Pages

2021-01-24

Peluang demi peluang


Bukan semua orang mampu memaafkan orang yang pernah buat salah pada dia.
Apetah lagi kalau jadi public figure.
Ramai kenal kau tapi kau tak kenal dorang, tetapi semua cakap-cakap buruk tentang kau sampai ke pengetahuan kau. Apa rasanya?
Dah tentu rasa sakit hati sebab kita tak tau siapa yang bawak mulut.
So one day someone yang kau tak kenal datang maaf, how? Apa reaksi kita?

Bukan senang nak memaafkan, apetah lagi kalau kesan perbuatan dorang tu menghancurkan hidup, imej atau reputasi kita.
Aku sendiri payah nak maafkan exbf aku.
It has been more than 20 years punya cerita, everytime aku teringat balik apa dia buat kat aku, serta-merta mendidih darah.
Aku tak rasa aku dah memaafkan dia 100%.
Apa yang aku cuba buat cuma elakkan dari ingat kisah lama.
Tak sedih pun, menyampah lagi ada.
Rasa bengang sebab aku tak bertindak yang sepatutnya.
Agaknya kalau dapat bagi penumbuk kat muka dia baru lega. Agaknyalah.

Boleh jadi juga kerana dia tak pernah minta maaf kat aku pun.
Buat muka toye lagi ada.
Sardin je darang rumah Mak Aji (dululah) ajak aku sembang-sembang macamkan takde apa.
Nak prove kat aku dia dah move on la agaknya, try to sembang santai as if we are family.
Bukan senang untuk aku act as if kitorang dah jadi kawan biasa.
Bukan aku tak boleh jadi kawan dia, the thing is dia tak pernah minta maaf pun atas kesalahan dia memporak-perandakan hidup aku.
Dah lah tak minta maaf pastu nak buat aku macam member-member? Hoih, pegilah mati.

“Kalau dia minta maaf, kau maafkan tak?”

YES. Kalau dia minta maaf, aku memang maafkan.
Malangnya, tak pernah.
Maybe dia rasa dia tak salah sebab bukan dia yang tinggalkan aku.
Tentulah aku yang jahat sebab tinggalkan dia 🤮.
Iskk, aku kan kalau cerita bab dia ni, serta-merta darah aku naik.
Tak, aku tak dendam.
Kalau aku dendam, aku akan cari dia and stalk life dia sampai lubang cacing. Tapi itu tak berlaku.

Aku cuma kesal terpaksa merelakan dia buat taik kat aku, aku terpaksa rela dia datang rumah mak aku buat muka sardin as if we are family, aku kesal aku terpaksa menyabarkan diri sebab nak jaga hati orang saiko.
But katakanlah dia minta maaf, aku akan maafkan.
Tapi, lepas tu mohon vanish dari pandangan aku.
Memaafkan tak bermakna harus jadi kawan.
Aku rasa itu jauh lebih baik dari terus berdendam.
Memaafkan, boleh. But kalau kau expect dengan memaafkan kau boleh berbaik-baik dengan aku, sorry.
Ramai yang selepas meminta maaf, dorang membayangkan kita boleh kembali bertepuk-tampar dengan selepas tu.
Please ya, jangan tinggi sangat harapan.
Kertas kalau dah keronyok, kau takkan dapat licinkan semula.
Bekas keronyok tetap ada.
However, aku tetap boleh maafkan.
Apetah lagi kalau orang tu aku tak kenal.

Zaman media sosial ni, life kita orang boleh tengok melalui apa yang kita paparkan.
From there orang boleh assume and judge macam-macam.
Dan melalui itu juga, fitnah dan cerita yang tak tahu hujung pangkal boleh direka dan disebar dengan mudah.
Aku banyak dapat email meminta maaf sekitar 6-7 tahun lepas.
Isinya tak jauh beza - minta maaf sebab buruk sangka.
Malas nak bertanya lebih-lebih, selalunya aku reply “OK”.
Paling panjang aku reply pun "Ok, saya pun minta maaf kalau saya ada buat salah".
Done, move on.

Harap janganlah kecik-kecik hati aku tak reply panjang-panjang.
Yang pertamanya sebab aku tak kenal, dan keduanya aku nak mengelakkan perkara ni meleret-leret.
Tahu je lah kan, bila kita dah start berbalas-balas, tak semena-mena kita jadi tahu siapa yang bawak mulut.
Aku tak berapa suka.
Biar aku tak tahu sebab aku taknak ada rasa dendam.

Kalau ye pun orang yang membawa cerita tu ada dalam frenlist/followerlist aku, biarkan.
Walaupun dia purak-purak baik depan aku, pun aku tak kisah.
Asalkan aku tak tahu.
Some people memang tak suka kita, tapi dia suka ambil tahu hal kita.
Maybe kita mengingatkan dia tentang someone from his/her past yang buatkan dia marah, atau we caused her emotional pain.
Maybe childhood trauma, relationship dissapointment atau abuse.
That’s why malas aku nak tanya lebih-lebih kenapa dia benci, kenapa dia burukkan aku, etc.
Tutup buku lebih senang, jalan terussss.

Contohnya macam exbf, once in blue moon nanti dia update tentang diri dia kat mak aku, hantar gambar family segala.
The thing is, habis kat situ je, takde siapa nak follow up balik.
Konsepnya, kau yang nak hantar cerita, kitorang dengar je.
Tapi habis kat situ je la, takde de nak memancing more conversation.
 
Sometimes aku rasa macam aku ni sombong, tak nak buang yang keruh ambik yang jernih.
Tapi at the same time aku dah penat.
At this age aku dah tak kuasa nak bagi orang chance after chance after chance, especially yang jelas-jelas pernah menyakitkan hati aku to the max.
Mistakes happen, of cos.
Tapi kalau mistake tu berulang-ulang, itu dah bukan mistakes namanya.
Itu namanya kau memilih untuk mengulangi the mistakes. Again, kau PILIH.
Jadi, aku juga berhak pilih untuk buang kau terus.
Aku selalunya bagi peluang demi peluang, but when I'm done, I'm done.