excess 1 inch takleh fit in. Baru masa tu kau rasa erti 1 inch tu apa.

Again, takyah percayalah iklan yang kata TURUN 5kg IN A FEW DAYS.

Tanya dia balik “5kg tu air ke lemak?”

Kalau dia kata lemak, starlite dahi dia bagi pihak aku.

Nak hilang lemak memang perlukan masa. 5 hari turun berat, maybe. Tapi yang turun tu definitely bukan lemak.


Untuk pertanyaan tentang produk GreenAard, WHATSAPP SINI.
Atau boleh ke website GreenAard.